Masa tengah lepak2, ada seorang kenalan bertanyakan kepadaku, "Kau tak pernah join ke apa2 event atau gathering geng2 blogger ko?", membuatkan aku terfikir, aku ada ke geng blogger? Ada ke blogger yang lain menganggap aku sebagai sebahagian daripada komuniti blogger Malaysia? Malah adakah aku sendiri seorang blogger? Entahlah.
Kini sudah 3 tahun aku menjadi penulis kat blog Buasir Otak ini. Nak kata aku seorang blogger, mungkin tidak, mungkin aku hanya seorang keyboard warrior yang menggunakan perkhidmatan laman web Blogger atau Blogspot sebagai medium untuk menulis.
Kebiasaannya seorang blogger itu akan menulis mengenai kehidupan peribadi mereka, aktiviti2 menarik yang mereka lakukan, membuat ulasan mengenai pengalaman mereka dan sebagainya, dan yang paling penting, mereka mendedahkan wajah dan identiti mereka.
Sedangkan aku, hanya seorang penulis blog hantu yang merasakan tiada apa yang penting dan bermakna dalam kehidupan peribadi aku yang aku rasakan perlu dikongsikan bersama stranger atau orang yang tidak dikenali di Internet. Aku bukan artis, selebriti mahupun ahli politik terkenal. Aku pun tahu tiada orang pun mahu tahu pasal kehidupan peribadi aku, and thats why I kept my personal life private. Malah tiada orang pun yang benar2 kenal siapa aku di dunia nyata, melainkan mereka2 yang benar2 rapat dengan aku dan beberapa orang yang pernah bekerjasama dengan aku.
So apa tujuan aku menulis blog? Tiada tujuan lain, hanyalah semata2 untuk menyampai dan berkongsi buah fikiran, pendapat, pandangan, kritikan dan ilmu kepada orang ramai melalui penulisan, dan apabila kita menulis perkara2 yang sensitif yang menyentuh hal2 berkaitan isu semasa, politik, kaum, agama, sikap, mentaliti dan lain2, pasti ramai yang mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan, termasuk juga di kalangan ahli keluarga, rakan2 sekolah, rakan2 sepejabat, jiran, kenalan dan lain2 yang mungkin boleh membawa kepada pergaduhan dan perselisihan faham. Disebabkan itu aku lebih selesa untuk menjadi blogger hantu kerana ia dapat memberi aku lebih kebebasan untuk melontarkan buah fikiran aku dalam setiap penulisan.
Namun downside daripada jadi blogger hantu terutama yang di atas pagar dan lalang ni adalah kewujudan ko macam ada takde je dalam komuniti blogger, kalau ko komen kat blog2 orang lain terutama blogger yang popular dalam komuniti blogger tempatan biasanya respon yang ko dapat hanya krik2, ko tak dapat join mana2 event blogger sebab ko hantu bukan blogger walau kadang2 ko rasa macam nak join je, dan ko susah nak dapat geng2 dari kalangan penyokong BN atau PR sebab dua2 ko tibai, dua2 ko sokong, melainkan geng lalang macam aku ni ada persatuan sendiri.
Di samping menulis sendiri, aku juga suka membaca, explore blog2 orang lain untuk mendapatkan pandangan dan input yang baru dan berbeza, dan aku dapati banyak juga artikel dan buah fikiran orang lain yang bagi aku sangat baik dan bagus untuk dikongsikan, malah sangat kena dengan pemikiran aku. Disebabkan itu kadang2 aku lebih selesa untuk copy paste artikel2 ini dan disertakan dengan sumber asalnya sekali kerana buat apa benda yang sama dan yang ko setuju, ko tulis sekali lagi?
Lagipun aku bukannya robot yang berada di depan PC 24 jam sehari untuk menulis blog. Aku juga perlukan idea dan ilham, perlukan masa, perlukan mood untuk menulis, lebih2 lagi entry yang merupakan original idea. Malah aku ada banyak perkara dalam kehidupan peribadi aku sendiri yang perlu aku buat dan uruskan. So aku harap korang faham kenapa kadang2 aku hanya guna sahaja artikel orang lain, lagipun mungkin ada lagi yang belum pernah baca artikel tu so tidak salah jika aku kongsikan di sini.
Malah jika korang sendiri ada sesuatu yang menarik dan mahu berkongsikan penulisan korang kat sini, boleh hantar je penulisan korang kat aku di princeofnoob[at]gmail[dot]com. Aku amat menghargainya.
Akhir sekali, maaflah jika korang rasa bosan membaca kemerapuan aku pada hari ini. Aku sendiri tidak tahu sampai bila aku akan terus menulis blog. 3 tahun itu bagi aku tempoh yang agak lama, jika setiap hari kau cuba untuk menulis 1 entry untuk 1 hari. Mungkin satu hari nanti aku akan sampai juga tahap tepu dan berhenti menulis blog.
Sekian.
tags: catatan aku sebagai seorang penulis blog
Ahad, 8 Februari 2015
30 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog ko aku xrasa akan tepu sbb setiap hari akan ada isu2 baru dlm negara & dunia. Semuanya terpulang pd ko utk terus menulis atau x . lg pun kalu ko berenti sayang dkt entry2 dlm ni lenyap dgn begitu saja ..
BalasPadam-catatan pembaca setia buasir otak-
hurmmm no komen, yang penting I'm second!!!!!!!!!!!!!!!!
PadamWell...Aku pembaca setia ko ni buasir. Seriously. Baik buruk opinion yang ko bagi aku suka. Sebab aku bukan baca entri ko ikut perasaan. Aku baca entri ko ikut akal. But seriously...aku tabik ko as one of the blogger. A mystery blogger. Malah aku calon kan blog ko dekat Contest Malaysia Best blog 2015 :) Keep on the good writing.
BalasPadamhttp://mekzumbie.blogspot.com/2015/01/contest-seo-malaysia-best-blog-2015.html
Terima kasih mek zumbie atas pencalonan. Saya amat2 menghargainya.
PadamTp kesian kan...maybe impian blogger maybe nak sepopular mcm abg nara, mat lufti, n blogger2 yg buat kerje ni spenuh masa dgn gaji lumayan..sy fhm noob buat ni as sambilan n tgk respon user dpt liputan meluas n paling masyuk dpt byk sponser akan byr utm dlm blog kita. Kalau nasib baik, muka cun mcm hanis zalikha terus popular even just cite pasal diri sendiri smbil korek hidung pun ramai yg follow.
BalasPadamTp di malaysia ni still mentaliti x mcm negara maju...still lyn lebih hiburan n gossip artis...benda lain mcm bincang isu semasa x dpt liputan meluas sbb maybe byj antara kita jenis malas nak ambil port n pening2 kepala mengetahui fakta sebenar...lebih suka layan troll ataupun khabar angin yg sensasi mcm muka depan hmetro.
Sbb 2 sy dpt rasakan kesian kat noon..sbb bg sy blog noob yg byk bincang isu2 semasa, blog nara yg just letak gossip artis je yg byk org melayu follow..kesimpulan di sini..melayu suka dgn hiburan n percaya khabar angin sensasi tanpa buat homework, terus percaya buta2 asalkan nmpk panas isu terbabit...x kira cite artis atau politik.
Tp sy still no 1 fan BO sbb ada ruang utk bincg isu2 semasa even byk anon yg selalu merepek n meroyan sesuka hati dlm ruangan komen...maybr sbb byk budak baru nak up sibuk komen kat sini.
Teruskan menulis.. Mood lari tu normal la.. Tak semestinya blog tak terkenal takde info menarik di dalamnya..
BalasPadamBlog tak terkenal? Blog buasirotak ni ramai kot yang kenal..ko apa tahu? tengok blog ko semak jer dengan warna warni entah pa2..last2 dalam artikel tulis thanks sebab baca..jangan kata nak baca, bukak blog ko 10 saat pun aku terus tutup..menyemak mata.
Padambagus noob, teruskan menulis.. banyak idea2 ngko yg aku gunakan dlm komunikasi seharian aku ditempat kerja mahupon kedai mamak yg membuatkan rakan2 dan bos aku menyangkakan tahap intelektual aku adalah ditahap terbaik.
BalasPadamkan?
Padamaku selalu guna idea noob dlm entri utk bukak mata member2 yang bingung+sempit pemikirannya..
teruskan menulis bero :)
Aku kenal noob ni Siapa..he he he. ^^
BalasPadamaku pun kenal gak... actually bkn la kenal pn cuma tau la rupa dia sbb pernah jupe masa cod beli komik b.o...
Padamjgn mare noob yerr hihi
tu bukan noob la. tu despatch je haha
PadamJangaaaan...
BalasPadamDah tiga tahun aku baca blog ni sejak tengok maharaja lawak mega 2012 punya ulasan...
Tak payah update tiap2 hari pun takpe...
If we want to move to other blogs dah lama kami blah...
But we don't... And we are still here... Tanpa buasir... Tanpa otak...
teruskan menulis...
BalasPadamkalau takda idea..meh borak dgn aku kalau dok kl..aku bnyk idea.tapi aku malas menulis sb ejaan aku gagal.selalu silap
Dulu Ayuni juga pernah menjadi blogger hantu dengan pelbagai identiti selama 9 tahun sebelum menulis sebagai Ayuni Rafilah. Akhirnya Ayuni pelajari bahawa blogger sebenar bukan mereka yang cun atau dapat tarik ramai pengikut atau selalu ikut gathering blogger. Blogger sebenar ialah mereka yang menulis apa sahaja di alam maya tak kira siapa yang membaca. Ketulusan dalam menulis... bukan semua blogger memiliki sifat ini.
BalasPadamTeruskan menulis.
BalasPadamTeruskan menulis... walaupun ada pekara x sependapat dgn penulis namun kita harus hormati kerna nilai setiap ilham itu berbeza... tqvm
BalasPadamSuka dengan entry ni..
BalasPadamdan terfikir sampai bila aku akan terus menulis di dalam blog..
lihat ape yang di nasihat bukan siapa yang menasihat.
BalasPadamaku pn da hampir 3 tahun jd pengkomen hantu dlm blog ko ni. Apa yg buat aku baca blog ko ni dr dulu adala sbb aku pn jenis atas pagar mcm ko jgk. menulis hanya utk meluahkn apa yg ada dlm otak dn bukan sbb nk femes atau nk dpt duit dr hasil penulisan. Teruskan menulis.
BalasPadamteruskan berkarya noob.kreativiti sebagai penyampai idea yang kritis bukan semua orang mampu miliki..saya pembaca setia blog ini.tqsm
BalasPadamBlog ni adalah salah satu sumber isu semasa aku.
BalasPadamKadang2 isu yg aku tak tahu, aku dapat tahu dr blog ni...
Aku faham perasaan jadi blogger hantu cam tu,
nak maintain 2 identiti bukannya senang, apatah lagi perasaan ingin tahu orang luarkadang2 luar biasa powernya, semua perkara nak dikorek.
Tp Boss, aku sokong kau dr dulu, sekarang dan sampai bila-bila.
kalo nakkan idea mudah jer noob.. aku raser apa yang ko praktikkan sekarang pun sudah jauh dari yang ko sangkakan..
BalasPadamrajin membaca, memang akan bagi idea dan banyak isu yang boileh ko tulis.. tak mungkin ko akan tepu punyer.. lihatlah hari ini, blog ko idup sbb ko rajin membaca, mengkaji dan kemudian ko menulis..
aku suke blog ko sbb bila ko menulis, ada saja idea aku nak buat kerja.. terutama untuk memajukan melayu dari terus tenggelam lemas dalam dunia ketiga.. masyarakat kita masih hidup dalam kesombongan walaupun kita perasan kita ni dalam banyak2 tulisan sebagai bangsa yang lemah lembut dan bersopan santun.. (ko baca kan tulisan Frank Swettenham?, lawak kan sisi gelap melayu..).. banyaknya kita ni berpura2.. hidup berpura2 islam dan baik serta tak tahu nak zahirkan sifat positif diri..
susah sungguh nak kita bersangka kalau nak dapatkan pertolongan orang melayu.. jegil puas2 dan tengok kengkawan kita sekeliling.. apa yang boleh kita harapkan dari mereka? sebelum tu, sama juga, kita pun sama juga melayu mcm mereka.. jadi bangsa kita susah nak maju sebab apa? banyak isu ni bro.. (jangan kaitkan dengan islam lagi pun dah berlambak2 isu..)
mungkin juga ko antara blogger2 yg mampu menulis untuk menampung tulisan2 blogger lain untuk memajukan melayu keluar dari dunia ketiga..
selamat menulis noob..
kau kan memang ada team BO ni..? team komik pun ada. bergabunglah buat event apa-apa. tak besar pun takpe. Asalkan adalah geng persatuan sendiri (bak kata, ayat dalam entry atas tu).. hehe.. mana tau kan satu hari nanti, kalau korang buat tshirt pun, tetiba, ramai je nak join Geng Blogger Buasir Otak, siapa tahukan?
BalasPadamKirim salam pada team Buasir Otak.
Noob.. Blog asalnya catatan pribadi yang di buat untuk tatapan umum (aka dairy) ..tapi dah berevolusi menjadi seperti macam macam dari art blog, pictureblog, microblog, Political blog, fashion blog, etc.
BalasPadamJadi teruskan menulis sebab menulis blog ni sebenarnya untuk kepuasan diri..tak gitu evaedd...ha ha ha.
keep it up noob....
BalasPadamKeep it up Noob.
BalasPadamAda masa aku tulis kat blog, ada masa aku tulis pemikiran aku kat FB dan Tweeter. Biasanya aku duduk atas pagar, "stating the fact" ataupun "calling the spade" menyebabkan aku digelar macai oleh pihak yang kena kat batang hidung. Contohnya, aku sokong perlaksanaan AES sebab aku lihat gaya pemanduan orang Malaysia ni dah makin teruk seolah2 polis atau undang dah tak wujud.
Kalau anggota polis dah tak cukup, cara apakah lagi nak pastikan pemandu Malaysia ni patuh pada undang2 jalanraya? Tapi pelaksana undang2 lebih memikirkan survival mereka di bidang politik. Kalau kau buat perkara yg ramai orang tak suka, pilihanraya akan datang orang tak undi kau lagi.
Menjadi blogger hantu lebih mudah untuk menyuarakan pandangan tanpa rasa "fear and favour", jiran kau pun tak pandang serong.
dari tahun 2011 start follow blog ni.
BalasPadamHebat!
BalasPadamBlogger hantu lebih telus dan kurang condong pada mana-mana..
Teruskan selagi mampu.
Tetapi ada juga donside kepada jadi blogger hantu ini... dulu Ayuni pernah dimaki hamun oleh seorang blogger juga yang menuduh Ayuni penipu dan terus dia laknat Ayuni macam sampah... hanya kerana Ayuni buat keputusan untuk memberitahu dia siapa Ayuni yang sebenar. Moral of the story Noob... teruskan jadi blogger hantu. Bukan semua orang mahu tahu siapa kita... lagi dibenci adalah.
BalasPadam