JALAN
Aku mahu jalan, jangan engkau sekat
Tak nak ketinggalan? Mari duduk dekat
Rasa kejanggalan? Pasti ada ubat
Lihat bumi Tuhan, kau pasti kan kuat
Aku belum sampai, kau baru bermula
Mahu jadi pandai? Harus tahu formula
Hidup mesti santai, tenang jangan menggila
Ibadat biar langsai, lengkap tiada cela.
Perjalanan masih jauh, mahu cari syurga
Keimanan masih rapuh, masih perlu jaga
Pesan bapa, bersungguh, pesan ibu, bersiaga
Biar kekuatan bersepuh, biar akal geliga
Jangan sekali sesali, usah jemu menanti
Setiaku tak terbeli, jangan disalah erti
Ilmu ku cari gali, jadi insan sejati
Aku pasti kembali, pulang untuk berbakti
Nukilan: Ahmad Syahmi
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: lirik lagu rap puisi sajak karya jalan
"Perjalanan masih jauh, mahu cari syurga
BalasPadamKeimanan masih rapuh, masih perlu jaga"
muhasabah diri sekejap.
Mantap lah saudara syahmi 💪
BalasPadamLeh wat lirik lagu mcm lagu 'negaraku' yg tgh hits skrg
BalasPadamHeheeeehe... kena pulak dengan gambar tu.
BalasPadamTapi tak faham apa sebenar-benarnya yang cuba disampaikan :-(