Jumaat, 27 Februari 2015

21 Membongkar keajaiban jam tawaf yang penuh khasiat

Sekarang ini ramai orang menjual dan mempromosikan Jam Tawaf, yakni jam yang jarum jamnya berputar melawan arah jam. Dinamakan sebagai jam Tawaf kerana ia berpusing mengikut arah umat Islam melakukan Tawaf semasa ibadah Haji atau Umrah. Jam ini didakwa mempunyai pelbagai khasiat dan faedah yang tidak terhingga kepada penggunanya.

Dikatakan juga pihak Barat telah mengubah konsep ini, yang merupakan salah 1 rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia sehingga minda manusia seluruh dunia berjaya diubah kepada penggunaan jam anti-tawaf seperti yang ada sekarang.

Namun, adakah jam tawaf yang berputar terbalik ini benar2 ajaib dan penuh dengan khasiat?


Pertama sekali, berikut adalah isi2 penting yang aku ambil daripada artikel mengenai khasiat dan fungsi Jam Tawaf kepada tubuh badan manusia:
Arah tawaf

Bumi, bulan, bintang, matahari serta seluruh Galaksi Bima Sakti beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebenarnya adalah pusat medan magnet dunia. Perkara ini diakui oleh pihak NASA dimana suatu kajian telah dilakukan melalui pemerhatian dari angkasa lepas bahawa medan magnet seluruh dunia tertumpu di Kaabah yang merupakan pusat dunia.

Segala tenaga didunia ini terpancar dan dikawal dari medan magnet ini. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Hakikat ini masih tidak ramai yang tahu dan tidak ramai pakar-pakar Islam menemui hasil kajian hebat seperti ini.

Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.

Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.

Sejarah ringkas serta fungsi Jam Tawaf

Tahukah anda, jam yang ada kebanyakannya hari ini, ialah jam anti-tawaf? Pihak Barat telah mengubah konsep ini, yang merupakan salah 1 rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia. Minda manusia seluruh dunia berjaya diubah kepada penggunaan jam anti-tawaf seperti yang ada sekarang.

Fitrah penciptaan dunia seisinya, membuktikan semua yang ada di alam ini bergerak mengikut hukum TAWAF. Ini kerana Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan. Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan. Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah.

Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam. Perkara ini bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan. Maka, si pemakai Jam Tawaf akan merasai faedah yang tidak terhingga apabila memakai jam ikut arah hukum alam.

Kesan TAWAF Kepada Jasad Manusia

Pergerakan Jam Arah Tawaf ini memberikan faedah yang sangat positif kepada jasad tubuh badan si pemakainya. Antara khasiat-khasiatnya termasuklah:

I – pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak
II- pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda
III- membersihkan darah dari ion positif berlebihan akibat radiasi luar yang terperangkap
IV- meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan
V- merangsang daya tumpuan
VI- mengekalkan potensi diri yang optima
VII- mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan otak kanan
VIII- mengawal tekanan perasaan
X- meningkatkan daya keyakinan dan semangat
XI- mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser

Kesan TAWAF Kepada Rohani Manusia

Dalam pada itu, ia juga memberikan kesan spiritual dan kerohanian kepada si pemakainya. Ia menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri dan kanan. Ia juga dipercayai memenuhi falsafah hukum 7 Kuasa Tenaga iaitu:

1) Kebenaran mengatasi kesilapan
2) Kelajuan mengatasi kelewatan
3) Kemudahan mengatasi kejutan
4) Kestabilan mengatasi kucar-kacir
5) Kekuatan mengatasi kelemahan
6) Keuntungan mengatasi kerugian
7) Kejayaan mengatasi kegagalan

Disarankan bagi lelaki untuk memakainya di pergelangan tangan kanan dan bagi wanita pula digalakkan memakainya di pergelangan tangan kiri.

Kelebihan-kelebihan dan Khasiat Jam Tawaf (Counterclockwise) secara ringkas:

1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat.
2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej tenaga secara tetap dan sekata.
3. Membantu mengawal rentak jantung
4. Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar.
5. Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.

Baca juga faedah dan kelebihannya di sini.
* * * * * * * * * *

Pertama, mereka mendakwa pihak Barat telah mengubah konsep ini, yang merupakan salah satu rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia. Masalahnya, betul ke ini kerja pihak barat?

Kita tengok balik kepada sejarah penciptaan jam. Tahukah kenapa jam berpusing mengikut arah jam seperti yang kita gunakan sekarang? Ini kerana jam analog yang ada pada hari ni dicipta atas inspirasi jam matahari atau sundial yang terkenal pada abad ke-14 dulu, namun jam bayang ini telah dipercayai wujud sejak tahun 1500 Sebelum Masihi manakala obelisk wujud sejak tahun 3500 Sebelum Masihi yang dicipta oleh orang2 Egypt dan Greek kuno.

Konsepnya sama, ada bayang2 bergerak perlahan yang mengikut pergerakan matahari, bergerak mengelilingi piring bulat yang telah dibahagi kepada beberapa bahagian. Bayang-bayang mewakili jarum jam dan piring bulat yang dibuat pembahagian mewakili kedudukan nombor2 di atas piring tersebut.

Ini contoh jam matahari.


Cuba perhatikan arah pergerakan bayang2 tu.


Disebabkan matahari timbul dari timur dan bergerak ke barat, maka bayang2 pastilah akan berlawan dengan bergerak dari kiri ke kanan. Namun terdapat lokasi di bumi ini yang boleh membuatkan jam sundial berpusing mengikut lawan arah jam terutama di sebelah Hemisfera Selatan. Adakah kejadian semulajadi oelh Tuhan ini dikira melawan fitrah?

Sejarawan dan ilmuan dunia baik Islam mahupun barat tahu, antara individu yang menjadi pelopor kepada jam matahari sundial moden ini adalah Ibnu al-Shatir, seorang ahli astronomi, matematik, jurutera dan perekacipta pada tahun 1300-an, dan beliau adalah orang arab dan Islam. Oleh itu walaupun kaedah jam seperti ini dah digunakan lama dahulu, sekitar 3500 tahun sebelum masihi, namun ia telah ditambahbaik, atau dibetulkan semula dengan pembahagian waktu yang cukup tepat oleh beliau.

Jika benar jam yang ada pada hari ini dicipta berasaskan konsep sundial, yang salah satu pelopor utamanya adalah orang arab dan Islam, jadi dari mana datangnya kerja pihak barat? Siapa yang ubah konsep ini? Rahsia hitam apa yang barat tidak dedahkan?

Dan dari mana datang pula pusingan jam biasa sekarang adalah pengaruh Yahudi?


* * * * * * * * * *

Kedua, Jam Tawaf didakwa boleh mengimbangi sistem otak, tulang belakang, bersihkan darah, meningkatkan sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan, kawal tekanan perasaan, tingkatkan keyakinan dan semangat, mengawal rentak jantung serta mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser. Really, KANSER?

Sesiapa sahaja boleh membuat andaian, namun mendakwa sesuatu perkara boleh menjadi penyembuh kepada sesuatu penyakit perlukan bukti ilmiah dan kajian saintifik. Jika benar Jam Tawaf boleh merawat kanser, sila kemukakan kajian saintifik anda. Siapa yang buat kajian? Universiti mana yang membuat kajian? Berapa ramai pesakit kanser yang dijadikan eksperimen, berapa ramai pula yang pulih selepas memakai Jam Tawaf?

Lagipun ia cuma sebuah jam tangan yang hanya mempunyai mesin2 mekanikal di dalamnya. Jam tangan yang hanya diikat pergelangan tangan dan tidak mempunyai hubungan terus dengan organ2 dalaman tubuh badan, so macam mana nak claim ia boleh besihkan darah, mengimbangi otak dan tulang belakang, tingkatkan sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan, mengawal rentak jantung dan sebagainya? 

* * * * * * * * * *

Ketiga, penggunaan perkataan Tawaf dalam Jam Tawaf. Tawaf merupakan perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram dalam ibadah Haji dan Umrah.

Kita tak panggil perbuatan pusing KLCC mengikut lawan arah jam sebanyak 7 kali itu sebagai tawaf. Pusing roundabout sebanyak 7 kali juga bukan tawaf. So adakah Jam Tawaf itu melakukan tawaf di Mekah? Tidak. Kenapa tidak panggil Jam Saie, kerana ia juga dilakukan dengan melawan arah jam.


Bagi aku tidak wajar kita nama suatu produk atau barangan bersandarkan kepada nama2 rukun ibadah. Apakah selepas ini akan wujud Kereta Sujud, kereta yang rekabentuknya seperti orang yang sedang bersujud? Atau Motosikal Rukuk di mana rekaan aerodinamiknya membuatkan penunggangnya sentiasa dalam posisi rukuk. Atau mungkin Telefon Takbir, atau Komputer Wukuf? Lebih baik namakan jam tu Jam Terbalik, Jam Melawan Arah dan sebagainya daripada menamakannya Jam Tawaf.

Dan adakah jam yang berpusing mengikut lawan arah jam sahaja yang mempunyai faedah dan khasiat? Bagaimana pula jika produk2 berputar lain dicipta untuk berpusing mengikut lawan arah jam seperti tayar dan mesin basuh? Bolehkah kita mendakwa dengan menggunakan Tayar Tawaf maka minyak akan lebih jimat dan kebarangkalian untuk kemalangan dapat dikurangkan? Atau dengan menggunakan Mesin Basuh Tawaf maka baju menjadi lebih bersih kerana ion2 negatif telah hilang dan pakaian akan menjadi lebih barokah?

Kenapa bila berpusing mengikut arah jam dikatakan melawan fitrah dan tak ikut fitrah? Tak semua benda itu sesuai untuk berpusing mengikut lawan arah jam, contohnya tayar. Kenapa? Belajar fizik. Ilmu fizik dan sains itu juga fitrah, dan ilmu yang Tuhan bagi kepada kita.

Dan tolong jangan cakap Jam Tawaf tu jam sunnah, sebab zaman Nabi mana wujud jam tangan.

* * * * * * * * * *

Keempat, jangan rasa jam yang berpusing melawan arah jam tu dah habis Islamik sangat. Di luar negara sudah banyak jam2 anti-clockwise atau backwards clock yang direka kerana nilai estetika dan untuk orang yang menulis menggunakan tangan kiri (left-handed). Jangan kata jam, macam2 lagi benda terbalik diorang buat.

Sumber

Orang luar negara buat jam terbalik atau apa2 benda yang pelik2 lebih kepada gaya nak nampak cool, sebagai cenderamata dan untuk mengenakan kawan2. Cuma kita sahaja di Malaysia yang claim benda tu ada seribu satu faedah dan khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik.

* * * * * * * * * *

Kelima, tak salah nak jual jam terbalik tu, nak bagi nampak macho, cool, unik, lain daripada yang lain, itu takde masalah, tapi jangan claim yang ia ada macam2 kebaikan, faedah, fungsi dan khasiat kepada kesihatan manusia dan jangan sandarkan kepada agama lantas menjadikan harga jam itu berlipat kali ganda. Ingat, anda cuma jual jam, bukan jual ubat dan agama.


* * * * * * * * * *

* SELINGAN: Roti dan kek yang dibuat dan diproses dengan menggunakan air Yaasin dan ayat Al-Quran. Sudah2 lah tu menjual agama. Ayat Al-Quran diturunkan untuk manusia, bukan untuk makanan dan haiwan.





tags: jam tawaf pusingan putaran terbalik mengarut clockwise anti-clockwise clock backwards watch watches hijra arabic arab number nombor time ajaib faedah kebaikan fungsi khasiat rahsia barat yahudi

21 ulasan:

  1. Hancuss kerana wang... Agama pon boleh dijual.... gilos siot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Kerana wang dan pangkat manusia sanggup jual agama. Sape tak caye pi tanya ostad dan ostazah Umngok.

      Padam
  2. Pencerahan yang bagus.
    Ni baru definisi menggunakan agama untuk kepentingan diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lapuran dari pehak yang melakukan Kajian, Jam ke kiri adalah ikutan syitan. Di barat sana ada perjanjian para penguna jam ke kiri dengan kumpulan penyembah syitan.

      Yang melakukan kajian itu adalah orang yang menyeru kepada pengunaan Jam menyamai pusingan dunia dan alam semesta.

      Padam
  3. ni baru aku tau pasal jam tawaf.. ini betul2 "RARE KEPALA KAIN"

    BalasPadam
  4. Ini sumer untung kecik2 saja.. sultan2 tu siap keturunan rasulullah lagik ha.. khalifah kepalabutuh dia.. kerja malas, hidup makan duit cukai dari rakyat.. nak buat apa2 bisnes, rembat duit rakyat suumer.. nak beli motor kete sama jugak.. cara cari makan paling sempoi didunia.. mufti dan pejabat agama ditubuhkan untuk menjaga sultan2.. dibodohkan rakyat dgn pelbagai saranan agama..

    apa kena mengena sultan2 dan kerabat dengan ketua agama islam? adakah derang ni menjaga agama islam.. rasullulah pernah menjaga agama islam jugak ka?

    umat2 islam dipaksa melihat sesuatu tentang agama dalam kerangka yang kecik.. kerangka yang besar, dilarang sama sekali.. kalau melayu islam sedar, dah lama raja2 sultan2 ni kena halau mcm Nepal bagai dah..

    BalasPadam
  5. macam biasa noob, kau memberi hujah2 yang mantap untuk benda2 mcm ni.

    BalasPadam
  6. First time aku dgr jam tawaf, aku dah face palm.
    Antara cara umat manusia islam nak menipu islam yg lain.
    Jual nama agama utk untung duit di dunia...

    BalasPadam
  7. noob.. ko ni bab2 nk menjatuhkan perniagaan org melayu no. 1... biar jelah org melayu tu nk jual agama ke.. mlm ke.. ali baba ke.. kalau dh itu je yg peniaga melayu mampu lakukan.. ko jgn expect org melayu cipta kereta boleh terbang pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. aku perati lama dah si noob ni kerjanya mmg nak jatuhkan melayu.. lahir melayu, cakap melayu, makan makanan melayu tp bab nak jatuhkan melayu dia nombor 1

      Padam
    2. 1050 dan 1216, kowang ni memang gagal dalam hidup.. ayat2 songsang noob pun susah nak paham, inikan pulak ayat2 direct to the point....

      hanya percaya betul bendul dengan kehidupan UMNGOK satu dimensi..lagi 5 dimensi, langsung tak boleh nak hadam dan kaji..mungkin 2 lagi ka betul dan boleh diterima pakai.

      Padam
    3. bangang. orang melayu tak maju sebab mentaliti macam kau ni lah. agama boleh dijualbeli ke? kat mana kau belajar?

      Padam
  8. La....irfan khairi yg jual....die ni dah jadi penjual agama jugak ke?? Janji kaye

    BalasPadam
  9. nak pakai sebab kelainan ok saje.
    tapi bab khasiat & kelebihan itu memanglah mengarut saje.
    harge berape jam ni? Kalau mahal tak berbaloi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. membe aku jual jam ni kat Maju Junction.. beli kat China berapa ringgit jer.. balik sini kowtim berganda2.. yang beli pun melayu jugak..

      isterinya sanggup benti keje sbb larisnya jam tawaf ni.. yg beli adalah melayu yang jarang membaca.. lalu terkejut dengan khasiat2 jam tu.. mujur jam tu tak tumbuhkan telor butir pelir kat dahi pemiliknya.. kalo tak, insyaAllah, satu malaysia akan beli..

      Padam
  10. wahh, nasib baik kat rumah ada satu. thank u, bermanfaat sgt! sbnrnya saya malas gak pakai jam tgn ehe

    BalasPadam
  11. Saya dah pakai jam terbaik ni..memang tak akan jadi Superman kalau pakai..tapi perubahan Dari segi rohani tu ada..

    BalasPadam
  12. Disebabkan namanya jam tawaf, design yang simple pon dah seratus lebih. Dekat menara MARA tu ada jual jam tawaf ni sampai harga seribu lebih. Bila ditanya apa yg bagus sangat jam tawaf ni, jawapan yang sama je diberi. Jam ni ikut arah tawaf, medan magnet. Tak faham betul yg jenis pergunakan agama ni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.