Selasa, 27 Mac 2018

8 Apa akan berlaku jika semua orang jadi kaya?

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.

Bangun pagi ni, kita cek akaun melalui CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada
RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi melancong dan umrah.


Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.
Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta Myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke Auto Bavaria. Kita pun call 03-5235574 untuk sewa kereta. "Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin ATM juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangladesh juga sudah jadi jutawan.

Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.

Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki dan pangkat yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini.

Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

Sumber FB Kuantan dan Whatsapp. Penulis asal tidak dapat dijejaki.

* * * * * * * * * *

Jika semua orang jadi kaya, maka kaya itu bukanlah lagi kaya.
Wang ringgit tidak lagi bernilai, kerana semua orang sudah pun banyak memilikinya.
Manusia sudah tidak lagi saling memerlukan, dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Tidak semua dapat jadi kaya.
Tidak semua terpaksa jadi miskin.
Namun semua orang berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup sendiri dengan usaha.

Dunia ini diciptakan adil.
Adil itu bukan bermakna sama rata.
Tetapi adil itu bermakna meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: apa terjadi jadi akan berlaku jika kalau semua orang jadi kaya jutawan adil 

8 ulasan:

  1. letakkan zakar pada temptnya, bukannya di pungkoq orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aikkk...ko lagi first komen..lain mcm plk komen ko nii..🍆🍠🍆🍌💦😄😃

      Kalau aku kaya....

      Padam
  2. 10,000,000 juta kucing kurap jer....Najib hantar balik US$600,000,000 duit Pak Arab Gila bagi ke Tanore Finance di Singapore...kalau tak bebal, tak ke gila tuh?

    BalasPadam
  3. lain cerita lain jawab..dh teruk sgt mahlok ni

    BalasPadam
  4. Tak ramai yang faham atau tak nak faham maksud keadilan yang sebenarnya. Kefahaman masing-masing tu pulak adalah berdasarkan kepada fahaman mengikut agama, bangsa mahupun anutan politik yang kadang-kadang tu agak fanatik.

    Bukan mudah untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya kerana sesuatu keputusan yang nak dibuat selalunya akan mengambil kira kepentingan peribadi terlebih dahulu bukannya kepentingan yang ramai.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.