Sabtu, 19 Mei 2012

15 uLar menyusur aKar takkan iLang biSanya

aku ingin kongsikan kisah seseorang yang amat aku sanjungi. tak lain tak bukan, Tun Dr Siti Hasmah. aku suka gaya perwatakan dan bahasa beliau. masih teringat aku telatah Tun semasa Malaysia menang Piala Thomas 1992. n' disini, aku lampirkan pandangan Ust. Asri berkenaan dengan Tun Siti, isteri Perdana Menteri Malaysia ke 4.


Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.
Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..  
Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall. 
Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat. 
Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia. 
Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu! 
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

source: Drmaza.com


Siapa makan ciLi pasti terasa PEDAS..

p/s:  teringin nk tau siapakah the next Tun Dr Siti Hasmah..  

15 ulasan:

  1. artikel ni macam membezakan hasmah dan rosmah..bik mama ada dia punya style tersendiri :p

    BalasPadam
  2. bulan lepas sempat amik gambar dengan Tun Mahathir & Tun Hasmah. mmg kedua2 nya sangat ramah and friendly :) malaysia need this kind of leader.

    BalasPadam
  3. Haah la...bila pikir2 balik, masyarakat x lemparkn kata2 busuk pada tun.

    BalasPadam
  4. no wonder tiada cerita negatif psl tun siti :)) first lady? ouchh.. sentap baca artikel ni okehh :D tapi ada dia kesah? hikhikhik.

    BalasPadam
  5. Sesungguhnya Tun mmg mempunyai keperibadian yg tinggi dan dr wajah beliau sndri terpamer bahawa beliau bkn seorg yg sombong & berlagak berbeza dgn istri lain2 menteri yg ada... Beliau mmg ptt dijadikan idola dan ikon bg our next first lady

    BalasPadam
  6. itu bezanya antara wanita terpelajar ngn wanita tak berapa terpelajar.. oppss.. Tun ni anak org berada tapi idup bersederhana... tp macam org sederhana yg idup nk mewah je.. biasala, x penah ada duit byk kot..

    BalasPadam
  7. siapa kata rosmah tak terpelajar? tengoklah catatan perjalanan hidup dia, sejauh mana dia belajar. Masalah bukan dari segi akademik tinggi belajar atau tak, tapi dari segi jiwa tu sendiri.

    BalasPadam
  8. keje sebagai secretary najib n goda najib.. tinggi sgt la pelajaran dia tu? kalau tinggi belajar pn tp perangai mcm hampeh, ttp x d pandang tinggi..

    BalasPadam
  9. rase cm nk tun siti jd fist lady blik.. seriously dlu xde pun dgr org ktuk2 dia.. sbb dia x interfere sal negara.. dia just ikut je ape yg husband dia buat... yg dia aktif pun badminton tu jela.. :)

    BalasPadam
  10. Bila ketamakan menguasai diri.. Huahuahua.. Patutnya post kt fb rosmah ni.. Bg sentap sket..

    BalasPadam
  11. saya suka post anda ini.

    BalasPadam
  12. post anda ni best.

    BalasPadam
  13. Sangat tersentuh.. harap-harap aku jd isteri begitu. Hahaha.. tak ada kaitan.
    Tp sangat respect al dorang ni. Sape kata 1st love won't last?

    BalasPadam
  14. Tun Dr Siti Hasmah memang awesome...satu dlm sejuta ^^

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.