Khamis, 26 September 2013

43 Memahami personaliti dengan ujian Myers Briggs

Kenapa ada pasangan yang dah lama kenal dan kahwin pun masih lagi sering berbalah, tiada sefahaman dan sukar memahami antara satu sama lain? Kenapa anda susah nak memahami perangai rakan anda dan ada rakan anda yang sukar nak memahami sikap anda, malah ada yang kerja satu pejabat tapi nak bercakap pun tak boleh? Ini semua kerana kita tidak memahami jenis personaliti mereka dan mereka juga tidak memahami jenis personaliti anda.


Setiap manusia di dunia dilahirkan berbeza2 dan unik. Setiap manusia mempunyai tempat dalam masyarakat dan dunia ini walau apa pun personaliti mereka. Setiap satu kita mempunyai personaliti yang tersendiri namun masih boleh dikelas dan dikategorikan. Salah satu cara untuk mengetahui jenis personaliti anda, pasangan anda serta rakan2 anda adalah dengan menggunakan ujian personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Melalui ujian ini, personaliti seseorang akan dikelaskan berdasarkan 4 jenis kecenderungan:

  • Extraversion (E) VS Introversion (I)
  • Sensing (S) VS Intuition (N)
  • Thinking (T) VS Feeling (F)
  • Judgment (J) VS Perception (P)

Dengan mengetahui jenis personaliti anda, pasangan anda serta orang lain, barulah kita akan lebih mudah untuk bergaul dan memahami antara satu sama lain. Malah ia boleh digunakan untuk mencari rakan baik serta pasangan hidup yang sesuai dan serasi dengan anda.


Untuk mengetahui jenis personaliti anda boleh cuba jawab ujian ini - http://www.humanmetrics.com/cgi-win/jtypes2.asp. Kalau nak ambil yang lebih ringkas dalam Bahasa Melayu, boleh cuba di sini - http://www.teachersrock.net/taksiran_diri.htm. Tapi kalau nak lebih tepat, sila berjumpa dengan pakar psikologi. Lepas dah jawab, anda akan dapat keputusan jenis personaliti anda seperti contoh ISTP, ESFJ, INTJ, ENFP dan lain2 di mana terdapat 16 jenis personaliti kesemuanya dan anda boleh tengok kat situ ciri2 personaliti anda berdasarkan jenis personaliti yang anda perolehi.

Macam aku, keputusan ujian aku adalah ESFJ dan berikut adalah ciri2 orang yang jenis personalitinya seperti ini:
ESFJ: "Everyone's trusted friend'': Graciousness describes the general lifestyle of this type and sums up the management style. Can encourage and motivate workers to accomplish goals. The work setting is very formal but pleasant. Tends to display parental judgment, even impatience. This is called a Santa Claus management style, since the ESFJ keeps lists, even mental ones, and checks them twice. Distributes rewards and critical glances/guilt trips.

Berdasarkan carta/diagram berikut: ESFJ mempunyai ciri2 Observant - Judging - Guardians - Feeling - Provider.


Sekiranya setiap individu dikenalpasti jenis personalitinya, kita boleh menggunakan sebaik mungkin sumber manusia yang ada dengan menjadikan personaliti setiap seorang sebagai kekuatan, bukan kelemahan, terutama di dalam alam pekerjaan yang memerlukan kita bekerja secara berkumpulan.


Sebagai contoh, sekiranya kita tahu Ali merupakan seorang yang Extrovert yang gemar berjumpa bersosial dan berbincang dengan ramai orang manakala Siti seorang yang Introvert yang tidak suka bersosial berjumpa orang dan beliau lebih gemar berfikir seorang diri, sebagai ketua kita boleh gunakan personaliti mereka sebaik mungkin dengan memberi Ali kerja2 yang memerlukan beliau sering outstation dan berjumpa customer manakala Siti diberikan kerja yang melibatkan research. Dengan itu kita boleh menggunakan personaliti individu sebagai satu kelebihan. Andai Ali diberi kerja membuat research di depan komputer manakala Siti pula diberi kerja berjumpa customer, pasti mereka tidak dapat melakukan kerja tersebut ke tahap maksimum kerana personaliti dan minat mereka bertentangan dengan kerja yang mereka perlu buat.

Berikut adalah infografik mengenai kaitan personaliti Myers-Briggs dengan kepuasan bekerja:


Jenis personaliti boleh juga diterjemahkan dengan menggunakan watak2 yang sedia ada sama ada nyata atau fiksyen. Berikut adalah "Who Are You?" berdasarkan kepada carta MBTI:


"MBTI Chart - Who are you?" versi tokoh:


"MBTI Chart - Who are you?" versi Star Trek:


"MBTI Chart - Who are you?" versi Naruto:


"MBTI Chart - Who are you?" versi My Little Pony:


"MBTI Chart - Who are you?" versi Avatar:


"MBTI Chart - Who are you?" versi Adventure Time:



Apakah pula jenis personaliti Myers-Briggs anda? Sila cuba ambil ujian personaliti MBTI dan kongsikan jenis personaliti anda di ruangan komen di bawah.




tags: ujian personaliti diri karl jung myers briggs type indicator mbti online test keirsey typology consulting psychological pakar psikologi kaunseling kenali diri fahami sikap pasangan awek cinta isteri suami anak ibu bapa keluarga rakan kawan adik beradik orang lain semua orang how to understand anyone everyone extraversion introversion sensing intuition thinking feelingjudgment perception marriage test serasi sikap sifat job satisfaction infographic career opportunites chart diagram what are you celebrity selebriti tokoh harry potter naruto my litte pony one piece star trek avatar adventure time career bidang kerja lol meme

43 ulasan:

  1. prott..prooottt..proott! Ops!!

    BalasPadam
  2. Sepatah aram aku tak paam

    adakah aku bangang? Tidaaaak

    BalasPadam
  3. noob... kalau ikut selibriti, ko yg org negro tua tu..lol...
    aku rase ko tukar la icon ko jadi gajah..

    BalasPadam
  4. *Aku ISFP..career aku bosan giler..huk3..
    Noob kalau free tolong buat entry mengenai surat kepada PM oleh Siti Hajar Aladin yer..share2 lah pendapat kau ttg isi surat tu ok..

    Mr.

    BalasPadam
  5. Aku punya INTJ. Rasa macam betul pulak test ni sebab banyak benda dia explain kena dengan diri aku.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. aku rasa ko punya bukan SHIT, tp BABI

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. depends on situation i can be anyone..
    fixed personalities is boring..

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. INFJ macam betul jer.. haha... aku rasa aku introvert. Tp org ckp x.. now proven!. :p

      Ko nurturer ropenyer Hime. saya protector. hehe..

      Padam
    2. ISTP... oh sama ngan kakashi ngan harry lah... aiyoyoo ular la plak lol! XD

      Padam
    3. aku pon xtau..tgk result tu certain valid certain x valid hahaha

      Padam
  10. Belia kelate benci JDT!

    BalasPadam
  11. aku buat byk kali, tapi berubah2 keputusannya... makna aku ni ader pelbagai personaliti...multi purpose agaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama cam I lah ----> SIAL

      Padam
    2. Alahai kasihannya. BODO agaknya?

      Padam
    3. haha manusia berubah2 kecenderungan dia..
      kalau ikut soalan tu lebih kepda kecenderungan kadang lain kadnag lain..
      tapi ada juga manusia yang konsistent..

      Padam
  12. Tak sangka rupanya aku punya MADAFAKKA..

    BalasPadam
  13. huh.. Apa lar pilih test dalam BM http://www.teachersrock.net/taksiran_diri.htm
    sekali keluar dalam English pulak doh..

    Congratulation!!
    You have completed the Personality Quiz!
    Your personality or temperment are based on the following scales: Introversion, Extroversion, Sensing, Feeling, Judging, Perceiving
    Your personality maps as follows:
    ESTP: (E):Extroversion, (S):Sensing, (T):Thinking, (P):Perceiving.


    This means you are more likely to be:
    Making the most of the moment :A risk-taking, entrepreneurial, give-it-a-go person. A type with a real flair for most things. Doers with a basic built-in restlessness who like to keep their hands in a variety of pots, cheering to keep everyone on their toes and to keep life exciting. Downside: restless/hyperactive.

    ------- hahah giler terjemahan Google nih-----------

    Tahniah!
    Anda telah selesai Kuiz Personaliti!
    Personaliti atau temperment adalah berdasarkan kepada skala berikut: introversi, Extroversion, Sensing, Rasa, Berdasarkan, Tanggapan
    Peta personaliti anda seperti berikut:
    ESTP: (E): Extroversion, (S): Sensing, (T): Pemikiran, (P): Tanggapan.


    Ini bermakna anda lebih cenderung untuk menjadi:
    Membuat sebahagian besar masa ini: A mengambil risiko, keusahawanan, memberi-it-a-pergi orang. Sejenis dengan gaya sebenar untuk perkara yang paling. Orang yang zalim dengan kegelisahan asas terbina dalam yang suka untuk menjaga tangan mereka dalam pelbagai periuk, bersorak untuk memastikan semua orang di jari mereka dan untuk mengekalkan kehidupan yang menarik. Kelemahan: resah / hiperaktif.

    BalasPadam
  14. Aku ESTJ.. betui ka..
    Life's natural administrators :Proverbial jack of all trades. Accountable, responsible, productive, results-oriented. Found in leadership positions in a cross section of professions, from law and medicine to education and engineering. When a job is to be done, a regulation established, a system implemented or an ongoing program evaluated, call on an ESTJ to manage it.

    BalasPadam
  15. Oh dah daw lama dah MBTI nih. INFJ. awesome.

    BalasPadam
  16. Utk pastikan result test ni tepat, kena buat at least 2x dlm jangkamasa beberapa bulan. Aku jenis INTJ... 2x aku wt test ni dlm masa setahun, mmg konfem aku jenis INTJ. Dan kebanyakan description INTJ mmg kena dgn aku.

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila buat test, dapat INTP~ [Introvert(89%) iNtuitive(12%) Thinking(12%) Perceiving(39)%]
      tapi bila baca description, rasa macam aku ni INFP~
      last time aku buat brain hemispheric dominance, aku ni agak balance kiri-kanan~ hmm, mungkin tu pasal jadi agak balance kat sini~
      (^_^)v

      Padam
  18. ISFJ.

    ada yang tak dapat baca tulisan sbb kecik sgt huhuhuu

    BalasPadam
  19. INFP

    Sesiapa yang dapat INFP, jom lawat blog ini : https://heningituindahblog.wordpress.com

    BalasPadam
  20. aku sorang je ke ENFP ? tapi berbelah bahagi dengan ENTP walaupun aku sedar aku tak pandai pun macam ENTP �� ada time perangai aku macam ENTP kejap, 10 kali aku buat test dapat ENFP juga, buat search and baca pasal benda ni rasanya aku memang sah ENFP. dorang cakap ENFPs are the most extrovert but aku ni ambivert, jadi ANFP la bukan ENFP ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku baca ENFP ni most compatible dengan INTJ/INFJ tak pasti la betul ke tak sebab kalau tengok personality jauh bezanya ��

      Padam
    2. Aah compatible . Sebab intj ni melengkapkan i@enfp .

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.