Harga beberapa jenama rokok yang sah sudah naik pada minggu lepas. Kenaikan harga itu adalah disebabkan pihak British American Tobacco (BAT) mengalami kerugian yang ketara ekoran jualan rokok haram di negara ini. Malah, syarikat tersebut terpaksa bersaing dengan penjualan rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini selain menghadapi saingan sengit dengan syarikat rokok yang lain. Aku sebagai seorang yang bukan perokok, merayu agar semua perokok2 tegar dalam Malaysia ini agar membeli rokok yang sah dan halal berbanding rokok seludup yang haram.
Ini adalah kerana dengan membeli rokok yang sah, anda semua telah membayar cukai yang banyak kepada negara dan seterusnya menjana ekonomi dan pendapatan kerajaan. Dengan duit cukai rokok anda, maka bolehlah kerajaan gunakan duit2 anda untuk menampal lubang2 di jalanraya, menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan, menaiktaraf hospital2 kerajaan, membaik pulih infrastruktur sekolah, jejambat dan atap yang runtuh dan lain2 lagi.
Nampak tak, sebenarnya dengan membeli rokok yang sah, anda bukan sahaja menyumbang kepada negara, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat setempat serta membantu golongan yang memerlukan. Pengorbanan anda untuk mendapat penyakit kronik dengan menghisap rokok sah ini pasti tidak akan sia2 dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Janganlah menjadi orang yang pentingkan diri dengan membeli rokok seludup yang haram itu. Sudahlah perokok ini lebih diutamakan dalam negara kita berbanding bukan perokok, malah kami yang bukan perokok ini sudah berkorban dengan menyedut asap2 rokok anda dan sanggup berkongsi penyakit dengan anda, sekurang2nya hargailah pengorbanan kami dengan beli rokok yang sah agar duit cukai rokok yang anda bayar itu dapatlah disalurkan semula kepada rakyat Malaysia.
Ini tidak, sudahlah pentingkan diri tahu nak untungkan diri sendiri je beli rokok seludup yang murah, tambah pula tak mahu menyumbang semula kepada masyarakat, juga langsung tak menghargai pengorbanan bukan2 perokok termasuk isteri dan anak2 anda yang dah sama2 menyedut asap beracun tu bersama2 anda.
So kalau nak beli rokok, pastikan beli rokok yang sah dan halal di sisi kerajaan Malaysia, sebab ia turut menguntungkan warga tidak merokok. Malah bantulah syarikat British American Tobacco untuk mengelakkan mereka daripada mengalami kerugian lagi serta melipat gandakan lagi keuntungannya, kerana mereka telah berusaha yang terbaik untuk membekalkan rokok yang berkualiti dan sah kepada anda.
Ingat rokok, ingat apa sumbangan anda, jangan ingat akan bahayanya, sebab kalau nak kira bahaya, rokok sah ke rokok seludup ke, kalau dah namanya rokok semuanya bahaya dan boleh mendatangkan penyakit kronik. So pasal bahaya tu letak nombor 2, sebab korang nak sakit ke nak mati ke kerana rokok itu bukan urusan kami, kami hanya fikirkan macam mana anda boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan masyarakat dengan membeli rokok yang sah.
tags: rokok sah halal haram tak sah seludup kongsi gelap jenayah rugi mahal naik harga murah british american tobacco john dunhill malboro sumbangan ekonomi negara penyakit sakit bahaya kronik beza #rokokseludup
Khamis, 18 September 2014
22 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Boob passive agressive yaww
BalasPadamIni semua salah UMNO-BN!
PadamSokong Wan Azizah jadi MB Selangor & PM Malaysia ke-7!
Serba tak kena...itu salah, ini lagi salah.
BalasPadamorg isap rokok peduli ke? haha
BalasPadamorg isap rokok mana peduli ni semua, asalkn mulut keluar asap sdhlah, pr0000ooooooooottTTttT dmuka sirosli kahkahkah!
Padamkahkahkah2
PadamSekali sekala yg bukan perokok tu bli la rokok utk perokok. Kan perokok dah bnyak beri sumbangan kepada yg tak merokok.hahahaa
BalasPadamkl naik harga lagilah org xmau beli rokok sah
BalasPadamX habis2 nak menegakkan benang yg basah......nanti jawab depan malaikat kelak utk pertahankan merokok membawa kebaikan.
BalasPadamkau ni pn satu bangangla ayam... dh berapa lama ko baca blog ni?? nmpk cam lejen tp noob buat entry sarkastik pn xleh nk hadam... dia perli perokok dgn kerajaan yg kutip cukai rokok pn xleh paham... dh pi main jauh2 syuh syuh
Padamkah kah kah ayam kesian aku tgk ko ni
PadamLek la anon. Ayam wat lawak je. Die pon isap jugak. Tp isap .......... (sile isi ruang kosong).
PadamMaksud sy yg menegakkan benang yg basah ialah kpd perokok, bukan kpd noob..sy fhm noob maksudkan sarkastik di atas....relek bro.HEHE
Padamellehh ko bkn perokok, ko mna tahu apa2 budak..pui! blh je nk jwb, cuma mls nk lyn bdk yg jahil tp bajet no 1st ni.. biarkan mereka, biarkan...
PadamMerokok mampu menjana pendapatan negara.....
BalasPadambanyak mudaratnya merokok ni
BalasPadamgaya, mutu, keunggulan
BalasPadamh Rozana
BalasPadamAku mencari gambarmu
Keluar photo jejaka bangla
Tersenyum dan melirikmu
Bersama seketul bisjut & royi
Oh Rozana
Tapi aku tak mampu
Membalas lirikan dan senyummu
Tanpa bisjut & royi darimu
Yang kuharap selalu
Oh Rozana
Dengan perasaan sangat rindu
Kutulis pesan singkat untukmu
Untuk mengurangi resah dihatiku
Oh Rozana
Bilakah ada bisjut & royi
Ku tunggu telefon darimu
Kerna aku sangat rindu
Ingin membeli bisjut & royi
Nak bisjut?
muahahahaha....haram halal nak mati, mati jugak pastu.... konon2 rokok "sah" ni halalan toyibban sangat.... puihhh puihhhh
BalasPadamkalau rokok x halal kenapa kerajaan bg org melayu beli? arak x halal org melayu xleh belikan. adakah kerajaan sanggup nak amik syer dosa semua org islam di malaysia yg beli rokok?
Padamelleh tino nihhh, ko tu bkn perokok diam2 arr, siap pui plk tuh? meh sini dtg dpn aku, pakai pelikat je aku blh hadap ko tahu takk..
PadamCutting down your cigarettes?
BalasPadamSaya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....
So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah