Khamis, 13 Jun 2013

82 Fesyen budak2 yang annoying di mata orang dewasa

Sewaktu zaman aku sekolah dulu, aku adalah seorang yang agak nerd. Masa darjah 6 aku dah start pakai cermin mata. Baju2 sekolah dan segala pakaian semua dibelikan oleh mak bapak aku, aku hanya pakai sahaja tanpa banyak cerita. Waktu sekolah rendah aku bersekolah di kawasan yang boleh dikira kawasan luar bandar jugalah, so tak berapa pandai dan peduli pasal fesyen2 pakaian. Biar la nampak selebet atau selekeh, janji aku selesa pakai sudah.


So bila aku masuk sekolah asrama masa form 1, ramai budak2 sekolah aku yang datang dari kawasan bandar. Budak2 bandar ni biasalah, pakaian up to date sikit ikut fesyen semasa. Aku ingat lagi masa tu antara fesyen yang glamor adalah seluar tempah straight cut, poket tepi straight, poket belakang kotak berbutang besar dan yang paling penting bawah mesti besar 22-inci sampai tak nampak kasut, tak kira la seluar sekolah hijau atau seluar slack petak2 untuk dipakai masa prep malam.

Aku tak jumpa gambar fesyen budak2 sekolah zaman 90-an kat Internet, tapi lebih kurang asshole macam ni la.

Baju kemeja sekolah atau kemeja pergi prep kotak2 mesti kena lebih besar dari saiz badan, jahitan tepi mesti kena bawah bahu, ada tulang kat belakang, kalau baju tuck-in dalam seluar mesti kena keluarkan banyak2 sampai gelebeh2.

Baju T-Shirt pulak yang glamor masa tu adalah T-Shirt2 kolar bulat yang berjenama seperti Quiksilver, Billabong, No Fear, tengok kalau ada jahit kat tepi mesti tak original. Kasut pulak kasut2 suede yang kain baldu tu dan berjenama seperti Converse, Vans dan Airwalk. Kalau takde kasut Penguin pun jadi. Kalau seluar tracksuit mesti seluar trek kain polyster yang jenis takde kain putih kat dalam tu.

Sumber

Fesyen rambut masa tu ada 2 jenis je, rambut belah tengah yang disikat rapi ala2 Nick Carter dengan menggunakan Tancho yang baunya sangat tengik, dan rambut flat top. Pastu mesti nak simpan sideburn, ekor dan beberapa helai rambut yang panjang sampai ke mulut. Nak bagi rambut cepat tumbuh, pakai minyak rambut Bon yang baunya macam tahi.


Sumber

Bila ramai dah kawan2 aku dah ikut fesyen2 tu, aku masih lagi pakai seluar cutting biasa bawah kecik yang beli kat Kamdar. Sebab dah selalu sangat kena kutuk, bila balik rumah masa cuti sekolah, aku pun mintak la dengan bapak aku nak seluar tempah bawah besar jugak macam budak2 lain, tapi sekali kena sound pulak dengan bapak aku, ko nak buat apa seluar2 bawah besar ni, nak menyapu sampah ke? Sebab bapak aku tak nak belikan aku, so terpaksalah aku pergi tempah sendiri pakai duit elaun yang bapak aku kirim bulan2. Dan aku masih ingat lagi seluar sekolah yang aku tempah tu kena gunting dengan cikgu sebab besar sangat.

Sekarang ni bila aku dah dewasa, walau bila aku teringat balik kisah2 aku kat sekolah dulu buat aku tersenyum sorang2, tapi bila aku fikir2 balik, kenapa waktu aku sekolah dulu aku nak kena ikut2 fesyen dan trend merepek2 yang menjengkelkan orang2 dewasa pada ketika itu, walau waktu zaman bapak aku muda dulu pun aku pernah ternampak gambar bapak aku dengan fesyen retro rambut afro gerbang, baju kemeja lengan panjang sendat kolar besar gedabak dan seluar bell-bottom peha ketat bawah bapak besar.


Mungkin sebab tu aku agak annoying bila tengok fesyen budak2 muda sekarang terutama yang dressing macam K-Pop, baju belang2/petak2 dengan colour striking, tali kasut colorful, rambut karat, pakai topi yang ada perkataan OBEY, baju tak cukup kain, kolar luas sampai nampak tali bra, pastu snap picture gaya aksi gedik2 mulut itik dan lain2 gaya jilaka yang menjengkelkan lepas tu upload kat Instagram atau Tumblr.





Kalau korang budak2 remaja yang suka ikut trend2 berfesyen ni, sorry tapi aku terpaksa luahkan jugak apa yang terbuku di hati aku. Zaman berubah ibarat roda, dulu aku pun buat jugak macam korang, tapi bila dah dewasa ni aku menyampah tengok fesyen budak2 sekarang. Masa zaman mak bapak aku muda dulu diorang pun buat jugak, tapi bila diorang dah tua diorang menyampah tengok fesyen budak2 zaman aku. Nanti bila korang dah tua nanti, mesti korang pulak akan menyampah tengok fesyen budak2 masa tu pulak, dan masa tu nanti baru korang tahu perasaan aku macam mana.

Oh mohon jangan siapa2 tiru fesyen Justin Bieber yang cam bangang ini ya.





tags: fesyen fashion kenangan dulu zaman sekolah menengah asrama sbp tahun 90-an 90s seluar straight cut bawah besar poket modifikasi bentuk kotak masjid butang besar baju kemeja tshirt billabong quiksilver no fear kasut suede sneaker converse airwalk vans penguin pallas jazz rambut belah tengah flat top hair cut minyak tancho bon 70-an 70s retro afro kolar besar bell bottom ketat baju lengan panjang garis kotak kpop justin bieber tak pakai baju nampak spenda duckface topi obey snapback cap nerd geek hipster

82 ulasan:

  1. Balasan
    1. jilagak ingt kan si budak huru hara tu upenye org len cesh

      Padam
    2. Btul tu mmg jilkakak jg. Aku pun teringat budak mental tu komen. Dek momon lain kali jgn tulis "abam" kan kah elok tulis abg ke, abang ke, atau pun PON

      Padam
    3. kenapa tak boleh tulis abam?

      Padam
    4. erk! budak mental mana pulak ni? -..-
      terlepas gosip paling hangat!
      hahaha

      Padam
    5. Bahaya kalau tulis abam tuuuu...

      Padam
    6. biasa gosip dengan member kelantan guna perkataan abam
      mohon pencerahan
      HAHAHA

      Padam
    7. Try tulis abiang pulak tengok apa jadi...

      Padam
    8. macam miang sangat bunyiknya -..-

      Padam
    9. jgn abiang2 la,nnti mau orgasm si noob miang ni

      Padam
    10. Sebenarnye Noob yang tembam :) so pangilan manje abam :)
      tu pun tak tau ke?

      Padam
    11. Mungkin juga evolusi perkataan abe dalam kelantan kepada abam yg tinggal tepi sempadan siam kot?

      Padam
    12. kena pakai mintan "tancho" sikat kemas sebelum jadi abam hahaha

      Padam
    13. biasanya kalo org kelantan yang lidah keras akan tersalah menyebut abang dengan bunyi abam...kalo ada orang yang menyebut abam dgn sengaja adalah dgn tujuan untuk memerli..

      Padam
  2. ikut trend la..

    dulu takda internet pun trend fesyen merebak dengan pantas lagi dah ada internet..

    BalasPadam
  3. billabong oversized takat lutut pun ada..haha...straight cut abang aku pun pakai.

    BalasPadam
  4. seluar tight cutting fit dan besar kat buku lali macam zaman bapak aku. trend bee gees, lennon, mick jagger. kat malaysia masa tu dlyod kot femes. ko umur berapa noob? macam tua sangat zaman tu. btw zaman dress up yang sentiasa cool aku rasa zaman punk rock. converse still cool la. vans plak macam haram. dah ikut style kpoop. globe jugak still the best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fesyen is receyleable :)

      Padam
    2. noob sezaman ngan aku. seluar bell bottom.

      Padam
    3. zaman yang ko sebut tu orang yang lahir 70an dan 80an jer tahu noob. zaman transisi menuju modern teknologi. tapi bab mainan 80an tu boleh didapati zaman sekarang dengan mould yang lebih bagus. kamen rider, transformers, voltron, macros, power rangers, mospeda, macross semua diproduce semula cuma harga jer tak masuk akal.

      Padam
    4. Noob..aku lahir thn 1980..skolah STJ kuala pilah..mmg la bebudak lelaki siap tempah seluar skolah cmtu punye besar kt bawah..selalu dorg tempah kt terminal 1 seremban..haha..i

      Padam
  5. Oh.. aku pun simpan rambut panjang depan sampai cecah mulut & belah tengah! Jilaka betul!

    BalasPadam
  6. Apa apa lah.asal asal patuh syariat.pasti selesa,simple,jimat yg penting selamat kat dunia,lubang kubur n mahsyar nanti.

    BalasPadam
  7. aku penah satu zaman pegi uni pakai sarung tangan ninja naruto. dem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. whoa tu geng bawak superbike ka hime?

      Padam
    2. Sarung tangan ok lagi jangan pakai cosplay pi kuliah sudah :)

      Padam
    3. pakai sarung tangan je ke? headband naruto pakai x?

      Padam
    4. ok la tu pkai sarung tgn. jgn dia pakai skirt paras peha lepas tu bandage peha macam ino dh. xpun pkai skirt sekerat + suar leging ijau mcm sakura kah3.. st1m dowhh..

      Padam
    5. macam tu baik pakai cosplay sakura pon ok gak :)

      Padam
    6. headband aku ikat kat beg je. tapi bila anime convention kat uni aku pakai cosplay akatsuki membe aku jahit sendiri. bebudak biotech lagi bes, diorg alter labcoat diorg jadik shinigami punya jubah (bleach), then after convention pun diorg selamba pakai coat tu pegi lab..

      Padam
    7. woah kira labcoat tu dorang bagi jadi warna hitam ka? atau dorang maintain warna putih dan cosplay as ichigo versi hollow?

      akatsuki? naiseee~ XD

      Padam
  8. buahahaha.. aku mampu ketawa je sbb ianya turut berlaku ke atas diriku ini... cit!

    BalasPadam
  9. seluar bawah besar..lepas tu baju sekolah ade tulisan ' cantona7 ' ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan aku pakai cikgu displin sudah tangkap dia gunting buat kain lap tingkap.. pastu cikgu suruh kawan aku pakai langsir pi kelas ke kelas..

      Dam.. kalau sekarang mau cikgu tu kena saman sebab memalukan murid.. hahaha..

      Padam
  10. time aku sek men, yang aku ingat bebudak suka pakai kain senteng macam nak pergi bersawah. pastu pakai stokin color2 bunga2. pastu pakai tudung kecik macam budak sek rendah punye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoh zaman aku skolah dulu pun ada puak2 ni, damn memang eyesore tahap....

      Padam
    2. rasa stoken senteng kain singkat masih ada sekarang
      ntah aku tak nampak apa yang menarik budak perempuan pakai camtu
      macam tak betul pun ada... hahaha..

      Padam
    3. plain.. kite kan zaman 80an.. tapi tudung kecik ala kanak2 sek rendah tu, aku pun pernah buat. hahaha
      betul tu anon, rasanya now pun ada juga zaman kain senteng tu.. even lelaki pakai coat bapak punye smart pun pakai seluar senteng. owh wtf~~

      Padam
  11. ehewhewhew titeww tintewww diewwwwww

    BalasPadam

  12. ahaha skrg dah xramai yg wat style rambut belah tgh nape ek. yg ada style bullshit mcm k pork.. sembut spray rambut yg keras mcm batu...

    BalasPadam
  13. Alien Workshop, Chicago Bulls, Billabong, Quiksilver, Maui, Vans..rambut ada lawi paling pendek 5 inci, nasib baik aku tak minat seluar jenis beso kat bawah tue. koh koh koh


    dan ya, dulu pakai seluar kaler merah kena cop macam Indon, la nie seluor kaler merah, kuning, biru striking diorang kabo kpop. Rasis ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alien Workshop ohhh nostalgia betoi!! XD
      ada lagi, B.U.M Equipment n Bodyglove~ :D

      Padam
    2. masa aku dulu pakai Dr Cardin dan main skate baord..
      macam cool jek.. :D

      Padam
    3. betui zaman den pun sapa pakai seluar kaler2 merah @ hijau dipanggil fesyen indon atau jebeng...

      Padam
    4. pakai dr.cardin main skate? baru 1st time aku dengar skater pakai dr. cardin.

      Padam
  14. Aku juga yg tak tepengaruh dgn fesyen semasa. Entah kenapa ya.... jiwa aku tak ambil port pun pasal fesyen ni. Aku pakai je apa yg ada. Ingat lagi zaman semua org sibuk pakai baju America football yg ada lubang lubang tu. Aku tak tepengaruh pun. Hebat juga jati diri aku ni ya.:-D

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun takda la terikut sangat sebab fesyen tak menarik mana macam orang pelik aje.. so pakai normal je apa yang ada..

      Padam
  15. eh eh sama zaman la..budak sezaman aku kalau seluar sekolah bukan setakat pattern kena bell bottom malahan zip telah digantikan dengan butang supaya nampak lebih kool..aku tak ada duit nak tempah, jadi aku pakai seluar kedai cina je..

    kalau outing, tak tau kenapa kawan2 suka sikat rambut ala2 grunge, baju t lengan panjang jalur2 seluar kecik..butang baju sampai atas..

    pelik jugak aku tgk fesyen mcm tu masa tu..heh heh

    BalasPadam
    Balasan
    1. rambut ala grunge? tak tau plak grunge pun ada style sikat rambut.

      Padam
  16. Balasan
    1. haha but we all will be death

      Padam
    2. NOT DEAD la carlos bukan DEATH...ni mesti kuat sgt melancap

      Padam
  17. dlm byk2 fesyen. fesyen yg aku salute skali baju kurung/jubah + tudung labuh.

    sebaik2 fesyen ketika d luar rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebakk arr.. dari zaman sekolah kau dah fesyen tu...

      Padam
  18. noob apasal blog jilakabetul kosong? dah kena ban ka? aku baru nak layan gambar bebudak syiall rosak zaman skrg.

    BalasPadam
  19. dah lama x singgah belog ni.. dulu singgah sebab join komen paling akhir tu je.. heee..

    BalasPadam
  20. ak dulu2 masa zmn mcm noob, kena buli selalu bila tak ikut fesyen diorang pergh loser gila aku, sebb aku suka duk sensorg ad kwn pun 2-3org yg len kenal je la, time sekolah menegah kenangan mcm celaka kena ikut trend pesyen seluar bellbutom dan beberapa fesyen lg, ak lebih suka buat hal sendiri je manjang dlm hati "fuk u all with ur idea" rebels ngan semua org haha2 tu time sekolh menengah je le...

    BalasPadam
  21. kah kah kah..pakai baju alien workshop.. Seluar cross colour...

    BalasPadam
  22. lagu top time tuu pulak backstreet boys, spice girls, aqua , vengaboys...lagu rindu serindu rindunya..ricky martin lagu world cup...kekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau Malaysia.. tettttttt #New Boyz, Q face, Boboy# haha siot la, jambu giler kot

      Padam
    2. tambah lagi - Boyzone, 911, S Club 7, All-4-One.... XD

      Padam
    3. headwind, wings, search, alleycats :D

      Padam
  23. tambah lagi...wyg femes time tuu wyg titanic...lagu celine dion..poster titanic dsana sini...kah kah kah...

    BalasPadam
  24. lgu mlayu- scoin, spin, spoon, screen...kah kah kah...omputih lgu M2M, the moffat, hanson, E-17, bla bla bla...westlife blom wujud lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa tu rasanya lagu gersang kot.. ekamatra.. xpdc.. exist etc..

      Padam
    2. aha jgn lupa metal 60 an. EYE, Arrow - aku x bersalah, Lestari, dangdut amelina iwan.

      lagu hindi pun mencapai puncak pd zama ini..

      komik plak dragonball, dragon quest, slamdunk, Raja rimba kah3..

      filem terfemes - Sembilu awie, erra fazira.

      ehehehe

      Padam
  25. tapi aku plg meluat tgk fesyen2 budak pompuan bertudung yg pelik2 & over nk mampos & gelarkn diri hijabis la,hijabster la, hijabista la.pakai tudung lilit berpuluh2 kali dgn ropol2, makeup tebal gila, baju ketat kopek tertonjol2 line spender pun boleh nmpk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu tugas mak bapak atau suami diorang la tlg tegur. nak fesyen jgn smpi melampau batas...

      Padam
  26. metalicca..iron maiden..lagu dulu2 lagi best..tu pasal lagu indon la ni femes...malaysia ada..cth wali band...la ni kristal jer kot...yg lain fail...kpop menyampah...lagu dah sedap n then ada org berckap..tu yang menyampahhhhhhh sesangat...


    burn mind

    BalasPadam
  27. ko SBP mana noob/firdaus? cam satu skolah ngan aku ja

    BalasPadam
  28. fesyen kat sekolah tahun 90s......huhu..suar bapak besar kat bawah dan labuh bole wat seret tahik ayam..kalu kat luar skolah trend punk,skin,black,thrash,grunge

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.