Negara Jepun misalnya dengan industri komik, anime dan game. Cakap sahaja Doraemon, Dragon Ball atau Street Fighter, pasti satu dunia mengenalinya.
Korea Selatan dengan K-Pop scene mereka yang mempunyai peminat dari segenap dunia, menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara mereka selain dari jenama-jenama besar seperti Samsung.
Negara China pula terkenal dengan tenaga buruh yang murah dan ramai serta pengeluar banyak produk rendah kualiti tetapi murah.
Negara-negara Arab selain kaya dengan minyak, mereka juga menjana ekonomi dengan menjadi tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia.
Negara-negara Eropah pula gah dengan arena sukan bola sepak sehingga boleh membawa banyak pelaburan dan memperoleh penajaan dari luar negara.
Amerika Syarikat pula lagilah, boleh kata kebanyakan produk yang kita guna hari ini adalah jenama dari negara mereka. Malah industri perfileman Hollywood dan muzik scene mereka sahaja boleh menyumbang banyak kepada ekonomi negara mereka.
Kalau US ada Hollywood, India pula ada Bollywood. Walaupun negara mereka tidaklah kelihatan begitu maju, tapi satu dunia tahu tentang industri filem mereka.
Selain itu, negara seperti Jerman sangat terkenal dengan teknologi automatif dan kejuruteraan mereka.
Negara Italy terkenal dengan barangan kemas, perhiasan, jenama mewah termasuk juga makanan mewah.
Perancis pula terkenal sebagai syurga fesyen dan destinasi cinta.
Rusia amat popular dengan teknologi pensenjataan.
Indonesia ada scene muzik dangdut yang sudah sinonim dengan negaranya.
Australia antara pengeluar produk tenusu terbesar di dunia.
New Zealand walaupun negaranya kecil tetapi sering menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai alam semulajadi yang tersergam indah.
Thailand menjadi terkenal sebagai pusat tumpuan dunia bagi aktiviti pelacuran. Walaupun agak negatif tapi mereka masih ada sesuatu yang menjadikan mereka terkenal.
Maka apa sebenarnya yang negara kita Malaysia, boleh menjadi terkenal, ikutan, tumpuan di seluruh dunia?
Ya, kita mungkin ada industri dan jenama tempatan yang sudah menembusi pasaran antarabangsa, atau beberapa infrastruktur yang menjadi ikon negara seperti KLCC, namun masih belum ada suatu trademark atau jenama yang betul-betul ikonik sehingga dikenali dunia serta boleh menjadi trendsetter yang diminati ramai termasuk dari luar negara.
Mungkin sudah sampai masanya Malaysia mempunyai trademark itu.
Sesuatu yang boleh memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.
Sesuatu yang boleh menjadi daya tarikan yang kuat untuk orang luar datang melancong ke Malaysia.
Sesuatu yang apabila didengari sahaja, masyarakat dunia akan tahu yang ia adalah wajah Malaysia. Sesuatu yang boleh membawa imej yang positif, bukan sekadar dikenali dengan suatu yang negatif.
Maka apa yang anda rasa, sesuatu yang boleh menjadi ikon, imej, trademark, wajah Malaysia sehingga boleh dikenali, digemari dan diiktiraf di seluruh dunia? Boleh jadi berkaitan seni hiburan, budaya, sejarah, teknologi, alam semulajadi, apa-apa sahaja yang boleh dijadikan ikon negara.
Kongsikan idea dan pendapat anda.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: what's your country countries famous best known for apa yang membuatkan negara terkenal popular terkemuka seluruh dunia antarabangsa malaysia
Entahlah...😀😁😉😃😄😅😆
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadamBisjut kepala bapak kau..
PadamKita ada mahathir...perdana menteri 2x
BalasPadambenda ni ak selalu terpikir dulu malaysia suka india sebb trademark bollywood movie popular gila sampai naik industri tu, pastu trademark sinetro indonesia ngan lagu2 indonesia merata2 kat dlm radio dah jadi mcm kat dlm indon pulak dah dan akhirnya k-pop korea sekang.....untuk idea pasal ni trademark untuk malaysia ak fikir maybe animasi 3d? atau nothing? sebb dlm malaysia ni boleh kata 60% suka melayan dari create dan pastu nak murah pastu ambik kesempatanxde pure untuk passion.. sebb kita didik basic typical ambik kesempatan tanpa kita sedari yg baik baik la tapi yg benda jahat pun dia ambik kesempatan...
BalasPadammende kau tulis ni tak faham la. struktur ayat berterabur. ko pasti dah grad tadika ni?
Padam1. Mahathir
BalasPadam2. KLCC Twin Tower
3. MH370
4. Moderate Muslim
Rempittttt...
BalasPadamNasi lemak...
BalasPadam