Namun baru-baru ini, malah sebenarnya dari beberapa tahun dulu lagi, UiTM sering menjadi isu di mana terdapat pihak-pihak yang menuntut dan mendesak agar UiTM buka kemasukan kepada semua kaum, yakni kaum selain bumiputera seperti kaum Cina dan India malah warga asing juga layak untuk masuk UiTM. Maka adakah wajar, UiTM dibuka kepada semua kaum?
Sebelum kita bincangkan dengan lebih jauh, kita baca dulu sedikit sejarah tentang penubuhan UiTM ini.
SEJARAH UiTM
Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.
Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".
Sumber Wikipedia.
Baca juga komik "UiTM untuk semua?" karya cEro dan Amna Shark yang menjelaskan tentang mengapa UiTM hanya dibuka kepada bumiputera dari sudut sejarah dan warisannya:
Baca sambungan seterusnya di FB Page Amna Shark di sini:
Untuk isu ini, aku pula ada 2 pandangan yang berbeza, boleh jadi Ya dan Tidak.
Pertama sekali, kita imbas dulu tentang HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA
Macam mana hak keistimewaan bumiputera boleh wujud dalam Perlembagaan?
Kalau korang dah lupa pasal ini, boleh rujuk balik buku teks Sejarah sekolah menengah yang korang selalu tidur masa cikgu tengah belajar tu. Kalau tak Google je berlambak-lambak sumber rujukan.
Pada aku hak keistimewaan bumiputera ini analoginya lebih kurang macam ni;
Ada sebuah keluarga yang mempunyai sebuah tanah yang luas. Keluarga tersebut semakin lama semakin membesar dan berkembang, lalu mereka pun mendirikan rumah di tanah mereka yang luas itu.
Satu hari datang seorang orang asing, dia melihat tanah yang luas itu mempunyai potensi untuk dimajukan. Dia pun datang bertemu ketua keluarga itu untuk membeli tanah mereka dengan harga yang tinggi untuk membuat kawasan perumahan agar orang luar juga boleh membeli rumah dan menetap di kawasan tersebut.
Setelah keluarga itu berbincang, mereka pun bersetuju menjual tanah mereka untuk pembangunan, dengan syarat setiap ahli keluarga mereka akan mendapat rumah, tempat letak kereta khas sendiri, serta mendapat beberapa peratus komisen dari setiap rumah yang dijual.
Pemaju perumahan itu pun bersetuju dan membuat perjanjian dengan keluarga tersebut. Maka tanah tersebut pun dibangunkan menjadi kawasan perumahan dan dibuka jualan untuk kepada orang luar.
Sedikit demi sedikit orang luar mula membeli dan memasuki taman perumahan itu, lama kelamaan kawasan perumahan tersebut sudah didiami oleh ramai orang yang terdiri dari pelbagai keluarga, latar belakang, kaum dan agama.
Namun walaupun sudah melangkau beberapa generasi lamanya, hak istimewa kepada keluarga pemilik asal kawasan tanah tersebut tetap utuh dan perlu dipelihara seperti yang telah termaktub dalam perjanjian asal di antara keluarga dan pemaju tanah tersebut, dan penduduk lain kawasan perumahan tersebut haruslah faham dan menghormati hak dan perjanjian tersebut.
So dalam konteks ini, kata kuncinya adalah HAK.
Hak ini bermaksud suatu yang dimiliki. Sesuatu perkara yang menjadi hak milik seseorang atau sekumpulan individu.
Maka orang yang memiliki suatu hak ini berhak terhadap apa yang menjadi hak miliknya. Orang lain tidak boleh suka-suka tuntut suatu yang menjadi hak milik seseorang. Seperti contoh duit gaji adalah hak seseorang, orang lain tak boleh suka-suka nak tuntut orang itu memberi kepadanya duit gaji dia, atau tuntut agar kereta milik jiran jadi hak bersama. Ia bergantung kepada pemilik hak tersebut nak berkongsi haknya atau tidak.
Tahu bagaimana Tanah Melayu boleh merdeka?
Bagaimana orang asing selain orang Melayu dan bumiputera boleh diberikan kerakyatan dalam Persekutuan Tanah Melayu?
Semua berlaku kerana orang Melayu pada masa itu sudi berkongsikan haknya dengan syarat perjanjian kontrak sosial berkenaan pemberian kewarganegaraan terhadap orang-orang bukan Melayu untuk mencapai kemerdekaan dari British.
Ya, itu cerita lama, tapi hak itu masih lagi terpakai sampai sekarang. Walaupun nampak macam tidak adil kepada orang bukan bumiputera terutama generasi zaman sekarang, tapi mahu tak mahu kita semua kena hormati perjanjian yang telah pun termaktub lamanya kerana ia sudah pun ada dalam perlembagaan negara.
UiTM , MARA DAN BUMIPUTERA
Maka berbalik pada cerita UiTM, ia dibuka hanya kepada Bumiputera disebabkan dari sudut sejarahnya ia dimulakan pun demi untuk membantu kaum bumiputera yang agak ketinggalan pada masa itu berbanding bangsa lain.
Seperti mana namanya, UiTM adalah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sebelumnya dikenali sebagai RIDA. Tujuan MARA itu sendiri diwujudkan adalah untuk membantu dan memperkukuhkan ekonomi kaum bumiputera, hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama.
Terdapat 3 sektor utama dalam MARA iaitu Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan. Antara peranannya adalah menawarkan pinjaman dan memberi bantuan kewangan kepada usahawan bumiputera, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan melalui pembinaan bangunan MARA, Medan MARA dan sebagainya, memberi pembiayaan pendidikan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar bumiputera, serta menubuhkan institusi pendidikan bagi seperti pelajar bumiputera seperti MRSM, Kolej MARA, GiatMara, IKM, KPTM dan UiTM.
Maka bila sebut sahaja MARA, ia terlalu sinonim dengan orang Melayu dan Bumiputera. Organisasinya juga ditadbir oleh orang-orang bumiputera. Sebab itu jika UiTM tetap mahu mengekalkan hanya dibuka kepada kaum bumiputera, aku rasa tidak menjadi satu masalah dan isu besar pun kerana dari sudut sejarah dan tradisinya pun sudah termaktub sedemikian rupa.
Kena faham yang UiTM bukan satu-satunya universiti awam di Malaysia pun. Kaum selain bumiputera masih berpeluang melanjutkan pelajaran di 21 buah IPTA lain seperti UM, USM, UPM, UTM, UKM dan sebagainya. Kewujudan UiTM tidak nampak pun sebagai satu bentuk halangan kepada orang bukan bumiputera untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, sebaliknya ia hanya salah satu keistimewaan sahaja kepada kaum bumiputera.
Malah aku yakin, kalau UiTM dibuka kepada semua kaum pun, UiTM tidak akan menjadi pilihan utama bagi pelajar bukan bumiputera terutama orang Cina. Dengan keputusan SPM atau STPM yang sangat cemerlang, aku yakin mereka akan memilih universiti awam yang lebih tinggi rankingnya atau universiti swasta dalam atau luar negara yang lebih berprestij.
Sama seperti jawatan kerajaan berpangkat rendah, guru, polis dan tentera, walaupun ia dibuka kepada semua kaum dan semua kaum layak untuk memohon dan menduduki jawatan tersebut, tapi hakikatnya berapa ramai sahaja orang bukan bumiputera terutama orang Cina yang nak kerja dalam bidang tersebut? Memang ada je orang Cina yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan rendah, guru, polis dan tentera namun nisbah bilangannya amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah populasi kaum Cina di negara kita.
Cuma yang aku agak terkilan, kenapa hari ini setelah UiTM diangkat martabatnya dan dinaik taraf menjadi Universiti, baru ada pihak menuntut ia dibuka kepada semua kaum? Kenapa mereka tidak tuntut dan perjuangkan agar ia dibuka kepada semua kaum ketika UiTM masih bertaraf Dewan Latihan, Maktab dan Institut? Masa UiTM dilihat tiada class, mereka tidak peduli pun. Bila dah nampak ada class sikit, baru sibuk nak peduli.
UiTM MELAHIRKAN GRADUAN TIDAK BERKUALITI?
Ada yang menyifatkan graduan UiTM ini tidak berkualiti kerana silibusnya mudah, mempunyai tanda aras yang rendah, senang nak graduate, tidak pandai bercampur masyarakat, minda sempit dan otak jumud kerana hanya berada dalam kalangan kaum sendiri dan sebagainya. Malah ada orang cakap dulu yang kalau masuk universiti lain, kalau kena tendang boleh masuk UiTM, tapi kalau masuk UiTM tapi kena tendang nak masuk universiti mana?
Namun bila bercakap tentang graduan berkualiti atau tidak, aku takkan pandang dari mana seseorang itu belajar, sebaliknya aku nilai kualiti individu graduan itu sendiri. Aku dulu belajar di UTM, ada je graduan kelas kedua bawah atau ketiga namun sangat mahir buat kerja, dan ada juga graduan kelas pertama yang hanya bijak belajar teori tapi langsung tak boleh buat kerja.
Malah bila dah masuk bidang pekerjaan, kau akan berjumpa dengan pelbagai orang yang datang dari pelbagai universiti. Ada je orang yang dulu belajar kat universiti hebat macam UM, UPM, UKM dan USM, malah ada yang lepasan universiti luar negara pun, tapi buat kerja macam hampeh, kemahiran teknikal langsung takde, malas pula nak belajar, hanya pandai sembang kuat dan main politik sahaja. Dan ada je orang yang belajar dari UiTM tapi dia punya skill mantap.
Ya, mungkin ada juga graduan UiTM yang memang jumud, kolot, rasis, tak pandai buat kerja dan sebagainya, tetapi nak kata secara umum yang graduan UiTM ini tidak bagus agak tidak adil. Malah sebenarnya UiTM ini dia punya silibus lebih up to date dengan pasaran kerja, malah mereka belajar pun dalam Bahasa Inggeris.
Aku dulu masa belajar kat UTM masih belajar tentang rangkaian komputer dengan teknologi lama, itupun lebih secara teori, tapi budak-budak computer network UiTM dah pun belajar ikut silibus CCNA Cisco dan banyak buat praktikal. Malah zaman aku dulu belajar semua dalam bahasa Melayu, bila dah kerja kena cakap bahasa Inggeris kurang keyakinan dan habis berterabur, sebaliknya graduan UiTM boleh cakap Inggeris dengan lancar macam air sebab dah biasa.
Lagipun UiTM bukannya universiti yang paling teruk pun. Malah kalau tengok dalam ranking universiti pun, UiTM berada di kedudukan ke-9 di Malaysia, 158 di Asia dan antara 751-800 di dunia, mengalahkan banyak lagi universiti lain di Malaysia, Asia dan dunia. Maka UiTM bukanlah seteruk yang ramai sangka.
JIKA UiTM DI BUKA UNTUK SEMUA KAUM
Keputusan untuk membuka UiTM kepada semua kaum adalah hak UiTM dan kerajaan. Kalau mereka tak nak buka, kita tak boleh nak marah, kecam dan kutuk-kutuk mereka. Kalau mereka nak buka pun, kita tak boleh nak halang.
Cuma kalau nak buka juga, mungkin boleh bagi sedikit kuota untuk orang bukan bumiputera, mungkin cuma 5% hingga 20% sahaja, dan tanpa mengurangkan jumlah kemasukan asal yang diperuntukkan kepada bumiputera.
Sebagai contoh kalau sebelum ini UiTM mengambil 100,000 mahasiswa dan mahasiswi, maka kekalkan 100,000 kemasukan untuk pelajar bumiputera, dan tambah 5,000 hingga 20,000 tempat untuk pelajar bukan bumiputera, dengan itu ia tidak akan dilihat sebagai mengambil tempat dan merampas peluang kaum bumiputera.
Aku rasa kalau UiTM nak buka kepada semua kaum, ia takkan menyisihkan peluang pelajar bumiputera pun. Malah kalau takde kuota sekalipun, kalau tengok populasi penduduk negara kita, kaum bumiputera (Melayu dan lain-lain) masih merupakan kaum terbesar di Malaysia, pasti mereka juga yang akan menjadi penuntut terbanyak di UiTM, malah termasuk di IPTA lain sekali pun.
Cuma pada aku, ada kaum lain yang mahu UiTM dibuka kepada semua kaum lebih kepada kerana penuntut UiTM dapat banyak subsidi dari kerajaan dan MARA, sudahlah yuran murah, dapat lagi elaun subsidi makan. Itu yang mereka nak juga tu terutama dari golongan yang berpendapatan rendah.
Kalau kata UiTM nak buka kepada semua kaum bagi meningkatkan mutu graduan kerana dapat meningkatkan daya saing serta lebih bercampur dengan masyarakat majmuk, itu semua sembang atas kertas bolehlah, tapi hakikatnya memberi kesan mana sangat pun.
Tak payah tunggu UiTM dibuka kepada semua kaum, tengok sahajalah di universiti awam mahupun swasta di negara kitalah. Walaupun dari dulu lagi ia dibuka kepada semua kaum, tapi yang menguasai anugerah cemerlang dan ijazah kelas pertama masih lagi pelajar Cina dan India. Pelajar Melayu walaupun merupakan majoriti kaum di situ, namun majoritinya juga berada di kelompok ijazah kelas kedua dan ketiga.
Malah kalau tengok walaupun dalam kelas semua kaum ada, tapi geng Melayu akan duduk dengan geng Melayu, geng Cina dengan geng Cina, geng India dengan geng India, buat tugasan pun sesama geng, duduk kat hostel atau rumah sewa pun dengan kaum sendiri, pergi jalan-jalan atau buat aktiviti pun sesama klik. Sikit-sikit dan sekali sekala je lah mereka semua bercampur bersama dalam aktiviti dalam dan luar kuliah.
Selain dari itu, kita semua lebih selesa untuk bergaul dengan kaum kita sendiri. Itu pun dalam kaum sendiri pun masih lagi ada pecahan dan puak, kita lebih suka berkawan dengan orang dari negeri yang sama, atau dari jantina yang sama, atau dari minat yang sama, atau dari kursus jurusan yang sama dan sebagainya.
Last-last tak tercapai pun objektif nak mengeratkan perpaduan sebab semua pun lebih suka buat hal masing-masing, malah tak tercapai pun objektif nak meningkatkan persaingan sebab bak kata pepatah, melayu akan tetap menjadi melayu, cina akan tetap menjadi cina, dan india akan tetap menjadi india. Sikap dan perangai tipikal dan tradisi setiap kaum itu tetap akan ada walau macam mana pun kita bercampur dan bergaul. Yang penting kita semua menghormati, memahami dan menerima perbezaan antara kita.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pada pandangan peribadi aku sendiri, aku tidak kisah dan masih bersetuju kalau UiTM masih mahu mengekalkan tradisi dan warisan dengan hanya dibuka kepada bumiputera selaras dengan matlamat, objektif, misi dan visi penubuhannya kerana ia tidak memberi kesan besar pun kepada negara dan masyarakat. Malah aku tak nampak masalah dan isu besar pun kalau ia tidak dibuka kepada kaum lain seperti mana di awal penubuhannya.
Tapi kalau UiTM mahu berubah mengikut peredaran zaman dengan membuka kemasukan kepada semua kaum pun, aku tidaklah sampai terlalu nak menghalang dan membantah, kerana ia adalah hak UiTM dan kerajaan, malah apa yang aku nampak hanya polisi atas kertas sahaja yang berubah, tapi aku percaya tidak akan ada banyak perubahan dari keadaan sebelumnya. Cuma mungkin keunikan dan keistimewaannya akan hilanglah kerana ia akan jadi sama sahaja seperti IPTA yang lain.
Namun kalau bercakap pasal perubahan, aku tak rasa sebarang perubahan yang berlaku di Malaysia ini boleh menyebabkan satu masalah dan impak yang sangat besar dan parah. Tengok sahaja contoh Selangor dan Pulau Pinang waktu dulu ketika berubah kerajaan, yang berubah cuma kepimpinan, dasar dan polisi sahaja, secara umumnya kehidupan penduduk tetap sama, masih kena berusaha sendiri mencari rezeki.
Samalah kerajaan Malaysia sekarang pun, dulu takut betul kalau BN dan UMNO kalah tak jadi kerajaan. Takut tanah orang Melayu tergadai lah, orang Melayu dan agama Islam dipinggirkanlah dan sebagainya. Hakikatnya zaman BN UMNO memerintah pun dah banyak tanah orang Melayu tergadai, malah ramai je orang Melayu terpinggir, serta akhlak Islam yang dipinggirkan.
Tapi sekarang BERSATU, PKR, DAP dan AMANAH dah jadi kerajaan persekutuan, secara umumnya kehidupan kita masih diteruskan macam biasa je. Peluang untuk berusaha dan mencari rezeki masih terbuka luas je pada mereka yang ada usaha, kemahuan dan kerajinan.
Sebab apa?
Kerana hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan sentiasa terpelihara sepertimana yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia walau ada apa-apa perubahan yang berlaku sekalipun dalam Malaysia. Itulah istimewanya sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara kita.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: kewajaran wajarkah uitm dibuka kepada semua kaum bangsa sejarah warisan tradisi budaya komik
setuju first
BalasPadamSembanglah ranking sangat... kampus uitm saja ada berapa kesemuanya di seluruh Malaysia ni? Ada berpuluh-puluh jumlahnya. Ada kau ambil kira faktor tu? Cuba kalau uitm tu ada satu atau dua kampus saja macam kebanyakan IPTA lain, kau rasa mampu sangat dah ke nak masuk Top 20 di Malaysia?
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadamSalam. Yang Tanpa Nama post pada 10/6/18 tu. Awak tahu ke macam mana ranking universiti ni dibuat dan ditapis. Biar saya beritahu satu syarat untuk tersenarai dalam ranking yang top di dunia.
BalasPadamAntara syaratnya adalah: mempunyai pengambilan pelajar daripada luar negara.
Kenapa bangga sangat dengan ranking ye? Bawa ke kubur agaknya. Atau kalau dengan ranking ni makin tinggi ranking makin banyak sumbangan dapat disalurkan kepada rakyat atau ilmu dapat disampaikan dan diajarkan berterusan?
Encik Tanpa Nama, belajar tinggi-tinggi dekat ranking universiti yang tinggi-tinggi dapat kerja yang gaji tinggi-tinggi tapi kalau tak dapat memberikan sumbangan tinggi kepada ibu bapa, masyarakat dan negara,dan hanya untuk kepentingan dan nama sendiri (nak rasa bangga) silakan.
Saya seorang yang bodoh tak terlibat dengan UiTM malahan tak dapat masuk universiti pon, tapi apa yang saya belajar dan faham seorang graduan ni sepatutnya habis belajar mampu menyumbang dan menabur bakti selain tambah ilmu untuk dikongsi. Mahasiswa ni sepatutnya seorang yang mampu menunjukkan nilai manusiawi dalam diri kepada orang ramai sebab anda dikira sebagai seorang yang berintelek dan profesionalisma.
Teruskan dengan ranking anda maka ranking yang anda akan dapat. Tapi tanyalah juga dalam diri berapa banyak amal dan bakti yang kita dah curahkan supaya nanti kalau dah mati dapat ditempatkan dekat tempat yang tinggi- tinggi dan mulia.
Sekian, tidak dikhususkan kepada sesiapa ini hanyalah pandangan daripada saya kepada umum daripada seorang yang tak dikenali umum. Mohon maaf jika ada yang terasa cuma perhatikanlah daripada ayat saya tidak menghalang pon sekiranya anda ingin buat apa anda inginkan.
Semoga berjaya dunia dan akhirat.
Komen yg paling tak berguna drp org yg tak tahu apa pun fasal universiti, tp hendak komen juga. Kasihan.
PadamEncik Tanpa Nama yang bajet bagus dan bangga pula tidak pernah masuk universiti, mereka yang belajar tinggi-tinggi di universiti yang rankingnya tinggi-tinggi kemudian dapat kerja yang gaji tinggi-tinggi sudah tentulah dapat memberikan sumbangan tinggi kepada ibu bapa (sendiri dan orang lain sekali), masyarakat dan negara sebab cukai tahunan yang perlu dibayar mereka juga mestilah tinggi.
PadamNasihat saya, sebelum mahu komen berkenaan sesuatu perkara yang berada di luar bidang atau pengetahuan anda, silalah rajin-rajinkan diri mencari ilmu (dari sumber yang betul) mengenainya terlebih dahulu. Sekian.
Cuma nak cakap. Belajar tinggi tinggi mana pun, akhirnya kau masih ada di bawah tapak kaki orang juga. Fakta terkini, tiada seorang pun yang kini berjaya dalam industri masing masing berterima kasih atas apa yang mereka telah belajar di sekolah dan di kolej malah kebanyakkan yang berjaya tidak pernah pun dapat sambung belajar ke university ataupun melepasi sekolah menengah pun. Kebanyakkan boss anda akan berkerja dengan tidak mempunyai apa apa edukasi lebih tinggi daripada spm.
Padam