Sumber gambar |
Tapi setiap kali aku ulas atau kritik suatu isu, antara respon yang aku dapat:
- Ko asyik highlight kesalahan dan kelemahan kerajaan je, cuba ko tengok dekat negeri pembangkang apa kurangnya?
- BN dengan PR sama dua kali lima je kedua2nya hampeh, kalau PR menang pilihanraya pun belum tentu benda yang ko cakap ni akan berubah dan diperbaiki, mungkin lebih teruk lagi.
- Kau ni mesti macai Anwar.
Kenapa setiap kali aku kritik kerajaan pasal suatu isu mesti ada yang nak kaitkan dengan pembangkang, sedangkan aku tak sentuh pun pasal pembangkang? Dan setiap kali aku kritik kerajaan, ada aku suruh korang sokong pembangkang? Tidak. Korang nak sokong sapa2 itu hak korang takde kaitan dengan hidup dan mati aku. Setiap kritikan dan teguran aku kalau aku tuju kepada BN, ia adalah untuk BN. Kalau aku tujukan kepada PR, ia adalah untuk PR.
Bukan bila aku kritik BN aku suruh korang sokong PR, sama bila aku kritik PR bukan aku suruh korang sokong BN, tapi dengan kritikan aku ini aku mahu kedua2nya faham dan perbaiki kelemahan masing2, bukan bagi alasan dan tuding balik kesalahan kepada pihak lain, sebab aku tahu BN ke PR ke tak semua benda tu teruk, dan tak semua benda tu bagus juga.
Bila setiap kali ada isu bangang yang ditegur kepada kerajaan atau pembangkang, ia dibuat dengan tujuan untuk korang selesaikan isu tersebut, bukan spin, bagi alasan dan putar balik campak tahi ke pihak lawan, kalau macam tu sampai bila2 pun masalah rakyat takkan selesai. Tapi kalau masih lagi berlagak dan bodoh sombong, korang terima la sendiri akibatnya, jangan pula salahkan orang lain bila ramai rakyat dah benci dan muak.
Korang semua dah ada otak, boleh menilai sendiri baik buruk betul salah suatu isu tu. Takkan bila orang lain kritik atau tegur kerajaan, UMNO dan BN dalam blog dia, terus kena kutuk dan dilabel sebagai pembangkang. Tapi bila Tun Mahathir yang tegur padahal benda yang sama orang lain dah lama perkatakan, penyokong2 terus terima dan setuju siap tambah lauk lagi. Apa Tun Mahathir sahajakah yang layak mengkritik dan menegur orang?
Jangan jadi manusia yang terlalu fanatik, taksub dan ekstrim pada suatu parti. Kalau ada orang tegur benda yang tak betul, terima dengan hati yang terbuka, jangan malu untuk mengakui kesilapan, berani meminta maaf serta berusaha untuk perbaiki dan tidak mengulangi benda yang sama. Kritik kerajaan bukan bermakna sokong pembangkang, sama juga bila kritik pembangkang tidak bermakna sokong kerajaan.
Kadang2 sifat rendah diri, murah hati, baik hati, ikhlas, mudah didekati, friendly para pemimpin hanya muncul bila time kempen pilihanraya sahaja semata2 nak raih dan menagih undi daripada rakyat, tapi elok je lepas menang dan dapat jawatan, terus pusing 360° jadi bongkak, ego, riak dan sombong dengan jawatan yang diamanahkan oleh rakyat. Mungkin sifat hipokrit adalah suatu sifat yang perlu ada bagi setiap ahli politik.
tags: tegur kritik pandangan ulasan komplen complaint dasar tindakan kenyataan pemimpin kerajaan mengarut merepek respon barisan nasional bn kelemahan kesalahan tuding spin pusing balik putar alam alasan bodoh pakatan rakyat pr sama 2x5 macai najib rosmah anwar salah siapa selesai isu masalah rakyat tun mahathir fanatik taksub ekstrim ekstrimis sifat hipokrit hypocryte ahli politik politician
Mesti anda macai umno. Hahaha guraubje. Tapi betul rakyat kita selalu anggap kena pilih pihak.
BalasPadamNak buat macamana pemimpin yang ajar hahaha..
BalasPadamKo tak dapat beli ayam mahal beli ikan
- padahal harga ikan lagi mahal dari ayam..
Ko tak suka bn ko ni musti PR hahaha..
- padahal tak semua yang tak sokong bn tu sokong PR
lol..
Aku nampak kita mungkin dididik sebegitu dari kecil sampai besar kot.. tidak dapat menerima teguran atau kalau orang tegur ni nak salahkan kau aje.. padahal teguran adlah suatu yang positif untuk kita lihat dan baiki diri kita..
ni bukan gomen pembakang machai atau balachi tapi dalam keluarga.. dalam masyarakat.. dalam kompeni dalam kehidupan la kita akan berhadapan dengan ramai orang sebegini.. termasuk la bini ko laki ko anak ko adik beradik mak bapak ko pun..
Kena banyak diplomasi nak menegur.. tegur direct silap-silap jadi gaduh menenking etc..
kadang kena maki balik then serang balik.. "ala ko cakap je lebih ko sendiri pun tak betul"..
tu ramai orang lebih suka senyap penat je gaduh.. tegur pon tak terima buat apa kan..
jgn dgr ckp menteri...
Padamdgr ckp mak hang la...
kenapa yer...salahker *bela* ayam sendiri??
dunia skrg ni memang dah mcm ni..
kau kena usaha sendiri...jgn harapkan pada org lain
ko paham tak?
usaha sendiri takyah harap orang lain haha
Padamsila la duduk sorang usaha sendiri2..
Hipokrit sama tak dengan munafik? Harap diampunkan sebelum mati.
BalasPadamkalu nak duk kat Malaysia neh jangan ko salahkan pemimpin kerajaan atau pembangkang kat sini. lain kali kalu harga Minyak naik ko salahkan bangla sebab dorang yang biase keje kat pam minyak. kalu harga ayam naik ko salahkan ayam-ayam dari China atau Taiwan yang berlonggok kat lorong hj taib nun.
BalasPadamkalau kutuk PR dikatanya macai UMNO....fanatik sungguh rakyat Malaysi...i mean rakyat Banglasia...
BalasPadamapakh rahsia anwar kelihatan muda remaja mohon kongsi petua
Padambuta agaknye
Padamphotoshop arr...apa lagi....
Padamwahh..Noob mcm marah je... huhuhu
BalasPadamProses pembodohan yang sistematik mengakibatkan minda masyarakat kita menjadi sempit dan berfikiran satu hala. Pada masyarakat kita, pandangan yang ada hanyalah, 'either you are with us or against us'. Minda ini dipupuk secara sistematik membuatkan kita berasa tidak salah menjadi tolol dan mengikut secara membuta tuli apa sahaja yang pemimpin masing-masing perkatakan, tak kiralah ianya dari parti yang memerintah mahupun dari parti yang membangkang.
BalasPadamyep... true enough ( -___- )
Padamko period ke noob?
BalasPadamYe la agaknya
PadamRamai orang ni defensif.. kita highlight kelemahan dia terasa kita attack dia plak..
BalasPadamMungkin cara kita tegur atau cakap salah? atau cara dia baca atau dengar teguran kita salah?
Ntah la noob kena belajar psikologi kot..
Attack of Malaiysssssssss
BalasPadamDlm laporan thestar hari ni najib kata armchair critics (keyboard warrior sekali) hendaklah beri cadangan penyelesaian masalah bukan asik komplen je.
BalasPadamBetul kata najib tu. Tapi dlm beberapa isu, ramai je yg bagi cadangan penyelesaian x kira melalui media mana pun. Tapi adakah kerajaan amik kisah? Kalau cadangan yg bernas x diterima, x payahlah minta cdgn. Teruskan berpuas hati menerima komplen saja.
ntah....kadang2 aku tgk cadangan yg ditolak tuh memang sepatutnya ditolak...
Padamtp sbbkan meleis yg idiot..gundah gulana kot..
sila join kerajaan :) dan selesaikan masalah hahaha
PadamKak Ros bagi cadangan Najib terima tak?
PadamBuang yg keruh ambik la yg jernih. Tp kalo da fanatik, keruh bcampur tahi pn minum je.
BalasPadamWalaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
BalasPadammenggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
satu komen yang paling lucu di antara yang lain :)
PadamDia ni komen sampai lupa yang dia pun Tanpa Nama
Padammungkin dia nak registerkan "Tanpa Nama" sebagai hak milik dia kot?