Sabtu, 15 Oktober 2016

15 Merungkai rahsia populariti Nasi Lemak Anak Dara

Nasi Lemak Anak Dara...

Tiba-tiba meletup. Tiba-tiba popular. Tiba-tiba viral. Tiba-tiba gerainya ramai pengunjung lelaki. Tiba-tiba masuk radio. Tiba-tiba artis datang. Tiba-tiba Menteri Besar datang.

Maka apakah sebenarnya rahsia di sebalik kepopularan Nasi Lemak Anak Dara ini, sedangkan produk yang dijualnya tidaklah lain dan luar biasa, hanya nasi lemak yang biasa kita makan setiap hari itu?

Kami akan merungkai rahsia itu...



Rahsianya... adalah kerana penjualnya cantik.

Ya, itulah rahsianya. Tapi yalah, sudah rezeki dia cantik, maka rezeki dialah popular. Standard lah tu, orang cantik, orang kacak, biasa lah popular. Memang lumrah manusia suka pada kecantikan, nak buat macam mana.

Cuma entry ini sebenarnya adalah clickbait, sebab kalau aku letak tajuk sebenar seperti "Mohon bantuan kepada bla bla bla" biasanya takde banyak view pun. Aku pun pernah post artikel memohon sumbangan dan bantuan kepada individu dan organisasi tertentu yang memerlukan bantuan, tapi seperti yang dijangka tak ramai pun orang nak klik tengok dan baca.

Aku tak salahkan siapa-siapa. Bukan salah kau pun kalau suka tengok benda-benda yang cantik je. Bukan salah kau pun kalau suka viralkan orang-orang cantik. Kita faham lumrah manusia macam tu. Bukan salah Siti Hajjar Ahmad pun sebab dia cantik, so tak perlulah kutuk atau rasa cemburu sangat kat dia. Yang tak berapa viral tu pun bukan salah mereka sebab tak cantik. Ia bukan salah siapa-siapa pun. Itulah realiti dunia pada hari ini.

Ok so aku nak iklankan beberapa perniagaan yang aku rasa perlukan perhatian jua. Aku tak expect pun orang akan beratur panjang macam gerai Nasi Lemak Anak Dara atau ramai orang beli macam pomade, tapi just in case kalau kau orang duduk berdekatan atau terserempak dengan mereka, belilah sebungkus dua. Beli banyak pun takpe lepas tu bagi kat mak bapak, kawan atau jiran tetangga.

Mana yang boleh kita bantu, kita bantu, ok?

Lokasi: MAYBANK AMPANG



Lokasi: LOT 2177 SUNGAI UDANG, KLANG
Mak cik Hendon binti Satari (012-397 9505)



Waktu Operasi:  Lima hari seminggu
Lokasi: Penghantaran dibuat sekitar Lembah Klang terutamanya Cheras kerana berdekatan dengan rumahnya.
Tempahan boleh dibuat melalui Whatsapp 016 2453019 (Hairul)
Maklumat Lanjur: http://vitdaily.com/walau-pekak-bisu-hairul-bantu-ibu-lumpuh-dengan-berniaga/



Lokasi: JALAN RUANG NIAGA U8/109, BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM



Lokasi: PASIR PUTEH, KELANTAN / ONLINE
Untuk tempahan hubungi 012-9218016 (Pn Alia Haryani)



Jika anda ada berniaga tepi jalan atau secara online kecil-kecilan seperti ini atau nak tolong promosikan orang lain punya, boleh bagi link FB yang berkaitan dan aku akan masukkan dalam entry ini... secara percuma.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: rahsia di sebalik nasi lemak anak dara siti hajjar ahmad viral popular zizan razak masuk radio suratkhabar

15 ulasan:

  1. click bait...ayat "anak dara" kuat.dan faktor lain pemberita dan menteri tiba2 nak join tu yang melojak. sebbkan ak dah lali clickbait orang putih click bait malay ak buat dono dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProooOoooootttT

      - nasi lemak anak xda dara-

      Padam
    2. ProooOoooootttT

      - nasi lemak bohsia-

      Padam
    3. ProO0tt

      -Nasik lemak Cikaro tumblr-

      Padam
    4. ProO0tt

      -nasik lemak bohjan tua-

      Padam
  2. Mb kemaruk xde keje. nak kasi borong daftar niag apun gatal MB yg turun. politik shitty!

    BalasPadam
  3. Boring la noob, org nak stim ngan anak dara pun susah.

    Dah ramai cuba mengubah dunia. Semuanya gagal.

    BalasPadam
  4. PON,aah aku nak beli jualan mereka aku dok jaoh dari mereka.kalau orang2 susah yang berusaha mencari rezeki kat tempat aku memang aku beli.untuk orang2 yang jauh ni ade tak sumber untuk aku derma ke macam no akaun?senang bole transfer je

    BalasPadam
  5. Nasik Lemak Salawati Alias takde ke ?

    BalasPadam
  6. Sifir aku untuk cari tempat makan/tapau: murah, bersih.
    perjual hodoh ke cantik aku peduli apa.

    BalasPadam
  7. https://www.facebook.com/marzuqabrar/

    Mohon sokong anak muda berniaga..��

    BalasPadam
  8. Kena jd anak dara br MB dtg n mudah dpt lesen. Yg jntn tu sila pakai bj perempuan n mekap. Yg akak2 tu tolong mekap mcm anak dara. Ok, sekian tip kali ini.

    BalasPadam
  9. Semuanya sbb marketing x kisah sengaja atau x sengaja...cuba buat nasi lemak montok, terus sekejap jd viral..kalau yg menjual muka pecah rumah, jgn harap la. Papepun terpulang kpd yg melaporkan sbb benda ni berlaku utk dpt sensasi/like...lagi byk like lagi masyuk even bila dengar benda tu mmg merepek tp asal lain dr yg lain mmg sensasi.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.