Sabtu, 18 November 2017

9 32 permainan kanak-kanak zaman dulu

Sebelum zaman permainan video, komputer, notebook, telefon pintar, tablet dan segala jenis gajet, kanak-kanak di zaman 80/90-an terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia banyak bermain permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Konda Kondi, Teng Teng dan sebagainya. Walaupun zaman dulu tiada Internet, namun permainan-permainan ini tetap boleh tersebar luas ke merata dunia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri.

Di zaman serba moden dan berteknologi ini, ada di antara permainan lama ini yang masih diwarisi dan dimainkan oleh kanak-kanak masa kini, ada juga yang hanya dimainkan ketika acara sukaneka atau hari keluarga, namun ada yang sudah pun tenggelam dek zaman dan hanya tinggal kenangan sahaja.


Tonton video berikut yang memaparkan antara 32 permainan kanak-kanak zaman dulu:


Kalau nak difikirkan, semua permainan tu remeh temeh dan selenger je, tapi jika difikirkan dalam-dalam, ia sebenarnya mengajar kanak-kanak untuk berusaha dan berjuang sampai berjaya, tak boleh restart balik macam budak-budak main game zaman sekarang, di samping mereka berpeluh-peluh sihat.

Kreativiti budak-budak memang sangat tinggi masa tu, ada sahaja benda-benda tambahan dan syarat-syarat baru akan timbul ketika memainkan permainan tersebut sehingga menyebabkan muncul pelbagai versi dengan set peraturan yang berbeza.

Semangat setiakawan dan perpaduan juga sangat tinggi. Mereka bermain dengan semua bangsa, Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kalau kumpulan kau kalah, kene buka baju bagi lelaki lah. Sebelum waktu Maghrib pula dah kena balik kalau tidak bapak akan balun pakai getah paip untuk disiplinkan mereka. Itu sebab budak-budak zaman dulu sekarang ini ramai yang tak manja, tak mengada-ngada dan boleh survive kalau kena campak macam mana pun. 

Rindu zaman kanak-kanak dulu, zaman yang tidak mungkin akan berulang kembali.

Korang main tak permainan-permainan itu? Ke main Tetris je?

Baling tin

Batu Seremban

Bola Kertas

Caplom

Ceper

Congkak

Cop Tiang

Empayar

Galah Panjang

Gasing

Guli

Kad Kenderaan

Kapal Terbang Kertas

Kertas Tilik

Konda Kondi

Laga biji getah

Lari Dalam Guni

Lawan Pemadam

Layang-layang

Lompat Getah

Lumba Jentik Pen

Musang dan Ibu Ayam

Nyorok-nyorok

Payung Terjun Plastik

Perahu / Sampan/ Bot Kertas

Polis Sentri / Police & Thief One Two Jaga

Pukul Berapa Datuk Harimau

Rounders

Tarik Upih

Teng Teng

Tepuk Kad / Batang Aiskrim

Tuju / Baling Selipar


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.







tags: permainan, kanak-kanak, tradisional, klasik, zaman lalu, informasi, malaysia, melayu, indonesia

9 ulasan:

  1. Sbhgian besar prmainan di atas mmg prnh sy main. Paling x leh lupa panjat pokok dgn adik 😂

    BalasPadam
  2. Selalu main ceper kt sekolah ramai2 dlm kelas..last2 kena rotan dgn cikgu..haha .. best tu ada jugak cikgu yg main same2 batu seremban ..

    BalasPadam
  3. Zman skolah dh berlalu pergi...

    BalasPadam
  4. dah hampir 30 tahun saat2 tersebut berlalu...

    BalasPadam
  5. nostalgia..semua pernah main..lagi best wpun xde internet time tu, budak2 seluruh negara akan main kalau time musimnye haha

    BalasPadam
  6. Jadi teringat masa kanak-kanak dahulu kala,mungkin saat in sudah tidak ada lagi permainan semacam tu.

    BalasPadam
  7. The best moment waktu dulu adalah selalu kena totan leh cikgu...waktuntu tak erti ape erti sakit..kita slalu ulangi...

    BalasPadam
  8. Huuu rindu gilerr,, mainan2ni dhlaama berlalu,, kad teruk,, yg kcik tu, pstu,, pemadam buat corak amik steppeler pnye isi dia tu,, letak kt pemadam layaan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.