Khamis, 14 Mac 2019

2 Sikap bangsat manusia punca krisis pencemaran gas

1. Sekolah di Pasir Gudang banyak dah ditutup setelah ramai pelajar jatuh sakit akibat terhidu gas beracun kesan dari pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim oleh manusia bangsat. Semua guru dan pekerja sekolah juga telah diarahkan bercuti hingga diberitahu.

2. Ramai kakitangan kesihatan, keselamatan dan pembersihan bertugas bertungkus lumus siang malam untuk menyelamatkan mangsa dan memulihkan semula keadaan.


3. Insiden ini tidak seperti bencana yang biasa berlaku di Malaysia sebelum ini seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya di mana kita lebih bersedia dengan tindakan yang perlu diambil. Malapetaka pencemaran gas dalam skala yang besar seperti ini tidak pernah lagi berlaku di Malaysia, menyebabkan ia lebih sukar untuk ditangani.

4. Sama seperti jika satu hari tiba-tiba berlaku gempa bumi besar di Malaysia, pasti penduduk Malaysia panik tidak tahu apa nak buat, operasi menyelamat lebih sukar dan proses membaik pulih mengambil masa yang lebih lama kerana kita tidak pernah mengalaminya.


5. Dan bencana seperti banjir dan kebakaran, sekurang-kurangnya kita nampak dan boleh jangka tahap bahayanya, namun pencemaran gas seperti metana, cyanide dan sebagainya, kita langsung tidak boleh rasa dan tidak boleh nampak menyebabkan lebih sukar untuk diukur tahap bahayanya.

6. Jadi aku kira kita haruslah mengambil langkah keselamatan, perlindungan dan pembendungan yang lebih besar dari bencana banjir. Kalau sewaktu banjir melanda sekolah, pejabat, kedai dan semua jenis premis ditutup operasi, penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, maka langkah yang sama juga perlu diambil ketika ini malah dengan lebih meluas dan efektif.


7. Mungkin kita rasa tidak mengapa sebab nampak macam tak ada apa-apa pun di udara, tapi hakikatnya ia mengandungi gas beracun. Gas beracun ni bila kita hidu mungkin sekarang tak rasa sebarang kesan, namun lepas beberapa tahun baru kesannya akan terasa.

8. Bayangkan kalau loji nuklear bocor hingga menyebabkan radiasi terbebas sehingga radius 20km, walaupun kita tak nampak atau rasa radiasi nuklear tu tak bermakna kita boleh relaks tinggal berdekatan menjalani kehidupan seperti biasa macam tiada apa-apa yang berlaku.


9. Jadi aku harap semua pihak mengambil serius akan insiden pencemaran gas ini sama ada pihak berkuasa mahupun penduduk sendiri. Buat masa ini usahakan untuk pindah dan keluar dari kawasan itu dulu sehingga tahap pencemaran udara di situ disahkan stabil dan selamat.

10. Aku juga harap kita semua berhenti dari mengambil kesempatan untuk mempolitikkan insiden ini. Walaupun ada kelemahan sana sini, tak wajar untuk terus mengecam dan menyalahkan mana-mana pihak. Mana-mana kerajaan pun pernah menghadapi saat-saat getir seperti ini. Sekarang adalah masa untuk bersatu padu dan bersama-sama membantu mangsa, bukan menurunkan komen mengecam sana sini. Serius, ia tidak membantu apa-apa pun.


11. Bersama-samalah kita berdoa dan menghulurkan bantuan yang termampu tak kira dengan tenaga, masa, kepakaran, wang ringgit, tempat tinggal dan sebagainya.

12. Semoga si pelaku yang bertanggungjawab menyebabkan malapetaka ini menerima hukuman yang berat seberat-beratnya.
 

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: pencemaran gas beracun metana cyanide pasir gudang buang sisa toksik udara sungai kim kim pelajar murid sekolah masuk hospital sakit tutup

2 ulasan:

  1. Betul tuu noob..semuanya nk sng main campak saja..semoga semuanya dpt ditangani dgn baik..maellambongsenyappulak..

    BalasPadam
  2. Manusia bangsat kini berada dimana2. Mereka seperti iblis yang membela hantu raya berambut perang yang punca pendapatannya datang dari kerja2 fitnah... Kem manakah antara Anwar atau Mahathir yang membela hantu raya tersebut? Sama2 tunggu pengakhiran siri2 fitnah yang telah bertahun2 lamanya disajikan kepada orang awam...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.