Khamis, 22 November 2018

2 Ibu bapa usah rasa malu dan putus asa pada anak

Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan. Dalam minggu ini banyak sekolah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar yang cemerlang. Pelajar yang tidak mendapat hadiah biasanya direhatkan dan tidak perlu hadir ke sekolah. Pasti ada ibu bapa yang gembira apabila anaknya mendapat hadiah dan anugerah, namun ada ibu bapa yang kecewa dan malu kerana anaknya tidak pernah mendapat apa-apa anugerah di sekolah.

Gambar hiasan

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anaknya berjaya dan cemerlang di sekolah, namun aku harap ibu bapa janganlah begitu kecewa dan malu dengan anak-anak hanya jika mereka lemah dalam akademik, ko-kurikulum, sukan atau apa sahaja di sekolah.

Ingat tak lagi saat ibu melahirkan anaknya, ibu bapa tak pernah minta banyak, asalkan bayi selamat lahir dan membesar dengan sihat itu sudah cukup bersyukur dan membahagiakan.


Nah, sekarang 10 tahun selepas itu, kita menaruh pula harapan yang terlalu tinggi pula pada anak. Bila anak kurang bijak berbanding rakannya yang lain dan tidak pula mendapat anugerah, kita rasa malu dan kecewa. Jangan macam tu ibu ayah. Kalau setakat anak tak dapat naik pentas terima hadiah tu, tak perlu rasa malu, tak perlu rasa kecewa.

Lagipun tempat itu memang sedikit. Dari 40 orang murid dalam kelas, 3 orang je yang ambil hadiah. Lagi 37 orang sama je nasibnya tak dapat hadiah pun. Yang sama-sama tak dapat hadiah tu lagi banyak bilangannya dari yang dapat hadiah, maka janganlah bersedih sangat. Anak anda bukan keseorangan. Tak perlu bandingkan anak anda dengan anak orang lain.

Kalau bukan anak kita yang dapat hadiah, anak orang lain yang dapat hadiah. Macam tu je pusing-pusing pun. Kalau semua ibu bapa yang anak dia tak dapat hadiah rasa sedih, kecewa dan malu dengan anak-anaknya, dan masyarakat pula memandang rendah pada anak-anak yang kurang berjaya, maka parahlah institusi keluarga dan masyarakat.

Kalau anak tak dapat hadiah dari sekolah pun, ibu bapa masih boleh berikan hadiah untuk anak. Hargai dan raikan setiap usaha dan pencapaian anak-anak walaupun kecil. Kalau ibu bapa sendiri rasa malu, putus asa dan hilang keyakinan pada anak, anak-anak juga akan turut malu, putus asa dan tiada keyakinan pada diri mereka sendiri.

Tidak mengapa jika anak tidak bijak asalkan mempunyai sahsiah yang baik dan mempunyai nilai moral yang tinggi.


Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: majlis anugerah cemerlang sekolah anak berjaya akademik sukan kokurikulum kurang bijak dapat hadiah kedudukan dalam kelas

2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.