1. Adakah degree penting? Bergantung pada cita-cita seseorang. Adakah degree ini bisnes? Ya, pendidikan adalah lubuk bisnes yang luas peluangnya.
2. Kenapa aku ambik degree? Utamanya bukan sebab nak dapat ilmu, sebab kalau nak kata ilmu ni, kat mana-mana boleh dapat, apatah lagi sekarang zaman Internet. Sebab utamanya adalah kerana kerja dan jawatan yang aku nak mohon kebanyakannya ada requirement "Bachelor Degree holder in Computer Science / Information Technologies or equivalent".
3. Malah jawatan yang aku nak cuba mohon dalam Portal SPA pun tertulis syarat lantikan "Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya".
4. Kalau kerja atau jawatan yang aku nak mohon tu tak perlukan degree, aku sendiri pun tak nak bersusah payah ambil degree. Tapi sebab sistemnya begitu, jadi aku ikut sahaja. Untuk aku masuk dalam industri IT, itu adalah jalan biasanya.
5. Kenapa tak buat bisnes je? Sebab aku tak minat buat bisnes, dan orang tua aku tak mampu bagi aku modal besar untuk mulakan bisnes lepas habis SPM.
6. Kenapa nak kerja makan gaji? Sebab aku minat buat website, aplikasi, sistem dengan coding. Aku juga minat benda-benda teknikal tentang komputer dan IT. Dengan kerja makan gaji, aku ada peluang guna kemahiran tu dan dapat akses yang lebih luas dalam teknologi IT.
7. Kalau tak kerja makan gaji, kau susah nak dapat pengalaman dan peluang mengendalikan server, Linux, VMWare, database, switch, router, firewall, load balancer, bangunkan sistem dan lain-lain berkaitan teknologi IT.
8. Dah tu kenapa tak buat bisnes IT je? Kebanyakan orang yang buat bisnes IT, mereka adalah orang yang berpengalaman dalam bidang IT. Nak dapat mana pengalaman tu? Mereka kerja makan gaji dulu. Lepas bertahun-tahun kerja makan gaji, pengalaman dah banyak, dah tahu selok belok industri, network dalam IT pun dah besar, baru berani buka bisnes IT.
9. Nak terus buat bisnes IT lepas SPM? Dengan sijil takde, pengalaman takde, rasanya senang ke nak dapat client? Melainkan mak bapak kau somebody la boleh dapat projek kroni. Itu pun kau cuma tokey je. Yang kau hire untuk buat kerja-kerja teknikal, orang yang ada sijil akademik juga.
10. Jadi adakah degree penting? Untuk aku penting la. Untuk orang lain terpulang pada minat dan cita-cita masing-masing. Impian dan garis masa kita semua tak sama. Tak perlu downgrade antara satu sama lain.
11. Cuma yang pelik, ada si polan berkata degree tu ilmu bocah dan dia tak perlukan degree, tapi dia sendiri tengah ambil degree di IPTA. Kalau dia tak perlukan degree, tak perlulah ambil degree, kat IPTA pula tu yang bersubsidi kerajaan. Sepatutnya tempat dia tu boleh diberi pada orang lain yang mahukan degree tapi tak dapat sebab kuota dah penuh.
12. Tak salah nak bagi pandangan, tapi walk the talk. Biar apa yang keluar dari mulut tu seiring dengan kelakuan, perbuatan dan tindakan kita. Macam orang yang suka komen tegur orang lain pasal agama, tapi dia sendiri banyak Like dan Follow perempuan seksi kat Twitter dan IG.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: degree ilmu bocah tak penting dma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.