Sebelum ini aku menulis tentang bagaimana parti UMNO dan BN boleh mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat kepada mereka. Kali ini aku akan mengulas tentang bagaimana kerajaan PH pula boleh mengekalkan kuasa mereka untuk tempoh yang lama.
Ini adalah kali pertama parti selain BN memegang tampuk kepimpinan negara. Sebelum ini parti seperti PKR, DAP dan PAS hanya pernah menerajui kerajaan negeri tapi bukan kerajaan persekutuan, maka bagi Pakatan Harapan secara keseluruhannya tentu ini adalah suatu pengalaman yang baru bagi mereka meskipun Tun Mahathir sebelum ini pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun.
Maka apakah yang perlu dan harus dilakukan oleh kerajaan PH untuk mereka kekal lama berkuasa?
1. Jangan jadi BN 2.0
Antara apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan PH yang baru adalah jangan menjenamakan diri sebagai BN ke-2. Memang ada di antara pemimpin PH adalah bekas ahli UMNO, tapi tidak bermakna mereka perlu ada perangai dan mentaliti yang sama seperti dulu.
Jika ada wakil rakyat BN yang hendak melompat atau menyeberang parti, kalau boleh jangan terima. Kalau nak terima jugak pastikan mereka telah ditapis dulu oleh SPRM dan sebagainya. Dulu kita mengutuk amalan lompat parti, maka mengapa sekarang diterima pula?
Kalau dulu wakil rakyat pembangkang lompat ke BN dikatakan telah mengkhianati pengundi kawasannya, maka bukankah wakil rakyat BN yang mahu lompat ke PH juga telah khianat pada pengundi kawasannya yang telah memilih BN?
Kalau amalan lompat parti dari parti pembangkang ke parti yang memerintah ini boleh menyucikan kesalahan, bolehlah kita terima Najib kalau tiba-tiba dia nak lompat ke PH?
2. Jangan bercakaran secara terbuka
Seterusnya adalah jangan menunjukkan segala percakaran dan perbalahan dalaman parti kepada umum. Kita faham kalau dah namanya manusia, pasti ada perbezaan pandangan, perebutan kuasa dan sebagainya.
Sedangkan suami isteri, adik beradik pun boleh bergaduh, apatah lagi ahli politik, namun bincanglah dulu sesama sendiri secara tertutup, tak perlu dedahkan kelemahan secara terbuka, melainkan kalau dah parah sangat seperti TS Muhyiddin tidak dapat lagi menasihati Najib secara tertutup dulu, maka akhirnya dia terpaksa mengkritik secara terbuka dan keluar dari UMNO.
Dan untuk mengelak perkara itu daripada berlaku, kepimpinan atasan parti perlu berfikiran terbuka menerima segala kritikan dan cadangan serta parti-parti komponen juga harus saling terbuka untuk menerima perbezaan. Jika ada masalah, cuba cari jalan penyelesaian bersama.
Kalau pihak lawan tahu kelemahan PH, ia pasti akan dijadikan modal untuk menjatuhkan mereka, malah rakyat juga akan meragui dan hilang keyakinan kepada kredibiliti PH untuk mentadbir kerajaan.
3. Jangan balas dendam dengan memadamkan legasi dulu
Seperti mana Tun Mahathir berkata ketika baru memenangi PRU14, "We are not seeking revenge. What we want is to restore the rule of law."
Dengan ini kerajaan PH perlu mi mencari dan menyiasat jika ada salahlaku yang dilakuka oleh kerajaan lama dalam isu berkaitan 1MDB, Scorpene, Felda, NFC, Tabung Haji dan sebagainya demi untuk menegakkan kebenaran.
Namun janganlah cuba menghapuskan segala legasi pemerintahan BN dan dasar baik yang dilakukan ketika pemerintahan Najib hanya semata-mata nak balas dendam.
Dulu masa zaman Najib, kita nampak BN dilihat mahu meminggir dan mendiamkan segala legasi dan jasa Tun Mahathir seperti Wawasan 2020, Proton, KLCC dan sebagainya, maka bila PH dah berkuasa tak perlu buat perangai yang sama.
Bukan semua dasar dan pelaksanaan yang dilakukan ketika zaman Najib itu tidak bagus seperti slogan 1Malaysia, UTC/RTC, projek MRT, ECRL, Visi TN50, Muafakat Johor dan sebagainya.
Apa yang bagus boleh diteruskan dan tambahbaik sahaja, tak perlu buang atau ganti dengan yang lain hanya kerana dendam mahu lenyapkan legasi Najib dan mahu jadi champion dengan memperkenalkan benda baru.
Itu adalah amalan politik lama. Lagipun kalau nak perkenalkan benda baru bukan mudah, malah ia melibatkan kos yang banyak. Kita pun tak suka kerajaan dulu terlalu kerap menukar sistem dan dasar seperti sistem pendidikan, maka jangan ulanginya.
Dan suka atau tidak, dalam lipatan sejarah tetap tertulis yang Najib adalah PM ke-6 dan BN telah memerintah negara selama 60 tahun. Itu adalah hakikat yang kita semua harus terima.
4. Jangan usik isu yang sensitif
PH kena faham satu perkara yang rakyat terutama orang Melayu yang dulunya penyokong UMNO sanggup mengundi parti selain BN termasuk DAP adalah kerana mahu turunkan Najib, bukan kerana sokong sangat pada PH pun.
Maka usah merasa sombong lalu merasakan mereka berhak mengubah dan meminda undang-undang dan perlembagaan yang berkaitan dengan hal sensitif seperti hal orang Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu dan sebagainya.
Malah jangan nak pandai-pandai nak legalize dan benarkan hal-hal seperti LGBTQ, Syiah, ideologi komunisme, liberalisme dan lain-lain. Kalau ada segelintir ahli politik yang berfahaman begitu, keep it just for yourself dan jangan jadikan ia agenda parti dan kerajaan.
Majoriti rakyat mengundi korang bukan kerana mahukan perkara-perkara seperti itu. Kalau korang buat juga, jangan pelik kalau korang kena humban jadi pembangkang balik dalam PRU15 nanti.
5. Sentiasa dapatkan pandangan dan persetujuan rakyat
Setiap dasar dan undang-undang baru yang korang nak perkenalkan perlu libatkan rakyat sekali. Jangan sekadar rangka syok sendiri dan terus luluskan sesama sendiri. Nama pun wakil RAKYAT, bukan wakil diri sendiri.
Sekarang pun teknologi dah maju. Boleh dapatkan pandangan masyarakat melalui media sosial, buat undian atau online poll kat Internet, telefon rakyat untuk dapatkan maklumbalas dan persetujuan mereka macam INVOKE buat kajian sentimen sebelum PRU14 hari tu.
Alah kalau sebelum korang masih pembangkang boleh buat macam-macam bersama rakyat, sanggup turun ke jalanan berdemo bersama bagai, takkan lepas jadi kerajaan nak dapatkan persetujuan rakyat pun tak boleh, bukan?
Dulu BN jatuh pun sebab suka sangat perkenal dasar yang tidak disukai rakyat seperti GST, penarikan subsidi minyak dan barangan untuk digantikan dengan BR1M dan sebagainya. Rakyat bising-bising kat media sosial pun, mereka tetap teruskan juga. Maka PH perlu dapatkan sentimen rakyat dalam segala dasar yang mahu dilaksanakan kelak.
6. Adil kepada semua termasuk pembangkang
Dulu semasa PH masih jadi pembangkang, negeri pembangkang sering kali di'anak tiri'kan, wakil rakyat pembangkang disekat peruntukan dan sebagainya. Masa tu mesti rasa sakit hati dan kerajaan tak adil, bukan?
Maka bila dah jadi kerajaan, tak perlu lah teladani dan mencontohi amalan kerajaan lama dengan meng'anak tiri'kan pula negeri dan menafikan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang. Bukan ke kita ini jadi kerajaan untuk semua, bukan kerajaan kepada penyokong PH sahaja? Bukankah itu yang kita sering perkatakan ketika PH masih pembangkang dahulu?
Benda tu bukan tak boleh ubah, kau orang dah ada kuasa. Tunjukkanlah amalan dan teladan yang mulia dengan memulakan perubahan tanpa mendedami kerajaan lama. Kalau kau pun buat benda yang sama, tak guna lah rakyat undi korang jadi kerajaan hanya untuk menjadi BN 2.0, baik mereka undi BN 1.0 je.
7. Tidak ulangi kesilapan kerajaan terdahulu
Selain dari itu adalah perkara-perkara umum yang aku rasa korang sendiri pun tahu macam mana nak jadi kerajaan yang baik seperti menjaga kebajikan rakyat, merealisasikan manifesto pilihan raya, jangan sombong dan ego pada rakyat dan sebagainya.
Dan yang paling penting, jangan ulangi benda bodoh yang kita sama-sama kutuk masa BN jadi kerajaan seperti kawal media, sekat kebebasan bersuara, tangkap orang yang berhimpun secara aman, bagi kenyataan bodoh macam "Kalau tak suka kerajaan boleh keluar Malaysia", "Kalau tak nak bayar tol jangan guna lebuhraya" dan sebagainya.
Kalau korang buat jugak, memang ibarat meludah ke langit lah. Semua pemimpin dan ahli politik PH kena ingat, penggal ni macam tempoh percubaan dan penilaian yang rakyat bagi buat anda semua.
Kalau anda gagal dalam tempoh percubaan ini, jangan harap la rakyat nak bagi peluang lagi dalam PRU15. Ingat, 5 tahun bukan lama pun. Pejam celik pejam celik je tu.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami
dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga
koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: bagaimana kerajaan ph pakatan harpaan boleh kekal lama berkuasa mentadbir perintah malaysia
Ahad, 13 Mei 2018
3 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nak bisjut?
BalasPadamBisjut kepala bapak ko..
BalasPadamTak habis2 biskut ko....
BalasPadamRakyat akan perhatikan PH skrg ni n sy x terkejut kalau PH x perform spt yg dijanjikan undi akan berubah kpd BN semula kelak. Sy x memihak mana2 parti...parti yg x follow kehendak rakyat akan berlaku penolakan undi beramai2...yg penting rakyat untung, bukan ahli politik untung sebat duit rakyat melalui projek awam.
Cuma sehingga hari ni sy risau PH ada isu spt di bawah:
1. Kesefahaman parti di dalam PH terutama membentuk kabinet
2. Isu GST (Sbb sebelum ni kata hapus GST terus, x sebut nak bawak SST balik)
3. Isu minyak jadi turun signifikant x
4. Isu LGE pegang jawatan Menteri Kewangan (Sbb ada isu mahkamah), ada yg ckp jawatan tu utk PKR
5. Status Anwar once aktif politik dan salah sorg kena letak jawatan utk buat PRK benar Anwar bertanding utk Parlimen and PM in future
6. Motif Mahathir sebenar masuk PH...adakah benar nak bagi Anwar jadi future PM atau sbnrnya nak naikkan anak dia semata2
7. Adakan mampu mereka tunaikan janji 100hari manifesto....sbb ramai tgk janji tu sbgi main benchamrk
Papepun semoga berjaya PH mentakbir kerajaan n jgn lupa...jika anda gagal, undi tidak memihak kpd anda. N padan muka Najib sbb dah ada kontroversi pun xnak letak jawatan...kalah dan malu smpi gelaran TUN pun maybe x dpt.