Satu syarat paling penting untuk seseorang menghakimi, menilai, mengadili dan menghukum sesuatu perkara dengan adil dan telus adalah dia perlu ketepikan sifat favoritism dan sebarang sentimen yang boleh menyebabkan penilaian itu menjadi tidak adil, berat sebelah dan bias. Jika tidak, kredibiliti pengadilan itu boleh dipertikai dan dipersoalkan.
Seorang hakim tidak boleh menghakimi kes mahkamah dengan mempunyai favoritism terhadap sebelah pihak.
Seorang guru tidak boleh menilai anak muridnya dengan mempunyai favoritism terhadap murid-murid tertentu.
Seorang pengadil tidak boleh mengadili sesebuah perlawanan bola sepak dengan mempunyai favoritism terhadap salah sebuah pasukan yang sedang bertanding.
Seorang pengulas politik tidak boleh mempunyai favoritism terhadap sesebuah parti politik.
Walaupun mungkin seseorang itu mempunyai minat dan kesukaan terhadap sesuatu, namun jika dia mahu membuat pernilaian dan pertimbangan yang adil terhadap sesuatu perkara, dia perlu membuang favoritism tersebut dan setkan minda untuk menjadi seorang yang neutral.
Sebagai contoh jika kau seorang macai BN, PKR, PAS atau DAP, mana mungkin kau boleh membuat penilaian yang adil dan telus terhadap sebarang isu politik di negara ini.
Jika kau taksub kepada seorang artis, tidak mungkin kau boleh membuat pertimbangan yang betul jika artis kesayangan kau melakukan kesilapan lalu terus mempertahankan kesilapannya dengan membabi buta.
Jika kau seorang penyokong pasukan JDT, mana mungkin kau boleh jadi pengadil dalam sebuah perlawanan JDT menentang Selangor.
Jika kau minat kepada seseorang, mana mungkin kau jadi boleh jadi juri dalam sebuah pertandingan yang disertai oleh orang yang kau minat.
Jika kau gemar pada seseorang penulis buku, mana mungkin kau boleh menjadi seorang pengulas buku yang baik jika kau beri sahaja markah yang baik untuk setiap bukunya hanya kerana kau sukakan dia.
Jika kau seorang bos yang suka pada seorang pekerja perempuan yang cantik, mana mungkin kau boleh jadi penilai yang telus dalam menilai pekerja-pekerja bawahan kau bagi kenaikan pangkat dan gaji.
Jika kau mempunyai favoritism dalam membuat suatu penilaian, kau pasti tidak akan dapat berlaku adil dan menjadi bias kerana kau akan lebihkan perkara yang kau minat dan merendahkan perkara yang kau tak minat, kau akan merasakan pasukan kegemaran kau lebih bagus daripada orang lain, dan kau akan rasa yang kesukaan kau sentiasa betul dan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada perkara yang kau tak suka.
Kau menilai sesuatu itu sebagai kanser dalam masyarakat, tapi dalam masa yang sama kau pertahankan kanser yang lain hanya kerana kau suka kepadanya atau kau berada dalam kelompok yang sama dengan mereka.
Kau mengutuk sekelompok yang lain hanya kerana kau merasakan benda itu salah. Namun kau memuji apabila hal yang salah itu dilakukan oleh kelompok kau malah tidak merasakan pun yang ia adalah hal yang salah.
Ya, kau boleh terus menyokong, minat, suka, taksub dan mempunyai favoritism kau sendiri. Akan tetapi jika kau tidak boleh membuang sifat favoritism dan berlaku neutral dalam membuat suatu penilaian dan pengadilan, maka usahlah menjadi hakim, juri, penilai, pengadil atau pengulas.
Jika tidak, kau bukanlah seorang penilai yang baik yang mempunyai kredibiliti, sebaliknya kau hanyalah suatu kanser yang menilai kanser yang lain.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: membuat penialaian pertimbangan pengadilan adil saksama telus nilai juri hakim penilai pengadil pengulas
ok...
BalasPadampr0o0ooOtTt !
Padam-sirosli-
nak dapatkan pandangan tentang sesuatu kna cari orang yang tak de kepentingan dgn prkara tersbut & bersikap neutral. susah nak dpt org macam tu, lagi2 yg ade sikap pilih kasih, pilih bulu.
BalasPadamkau dan kau...
BalasPadampadu untuk bacaan macai-macai ni..
BalasPadamgood info bero..oh betapa aku suka ulasan ko yang senang dicerna..
benda ni byk berlaku kat politics...sabar je la
BalasPadamNak adil dalam menilai tu susah.
BalasPadammacam komen2 di atas katakan, yang menilai kena seseorang yang tak ada kepentingan.
Barulah adil.