Jumaat, 5 Mei 2017

7 Memoir Seorang Lelaki Nerd: Pelat

Ada satu sifat yang muncul dalam diri aku sejak aku kecil yang terus menghantui aku agak lama, iaitu kurang keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. Aku ada satu ketakutan dan perasaan yang orang akan gelakkan aku setiap kali aku bercakap di atas pentas atau di depan orang ramai. Antara sebabnya adalah kerana aku pelat.

Ya, pelat!

Illustrasi oleh Deaday.

Aku pelat huruf 'R', sebab lidah aku pendek, tebal dan keras. Aku tak boleh getarkan hujung lidah aku untuk menyebut huruf 'R'. Sebutan huruf 'r' aku akan berbunyi 'gh' sebab aku bunyikan guna tekak. Kalau aku sebut 'roti' akan jadi 'ghoti', 'rakan' jadi 'ghakan'. Kalau perkataan yang banyak huruf 'r' seperti 'rama-rama' dan 'berlari', maka akan obvious terserlah kepelatan aku.

Waktu sekolah rendah dulu aku selalu kena ejek disebabkan kecacatan ini. Masa tadika masuk kumpulan nasyid, aku hanya mampu jadi penyanyi latar sahaja, itu pun mungkin sebab cikgu aku kesian tak nak bagi aku rasa terpinggir.

Masa sekolah rendah, aku pernah masuk pertandingan bercerita. Masuk pun sebab terpaksa. Rasa malu ya amat bila aku terpaksa dedahkan kelemahan aku ini depan orang ramai yang aku tak kenali. Dapatlah juga hadiah saguhati.

Di sekolah rendah aku masuk persatuan pengakap. Masa sekolah menengah pun aku masih lagi pengakap dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Aku suka masuk pengakap sebab selalu buat aktiviti lasak, pengembaraan, perkhemahan, jambori, belajar pelbagai kemahiran survival, tapi sebenarnya lebih kepada mahukan lencana.

Cuma satu benda yang aku tak suka adalah kalau aku disuruh jadi ketua perbarisan atau kawad, sebab aku terpaksa menjerit perkataan 'BARIS! BARIS SEDIA!' kuat-kuat. Dari sebut 'baris' jadilah 'baghis'. Kadang-kadang sebab nak sorokkan kepelatan aku tu, aku sebut laju-laju sampai hilang perkataan 'r', jadilah 'Bais! Bais sedia!'.

Masuk sekolah menengah budak-budak lelaki kat situ perangai masing-masing memang macam haram sikit. Ejek mengejek, bahan membahan memang perkara biasa. Biasanya yang akan diejek adalah nama bapak (nama atuk pun sekali kalau diketahui) lebih-lebih lagi kalau nama tu pelik dan agak kelakar.

Selain dari itu mereka main ejek fizikal orang. Kalau budak tu muka penuh jerawat, habis kena gelar bulan, muka berulat. Kalau budak tu berkulit gelap, kena gelar hitam, bayang, kicap. Kalau badan berbau, kena gelar masam, tungkik. Kalau berbadan besar, kena gelar badak, gajah dan macam-macam lagi jenis ejekan bergantung kepada fizikal masing-masing.

Dan aku pula, disebabkan secara fizikal luaran kurang elemen yang boleh dijadikan bahan ejekan, maka aku sering diejek atas kepelatan aku. Yang jadi lagi tak menarik bila kena ejek, budak perempuan dalam kelas turut gelak. Rasa maruah tu gila-gila punya jatuh. Terus terbentuk sifat malu nak bercakap dengan orang perempuan.

Pelat aku ini sebenarnya banyak membataskan banyak benda yang aku teringin sangat nak buat terutama waktu zaman remaja dulu. Aku jadi malu nak tonjolkan diri. Jadi segan nak bercakap atas pentas depan orang ramai. Rasa malu nak menyanyi depan orang (kalau tak dah lama aku buka channel menyanyi kat Youtube). Paling aku rasa pedih, rasa malu nak bercakap dengan kawan perempuan yang aku suka.

Bukannya aku tak pernah berusaha nak betulkan sebutan pelat aku ini. Aku dah cuba berlatih sebut 'r' depan kipas angin, gosok lidah dengan sudu lah, macam-macam teknik dan petua aku cuba tapi tak berjaya. Sampai satu tahap, aku dah berhenti mencuba dan terima sahaja kelemahan aku yang satu ini.

Cuma bila dah dewasa ini, aku dah jadi lali dan tak kisah kalau ada orang nak gelak, ejek atau ajuk. Sebab aku tahu, dan pernah jumpa ramai orang dewasa macam aku juga. Mereka pula bukan calang-calang orang, pensyarah, pelakon, pakar motivasi dan sebagainya, yang memerlukan mereka bercakap di depan khalayak ramai.

Sekarang aku pun dah boleh bercakap depan orang ramai. Walaupun kadang-kadang tu terpaksa sebab kena bagi ceramah atau kursus, tapi aku dah agak selesa. Malah menyanyi karaoke depan orang lain pun aku dah berani walaupun suara aku haram langsung tak sedap. Aku berjaya hilangkan kerisauan dan ketakutan dalam perasaan aku yang ada orang akan mengetawakan aku ketika aku tengah bercakap di depan.

Sebab apa?

Sebab aku sendiri pun takkan ketawakan kelemahan orang lain bila mereka sedang bercakap di depan. Sebenarnya ketakutan dalam diri aku ini selama ini hanya mainan perasaan sahaja. Aku sahaja yang selalu rasa ada orang sentiasa memerhati dan gelakkan aku, sedangkan mereka tak peduli dan tak kisah pun pasal diri aku, sebagaimana aku tak peduli dan tak kisah pun pasal kelemahan orang lain.


Siri Memoir Seorang Lelaki Nerd:


7 ulasan:

  1. betul. kita jadi tak yakin sbb takut org mengata. walhal benda tu tidak ade pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, waktu kecil kita sering paranoia ada orang selalu mengata kita, ejek kita poyo, tapi bila dah besar dah rasa tak kisah pun.

      Padam
  2. Hahahah pelat r comel lah. Baru tahu ada petua tenyeh lidah dgn sudu :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Google macam-macam petualagi ada, rendam muka dalam baldi sambil sebut Roooo la, macam-macam lagi, tak tau la jadi ke tak huhu.

      Padam
  3. Nmpknya kita menghadapi masalah yg sama. Punya seksa nk melepasi zaman remaja. Kini dh xkisah. Dh lali...

    BalasPadam
  4. pelat r boleh betulkan..sy akan ajar, 2 bulan je. whatspp sy..0179385227

    BalasPadam
  5. ohh ada ramai juga yg sama spt sy rupanya... hmm hingga sekrg sy ada mslh keyakinan utk bercakap dpn public esp. jika public tu org2 yg berjaya dan sempurna...

    jika awak tau di mana ada terapi yg jamin dpt bantu utk bertutur lancar n confident boleh beritahu sy di haneejannah@gmail.com. TQ.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.