Setiap kali parti selain BN kalah, penyokongnya tak rasa sedih dan malu sangat sebab dah biasa sangat kalah, malah boleh lagi lantang bersuara.
Tapi bila parti BN kalah, dia punya sedih dan malu terduduk tu lain macam sebab sebelum ni tak pernah kalah, malah ramai penyokong yang terus diam, ada yang tutup akaun FB terus. Ada juga yang bergaduh dan bercakaran saling menyalah sesama sendiri.
Dan aku sendiri, walaupun bukan penyokong BN, bila tengok wajah sugul Najib kat TV, baca status KJ, tengok tiada sambutan ulangtahun UMNO yang meriah seperti tahun-tahun sebelum, pun timbul rasa hiba dan sayu.
Nak panggil PH kerajaan dan BN parti pembangkang pun masih tak biasa dan rasa janggal. Mungkin sebab dah lama sangat BN memerintah, rasa nostalgik tu masih ada.
Apa-apa pun semua yang berlaku beberapa hari ini adalah pengajaran kepada kita juga, yang hidup ini ibarat roda. Ada masa kita di atas, sampai masa kita di bawah jua.
Maka usahlah angkuh dan rasa tinggi diri dengan segala status, jawatan, pangkat, ilmu, harta, kemewahaan dan kekayaan yang kita miliki di dunia. Segala apa yang lalui di dunia ini hanyalah sementara.
Sampai masa, semuanya pasti akan meninggalkan kita jua.
Maka bagaimana UMNO dan BN ini, boleh memulihkan kembali sokongan rakyat terhadap mereka?
Setelah
kekalahan BN pada PRU14 yang lalu, gabungan parti Barisan Nasional
memang benar-benar dilanda krisis yang parah. Sudahlah 2 parti komponen
utama mereka iaitu MCA dan MIC sudah tidak mendapat tempat di hati
rakyat, UMNO sendiri kini menghadapi kemelut yang besar.
Ketika
majlis doa selamat dan tahlil bagi sambutan ulang tahun UMNO ke-72 di
PWTC semalam, berlaku insiden pergaduhan dan pertengkaran di antara ahli
UMNO yang mahu Najib letak jawatan dan ahli yang mempertahankan Najib.
Tatkala
itu juga di beberapa tempat di seluruh negara, ada ahli DUN BN yang
digembar gembur atau telah pun melompat masuk ke parti PH. Malah ada
desas desus beberapa parti komponen BN mahu keluar dari gabungan BN
untuk menyertai PH.
Semalam, setelah didesak oleh sebahagian
ahli UMNO di seluruh negara dan juga atas rasa tanggungjawab, akhirnya
Dato Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan
Presiden UMNO.
Maka adakah dengan pengunduran Najib ini dapat
memulihkan imej UMNO dan BN serta mengembalikan keyakinan rakyat kepada
UMNO dan BN khususnya?
Ada ahli UMNO berkata mereka perlu
muhasabah diri dan menjenamakan semula UMNO agar dapat mengembalikan
sokongan rakyat kepada mereka, namun apakah caranya?
Walaupun aku
bukanlah penyokong atau ahli UMNO, namun aku boleh bagi sedikit
pandangan dan gambaran bagaimana UMNO dan BN boleh dijenamakan semula
dan kembali mendapat kepercayaan rakyat.
Sebelum itu kita lihat kembali, bagaimanakah sebenarnya parti2 di Malaysia boleh mendapat tempat di hati rakyat?
Jika kita lihat sejarah terdahulu, bagaimana parti UMNO boleh mendapat sokongan daripada orang Melayu di Tanah Melayu?
Ya,
UMNO berjuang untuk membebaskan tanah air kita dari cengkaman British
bagi menuntut kemerdekaan. Dan apabila mereka berjaya, rakyat sangat
menghargai dan menyayangi perjuangan ini lalu memberi mereka kepercayaan
bertahun-tahun lamanya untuk mentadbir negara sebagai membalas
jasa-jasa mereka.
Namun begitu, semakin lama orang yang berjuang
pada zaman dahulu sudah semakin sedikit. Ramai yang sudah tua dan
meninggal dunia. Kini yang tinggal hanyalah generasi anak dan cucu yang
tidak hidup pada zaman perjuangan itu, baik dari sisi rakyat mahupun
ahli politik.
Pemimpin UMNO yang tinggal pada hari ini sendiri
bukanlah mereka yang hidup pada zaman perjuangan British sebaliknya
adalah generasi anak dan cucu pejuang2 terdahulu. Dan mereka pun telah
mentadbir kerajaan selama 60 tahun.
Maka apakah perjuangan yang tinggal untuk mereka tatkala mereka sedang memegang kuasa?
Ya,
apa yang kelihatan kini hanyalah perjuangan untuk mengekalkan diri
mereka agar terus memegang kuasa. Kerana itu media dikawal, kebebasan
suara disekat dan dihadkan, pihak lawan ditekan, salahguna kuasa dan
sebagainya.
Disebabkan itu sejak beberapa dekad yang lalu, parti
lawan sudah mula mendapat sokongan sedikit demi sedikit dan semakin lama
semakin meningkat naik.
Kerana apa?
Kerana parti lawan mahu membebaskan rakyat dari cengkaman parti pemerintah iaitu BN.
Maka apa persamaan perjuangan UMNO pada menuntut kemerdekaan dahulu dengan perjuangan parti lawan pada zaman ini?
Kata kuncinya adalah PEMBEBASAN.
Ya,
kedua-duanya berjuang untuk membebaskan rakyat dari cengkaman suatu
entiti. Perjuangan membebaskan rakyat dari cengkaman British adalah
perjuangan generasi dahulu, manakala perjuangan membebaskan rakyat dari
cengkaman BN adalah perjuangan generasi hari ini.
Maka apa yang
perlu dicari oleh UMNO untuk mengembalikan sokongan rakyat hari ini
adalah motif perjuangan. Perjuangan untuk membebaskan rakyat dari suatu
cengkaman entiti, di mana entiti itu hari ini adalah PH.
UMNO dan
BN perlu sentiasa bijak mencari kelemahan pentadbiran kerajaan PH dan
menunggu kerajaan PH membuat silap untuk dijadikan motif dan wadah
perjuangan yang kuat untuk membebaskan rakyat dari cengkaman itu.
Namun
selagi kerajaan PH mentadbir negara dengan baik, agak sukar untuk
rakyat menerima mereka kembali. Kena tunggu sehingga rakyat rasa
ditekan, disekat dan dicengkam oleh kerajaan PH, yang mana mungkin
mengambil masa bertahun-tahun, setelah bertukar silih generasi ke
generasi, seperti mana BN bertahan selama 60 tahun, baru rakyat akan
kembali berjuang bersama UMNO dan BN.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami
dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga
koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: bagaimana umno bn boleh kembali mendapat sokongan rakyat perjuangan najib undur diri letak jawatan
Ahad, 13 Mei 2018
4 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
teringat arwah atuk aku dulu kat sokong umno... hurmmm tp apakan daya umno perjuang selamatkan periuk nasi sendiri...
BalasPadamBuat sesuatu, UMNO. Rakyat perlukan pilihan yang bagus untuk memilih. 😀
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadamtakdenye kembali sokongan...
BalasPadam