Khamis, 12 September 2013

36 Pemimpin negara potong gaji dan jual jet peribadi

Demi rakyat jelata, seorang pemimpin negara telah memotong gajinya sebanyak 30% dan yang terbaru menjual jet peribadinya dengan nilai RM15 juta untuk memberi makan kepada 1 juta rakyat yang menderita kelaparan disebabkan krisis kekurangan bekalan makanan yang semakin kronik.


Ya, itulah Presiden Malawi, Joyce Banda yang membuat keputusan untuk memotong 30% gajinya daripada £37,000 ke £26,000 setahun serta menjual jet peribadinya disebabkan masalah ekonomi yang semakin kronik serta kadar inflasi yang semakin meningkat di negara Malawi. Beliau berkata:
"I told Malawians we needed to pass through difficult times," the 62-year-old head of state told South Africa's Business Day during a visit to Johannesburg this week. "I even cut my own salary by 30 per cent to show we are making sacrifices.

"It is a very low salary, but most Malawians are getting just as little as that. So that's fine, we have a nation to build. Perhaps the next president will get better than that." The move comes just months after Mrs Banda announced that she would sell off the presidential jet and fleet of luxury cars accumulated by her predecessor Bingu wa Mutharika, who died in office in April this year.


Di Malaysia, aku lihat ramai penyokong pembangkang serta segelintir penyokong kerajaan yang berpendapat para pemimpin kita juga perlu memotong gaji mereka seperti pemimpin Malawi untuk bersama2 rakyat menanggung bebanan ekonomi terutama ketika isu kenaikan harga minyak. Malah Dr. Asri juga berpandangan yang sama:
Sumber
Namun ada juga yang berpendapat gaji dan elaun pemimpin2 negara, golongan raja2 dan pegawai kerajaan tiada keperluan untuk dipotong, yelah gaji para pemimpin kerajaan taklah banyak mana pun kan, sebaliknya kerajaan perlu berbelanja secara berhemah serta berjimat cermat dalam perbelanjaan, seperti mana pandangan Encik Zaharin Mohd Yasin.


Mungkin ada yang berpandangan begini kerana merasakan walaupun harga minyak dan barang naik, kos sara hidup rakyat meningkat, tapi rakyat Malaysia masih boleh dan mampu untuk survive kerana ekonomi negara masih boleh dikatakan baik dan pendapatan negara masih tinggi berkali2 lebih bagus jika nak dibandingkan dengan negara seperti Malawi yang mengalami masalah ekonomi yang kronik.

Berikut adalah perbandingan ekonomi antara negara Malaysia dan Malawi:

Klik sini untuk statistik penuh.

Cuma walau mungkin tak perlu pendapatan para pemimpin ini dipotong, tapi kalau Perdana Menteri, DS Najib Razak mengumumkan akan memotong gajinya untuk bersama2 menanggung dan merasai kesusahan bersama2 dengan rakyat, walau tak banyak mana mungkin dalam 5% je pun, namun populariti beliau dan sokongan kepada BN juga mungkin akan meningkat lebih daripada 5%.

Apa pula pandangan anda? Adakah anda rasa wajar atau tidak gaji dan elaun para pemimpin dipotong ketika harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat ini?




tags: presiden republic of malawi leader joyce banda cut salary potong gaji 30% jual jet peribadi sell sold presidential jet aeroplane pemimpin raja sultan perdana menteri kabinet pegawai kerajaan subsidi kurang minyak naik peruntukan gaji elaun ahli umno zaharin mohd yasin kos sara hidup barang naik ekonomi merudum kronik kritikal beza perbandingan malaysia statistik dr asri zainul abidin maza bidas ustaz fathul bari ufb putar belit kenyataan

36 ulasan:

  1. Balasan
    1. jom
      tp sbb nak jimat kita naik tongkang jgn naik kapal terbang
      hahaha

      Padam
    2. irfa raziah buat lawak bodoh.

      Padam
  2. mohon noob jentik telo zahrin

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. gaji dia rm300 sebln nak potong apa..makan pasir la

      Padam
    2. tu belum masuk lagi bulan dia kena bayar ******

      Padam
  4. andai malaysia pon macam ni kan bgs..sekufu je smua bru aman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan terlalu mengharap, dan kalau ko mengharap, jangan berhenti mengharap..ehh..melalut lak..

      YB Rafizi baru cadang je potong elaun/gaji menteri, xpasal2 dia kena cop bodoh, aku rasa kalau bahagian HR wat potongan gaji/elaun menteri mau kena maki kaw2 punya..

      Tapi xtau la kalau memang ada YB kat Malaysia ni yang memang ada potong elaun/gaji tapi xnak bagitau..

      Xpe la, kita rakyat yang susah ni ber'sedekah' kepada kerajaan, maklumlah orang miskin kalau sedekah pahala lagi lebih dari orang kaya yang bersedekah..xgitu..

      Padam
    2. ada orang miskin ke kt msia ni ?

      Padam
    3. semua orang kaya-kaya orang miskin dah kena halau dari Malaysia

      Padam
    4. ohh, ada jugak org teringin nak menyamar jd aku, selain ayam afrika dan firdaus m... hahahaha

      Padam
  5. potong elaun sultan.. apekejadahnye mempertahankan agama islam pun tidak, isu kalimah allah buat tak tahu je dan macam-macam lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uikk..jap lagi ada geng yang berhimpun depan rumah ko sebab menghina sultan..hohoho

      Padam
    2. Yea trace ip dia sudah kira menghina ni

      minyak naik semua kena naik apa plaknak potong2

      Padam
    3. tunggu la kau ak pukul ko klu ak nampak ko kat mana2 berani ko tak hormat sultan ak sepak ko dari Malaysia la!!

      Padam
    4. aku mintak maaf tolong delete, aku janji aku tak buat lagi.

      Padam
  6. menteri malaysia bero..kalau ada yg sokong cadangan pemotongan ni aku rasa KJ je kot..yang lain tu bukan je angkuh sombong bongkak, malah bodoh dalam perkataan pulak tu..tp pemimpin malaysia ni mmg pelik2 la pasca pru13 ni..makin bangang..why eh why? dah banyak lemak sangat..tak pernah nak letakkan diri kat tempat rakyat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. no money no talk

      Padam
    2. hidup pon tak lama kat dunia kalau ada cecah 90 pun berapa kerat..
      tapi ramai yang rasa arau nak hidup selamanya imortal..

      tu yang best dan seronok bermewah-mewah selagi masih ada nyawa..

      Dah mati esok kita jawab la semua apa kita buat bazir ka..zalimi orang ke.. pecah amanah ke pilih orang korup ke.. rasuah ke dsb. kalau masih ingat mati la..

      Padam
  7. pergh masa mula2 aku ternampak tajuk entry ni kat list blog aku, aku ingatkan ada mana2 menteri negara kita yg terkesan dgn statement Dr.Maza, skali click n baca entry... ohh, pemimpin negara malawi rupanya, ahahaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rupe pemimpin malaysia kot haha.. rasanya mungkin ada bau-bau bacang kalau tak silap masa first lady summit dulu dia ada datang..

      Semiskin pemimpin malawi ada jet peribadi you.. kita ada apa?

      Padam
  8. Time ni lah gaji harus naik, nak potong buat apa.

    BalasPadam
  9. kalau soltan dgn menteri potong gaji diorg, aku akan kerat kote aku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerat kote ko bg rosmah dia suka yang pucuk putik mcm ko punya haha

      Padam
  10. Kalau nak potong,better utk menteri2 kabibet sahaja sbb mereka yg loaded sbnrnya even just potong beberapa ratus je. Tp biasela kalau bos kata elaun minyak kita dipotong sbb minyak naik n langkah berjimat cermat,lgkan menteri terus sentap even gaji beribu2 lemon.

    Mmg ada kemungkinan bila potong elaun,populariti akan naik sekali...tp kalau dah penyokong tegar mana2 parti,buat bagus mana pun mcm turun minyak rm1,brim rm5k tp tetap sokong parti fav dia.

    Tp tetap suka stail KJ,berani bersuara even menteri muda..at least lebih memahami rakyat dr menteri lain peluk tubuh je.

    BalasPadam
  11. Kalau nak potong,better utk menteri2 kabibet sahaja sbb mereka yg loaded sbnrnya even just potong beberapa ratus je. Tp biasela kalau bos kata elaun minyak kita dipotong sbb minyak naik n langkah berjimat cermat,lgkan menteri terus sentap even gaji beribu2 lemon.

    Mmg ada kemungkinan bila potong elaun,populariti akan naik sekali...tp kalau dah penyokong tegar mana2 parti,buat bagus mana pun mcm turun minyak rm1,brim rm5k tp tetap sokong parti fav dia.

    Tp tetap suka stail KJ,berani bersuara even menteri muda..at least lebih memahami rakyat dr menteri lain peluk tubuh je.

    BalasPadam
  12. potong elaun menteri.. isi minyak kereta pakai det poket menteri tu sendiri..tak payah bg brim broom bagai.. tak payah rebet smartphone.. swastakan MAS airlines.. sbb tiap2 tahun umum rugi..projek2 kerajaan yg harga dia diluar jangkaan akal... barang2 yg di order oleh pejabat2 kerajaan yg menggunakan LO..harga 2kali ganda dari asal.. kurangkan lawatan keluar negara menaiki kapal terbang mewah..

    BalasPadam
  13. kalau x suka pergi pindah ke malawi ..syukurlah malasia masih aman - macai umno..

    BalasPadam
  14. Teruk sangat ke ekonomi negara sampai nak kena potong gaji Sultan, PM & Menteri2?... Kalau ekonomi negara kita teruk, ini boleh mengurangkan keyakinan pelabur untuk melabur dalam negara... Silap2 pelabur sedia ada pun lari tinggalkan negara... Lepas tu pendapatan kerajaan berkurangan, kadar pengangguran pun meningkat... Ini semua pun nak difikirkan juga...

    BalasPadam
  15. Takut sgt nak potong gaji, padahal gaji pak2 menteri ni kurang2 beberapa bulan gaji frsh grad. Oklah, tak payah potong gaji tapi potong separuh semua jenis elaun. Ada bran?

    Mesti x punya. Sedangkan rafizi cadang menteri bayar sendiri duit minyak pun dh dilabel bodoh, ini lak kasi potong elaun.

    In the end presiden malawi yg bukan Islam lebih Islam dari menteri2 Islam kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab banyak kakitangan menteri ni yang Rafizi dedahkan..
      Dah la Malaysia ni negara yang banyak menteri
      lepas tu bawah menteri pula ada penasihat paling kurang 5 orang..
      So kali 5 dah berapa kos untuk menteri saja..


      Padam
    2. Alaaa kasi mansuhkan ajer mne2 jawatan pentadbiran yg x mndtgkan faedah sangat tu, safe budget dari gi bayor gaji buta kt derang.. pe susah???

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.