Isnin, 8 Disember 2025

0 Kenapa generasi dulu lebih kental dari Gen Z?

1. Antara stigma yang biasa kita dengar ialah Gen Z lembik, manja, kurang adab, kurang disiplin, tak matang. Tapi dalam masa yang sama, mereka juga lebih terbuka, outspoken, berani bersuara dan berani melawan toxicity.

2. Actually, generasi terdahulu pun ada je perangai macam ni. Cuma bezanya, generasi sekarang ni bilangannya makin bertambah. Sebabnya simple. Semakin besar payung seseorang, semakin kurang tahap berdikari dan survival mereka.

3. Ibu bapa Gen X dan Y ialah generasi Baby Boomers dan era sebelumnya. Kebanyakan orang Baby Boomers ni hidup susah dan ada anak yang ramai. Jadi anak mereka, Gen X dan Y, dari kecil dah kuat berdikari sebab perlu survive sendiri.

4. Tambahan pula yang ada adik-beradik ramai, jadi Gen X dan Y yang lebih tua biasanya ada mindset tak nak menyusahkan mak bapak yang kena tanggung ramai anak. Malah mereka cepat-cepat nak hidup survive supaya dapat hidup lebih senang dan bantu adik-adik yang lain pula.

5. Sebab tu mereka ni lebih banyak pendam dan hadap je segala toxicity di tempat kerja dan bos mereka, sebab tak nak ambil risiko hilang pekerjaan. Kalau tak ada kerja, malu rasa nak balik rumah mak bapak dan hidup menganggur.

6. Zaman sekarang, ramai Gen X dan Y dah hidup lebih senang. Anak-anak mereka, Gen Z dan Alpha pula biasanya dibesarkan dalam keluarga lebih kecil, tak ramai adik-beradik, dan hidup yang dah senang. Sebab itu Gen Z bila dah kerja, mereka berani bersuara dan lawan toxicity, sebab mereka tak kisah sangat dengan risiko kalau hilang kerja. Mereka tahu mereka masih ada payung yang besar.

7. Kalau hari ni kena marah dengan bos, esok selamba je resign. Lepas tu masih boleh duduk rumah mak ayah menganggur sementara nak dapat kerja baru. Mak bapak pun tak kisah sangat, sebab mereka masih boleh tanggung. Yang penting emosi anak terjaga dan tidak tertekan.

8. Benda ni bukanlah nak kata generasi mana lagi bagus atau mana lagi tak bagus. Tapi ini memang realiti yang kita semua kena hadapi. Cuma satu benda yang sama, tak kiralah generasi mana pun, manusia biasanya akan lebih cepat matang di waktu susah.

9. Contohnya, anak yang kematian ibu ketika kecil biasanya lebih cepat matang. Dah tahu uruskan diri sendiri, boleh memasak sebab nak tolong ringankan beban bapa. Anak yang dah biasa hidup senang pula, tak pelik jika umur 20-an pun masih tak tahu goreng telur.

10. Bak kata G. Michael Hopf: "Hard times create strong men. Strong men create good times. Good times create weak men. And weak men create hard times." Begitulah kitarannya.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kenapa generasi gen x y z alpha baby boomer beza perbezaan lebih kental maksud definisi
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.