Antaranya negara yang disenaraikan adalah ialah Ireland, UK, Poland, China, Iceland, Perancis, Portugal, Mexico, US, Jepun dan juga, Malaysia. Dan yang lebih mengejutkan, Malaysia menduduki tempat pertama mengikut susunan umur dari tua ke muda.
Ini bermakna secara purata rakyat Malaysia merupakan orang yang paling tua dalam mengadakan hubungan seks kali pertam dalam dunia ini dengan purata umur 23 tahun, diikuti dengan India (22.9), Singapura (22.8) dan China (22.1).
Negara yang rakyatnya melakukan hubungan seks kali pertama yang termuda adalah Iceland dengan purata usia 15.6, diikuti dengan Norway (16.5), Sweden: (16.2) dan Denmark (16.1).
Berikut adalah senarai penuh ranking mengikut umur dari tua ke muda:
1. Malaysia: 23
2. India: 22.9
3. Singapore: 22.8
4. China: 22.1
5. Thailand: 20.5
6. Hong Kong: 20.2
7. Vietnam: 19.7
8. Nigeria: 19.7
9. Japan: 19.4
10. Spain: 19.2
11. Indonesia: 19.1
12. Poland: 19
13. Italy: 18.9
14. Taiwan: 18.9
15. Russia: 18.7
16. Mexico: 18.7
17. South Africa: 18.7
18. France: 18.5
19. United Kingdom: 18.3
20. Switzerland: 18.2
21. Canada: 18.1
22. Netherlands: 18.1
23. Greece: 18.1
24. United States: 18
25. Australia: 17.9
26. Turkey: 17.8
27. New Zealand: 17.8
28. Slovakia: 17.8
29. Germany: 17.6
30. Brazil: 17.4
31. Ireland: 17.3
32. Croatia: 17.3
33. Austria: 17.3
34. Czech Republic: 17.2
35. Chile: 17.2
36. Belgium: 17.2
37. Portugal: 16.9
38. Bulgaria: 16.9
39. Israel: 16.7
40. Finland: 16.5
41. Norway: 16.5
42. Sweden: 16.2
43. Denmark: 16.1
44. Iceland: 15.6
Sumber Joe.ie.
Sebenarnya ia bukan suatu yang menghairankan pun. Pertama, majoriti penduduk negara Malaysia beragama Islam, dan seperti yang semua orang tahu, agama Islam melarang perbuatan seks di luar nikah. Maka kebanyakan orang di Malaysia mengadakan hubungan seks kali pertama, adalah selepas bernikah.
Orang Malaysia kebiasaannya berkahwin dalam lingkungan 19 - 25 tahun. Ada yang lepas habis sekolah, tidak menyambung pelajaran, terus bekerja lalu berkahwin awal. Ada yang menunggu selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi baru berkahwin. Maka purata umur 23 tahun itu memang agak logik bagi negara Malaysia.
Berbeza dengan negara lain terutama negara yang bukan majoriti beragama Islam seperti negara barat, Eropah dan Jepun, sudah menjadi kebiasaan dan budaya mereka untuk melakukan hubungan seks tanpa perlu ikatan perkahwinan, malah tidak menghairankan ramai yang sudah kehilangan teruna atau dara ketika usia remaja di sekolah menengah lagi. Sebab itu tengok purata umur ada yang melakukan hubungan seks kali pertama seawal usia 15, 16 dan 17 tahun.
Biasanya statistik seperti ini dijana berdasarkan soal selidik dan bancian kepada orang ramai. Jika orang Malaysia ini menjawab dengan jujur, rasanya purata umur akan turun lagi. Tengok sahajalah sekarang ni pun bersepah-sepah remaja dan orang belum berkahwin tanpa rasa bersalah melakukan zina, tapi yalah, siapa yang nak mengaku mereka buat maksiat.
Tapi bila aku baca komen orang luar negara laporan ni, ramai yang menyindir dan mentertawakan orang Malaysia sebab menjadi negara tertua melakukan hubungan seks kali pertama. Bagi mereka, ia suatu yang kelakar dan merugikan kerana tidak merasa kenikmatan hubungan seks di usia muda. Lagi lambat seseorang itu melakukan hubungan seks, semakin ia menjadi suatu yang memalukan bagi mereka.
Aku nak ceritakan tentang pengalaman seorang kawan perempuan aku yang pernah belajar kat Jepun, ada satu hari kawan-kawan perempuan Jepunnya bertanya pada dia, pada umur berapa pertama kali dia melakukan hubungan seks dan siapa lelaki pertama yang "bersama" dengannya kali pertama? Masa tu umur kawan aku tu dalam 22 tahun, dia jawab dia tak pernah buat.
Kawan-kawan perempuan Jepun dia yang lain semua terkejut sebab kawan aku ini di usia 22 tahun tak pernah bersetubuh. Mereka siap pujuk dan cuba tenangkan kawan aku sebab mereka ingatkan kawan aku tu sedih kerana tak laku takde lelaki nak kat dia, sebab tu masih dara pada usia 22 tahun.
Bagi mereka, dah seperti menjadi budaya seorang gadis hilang dara pada teman lelaki ketika di sekolah menengah. Orang yang masih teruna atau dara sehingga tamat sekolah menengah adalah orang yang kesian dan ia adalah suatu yang agak memalukan.
Maka kawan aku tu pun terangkan la kat mereka yang dia orang Islam dan dia hanya boleh bersetubuh hanya dengan suami selepas sudah bernikah, sebab tu dia dah umur 22 tahun pun masih dara. Malah dia akan kekal dara tak kira sampai umur berapa pun selagi tidak bernikah. Selepas dah bagi penerangan barulah mereka faham. Jika tidak mereka pasti ingat budaya kita sama sahaja seperti budaya mereka.
So kesimpulannya... budaya luar dengan budaya kita sangat berbeza. Pemahaman mereka terhadap suatu perkara itu mungkin berbeza dengan pemahaman kita. Cara mereka melihat sesuatu itu juga mungkin berbeza dengan kita. Maka kalau kita menghadapi situasi di atas, terangkan kepada mereka kenapa ia berbeza.
Dan ranking di atas, walaupun negara lain mungkin mentertawakan kita, tapi aku bangga negara kita dapat nombor 1.
Baca juga artikel ini - Kahwin awal dan buang bayi itu ramai orang Melayu?
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: purata umur orang kehilangan hilang dara teruna seluruh dunia mengikut negara ranking average age people lose virginity around the world durex
i dont even know myself, how man eligible approve that he's already loose his virginity? if he's fapping, does mean he's lose his virginity?
BalasPadamPproOootT.
PadamKerajaan Sempit Wang ~ Pemimpin Terus Di Julang...Rakyat Terus Terbuang..!
PadamSudah djangka..! Bukan main lagi berbelit belit..! dengan mengatakan itu dan ini..
Hakikatnya...
Harga minyak masak berkuat kuasa 1 November ini akan mengikut harga pasaran.
Bagaimanapun bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu.
"Bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak masak untuk dinikmati oleh golongan sasaran.
"Saya nak umumkan harga minyak masak (1kg) dikekalkan sebanyak RM2.50 sekilogram," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.
Antara kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol lebih besar.
Katanya, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).
"Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.
"Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya.
sumber
Betul ke kerajaan merasa denyut nadi rakyat?
Rakyat disuruh beli minyak masak ke beli botol?
Kalau beli 1kg berapa kali nak kena GST?
Mengurangkan pengeluaran minyak di sempadan yang dibeli warga asing..! itu kerja rakyat jelata ke? Sudah tidak ada lagi akal fikiran ke? mana pergi penguatkuasa?
Apa yang pihak kerajaan buat? kenapa tidak ada sekatan dan sukatan macam pembelian minyak kereta bagi kenderaan Singapura?
Harga minyak masak naik tentu berantai kepada harga makanan..! Kerajaan cuma reti goyang telur ajer ke?
Yang terus meraja ialah kerajaan..! yang terus binasa dan merana ialah rakyat jelata..!
Tunggu apa lagi?
Lu Fikir La Sendiri!!!
PUTRA MERDEKA at 1:09 PTG
Alhamdukillah syukurlah jika begitu. Orang Malaysia masih menghaegai kehormatan diri dan nikmat perkahwinan.
BalasPadamStatistik tu xbleh pakai noob. Yg bawah umo pun byk dah rosak. Buktinya ada di tumblr.
BalasPadam- Sirosli kaki tumblr-
Alhamdulillah...
BalasPadamkalau betul la..
TAPI..
Sekarang banyak juga kes buang bayi..cam mana pulak ya??
Posting terbaru AM
4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Rugi berkahwin lewat. Sepatutnya pada umur remaja seawal 15 tahun seseorang sudah perlu nikah. Pada usia itu dapatlah ibubapanya mendidik dan mengajar anak tersebut cara menjadi ibubapa yang baik dan cara membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Maksudnya ada dua tahap didikan yang diperoleh oleh anak kepada remaja tersebut, pertama dari ibubapanya sendiri dan kedua dari datuk neneknya.
BalasPadamRemaja yang kahwin awal ini juga dapat didikan dan teknik memaniskan rumah tangga mereka. Mereka masih boleh menerima lenturan-lenturan dari ibubapa mereka dengan mudah, tidak sepserti mereka yang sudah dewasa, yang berpendapat mereka lebih pandai dari ibubapa mereka, lantas sukar menerima ajaran dari ibubapa mereka.
Dari sudut pelajaran dan kewangan pula mereka boleh teruskan. Jika dikurniakan anak mereka boleh sahaja teus belajar dan bekrrja. Perlahan-lahan membina ekonomi dan pendidikan diri.