Walaupun setiap orang ada pandangan yang tersendiri tentang hal ini, hakikatnya tindakan mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan dalam bahasa selain BM dan BI adalah suatu yang awkward, kesipuan dan kejanggalan yang tidak pernah menjadi amalan dalam kerajaan sebelum-sebelum ini, menyebabkan ramai orang Melayu mengkritik tindakan tersebut.
Senang cerita dia macam ni lah. Kerajaan baharu ini sebenarnya sedang melalui fasa percubaan untuk menjadi kerajaan memandangkan mereka baru pertama kali jadi kerajaan. Segala perbuatan dan tindak tanduk pemimpin baharu ini akan diperhati dan dinilai oleh orang Malaysia, terutama di kalangan orang Melayu.
Ada sebahagian orang Melayu yang sanggup bagi undi pada Pakatan Harapan pada PRU14 tempoh hari pun hanya kerana nak turunkan Najib sahaja. Selepas Najib turun, mungkin ada yang akan kembali menyokong UMNO. Dan mereka-mereka inilah yang paling kritikal dan sinikal dalam segala tindakan kerajaan baharu. Kalau mereka nampak kerajaan PH ni tak boleh membela orang Melayu, bahasa kebangsaan dan agama Islam, kemungkinan besar mereka tidak akan lagi mengundi PH pada PRU akan datang.
Maka bagaimana PH nak terus kekal berkuasa menjadi kerajaan dalam tempoh yang lama?
Caranya mudah je. Macam yang aku pernah tulis sebelum ini, selain daripada membongkar skandal-skandal kerajaan lama, membuat dasar-dasar yang baik untuk rakyat dan sebagainya, apa yang mereka perlu buat adalah jangan melakukan sesuatu yang dirasakan boleh mengguris sentimen dan hati orang Melayu seperti hak keistimewaan orang Melayu, penggunaan bahasa kebangsaan, hal berkaitan agama Islam yang merupakan agama persekutuan dan sebagainya.
Senang cerita, korang buatlah apa-apa pun janji perkara-perkara sensitif berkaitan Melayu dan Islam tak diusik dan diubah, kerana bagi sesetengah orang Melayu isu-isu ini sangat besar malah lebih besar dan utama dari isu seperti rasuah, salah guna kuasa, skandal 1MDB, politik wang dan sebagainya. Sebab tu dulu mereka lebih rela pejam mata pada segala kesalahan, sikap dan mentaliti pemimpin Melayu kita, yang penting hak Melayu dan Islam tidak diganggu.
Kemudian korang cuma perlu beli hati dan jiwa rakyat dengan melakukan hal-hal mudah secara spontan seperti pakai pakaian yang murah, makan pakai tangan dalam talam, singgah makan di warung atau kedai mamak, pandu kereta biasa, guna pengangkutan awam, naik kapal terbang tambang murah, berhenti bercakap masa azan tengah berkumandang, solat berjemaah di surau atau masjid, buat jenaka ketika bagi ucapan dan sebagainya.
Serius, tak payah keluar modal banyak nak hulur duit, bagi beras ada muka sendiri atau buat sepanduk "I Love PM". Kalau rakyat terjumpa dan terserempak korang buat perkara-perkara kecil dan biasa ini, mereka pasti akan ambil gambar dan memviralkan di media sosial, dan secara tak langsung ahli politik dapat promosi percuma serta dapat meningkatkan sokongan dan populariti.
Rakyat ni bukannya boleh dibeli dengan duit sangat pun. Dulu masa nak mengundi pun, kau bagi mereka duit, duit mereka ambil tapi pangkah orang lain juga.
Apa yang rakyat mahu, mereka cuma mahu melihat kehidupan pemimpin sama seperti kehidupan mereka. Mereka cuma mahu pemimpin merasai juga apa yang mereka rasa. Semakin dekat seseorang pemimpin itu dengan kehidupan rakyat marhaen, semakin dia digemari dan disukai rakyat jelata.
Baca juga artikel berkaitan:
- Jurang kuasa antara golongan atasan dan bawahan
- Bagaimana Pakatan Harapan akhirnya menang PRU14?
- Pasca PRU14: Menuju Malaysia Baru
- Cabaran dan tanggungjawab rakyat selepas PRU14
- Golongan yang harus bersikap neutral dalam politik
- Bagaimana UMNO-BN boleh dapat kembali sokongan?
- Bagaimana kerajaan PH boleh kekal lama berkuasa?
- Kerajaan baru sudah mula dihujani berita palsu
- Rentetan peristiwa penting seminggu selepas PRU14
- Perlukah pelantikan Menteri Pendidikan dibantah?
- Sebenarnya masih ramai yang sayangkan UMNO dan BN
- Terjemah ilmu dalam bahasa asing ke bahasa ibunda
- Tindakan kerajaan baharu 3 minggu selepas PRU14
- Wajarkah UiTM dibuka kepada semua kaum?
- Menaiki pengangkutan awam bukan budaya kita
- Hubungan ketua dan orang bawahan hanya sementara
- Kesilapan pekerja baru yang mengundang kebencian
- Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: lim guan eng kenyataan media rasmi kementerian kewangan menteri bahasa cina mandarin
Kadang aku pelik dgn kaum cina nii ..Dh duduk sini puluhan taun tapii bahasa malaysia tidak fasih. .bangla nepal baru seminggu dh boleh ckp bahasa malaysia.. 🐍🐢🐓🐤🐢🐝🐝🐞🕷🌷🏵🌹🌺🌼🌸💮💐🦂🕸
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadamini malaysia baru la.
BalasPadamko kena tulis blog ni dalam bahasa mandarin ok.
baru? baru kena sunat ke
PadamYang penting aman.. Bapak kroni kembali memerintah takpe..
BalasPadam