...dan Buasir Otak.
Salah satu impian kanak-kanak aku yang masih aku belum capai selain daripada melukis komik adalah menulis novel, atau sekurang-kurangnya cerpen fiksyen. Aku sudah beberapa kali mencuba untuk menulis cerita fiksyen namun gagal di tengah jalan, kerana menulis cerita fiksyen ini sebenarnya memerlukan teknik penulisan cerita yang aku agak lemah, mengambil masa yang agak panjang untuk ditulis yang mana aku agak malas, dan perlukan otak bekerja lebih keras untuk memikirkan idea yang mana otak aku selalu jammed.
Illustrasi oleh Deaday.
Kini aku rasa mahu cuba semula untuk menulis novel atau siri cerpen, tetapi untuk memastikan aku berjaya kali ini, aku perlu mengubah cara aku menulis novel mengikut seperti mana aku menulis artikel blog, lalu timbullah idea slot "Memoir Seorang Lelaki Nerd" ini.
Sudah lebih 5 tahun aku menulis di blog ini. Kebanyakannya tentang hal ehwal isu semasa, tentang berita, tentang sikap dan mentaliti tipikal masyarakat, tentang komik, tentang pandangan aku tentang sesuatu, namun aku jarang bercerita tentang diri aku sendiri walaupun kadangkala ada juga aku selitkan sedikit sebanyak kisah hidup aku dalam artikel-artikel yang pernah aku tulis sebelum ini.
Maka untuk slot "Memoir Seorang Lelaki Nerd" ini, aku akan menulis sebuah cerita fiksyen atau dalam erti kata lain cerita rekaan, yang mengambil inspirasi daripada kehidupan aku sendiri agar aku bersemangat nak tulis dan punya banyak idea, dalam bentuk satu artikel bagi setiap bab yang aku akan publish di blog Buasir Otak ini secara berkala.
"Memoir Seorang Lelaki Nerd" ini mengisahkan seorang lelaki iaitu Tahir, yang di dalam cerita ini dirujuk menggunakan kata ganti nama diri pertama sebagai "aku" tentang kehidupan dan pengalaman dari zaman kecilnya, tentang kekeluargaan, tentang persahabatan, tentang zaman persekolahannya, tentang percintaannya, tentang pekerjaan dan sebagainya.
Semoga anda semua membaca dan terhibur dengan cerita ini.
Oh... dan semoga aku juga berjaya menghabiskan cerita ini.
Prince of Noob.
Siri Memoir Seorang Lelaki Nerd:
Semoga sukses.
BalasPadamGudlak
BalasPadam_fauzi juan_
Teruskan usaha anda
BalasPadamyeah ada cerita untuk di baca
BalasPadamKipidap..
BalasPadam