Namun bagi orang Islam, kadang-kadang nasihat "Jadilah diri sendiri" ini agak overrated apabila ia digunakan sebagai justifikasi untuk membenarkan perkara dan perbuatan yang salah terutama dalam agama.
Jika mengikut ideologi barat, "Be Yourself" ini bermakna anda boleh jadi dan buat apa sahaja tanpa batasan agama, budaya dan moral. Nak teguk arak, nak amal seks bebas, nak tukar jantina, nak berhubungan sesama jantina, nak berbogel tepi pantai, nak masukkan adegan seksual dalam filem, nak mencarut dalam lagu, semua boleh atas dasar "Jadilah diri sendiri".
Tetapi tidak bagi seorang muslim, walaupun kita digalakkan untuk menjadi diri sendiri, namun ia tetap terikat pada batasan agama. Kalau ada orang yang tak solat, malas buat kerja, suka lukis gambar lucah, amal gaya hidup liar dan bebas, suka minum arak dan berjoget-joget kat kelab malam, suka layan pelacur walau dah berbini, takkan kita nak sokong atas alasan itulah diri mereka yang sebenar?
Maka kalau ada saudara muslim kita berbuat hal yang tidak baik, usahlah memberi sokongan dengan nasihat seperti "Jadilah diri sendiri", sebaliknya "Berubahlah kepada kebaikan", "Jadilah orang yang membawa manfaat" atau "Jadilah lebih baik dari diri anda yang sekarang".
Orang kalau buat perkara yang tidak baik, kalau kita tak mampu nak tegur atau nasihat, atau mungkin kita pun turut panas telinga dengan nasihat tersebut, cukuplah sekadar diam dan usahlah pertahankan hal yang salah tersebut. Ini kerana jika kita turut mempertahan dan menyokong mereka untuk terus melakukan perbuatan yang tidak elok itu, maka apa bezanya kita dengan syaitan?
Mungkin ada yang berkata mereka cuma jadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Lebih baik mereka tunjukkan sikap sebenar mereka daripada bermuka-muka kat depan orang lain belakang orang lain. Kalau nak cerita hipokrit, semua orang dalam dunia ni pun hipokrit.
Kau sendiri cakap dengan kawan caranya lain, dengan mak bapak caranya lain, dengan cikgu caranya lain, dengan bos lain caranya. Kita mungkin bercakap selamba dan bergurau kasar dengan kawan rapat, tapi adakah kita melakukan hal yang sama dengan orang yang lebih tua atau orang yang kurang rapat dengan kita? Dengan mereka kita akan bercakap dengan lebih sopan dan baik untuk menjaga hati dan perasaan mereka.
So maknanya kau pun hipokritlah sebab tak jadi diri sendiri, selalu jadi orang lain bila bercakap dengan orang tertentu?
Tidak, itu bukan sikap hipokrit sebaliknya kita hanya bersikap professional mengikut etika tertentu. Kita semua adalah manusia bertopeng dan ia adalah suatu yang normal. Kita akan memakai topeng tertentu yang sesuai dengan keadaan dan orang yang kita berhadapan. Bila dengan kawan, kita pakai topeng selamba. Dengan suami/isteri, kita pakai topeng sayang. Dengan orang tua, kita pakai topeng hormat. Di media sosial, kita pakai topeng lain pula.
Semua topeng-topeng yang kita pakai ini bukanlah sikap hipokrit. Menghormati orang lain, patuh kepada suruhan agama, menahan diri dari melakukan maksiat, itu semua juga bukanlah hipokrit sebaliknya itulah yang menjadikan siapa diri kita.
Sikap hipokrit ini lebih kepada berpura-pura atau menipu demi suatu kepentingan. Dengan orang ini kau beritahu suatu perkara, dengan orang lain kau cakap pula hal yang sebaliknya. Depan kawan-kawan kau solat sebab malu dengan mereka, di rumah bila berseorangan kau tak solat. Yang itu baru hipokrit.
Baca juga artikel berkaitan:
- Kita semua manusia bertopeng
- Pertimbangan kontradik sifat hipokrasi manusia
- Manusia bertopeng di Media Sosial VS Dunia Nyata
- Manusia mempunyai tiga jenis wajah yang berbeza
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: jadi diri sendiri berlakon baik pura-pura hipokrit be yourself nasihat teguran perkara baik buruk
Ok...🌹🐝🌹
BalasPadamsetan ni memang dari kalangan jin dan manusia. so sape2 yg suka hasut buat benda2 jahat tu kira setan jugak la.
BalasPadam-reeza
hehe setan betol si Duan tu. tapi kadang-kadang susah nak bezakan, hipokrit dengan professional. Ajim singgah sini ye!
BalasPadamJya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^w^ = )
BalasPadam😸😸😹😹
'orang' ketiga..
BalasPadam