Selasa, 1 Oktober 2019

1 Mohonlah kemaafan dari orang yang pernah kau buli

1. Seorang mangsa buli di sebuah SBP menang tuntutan saman lebih RM600,000 terhadap PKHEM, bekas pengetua sekolah, KP KPM, kerajaan Malaysia serta 5 orang pembulinya.

2. Kejadian buli itu berlaku di bilik asrama ketua pengawas sehingga menyebabkan mangsa buli mengalami trauma, tekanan perasaan dan hilang pendengaran.

3. Yang pembuli ni elok-elok lepas habis sekolah boleh sambung belajar, kerja, rancang masa depan, ni tak pasal-pasal kena cari duit sebab nak bayar junior yang pernah dibuli dulu.


4. Aku harap lepas ni lebih ramai mangsa buli bangkit dan saman pembuli mereka.

5. Aku harap ibu bapa tolong pastikan anak-anak mereka jangan jadi pembuli.

6. Aku harap pihak sekolah terutama sekolah berasrama dan juga kerajaan lebih peka dan memandang serius terhadap gejala buli ini.

7. Percayalah, tiada seorang pun yang layak dibuli, dan tiada seorang pun yang layak membuli.

8. Gejala buli ni bukannya benda baru, dah berlaku sejak turun temurun dah pun. Nasib baik ramai mangsa buli yang jenis pendam dan pemaaf.

9. Aku rasa kalau semua mangsa buli ambik tindakan terhadap pembuli mereka 20 30 tahun lepas, mau ramai yang bangkrap dan jatuh air muka.

10. Jadi baiklah siapa yang rasa pernah buli orang masa sekolah dulu pergi minta maaf pada mangsa bulian korang. Sesungguhnya meminta maaf itu tidaklah menjadikan kau lebih hina dari ego kau.




Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: video buasir otak tv animasi animation kartun cartoon kawan buat bisnes berlagak buat-buat anggap tak pernah kenal

1 ulasan:

  1. Si berkerusi roda tu ke mangsa buli nya? Kalau betul sampai macam tu, memang elok lah dikenakan hukuman sebegitu.. dahsyat dan jahat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.