1. Meleis
Apa itu ‘Meleis’? Yang suka baca blog mesti pernah ternampak. Yang tak pernah dengar perkataan ‘Meleis’ ini pun, sebenarnya korang dah tau maksud dia. Semua orang tau. Dulu-dulu, orang gunakan label ‘kampung’.
Tapi mengikut bancian yang telah dibuat, kita telah dapat mengenal pasti yang pendapat ini tidak tepat. Golongan ‘Melayu Kampung’ ini sudah pun ramai bermastautin di kawasan-kawasan urban dan sub-urban. Penulis blog TehTarik Gelas Besar melabelkan golongan ini ‘Melayu Pasca DEB’. Secara ringkas fenomena Melayu Pasca DEB bermula bila Tun Razak meluluskan DEB yang membawa kepada penghijrahan puluhan ribu anak-anak muda kampung ke bandar Kuala Lumpur.
(DEB ialah Dasar Ekonomi Baru, sila buka buku sejarah sekolah menengah korang)
Definisi Meleis dalam KamusDialek juga sama, iaitu:
Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang urban konservatif, yang mempunyai ciri-ciri tipikal yang berbeza dengan orang urban
Pendek kata, kedua-dua golongan ‘Melayu Kampung’ dan ‘Melayu Pasca DEB’ ini kita boleh kategorikan sebagai ‘Meleis’
Mengikut bancian yang telah dibuat juga kita dapat tahu majority daripada orang Melayu adalah golongan Meleis. (ambil majority mudah je >50%, bukan 2/3)
Asal usul:
Ramai yang mengatakan perkataan Meleis ini muncul pertama kalinya di laman blog En. Obefiend. Beliau juga dengan rajinnya telah membuat definisi Meleis di laman web UrbanDictionary.
Streotaip golongan ini adalah mereka ni kurang ilmu dan tidak begitu bijak. Ya, secara am, Meleis ialah Melayu (sebab majoriti kan). Tidak boleh menonton wayang omputih tanpa subtitle. Tidak boleh makan di restoran orang bukan melayu. Seks masih tabu, hanyalah cara untuk menyambung zuriat. Golongan ini mudah dikesan kerana sifat diorang yang mudah sentap dan tabiat mereka yang suka meninggalkan komen-komen kurang bernas di laman-laman blog.
Meleis bukanlah fenomena baru, ia telah dapat dikesan oleh British sejak mereka mula menjajah Tanah Melayu lagi.
Selain daripada ‘Melayu Kampung’ dan ‘Melayu Pasca DEB’ ada beberapa golongan lagi yang boleh kita katakkan sub-kategori kepada ‘Meleis’:
‘Bohsia’/’Cia’ – gadis Melayu yang akan memberi seks percuma setelah dibelanja McDonalds dan dibawa berjalan-jalan atas motor.
‘Mat Rempit’ – pemuda Melayu yang banyak menghabiskan masa di atas motor mereka. Mereka inilah raja sebenar di Malaysia, bukan waris/keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Objektif hidup mereka cuma satu; menang race motor untuk mendapat habuan Bohsia.
‘Rempit’ – kebanyakannya anak muda Melayu yang menggunakan Bahasa Rempit yang banyak menekankan penggunaan perkataan seperti: cayang, sayew, itteww, ako, aq, kitew, jew, kew, dan banyak lagi. (tak sama dengan Mat Rempit, jangan silap)
@darknakalz - pernah menjadi ikon bahasa rempit di Malaysia suatu ketika
Golongan Meleis ni terperangkap di tengah-tengah. Diorang tak cukup berkuasa untuk menjadi seorang Supermelayu, tak cukup moden untuk menjadi seorang Melayu Liberal, tak cukup ilmu agama untuk menjadi Serbanistas dan tak cukup cool untuk menjadi seorang Hijabster.
2. Supermelayu
Golongan ini mempertahankan konsep Ketuanan Melayu. “Malay Superiority”. Tiada apa yang lebih tinggi daripada Melayu. Kenapa begitu taksub? Sebab diorang ni la golongan khas yang terpilih untuk menikmati hak istimewa bumiputra. Ketika diorang melaungkan hak-hak untuk bumiputra, sebenarnya mereka maksudkan hak-hak untuk Supermelayu, yakni diorang sendiri. Selain Mat Rempit, diorang lah raja-raja di tanah Melayu ini.
Tak seperti Meleis yang terkontang kanting. Supermelayu ada protokol. Ada tata-tertib nya. Diorang ni lebih mementingkan adat Melayu daripada ajaran Islam. Contoh: buat seks sebelum kahwin tak apa, asalkan perkahwinan nanti sempurna semuanya dengan merisik, bertunang 7 dulang hantaran, nikah 9 dulang hantaran dan bersanding atas pelamin buat kenduri ajak ribu riban orang datang.
Senang nak detect diorang ni dalam majlis-majlis formal di mana diorang akan datang berpakaian baju batik atau baju melayu lengkap dengan songkok tinggi. Kalau baju melayu kuning, maknanya Supermelayu tahap tinggi la tu.
Keris menjadi simbol kebanggan mereka. Kata-kata Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia” menjadi pegangan hidup mereka. Mereka ini lang yang pertama sekali sentap apabila tempoh hari, ada seorang professor cina mengatakan yang Hang Tuah itu tak wujud.
diorang cukup pantang kalau ada orang buat berita mcm ni
Mempunyai kelebihan fizikal yang membuatkan mereka lebih hebat daripada melayu-melayu yang lain – lidah yang bercabang. Pemimpin golongan Meleis.
Nota: Orang melayu yang tidak pernah merasa hak bumiputra (dan tak akan merasa), tapi masih belum berhenti mengharap, mereka ini cuma Supermeleis.
3. Melayu Liberal
Mempunyai paras rupa melayu, kulit melayu, boleh bercakap melayu (walaupun jarang cakap), tapi diorang tak suka jika mereka dilabel Melayu. Tak kamceng dengan Meleis (kolot) atau Supermelayu (rasis). Cara hidup mereka ditiru daripada budaya-budaya lain. Mereka mengaku Islam, walaupun agak ramai yang sudah tidak mengamalkannya. Ada term untuk itu – ‘non practicing muslim’. Tapi jangan sesekali panggil diorang murtad, nanti kau dituduh fitnah! Kad pengenalan diorang masih tertera agama Islam.
Diorang ni perlu mengikut peredaran zaman. Hidup kena sentiasa moden. Cakap dalam bahasa Melayu mana moden. Diorang ini percaya Melayu itu sendiri simbol kemunduran. Sebab tu diorang suka cakap macam mat salleh. Jika kemajuan tak dapat dicapai disebabkan restriction agama, maka agama itu sendiri adalah batu penghalang.
Siapa dalam kumpulan ni? Bekas student tajaan kerajaan yang belajar di oversea, lepas tu taknak balik-balik. Awek melayu yang mempunyai boyfriend mat salleh. Ahli muzik yang tak puas hati bila orang mengatakan yang alat muzik bertali itu haram. Artis yang merasakan mendedah aurat adalah hak mereka. Melayu yang sokong gay dan lesbian. Melayu yang ada tattoo. Mengikut bancian, penempatan mereka ini padat di kawasan urban.
Tak suka adat melayu yang diorang rasa so yesterday. Pentingkan kebebasan dalam semua benda. Tak takut dosa. Langsung tak kisah jika hak bumiputra dilupuskan. Disebabkan cara hidup diorang yang sosial, diorang ni la paling dibenci oleh kaum-kaum Melayu yang lain.
Meleis tak boleh ngam dengan diorang. Meleis agak benci diorang ni. Supermelayu pulak cari awek-awek Melayu Liberal, buat stock main dan tinggal.
4. Serbanistas
Diorang ni opposite kepada Melayu Liberal. Definisi ‘Serbanistas’ yang diambil daripada laman KamusDialek ialah:
Golongan yang holier-than-thou, yang sering membawa agama walaupun di ruang yang tidak sepatutnya. Mereka yang suka berperang di laman web dengan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dengan hujah-hujah agama.
Serbanistas mula memenuhi laman sosial Facebook dan terus mengkritik Yahudi walaupun Facebook dicipta oleh seorang Yahudi atheist yang bernama Mark Zuckerberg.
Diorang ni taksub dengan agama. Tapi melalui cakap-cakap orang saja. Takda pulak diorang usaha nak pergi kelas agama betul-betul. Bencikan Yahudi tapi tak sedar mereka sendiri berperangai macam Zionis – diorang je betul, orang lain semua salah. Diorang juga tak dapat bezakan Yahudi dengan Zionis.
Sering di salah anggap sebagai Meleis. Tidak. Meleis hidup tanpa tujuan, Serbanistas tahu tujuan sebenar diorang hidup di muka bumi ini. Objektif hidup diorang ialah berjihad dan berdakwah. Perang syahid diorang biasanya tertumpu di laman Facebook. Jika Amerika Syarikat melantik diri mereka sebagai polis dunia, golongan Serbanistas melantik diri mereka menjadi polis agama di Facebook. Ya, dari mata seorang Serbanista, semua orang lain tak pandai agama. Kalau dibiarkan saja, runtuh akhlak melayu di negara ni. Ini adalah tugas Serbanistas.
Kebanyakan Meleis menyanjung golongan Serbanistas ini. Golongan Melayu Liberal pula ada perang mereka sendiri dengan golongan Serbanistas. Golongan Supermelayu tetap rasa diorang lebih superior, jadi diorang tak ambil pot, kecuali jika Serbanistas mula mengacau lubang duit Supermelayu.
Baik-baik bila buat posting kat Facebook. Kalau ada kaum Meleis yang report kat Serbanistas, nescaya korang akan dimurtadkan begitu saja. Bila berdepan dengan Serbanistas perlu berhati-hati….If you’re not with them, you are their enemy.
Sila jangan confusekan Serbanistas dengan ustaz atau guru agama. Ustaz dan guru agama adalah pekerjaan, perlu ada tauliah dan kelayakan. Serbanistas ialah subculture, cuma perlu ada ego dan kepercayaan.
Mengikut kata penulis TehTarik Gelas Besar, budaya serbanistas bermula dengan Dasar Ekonomi Baru juga, bila anak-anak muda Melayu dihantar belajar di Universiti Al-Azhar.
5. Hijabsters
Jika Melayu Liberal ialah warna hitam dan Serbanistas ialah warna putih. Hijabsters boleh kita katakan sebagai warna kelabu.
Definisi mudah seorang Hijabster ialah seorang fashionista bertudung. Diorang ni memang bagus sebab memang tutup aurat semua (walaupun baju tu agak ketat, menampakkan bentuk badan kira tak tutup aurat jugak dik).
Diorang tak pakai tudung. Kau berani cakap diorang pakai tudung, memang kau akan dicop sebagai Meleis. Diorang pakai ‘hijab’. Tapi untuk context artikel ini, biar kami labelkan semuanya tudung (sebab ini blog kami, suka hati kami la).
Diorang ni sebenarnya memang bijak. Diorang nak jadi fashionable tapi taknak dapat dosa. Memandangkan apa saja yang fashionable itu semuanya datang dari barat. Dedah sana dedah sini, diorang ini tak boleh ikut. Tunjuk rambut tu dosa. Tayang cleavage, betis paha itu dosa.
Loophole dikesan dengan menggunakan tudung itu sendiri sebagai aksesori fashion. Perempuan pakai tudung untuk fashion. Untuk ditayang pada orang betapa fashionable nye diorang ni. Memang lawa. Kalau Barney Stinson orang alim, mungkin dia sokong Hijabsters. Sebab kebanyakan awek-awek Hijabsters ni cun la yang merunsingkan kami. Risau generasi aweks selepas ni dah tak berminat nak pakai seksi.
Hijabster ni macam seorang awek hipster yang memakai tudung. Untuk mengelakkan daripada dilabel ‘awek tudung’ yang sinonim dengan industry 3gp di negara kita, diorang kena la mencari identiti sendiri. Diorang cakap pun tak macam orang biasa. Contohnya:
Meleis cakap: “buka puasa ngan kengkawan kat Subway ”
Hijabsters cakap: “Iftar with the girls at Subway, yummies… Alhamdulellah, one day of fasting completed”
Sumber: How To Spot a Hijabster:
(Alhamdulellah itu bukan typo, sila baca link yang kami bagi)
Ikon untuk Hijabsters ialah Hana Tajima (cun) dan Yuna (hmm) dan The Scarflets (-___-). Melayu Liberal tak suka golongan ini. Serbanistas tak habis-habis nasihat suruh diorang pakai baju longgar sikit, dosa tu. Awek Meleis nak jadi macam diorang ni. Jantan Meleis tak dapat mengorat diorang ni. Supermelayu nak ambik diorang ni jadi bini.
Itu sajalah...5 puak-puak kecil dalam Kaum Melayu, mungkin ada lagi, letih laa nak tulis. Kalau tak setuju, kami tak peduli. Tak payah la butthurt, buat letih je.
Sumber asal Blog Kencang.
* * * * * * * * * *
Walaupun artikel ini agak lama dan mungkin ada info yang dah outdated, namun memandangkan artikel ini sangat emas walaupun ada beberapa part yang aku terpaksa portong, maka aku abadikan dalam blog ini memandangkan blog tu pun dah lama tak update.
tags: kenali puak kecil sub kaum dalam bangsa melayu apa maksud meleis supermelayu melayu liberal serbanitas hijabsters hijabis
nak baca, jap lagi aku datang semula. apapun, tak berapa suka member yang macam urban (ataupun kat entry ni disebut melayu liberal) asyiklah nak cakap melayu tu meleis hanya sebab dia marahkan melayu. dia lupa agaknya dia pun melayu.
BalasPadamuncle ni melayu yang layu
BalasPadamUncle selfayu...kikiki
PadamArtikel ini seronok dibaca.
BalasPadammelayu yg jadi camsial ni sbb asalnya memang melayu begitu, perangainya memang huduh sehuduhnya.. jika diikutkan tulisan2 bukan kaum melayu sejak dulu lagi, kaum melayu memang pemalas, kerjanya menipu dan pelaga ayam. jika diikutkan tulisan2 orang melayu sendiri pun, cara hidup melayu takdak yang berubah mana pun..cuma dari segi pakaian memanglah ketara.. takder la pakai nampak mcm burma dan bangla lagi..
BalasPadamdari segi ilmiahnya, melayu masih tegar menganga tengok tv, malas membaca, malas menulis, malas berfikir serta malas mengkaji. ini rukun hidup sesiapa nak jadi melayu..jika anda tak mengamalkan salah satu dari ini, ada sudah terkeluar dari menjadi melayu..
kendian datangnya agama islam, segala apa yang tak kena dgn islam, dikikis perlahan2.. tetapi perangai melayu tetap sama.. kelakuan melayu tak berubah seperti 1800, 1700 dan 1900 dulu jugak.. melayu sebenarnya tiada kaitan dgn islam pun.. tetapi dimelayukan islam ikut citarasa nusantara.. jadi tatacara islam dimelayukan.. ada yang terlebih islam.. ada yg terkurang islam.. ikut citarasa masing2.. ada makan nasi, nak kuah banyak sampai melimpah dari pinggan.. ada yang bubuh kuah hanya 2-3 sudu saja.. groomingnya ikut memasing dari ibu bapa dan tatacara hidup..
banyak melayu yg cuba jadi professional menjadi sentap dan terkejut beruk yang rupanya kelaku dan perangai melayu ni tak pernah berubah dari tahun 1700 hinggalah sekarang.. akhirnya yang terdidik secara professional mahu islamik pun turut jadi mcm celaka sama.. asal kejadian mcm kerbau, jadilah kerbau jua akhirnya..
melayu ni, ada segala macam penyakit.. kalo nak kenal, berkawanlah dengan melayu.. jika ada kawan seekor melayu, anda akan tahulah melayu itu ada pelbagai sakit.. sakit otak pun ada.. sakit telor kemuruk pun ada.. sakit nak jadi nabi pun ada.. macam2.. yg penting melayu tak reti nak jadi orang.. melayu suka jadi beruk, ada suka jadi monyet.. ada suka jadi tuhan.. ada suka gempak orang.. ada suka tengok video 3gp.. gambar2 cium pun dihebah2 berminggu2.. sedangkan kat internet bersepah2 gambar porno level seratus X, masih lagi nak sebar gambar porno yg hanya baru bukak sebelah bra!!! ada yg takut tgk gambar porno, terus nak rogol orang pun ada.. apa punyer bingai punyer melayu.. beruk ayam kambing pun tau nak jaga adab beromen..hanya melayu dan meleis ajer tgk gambar bra di supermarket pun, dah menggelabah nak melancap..
kesian jugak dekat melayu sbb terkejut dengan segala perubahan cuaca dunia.. buat apa pun, semua serba tak kena.. sbb berbalik kepada rukun menjadi melayu tadi..
pemalas + nak cpt senang = melayu
BalasPadamHa ha ha..
PadamMelayu liberal detected..ha ha ha
Harap " Hands out " kalau boleh semua nak free bersuap
Padammade my day...
BalasPadamhime s
ko pulak kategori yg mane wahai noob?
BalasPadamKategori melayu bani tamim bangsa keturah
Padamcantekk... bleh geng dgn ustat don.
Padamsuka ngko je...meh aku tanya kau apa ciri-ciri bani jawi kau nih? ngko nih mungkin keturunan Aryan zaman-zaman Hitler nih, kenal sangat...he he!
PadamUstaz Don: bani Tamim==> Ta dan Mim.. Tanah Melayu
Padamingatkan tadi ulasan pasal kaum2 rumpun melayu...huhu...
BalasPadamAntara artikel yg plg best penah dibaca dkt blog ni
BalasPadamSaya ada lebih 30 kawan Melayu di pejabat. Semuanya berpendidikan dengan pelbagai latarbelakang.
BalasPadamApa yng saya perolehi sepanjang 9 tahun bekerja bersama Melayu ialah sifat cemburu berlebih-lebih sesama rakan dan sifat membodek berlebih-lebih dengan bos atasan.
Kadang-kadang mood mereka swing dari tiba-tiba jadi kawan dan tiba-tiba jadi musuh dengan silent treatment.
Saya masih sekadar rakan satu pejabat saja. Tak lebih dari itu. Saya takut kena sembelih mcm budak UiTM itu hari.. walaubagaimanapun orang melayu tetap baik walaupun sembelih teman wanitanya sendiri.
Aku x rasa hg cun mcm awek uitm hari tu.ko ada ke takde ke sama je xde sapa pedulik.So don't worry
PadamMeleis tu melayu kampung la yer..
BalasPadamxper la..
Anak kampung pun ramai juga yg berjaya, beragama dan berakhlak.
Pggil la korang nak letak pggil meleis ke ape..
internet people are so jerk..
benda mcm ni pn nk butthurt mmg ptt kena cap meleis laa... org melayu bandar kena cap mcm2 jgk bkn org kampung melayu je
PadamAku selalu terfikir,
BalasPadamagak-agak sesama bangsa cina or india ada tak label kaum mereka sendiri macam ni?
Ke fenomena melabel kaum sendiri ni ada eksklusif utk melayu?
label2 kaum ni biasa la... kalau cina ada cina, cina babi, cibai, cina bukit, lengchai, lanjiou dll... kalau india lg la biasa main label2 siap ikut kasta lg, brahmin, ksatriya, vaisya, sudra, pariah... tp org lain label diorg semua sama je iaitu keling
PadamMane ade..
BalasPadamSelamat pg kpd sme,
BalasPadamAku rasse ni kategori biasa bg manusia jer. Kat sme tmpt pn ade jenis org2 gini, xsmesti org mlyu jer..
Tp klu melabel2 gini aku rs xde mane kat tpt lain..
Adios..
Ini typical sifat manusia...cuma penulis terperasan pada melayu ajer...cuba duk kat china...lagi..mcm jenis cina...ada...kita dinilai bukan pada bansa...tapi pada ketaqwaan...dan hati diakhirat kelak...cuma...artikel...ini agak bagus...bagi mereka yg x sedar....yg perasan diri lebih bagus dari org lain..
BalasPadam