Isnin, 10 Oktober 2016

8 Seni dan hiburan: Populariti mengatasi kualiti

Akademi Fantasia tahun ini baru melabuhkan tirainya semalam. Siapa juara, siapa nombor dua, tiga dan seterusnya sudah pun diketahui. Namun siapa yang akan popular dan kekal lama dalam industri muzik tanah air, bukan bergantung kepada diri mereka, sebaliknya bergantung kepada lagu-lagu mereka nanti. Aku akan terangkan kenapa aku cakap macam tu dalam artikel ini nanti.


Namun sebelum itu, sejujurnya aku dah lama tak layan AF. Ada satu tahun je kot aku layan gila-gila sebab masa tu ada Heliza Helmi. Namun di negara kita, setakat ini hanya 2 kali sahaja rancangan realiti hiburan yang bagi aku benar-benar mencetus fenomena. Satu ketika AF3 zaman Mawi pada tahun 2005, satu lagi ketika Raja Lawak 2 zaman Nabil pada tahun 2008.

Buktinya, dalam banyak-banyak selebriti segera yang dilahirkan setiap tahun melalui pelbagai rancangan realiti, hanya mereka berdua yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian pada tahun kemenangan mereka dalam rancangan realiti, di mana Mawi memenangi anugerah tersebut sebanyak 3 tahun berturut-turut mulai tahun 2005, manakala Nabil pada tahun 2008.

Bagaimana mereka mencetuskan fenomena pada ketika itu lebih kurang sama, iaitu transformasi daripada budak kampung, naif dan tidak senang (Mawi dari Felda dan Nabil seorang mat despatch) menjadi bintang yang sangat popular dan diminati ramai.

Melihat kepada 10 ke 15 tahun yang lalu, ramai orang berlumba-lumba mahu masuk rancangan realiti di TV. Ramai ibu bapa yang menangis apabila anak mereka tidak dapat masuk rancangan tersebut atau tersingkir. Ramai juga ibu bapa yang menitiskan air mata gembira melihat anak mereka memakai jubah konvokesyen di pentas akhir Akademi Fantasi.

Hari ini, rancangan realiti di TV bukan lagi menjadi pilihan utama seseorang untuk menjadi selebriti. Hanya berbekalkan gitar, webcam dan talian Internet, seseorang itu sudah boleh menjadi penyanyi dan ditawar masuk studio rakaman apabila dia sudah popular di Youtube atau Smule.

Hanya dengan kamera video atau smartphone, sedikit kemahiran mengedit video, berbekalkan idea parodi dan komedi, seseorang itu sudah dapat menjadi selebriti Internet merangkap pelakon merangkap pelawak apabila sudah popular di pelbagai rangkaian media sosial.

Maka dalam dunia seni hiburan, sama ada penyanyi, pelakon dan pelawak, mahupun dalam dunia seni kreatif seperti penulis, pelukis komik dan sebagainya, apa sebenarnya faktor yang paling utama untuk menjadi seorang seniman yang berjaya?

Popular... dan mempunyai pengikut atau peminat yang ramai.

Ya, kau mungkin seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang hebat, atau seorang pelukis yang boleh melukis dengan sangat cantik, namun hakikat kejam dalam industri hiburan dan seni kreatif yang kau harus terima adalah... populariti mengatasi kualiti.

Sebab itu banyak lagu yang kau dengar liriknya macam haram, tapi ia sangat popular dan sering dimainkan di corong-corong radio. Aku ambil contoh paling senang yang sekarang ini sedang viral, iaitu lagu Pen Pinapple Apple Pen. Macam bodoh je kan lirik dia? Kau rasa ada berlambak lagi lagu lain yang lebih berkualiti dan penyanyi lain yang lebih sedap suaranya yang sepatutnya lebih layak untuk popular, kan?

Malangnya, dunia seni memang begitu. Berkualiti tak semestinya popular dan popular tak semestinya berkualiti.

Maka bagaimana untuk seseorang itu menjadi popular?

Untuk popular, kau perlu ada produk, dan produk itu adalah karya. Ya, karya kau yang akan popularkan kau, dan kau akan popular kerana karya kau, bukan kerana kau.

Seorang penyanyi, untuk menjadi popular, kau perlu ada lagu, lagu yang melodinya catchy dan boleh membuatkan orang rasa sedap bila mendengarnya. Tak kisah kau itu penyanyi baru yang langsung tak dikenali ramai, kau akan popular jika ada lagu yang melodi dan rentaknya catchy biarpun liriknya ntah apa-apa.

Sebab itu ada ramai penyanyi baru yang tiba-tiba je popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini macam Nanasheme, Sufian Suhaimi, Wani, Tasha Manshahar, Wani Kayrie, Sakura Band, Harris Baba, Sanda, Projector Band, Aiman Tino dan lain-lain lagi, bukan kerana suara atau vokal mereka power ke apa, tetapi kerana mereka ada karya lagu yang sangat catchy dan sedap didengar yang melonjakkan nama mereka.


Penyanyi kelahiran AF juga, sesetengahnya walaupun tidak menang jadi juara, namun namanya naik kembali kerana mereka ada lagu yang sedap seperti Akim, Aizat, Amir Jahari, Ayda Jebat, Nabila Razali dan sebagainya. Naib juara AF tahun lepas Syamel pun boleh dikatakan sekarang ini lebih popular daripada juaranya iaitu Sufi kerana lagunya sangat popular dan masih bertahan dalam carta lagu di radio sehingga hari ini.

Malah jika kau seorang penyanyi lama sekalipun, kau perlu sentiasa ada lagu baru yang sedap didengar untuk kekal relevan dalam industri. Setahun kau tak keluar lagu baru yang best, orang akan mula lupakan kau. Aku ambil contoh Hafiz AF yang beberapa tahun sebelum ini sangat popular sewaktu dia banyak keluarkan lagu, tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia tidak keluar naskah lagu baru, terus rasa seolah-olah dia dah menyepi lama dari industri.

Contoh lain seperti band Khalifah, yang mana sebenarnya sudah agak lama dalam industri namun kurang popular, tapi lepas dia terbitkan lagu Hang Pi Mana yang sangat catchy tu, terus namanya meletup. Seperti juga kumpulan Data yang dah wujud sejak awal tahun 90-an. Lagu terakhirnya yang agak popular adalah Permaisuri dalam sekitar tahun 90-an kalau tak silap. Tahun ini, mereka keluarkan lagu baru berjudul Sayangku. Walaupun lagu tersebut masih mengekalkan melodi rock kapak leleh zaman 90-an, tapi lagu tu boleh meletup. Sebab apa? Sebab lagunya sangat catchy dan mesra telinga biarpun genre lagunya boleh dikatakan lama.


So apa kesimpulannya?

Kesimpulannya, dalam dunia muzik, sebenarnya suatu genre muzik itu tak pernah mati. Tak kira genre pop, R&B, rock, rap, hip hop, metal, nasyid sekalipun, ia tetap boleh diterima ramai dan menjadi popular, asalkan lagunya sedap dan catchy.

Kenapa lagu nasyid Raihan boleh tiba-tiba meletup suatu ketika dulu di kala genre nasyid tak popular pun? Sebab masa tu lagu Puji-Pujian memang sangat best, catchy dan viral seterusnya melonjakkan nama kumpulan Raihan, jualan album dan genre nasyid itu sendiri. Dan sekarang genre lagu nasyid kembali hambar. Nak kata lagu berkonsep dakwah dan ketuhanan tak popular?

Tidak juga. Tengok lagu Alhamdulillah (Too Phat & Yasin), Al Haq... Yang Satu (Mawi ft Dato' AC Mizal), Alhamdulillah (Wani ft Juzzthin), Kalah Dalam Menang (Mawi ft Syamsul Yusof), Subhanallah (Raqib ft. Waris) dan sebagainya, masih boleh popular dan sangat popular pada zamannya. Malah cuba dengar lagu-lagu Maher Zain yang kebanyakannya sangat popular di seluruh dunia.


Sebab apa popular? Sebab melodi lagunya sedap, catchy dan mesra telinga ramai orang.

Dan bagaimana mahu kekal popular dan relevan sepanjang masa? Sentiasa keluarkan lagu yang melodi lagunya sedap, catchy dan mesra telinga ramai orang.

Pernah dengar istilah "One Hit Wonder"?

Dalam industri muzik, ia adalah sebuah lagu yang tiba-tiba menjadi sangat popular di seluruh dunia yang dinyanyikan oleh penyanyi atau kumpulan yang baru atau tidak popular, dan populariti lagu tersebut biasanya bertahan dalam tempoh yang agak lama dalam setahun dua, kemudian penyanyi/kumpulan tersebut terus tenggelam dan lagu seterusnya yang dikeluarkan oleh mereka langsung tidak mendapat sambutan dan tidak dapat mengulangi kejayaan lagu mereka yang popular sebelumnya itu.

Antara beberapa lagu One Hit Wonder yang pernah menjadi sangat popular termasuk di Malaysia ketika di zamannya:
  • Macarena - Los Del Rio
  • Who Let the Dogs Out? - Baha Men
  • Mambo No. 5 - Lou Bega
  • The Ketchup Song (Aserejé) - Las Ketchup
  • I'm Blue (Da Ba De) - Eiffel 65
  • Crazy Frog song

Itu baru dalam industri muzik, namun sebenarnya konsepnya sama sahaja dengan bidang seni hiburan dan kreatif yang lain pun.

Orang mula meminati seorang pelakon disebabkan lakonannya dalam drama dan filemnya menarik.
Orang mula meminati seorang pengarah disebabkan naskah filem dan dramanya sangat sedap untuk ditonton.
Orang mula meminati seorang penulis disebabkan buku penulisannya sangat menarik untuk dibaca.

Orang mula meminati seorang pelukis komik disebabkan karya komiknya yang sangat sedap untuk dibaca.
Orang mula meminati seorang selebiriti Internet disebabkan penulisannya di blog, FB atau Twitter, atau videonya di Youtube atau Vines.

Mana-mana pun, untuk popular, seorang ahli seni perlu ada produk iaitu karya, karya yang tidak semestinya berkualiti tetapi dapat menarik minat ramai orang.

Seperti contoh dalam industri komik, lukisan Eiichiro Oda taklah secantik kebanyakan pelukis manga Jepun lain, tetapi karyanya One Piece terkenal di seluruh Jepun dan dunia. Lukisan Yoshito Usu yang menghasilkan komik Crayon Shin-chan sangat ringkas dan biasa, tapi produknya menjadi terkenal.

Demikian sahaja coretan aku untuk topik ini. Cuma dalam artikel ini aku beritahu bagaimana untuk jadi popular, dan untuk jadi popular juga sebenarnya ada 2 jalan, jalan yang baik dan berkualiti yang boleh membawa manfaat kepada pengikut dan orang ramai, dan jalan yang kurang baik dan tidak berkualiti yang hanya sia-sia dan tidak membawa manfaat atau boleh membawa pengaruh buruk kepada pengikut dan orang ramai.

Namun itu mungkin kita sentuh dalam topik yang lain pula...


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: popular vs kualiti tidak semestinya terbaik populariti industri seni kreatif hiburan

8 ulasan:

  1. kena study bab catchy kot.. kisah yang sama dengan mangaka One, lukisan buruk nak mampus mcm noob tp meletup terus try tengok 2 darinya one punch man ngan mob psycho 100..... best.

    BalasPadam
  2. Undisclose Desire - MUSE

    I know you've suffered,
    But I don't want you to hide,
    It's cold and loveless,
    I won't let you be denied

    Soothing,
    I'll make you feel pure,
    Trust me,
    You can be sure

    I want to reconcile the violence in your heart
    I want to recognize your beauty is not just a mask,
    I want to exorcise the demons from your past,
    I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

    You trick your lovers,
    That you're wicked and divine,
    You may be a sinner,
    But your innocence is mine

    Please me,
    Show me how it's done,
    Tease me,
    You are the one

    I want to reconcile the violence in your heart,
    I want to recognize your beauty is not just a mask,
    I want to exorcise the demons from your past,
    I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

    Please me,
    Show me how it's done,
    Trust me,
    You are the one

    I want to reconcile the violence in your heart,
    I want to recognize your beauty is not just a mask,
    I want to exorcise the demons from your past,
    I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo aku suke lgu ni

      Padam
    2. "True Love Waits"-Radiohead

      I'll drown my beliefs
      To have your babies
      I'll dress like your niece
      And wash your swollen feet

      Just don't leave
      Don't leave

      I'm not living, I'm just killing time
      Your tiny hands, your crazy-kitten smile

      Just don't leave
      Don't leave

      And true love waits
      In haunted attics
      And true love lives
      On lollipops and crisps

      Just don't leave
      Don't leave

      Padam
  3. Tgk org tu .kalau dia usaha utk duit/popular semata2..sekejap je dia bertahan..kalau atas sbb kualiti n self statisfaction, pada mula2 mmg x masyuk tp kalau dia usaha keras n ada rezeki, dia leh bertahan dlm industri tu dlm jangka masa lama...paling penting work harr, bukan mee segera.

    BalasPadam
  4. AF dan rancangan2 realiti lain, pada aku, mugnkin sekadar platform. Walaupun ramai dah popular dr program camtu, tapi lagi ramai bilangan yang terkandas separuh jalan cita-cita.

    Tapi dalam industri kreatif, populariti memang sangat main peranan. Sama penting juga dengan nasib. Nasib baik, timing kena, maka meletop laa ia.

    BalasPadam
  5. Catchy... itu sebab agaknya kat AF pelajar disuruh reka satu tagline untuk diri sendiri yang catchy.

    Satu tagline apa?? pun Mrs. A tak ingat hai!!! yang paling ingat tagline Dato' AC peace yo!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.