Sebab tu kita semua dah sepatutnya menjaga agama kita dalam diri sejak sekolah menengah lagi, takde alasan belum matang ke, belum sampai seru ke, sebab masa tu kebanyakannya dah akil baligh. Masa tu jugaklah mak bapak kena memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran kepada anak2 mereka. Dan budak2 perempuan sekolah menengah tu kalau ada orang lebih berumur mengurat atau ajak kahwin, tak boleh dah label mereka sebagai pedobear.
Tapi bukan cerita tu yang aku nak tekankan sangat. Aku terbaca pasal kisah seorang gadis berumur 16 yang jatuh dari tingkat 7 apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di Kosmo kerana mahu keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya. Berikut adalah berita penuh dari suratkhabar Kosmo tu:
KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.Dan ia tak habis setakat itu bila teman lelaki mangsa tersebut serta rakan2nya menyelar artikel Kosmo ini di Twitter mereka dengan mengatakan berita ini palsu dan fitnah berikut:
Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.
Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.
Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.
Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.
Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.
Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.
Lagi cerita dan gambar di blog Sozcyili ini.
Di sini aku tak nak menyebelahi mana2 pihak samada Kosmo atau teman lelaki arwah. Boleh jadi cerita Kosmo tu memang ada yang palsu kerana nak bagi sensasi, boleh jadi juga teman lelaki arwah tulis macam tu kerana nak cover dirinya. Yang tu harap2 pihak berkuasa dapat membuat siasatan secara lanjut mengenai kes ini dan buat sidang media untuk jelaskan perkara sebenar, jangan biarkan semua orang buat persepsi macam2 dan andaian sendiri yang bukan2.
Tapi apa2hal pun, isu ni menjadi pengajaran kepada kita, terutama kepada para remaja2 yang tengah bersekolah dan juga ibu bapa yang punya anak2 remaja. Sekarang ni banyak kempen sedang dibuat untuk buat report Facebook arwah seperti di blog cik Lin Pipi Merah memandangkan arwah sudah tiada dan Facebooknya tidak lagi sesuai untuk wujud di dunia ini, malah ramai kenalan dia yang request para hackers tempatan untuk hack facebooknya untuk delete akaunnya.
Tapi bila kita buat report, Facebook akan "Memorializing" akaun tersebut, bukannya delete. Beberapa info seperti telefon, email akan disorok, status update akan disable dan lain2 seperti di sini, malah kompeni Mark Zuckenberg ni akan tingkatkan security agar akaun dia takkan boleh kena hack, so sampai bila2lah rakan2 boleh menulis di wallnya dan tengok gambar2 si mati sewaktu mereka hidup. Yang hanya boleh request akaun ini di padam hanyalah ahli keluarga yang sebelumnya pernah diverified sewaktu masih hidup.
Setiap insan yang bernyawa pasti akan mati, mungkin hari ni, mungkin esok, kita tak tahu. So sebagai langkah berjaga2:
- Bagilah password Facebook anda kepada orang yang paling anda percaya seperti mak bapak, adik beradik atau suami/isteri agar bila kita mati nanti mereka boleh delete akaun Facebook kita.
- Jangan letak gambar2 yang boleh mendatangkan keaiban pada diri kita sendiri di Facebook, Twitter dan lain2. Kalau nak letak gambar jugak, letaklah gambar anda dalam keadaan yang baik, sopan dan menutup aurat.
- Privatekan Facebook anda dan hanya bagi permission kepada yang anda rasa perlu sahaja seperti ahli keluarga dan sahabat rapat.
- Tutup je akaun Facebook, Twitter dan sebagainya kalau rasa tak perlu. Percayalah, anda masih boleh hidup macam biasa dan takkan mati pun kalau takde akaun Facebook.
tags: pasangan kahwin muda awal mohd fahmi mohd alias nur fazira saad mahu elak cegah gejala maksiat umur tempoh masa budak remaja lelaki perempuan wanita akil baligh keluar darah haid pms mimpi basah air mani sperma siti khadijah muhammad mati meninggal arwah jatuh kuartes jumpa teman lelaki kain selendang putus berita kosmo pakwe bf balak twitter fitnah tipu palsu hack deactivate delete padam remove akaun facebook gambar foto tutup aib report lapor what happen memorialized account deceased private public permission
1st.
BalasPadamSebab tu ramai couple suka berkongsi Password. Rupanya diorang sudah bersiap sedia.
BalasPadamKapel yg ingat mati
PadamBetul2 rare
Anak tu amanah mak bapak. didik dgn betul. dlm manja kena ada jg ketegasan. Nilai agama dan moral amat penting. Nama Siti Khadijah diberi olh mak bapak dia menandakan dorang amat pentingkan agama. Amat jarang org yg liberal dn secular beri nama anak cam tu. Tapi kalau dah byk cara baik berlandaskan agama diberi kat si anak, bersabar dan bertawakal pd Nya, serta perbanyakan doa. Tapi jgn sesekali biarkan anak terkontang kanting melawan tekanan dialaminya seorang diri, sentiasa lah memberi nasihat dan sokongan moral. Insyaallah sekeras mana pun hati anak pasti akan lembut.
Padamkalau kapel yg ingat mati takan berkapel pun nya.
PadamKawan bukan password je tapi depa share satu akaun haha
PadamTapi kalau share pon - dedua mati? sape nak delete?
kah kah kah..
kat atas aku tak tulis share password dgn kapel. kepada perempuan yg belum kawen, baru kapel2, tak payah la bagi password kat pakwe korang. serious buang masa je, baik bagi kat mak bapak korang lagi bagus.
PadamNoob - couple/pasangan kalau kawen tak kira kapel ek? kapel ni utk yang belum kawen je? hehehe.. Biasa la lom kawen ni dia tunjuk taat setia melampaui batas kah kah kah.. Dah kawen tak pulak camtu tu la bisikan syaitan.. yang menyesatkan.
Padamal -fatihah moga arwah tenang di sana.
BalasPadamsyukran admin. pencerahan yang baik.
Innalillahiwainnailaihiraaji'un...al-fatihah buat arwah, takziah buat keluarga arwah.
BalasPadampengajaran ni..thanks for sharing..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamunknown, ko rasa best ke dok melucah mcm tu kat org yg dah meninggal dunia?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamaku doakan yg generasi muda skrang ni jgn la senang terpengaruh dgn yg negatif...
BalasPadamrisau aku. sedih aku.
tngk pengantin lelaki tu pn muka mcm kelat je. ni dah nyesal ke ni kahwin awal..? tngh pikir cmner nak tanggung anak dara org lain di awal waktu muda? tulah, jgn ingt nak kawen sbb nk puaskan nafsu seks jer. segala jenis bende nk kena ingat. last2 ntah2 mak bapak budak prempuan tu jugak yg akan tanggung skit kehidupan anaknya sbb nak bantu.
bukan aku nak kata tak elok kawin muda ni. nnti ramai la yg ckp nabi pn kawin muda.. kawhin awal ni pn utk elakkan maksiat tp tu la.. tak boleh ke CUBA adekan alternatif lain nk menjadikan anak2 ni jgn menggatal sngt?? kalau dididik dr kecil, mngkin boleh tahan nafsu tu. tp yerla, sbb dah bnyk sngt gak pengaruh luar dr media, tv, majalah yg menunjukkan aksi2 ghairah,peluk2, seksi meksi, hubungan bebas antara lelaki perempuan, tepuk2 menampar, menyebabkan budak2 muda ni tercepat sngt la plak nafsu syahwat dia naik. padahal muda2 ni patut penuhkan diri dgn ilmu di dada. bace buku pengetahuan. lengkapkan diri dgn semua tu utk melangkah ke alam dewasa. ini balik2 cerite budak2 sekolah budak2 muda menggatal.
kalo ckp lg mmg tak habis2. doa2 kan je la utk generasi skrang ni...sape2 yg ade anak2 tu, jaga la dgn baik sbb anak tu amanah dr Allah.
satu gambar kelat tak melambangkan keseluruhan perjalanan pernikahan.
Padammalahan ada banyak gambar pasangan pengantin tersebut bergembira
'bukan aku nak kata tak elok kawin muda ni. nnti ramai la yg ckp nabi pn kawin muda.. kawhin awal ni pn utk elakkan maksiat tp tu la.. tak boleh ke CUBA adekan alternatif lain nk menjadikan anak2 ni jgn menggatal sngt?? '
Padamada jer alternatif, jika mereka mahu berfikir. kawin awal adalah jalan penyelesaian yg mudah (dan mungkin bersifat sementara) utk kebanyakan org.
Cuba check dalam Quran dan Hadis alternative apa yang ada tuhan bagitau untuk mengawal nafsu ni?
PadamKalau dah galakan mereka masuk internet memang tak terkawal dah macam-macam ada.
Kan banyak universiti kat Malaysia ni takan tak boleh buat penyelidikan kerohanian dan insaniah mencari alternative terbaik membedong gejala yang tak diingini.
"satu gambar kelat tak melambangkan keseluruhan perjalanan pernikahan. malahan ada banyak gambar pasangan pengantin tersebut bergembira" - biskut
Padamhurmmm.....sekarang si muka kelat tu dh pn ceraikan bdk pompuan ni dgn talak tiga, usia perkahwinan x sampai pn setahun, dan cerita di sebalik penceraian ni sgtlah horror......so.....lu pikir sendiri la kan.....
budak2 sekarang ni x tau la..jage lah diri sendiri. jgn susahkan mak bapak
BalasPadamgood info pasal report deceased person tu.
BalasPadamPendidikan kita yang amat memanjakan kot?
BalasPadamKalau dulu mak bapak aku citer umur belasan tahun ni dah tahu wat kerja kalau perempuan biasanya dah tahu masak semua lelaki dah tahu wat kerja berat dsb.
Mereka diajar untuk bertangungjawab dari kecil jadi tak jadi masalah kalau belasan tahun lagi mereka sudah berumah tangga.
Orang sekarang umur 2+ nak kawin pon mak bapak kadang nak bagi kepercayaan, kena belajar lagi la dsb.
Tapi ramai tak sedar nafsu ni mana sekolah sampai masa dia menganas tak tunggu masa. lagi persekitaran yang mengalakan dan meransang nafsu ni banyak.
Zaman yang teknologi cangih ni menyebabkan kita takut nak kawin awal? takut nak bertangungjawab? Dan sebab banyak gejala sosial?
aduss,,, mmg kena bagi la ni nampaknya password kat sesapa,,
BalasPadambagi kat adik beradik, klu tak de adik beradik bg la kat mak bapak kamu tu.
Padamsapa kata tak ada fb tu kuno?takda fb dan twitter dan segalamacam benda boleh jadi kelebihan kita berbanding kekurangan kita suatu hari nanti..
BalasPadamAku tak paham kes ni,Betul ke tidak Si Arwah jatuh Bangunan?Jika benar si Arwah jatuh bangunan maka selebihnya hanyalah STATE ON DENIAL oleh para penafi.
BalasPadamTerlampau Ketara unsur2 penafian dan memesongkan isi pokok kepada bukan isi pokok.
Pengalihan ISU..Sasarannya Wartawan tersebut.
ye..ye..betul tu..tepat sekali,terbaikkk.
BalasPadam1- budak umur 12 tahun dah selamat kawin. sekarang kita tunggu pulak mak bapak mana yg sanggup mengahwinkan anak perempuan mereka yg berumur 6 atau 9 tahun. lagi baik kalau budak perempuan tu kawin dgn lelaki berumur 50-60 tahun. mesti semua paper buat liputan.
BalasPadam2- akhbar picisan memang suka buat sensasi, tambah2 org kebanyakan sebab golongan ni kurang nak fight balik terhadap paper. simpati terhadap keluarga arwah. kisah mereka eloklah didiamkan saja demi menjaga maruah arwah dan keluarga. apa yg dah terjadi biar jadi pengajaran.
3- sebelum kita mati memang elok kita tuliskan wasiat wpun sekadar catatan biasa spt maklumat online account agar mudah waris kita menguruskan selepas kita mati. yg terbaik, buatkan wasiat yg boleh dijadikan legal document e.g. ada tt, lawyer.
nabi kahwin muda.. ?? jangan2 nabi palsu.... kalo zaman skrg.. seorang kuat agama... tp isteri berdozen.. dah kena tangkap...
BalasPadamNtahnye Nabi mana kawin muda? Kalau kawin perempuan muda tu ada la Aisyah tapi itu satu-satunya yang paling muda.
PadamNabi Muhammad S.A.W kawin umur 25 tahun..
So lelaki nak ikut sunah kawin la kalau dah umur 25 tuh..
Kalau nak ikut sunah lagi kawen ngan umor umor 40 tahun hehe..
Then nak ikut sunah lagi Baginda kawen ngan Siti Khadijah, Siti Khadijah tak bermadu yea.. sampai la Isteri kesaynagan Baginda ini meningal.. So MONOGAMI ni satu sunnah juga bukan POLIGAMI jea yea.
Selepas itu baginda berkahwin dengan beberapa isteri baginda kerana membantu kebanyakannya janda-janda kecuali Aisyah.
Perkahwinan dengan Aisyah nis ering dijadikan bahan oleh mereka yang tidak mengetahui hikmahnya.. nabi mengahwininya ketika berumur 7 tahun - umur termuda seseorang perempuan boleh berkahwin tetapi mangaulinya ketika umur 9 tahun usia di mana perempuan paling awal mulai haid. Perlu juga faham wanita arab ni besar2 orangnya.. bukan macam kat sia umur 9 tahun pon masih kemetot :)
Ini bermakna perempuan dalam darjah 3 atau 4 sudah boleh kawin/dewasa dan boleh mengandung. Jadi kalau remaja sekolah menengah > 13 tahun mengatal ianya suatu yang normal..
Jadi zaman dulu mak bapak kawin umur belasan tahun adalah normal.. Orang sekarang umur 30 pon masih membujang.. padahal dah ada kerja semua.. Hmm.. Bagaimana mereka mengawal/melepaskan hawa nafsu ni? Puasa?
kes kurang tau psl bagaimana saidina AbuBakar R.A kahwinkan anaknya dengan Rasulullah....g baca balik hadits kisah para sahabat, tanya ustaz2 bagaimana perkahwinan tu berlaku.....
PadamHahah.. pedobear. :p Noob mcm x agree ayat pedobear.
BalasPadamHmm.. kesian tgk kecik2 dah kawen.
Masa depan mcm mana?
T.T!
Masa depan tak dirosakan dengan berkahwin kerana berkahwin mempunyai keberkatan yang BESAR bagi mereka yang mengetahui..
PadamMereka cuma perlu bimbingan dan panduan menghadapai kehidupan
Orang bujang pon perlukan bimbingan dan panduan
Sama juga orang dulu-dulu kawin muda kena sara keluarga juga
Ada yang meneruskan kerjaya ada yang meneruskan pengajian dan membentuk keluarga dan masyarakat yang terbaik.
berapa sangat laa yg boleh jadi mcm tu tanpa nama weh...kebanyakannya mak bapak dorang yg tanggung segala perbelanjaan,lg bodo ada yg lepas kawin tu masih stay dgn mak bapak masing2,weekend atau masa free je baru jumpa utk tujuan seks halal tuh,pehtu tak smpai brapa taon,cerai berai...contoh yg cmtu lg banyak dr contoh separa khayalan yg kau sebut tu...pikiran tu biar la rasional skit tanpa nama weh...zaman skang bukan mcm zaman dulu,jantan skang lembik2 nak keja bnyak2 tak sanggup,merungut lebih2,tp kuat nak memantat pulak..fikir2kan
PadamSimple aje.. tapi susah sebenarnye
PadamSebab Mak Bapak tak didik anak BERTANGUNGJAWAB dari kecil, dah besar panjang pon mereka tidak BERTANGUNGJAWAB.
Toksah nak kata la ada lagi anak belasan tahun aku jumpa dah anak dah berumur beranak pinak pon mak bapak masih tangung :) Tu dah dewasa kita angap leh pikir. Tapi sebab takda kesedaran dan rasa tangungjawab dan rasa hidup mudah je mak /bapak leh tangung.. takda usaha nak berdikari sendiri.
ohhh gitew,aku harap nnt ko jadi mak/bapak yg bertanggungjwb lah yew,sbb nnt ank ko konpem akan salahkan ko jugak bila dorang jd ntah hape2 nnt,walopon ko tak suruh pon dorang jadi ntah hape2 tu smua...
Padamntahlar aku jumpa macam-macam jenis manusia kalau nak kata tak bertangungjawab ni.
PadamKalau budak-budak mungkin kita boleh kata tak matang lagi ada yang tua bangka pon fikiran macam budak-budak pon ada.
Mungkin nak kawen ni mak bapak kena belajar mendidiak anak bertangungjawab supaya boleh bertangungjawab dan berdikari sendiri. Kalau kat US anak2 kecil diasuh berdikari carik duit sendiri umur 21 tahun bebas keluar carik hidup mereka sendiri.
Tapi kat Asia/Malaysia culture tak sebegitu? tapi kalau dengar cerita orang tua-tua lebih kurang macam kat Amerika dulu
Saya pernah alami benda yang sama bila wartawan buat cerita salah.
BalasPadamKematian arwah cikgu saya betul2 berlaku di sekolah dan semua orang tahu kisah benar. Tapi lain suratkhabat lain informasi (APAKAH?!)Sejak tu, apa yang ada dalam suratkhabar saya memang tak akan ambil builat-bulat.
nak komen lebih-lebih pun tak berani..cuma mampu mendoakan yang baik2 je la untuk adik2 ni..semoga Allah melindungi rumahtangga mereka dan berkekalan sehingga ke syurga..
BalasPadamharapnya mak bapak dorang jugak tak 'lepas tangan' macam tu je lepas dah kawenkan bebudak nih..umur macam ni kena bagi bimbingan dalam dorang nak melayari onak ranjau rumahtangga yang kompom2 banyak sangat..even orang tua pun kekadang tak mampu nak handle..huhu..semoga ilmu agama dorang makin mantap la untuk bekalan rumahtangga dorang ni..insyaAllah..
bab anak gadis yang memuda dah bergelora menggatal sampai sanggup membelakangkan keluarga tu tak tahu la nak cakap macam mana..sebab masa remaja dulu tak pernah terlibat dengan situasi macam tu..huhu..
al-fatihah untuk arwah yang meninggal tu..semoga Allah pelihara aib arwah jika ada..
takpew kalo awk tak berani pon,sbb awk pompuan,pompuan mmg x de telo...
PadamPasal nafsu zaman sekarang lebih mudah ransangannya dari media massa ke internet berbanding masa dulu, ada satu kes terjumpa sms notty dari girlfriend dalam hp budak lelaki umur 16 tahun yang berbunyi "xpuas main ayg punya k0te"? Huh :| tak tau la girlfrind dia ni umur berapa, mungkin sebaya atau bawah 16 tahun.
PadamDasyat anak2 remaje sekarang tak kira lelaki atau perempuan.
Kalau sekolah menengah dan pandai beromen agak macamana bila dewasa lepas sekolah?
Kalau anda ibu/bapa anak lelaki ni apa tindakan anda?
Kalau anda ibu/bapa anak perempuan(girlfriend dia) ni apa tindakan anda?
Mendidik moral anak zaman sekarang tidak semudah yang disangka.
Kes di atas hanya puncak ais sedangkang bongkahnya masih besar dan banyak yang perlu diselesaikan.
pergghh..kahwin tue..bagusla! tau tanggungjawab.
BalasPadamsapa tak kawin lagi pie la program ni:
Jom, jodoh:
http://janganpercayaceritanie.blogspot.com/2012/11/8-9-desember-2012-program-jom-jodoh.html
minggu lepas, aku baru jer pie.. timba ilmu...
jangan percaya carita nie...bukan aku kata tapi dia sendiri yg kata
PadamPilihan Anda
BalasPadamDiperkosa punca pasangan remaja dari Kedah ini berkahwin awal? - Phew...! Kami pada mulanya turut berkongsi kegembiraan melihatkan pasangan yang begitu muda ini melangsungkan pernikahan mereka. Hebat, takjub juga dengan...
1 hour ago
eh ye kew?ohhh patot la muke si pengantin lelaki tu kelat smcm jer...
Padamtingkat 7 tu yang xtahan tu.. xpikir ke..adoi..
BalasPadamdemi cinta monyet,apa saja sanggup...
Padamhanya nombor bertuah 4D @ toto yang benar dlm surat khabar..
BalasPadamyg lain sume bite x bley caye...
eheheheeee....
sedap ler dia...
BalasPadam