1. Ada anak saudara aku sekarang remaja sekolah menengah, minat sangat kat K-Pop boyband. Aku pernah cakap kat dia tahun lepas, zaman uncle dulu banyak English boyband famous macam Backstreet Boys, Nsync, Westlife, etc.
2. Aku pun play Youtube kat TV bagi dia tengok. Antara lagu yang aku pasang lagu Nsync Bye Bye Bye. Lepas tu dia cakap lagu tu tak best. Tarian diorang pun kelakar, tak sharp macam K-Pop.
3. Tapi lepas lagu Bye Bye Bye tu popular semula sebab filem Deadpool 3, tiba-tiba aku tengok anak saudara aku tu selalu pasang lagu tu, siap rajin pula tengok video orang buat trend tarian lagu tu kat TikTok.
4. Kadang manusia ni, suka atau minat sesuatu perkara tu, hanya sebab benda tu popular dan trending. Waktu tak popular, pandang pun tak nak. Tak mahu give it a try, tak mahu give it a chance.
5. Sedangkan suatu benda tu, sebelum ia popular dengan selepas ia popular, sama je, tak berubah apa pun. Kau dengar lagu masa ia tak trending, dengan waktu ia dah trending, sama je. Bunyinya, muziknya, semua takde beza. Tapi kenapa masa ia tak popular, kau tak boleh minat, tapi lepas dah popular, boleh pula minat?
6. Memang dah menjadi sifat biasa manusia suka mengikut-mengikut. Apa yang ramai orang suka, ramai orang buat, orang popular buat, orang berpengaruh buat, benda tu lah kita akan suka, akan ikut, sama ada benda yang baik, termasuklah juga benda-benda yang salah.
7. Populariti boleh mengubah persepsi manusia terhadap sesuatu perkara. Itu yang akhirnya boleh menjurus kepada cult, ketaksuban, hilang pertimbangan dan yang sewaktu dengannya. Sebab tu orang yang ramai fans, pengikut, dalam dunia hiburan, politik, media sosial, agama dan sebagainya, kadang buat apa benda tak betul pun, masih ramai yang ikut dan pertahankan.
8. Dan aku pula jenis yang suka dengar lagu yang aku suka, main game yang aku suka, tengok cerita yang aku suka, baca komik yang aku suka, buat apa benda yang aku suka, walau pun benda tu tak popular, tak trending. Popular atau tidak, kalau aku suka, aku suka. Kalau aku tak suka, aku tetap tak suka. Takde masa nak mengikut-ikut orang.
9. Adakalanya benda yang tak popular dan kurang mainstream ni sebenarnya lebih best dan unik. Kadang macam jumpa hidden gem yang orang lain tak tahu pun. Cuma downside dia, tak ramai orang untuk kau share dan sembang pasal benda tu sebab mereka tak tahu. Tapi kadang bila benda kurang popular yang aku minat tu tiba-tiba meletup dan popular, orang dok kecoh-kecoh sembang-sembang pasal tu, aku cuma senyum je la. Benda aku dah lama tahu, orang baru tahu. Siap dulu bila aku share, orang kutuk. Sekarang dia pulak yang layan.
10. Sebab tu bila aku buka lagu yang kurang popular, tengok cerita yang tak trending, main game yang tak ramai orang Malaysia main, main sukan yang tak ramai orang Melayu main, kadang orang rasa aku ni pelik. Cuma tu lah, pelik tak pelik. Prinsip aku senang. Apa kau kisah aku nak buat apa? Aku tak kacau hidup kau, dan aku enjoy dengan apa yang aku buat.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: bagaimana populariti boleh mengubah persepsi manusia lagu trending popular viral mainstream
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.