Jumaat, 4 Mei 2012

19 Stalker dengan Google Images

Kali ni takde cerita2 sakit otak. Just nak share mungkin ramai yg dah tau, tapi bagi yg belum tahu, dengan menggunakan Google kita boleh buat carian menggunakan gambar. Caranya senang je, dekat Google tu klik je pada images kat atas tu, lepas tu drag & drop sahaja mana2 gambar yg korang jumpa kat Internet atau dari komputer anda ke kotak carian, nanti dia akan carikkan gambar2 yg sama atau hampir serupa dgn gambar yg kita drop kat kotak tu.
Kalau tak faham lagi leh tgk video ni.

Antara kegunaan2 carian images Google ni:

1. Boleh cari gambar asal yang takde watermark.

Biasa blogger2 ni letak gambar kat blog diorang kadang2 bukan gambar diorg pun, cilok jugak kat tempat2 lain, tapi bila letak kat blog diorang, letak la watermark kononnya tu gambar tu original diorang punya lah. Cuba search gambar2 yg ada watermark ni, ntah2 jumpa gambar yg takde watermark. Contohnya korang search gambar ni:

Kalau nasib baik akan keluarlah gambar yg sama tapi takde watermark.

2. Boleh carik gambar yg dah dicensored.

Kalau nasib baik, korang dapat la carik gambar yg tak dicensored dgn kotak hitam atau mosaic seperti gambar ni.

3. Boleh cari gambar penuh sesuatu imej.

Kadang2 imej ni dah dipotong atau crop, so kalau kita nak gambar penuh yg full size, kemungkinan boleh jumpa.

4. Boleh check asal usul suatu gambar atau kecurian gambar.

Korang boleh check samada gambar korang ada kena curik dan digunakan di tempat lain, ataupun korang boleh check dari mana blog atau website mana asal usul gambar yg korang curik tu. Contohnya girlfriend aku adalah awek comel bertudung cam kat bawah ni. Asalnya aku letak gambar dia kat blog aku sorang, sekarang korang tgk berapa byk orang curik guna gambar dia letak kat blog masing2 termasukla jadik profile photo kat Facebook.


5. Boleh carik gambar yg hampir serupa.

Contohnya korang ada gambar pantai macam kat bawah. Korang nak carik lagi gambar2 pantai lain yg hampir sama macam gambar tu.


Lepas dah search tu, klik kat Visually similar images untuk cari gambar yang hampir serupa secara visual dengan gambar asal.


Lain2 kegunaan korang fikirlah sendiri. Tapi make sure dekat Safe Search tu setkan Moderate atau Strict, jangan Off... kalau silap cari tak pasal2 keluar gambar sasha grey bukan2 pulak.


tags: tutorial panduan cara tekni langkah carian imej gambar foto photo images picture google search engine safe search strict moderate off visually similar howto manual stalker

19 ulasan:

  1. salam

    menariknya, tp x nak buatlah, nnti berat laapy tua ai ni.hehe

    BalasPadam
  2. hmmm...snng nak carik org yg songlap pict kita...tq 4 da info =)

    BalasPadam
  3. Wah... baru tau! Canggih la Google nih! Thanx for the info. :-)

    BalasPadam
  4. wah byk org guna gmbar ak rupenye..
    lalala

    BalasPadam
  5. hohoh ayat letak watermark tu pedih sial..bajet gmbr diorg la tu ltk watermark bagai..hmmmm

    BalasPadam
  6. Aaa...aku try search gambar gadis bertudung tu....skali nko gambar merepek-repek pun hado...adoyai kurang pahala pose aku isk isk isk....betul cakap PON, kalau tak ekjas kat safe mode tu memang keluar gambar noharom mana ntah

    BalasPadam
  7. selamat pagi gan..
    kunjungan pertama nih.

    BalasPadam
  8. google memang telah memberikan kepada kita yang membutuhkan informasi yang aktual

    BalasPadam
  9. artikelnya sangat bagus dan sangat bermanfaat, makasih
    semoga sukses saja..

    BalasPadam
  10. makasih infonya,sangat bermanfaat sekali

    BalasPadam
  11. siip deh,,sangat menarik,makasih dan sukses slalu,,

    BalasPadam
  12. kunjungan siang gan,,
    infonya kerren..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.