Khamis, 2 November 2017

0 Meraih populariti dengan kualiti bukan mudah

Rancangan Asia's Got Talent minggu lepas menyaksikan seorang peserta dari Malaysia iaitu  Mafarikha Akhir yang juga merupakan Naib Johan rancangan program realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa yang bersiaran 6 tahun lepas menerima tepukan gemuruh penonton dan tiga juri Asia's Got Talent iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park memberikan 'standing ovation' selepas persembahan memukaunya menyanyikan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey.


Ketika ditemubual sewaktu tayangan rancangan ini, Mafarikha dilihat mengalirkan air mata beberapa kali kerana sedih akan nasib yang tidak menyebelahinya dalam industri hiburan Malaysia. Malah Mafarikha turut mengaku kerana bentuk fizikalnya antara faktor mengapa beliau sukar untuk diterima peminat.


Baca juga berita sepenuhnya di Berita Harian.

Walaupun hal ini pahit tapi memang macam tu lah industri seni hiburan di negara kita, malah bukan setakat industri hiburan sahaja malah industri lain pun lebih kurang sama je situasinya iaitu populariti mengatasi kualiti.

Boleh baca balik artikel yang aku pernah tulis dulu - Seni dan hiburan: Populariti mengatasi kualiti.

Tak dinafikan suara Mafarikha memang suara power vocal berkualiti tinggi. Malah negara kita pun sebenarnya ramai je penyanyi wanita yang ada suara yang sangat sedap dan boleh menyanyi high note atau nada tinggi dan lantang seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan lain-lain. Malah penyanyi yang berbadan besar pula biasanya memang ada suara power vocal seperti Adiba Noor, Dina, Idayu, Bella dan lain-lain. Mereka semua dari segi kualiti memang sangat hebat jauh meninggalkan penyanyi-penyanyi lain yang kebanyakannya lebih bermodalkan rupa paras sahaja sedang suara sekadar biasa-biasa sahaja.

Namun hakikatnya power vocal singer yang berbadan besar biasanya memang susah nak naik dan pergi jauh dalam industri sebab susah untuk meraih populariti. Industri memang boleh sediakan platform untuk mereka, buat rancangan pertandingan untuk mereka, dan mereka boleh menang dalam pertandingan nyanyian lebih-lebih lagi yang diadili oleh juri professional, kerana kualiti nyanyian mereka memang hebat, cuma nak menang dalam hati ramai orang tu yang susah sikit, sebab sudah menjadi lumrah manusia suka pada kecantikan dan rupa paras terlebih dahulu.

Orang yang berkualiti ni memang akan menang kategori terbaik, tetapi nak menang kategori popular tu yang susah, kerana nak popular tidak semestinya perlu berkualiti. Buat lawak bodoh kat Facebook pun lebih mudah popular dan disukai ramai.

Dengan populariti datangnya keuntungan. Dengan keuntungan datangnya duit. Orang kalau dah popular, tulis buku satu muka 3 baris ayat pun orang beli, jual komik guna watak meme dari Internet pun orang beli, muka jambu suara sengau jual album pun orang beli, filem ada hero kacak lakonan kayu pun orang sanggup tengok. Dan dalam industri hiburan dan seni kreatif, populariti adalah suatu yang penting dan dititikberatkan.

Nak salahkan penerbit buku, lagu, filem dan yang sewaktu dengannya sebab terbitkan karya-karya picisan dan tak berkualiti pun tak boleh juga, sebab mereka perlu keuntungan yang banyak untuk survive. Kalau mereka terbitkan filem yang sarat dengan mesej kemanusiaan tapi kutipan setakat RM10,000, terbitkan buku ilmiah yang ditulis oleh pensyarah PhD yang penuh dengan istilah-istilah jargon tapi yang terjual cuma 100 naskah, atau terbitkan lagu yang sangat menyentuh jiwa tapi tak diputarkan di radio-radio pun tak guna juga.

Dunia memang begitu. Manusia memang begitu. Mereka tidak pentingkan kualiti untuk minat sesuatu. Malah orang yang meminati sesuatu yang tiada kualiti sudah menjadi majoriti, dan yang minat hal yang berkualiti adalah minoriti kerana bilangannya sedikit, melainkan kau berjaya menjadi seorang yang berkualiti dan popular.

Ya, orang yang berkualiti masih berpeluang untuk jadi popular, malah ada dah pun, cuma bilangannya tak ramai dan jalannya lebih sukar, sebab kau terpaksa bersusah payah menghasilkan suatu yang berkualiti untuk popular, sedang lebih ramai yang tak perlu bersusah payah menghasilkan kualiti untuk meraih populariti.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.







tags: popular vs kualiti tidak semestinya terbaik populariti industri seni kreatif hiburan mafarikha akhir asia's got talent season musim 3 video vokal bukan sekadar suara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.