Untuk Bajet 2020, sejumlah RM297 bilion diperuntukkan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP). RM241 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM56 untuk perbelanjaan pembangunan.
Berikut adalah ringkasan dan rumusan intipati Belanjawan 2020:
Tema Belanjawan 2020
- Tema Bajet 2020 adalah Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakmuran Bersama
Peruntukan Bajet 2020
- Sejumlah RM297 bilion diperuntukan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP)
- RM241 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi
- RM56 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan
Empat Teras Yang Menunjangi Belanjawan 2020
- Teras Pertama : Memaju Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonomi Baharu Dan Era Digital
- Teras Kedua: Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
- Teras Ketiga: Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif Dan Saksama
- Teras Keempat: Memulihkan Institusi Dan Kewangan Awam
Isi Penting Pembentangan Belanjawan 2020
Antara fokus Bajet 202 adalah seperti berikut:
Tol/Lebuhraya
- RM 85 juta untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor. 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motorsikal serta kaunter imigresen dan PLUS juga ditambah baik
- Diskaun 18% di semua lebuhraya milik PLUS mulai tahun 2020
- Pengambilalihan lebuhraya KESAS LDP SPRINT SMART
- Penggunaan tol percuma pada waktu bukan puncak, diskaun sehingga 30% pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa
Subsidi Petrol
- Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar diperkenalkan (untuk golongan B40): RM 30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motosikal
- Pemandu layak (bukan golongan B40) pula akan menerima KAD95 dan mendapat subsidi petrol 30 sen seliter (100 liter sebulan untuk kereta dan 40 liter sebulan untuk motosikal)
- Harga runcit petrol dan diesel akan diapungkan secara beransur
- Pemandu di Sabah dan Sarawak menikmati harga siling petrol subsidi RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
- BSH akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion
- Individu bujang berusia lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan
- Individu bujang berusia lebih 40 tahun dan golongan OKU layak menerima RM300
Peluang Pekerjaan
- #Malaysiakerja diperkenalkan : RM500 sebulan selama dua tahun insentif #graduankerja (pengambilan graduan menganggur lebih 12 bulan) diberikan kepada graduan dan RM300 sebulan untuk majikan yang mengambil graduan tersebut bekerja
- #wanitakerja : 33 ribu peluang pekerjaan untuk wanita berusia 30 hingga 50 tahun
- #watankerja : Insentif gaji (pekerja) berjumlah RM350/500 sebulan. Insentif pengambilan majikan pula adalah RM250 sebulan
Pekerjaan
- #Perantiskerja – Program insentif TVET memperuntukkan elaun tambahan RM 100 sebulan
- Gaji minimum RM1200 di bandar-bandar utama
- Cuti bersalin akan jadi 90 hari (berkuatkuasa 2021)
- Kerajaan akan menilai semula Akta Kerja 1955
- Pekerja Kontrak akan ada skim KWSP (bermula dengan industri seni dan hiburan)
- Membolehkan caruman Skim Perkeso untuk 18 kumpulan yang bekerja sendiri mulai 2020
- RM500 juta akan diperuntukkan bagi pembinaan Pusat Rehabilitasi baharu di Perak
- KWSP i-Suri membolehkan suami menyumbang 2% caruman ke dalam akaun isteri
- Di bawah PERKESO pula, peruntukan sebanyak RM20 juta diberi jika surirumah cedera atau kehilangan upaya
Perumahan
- Kempen Pemilikan Rumah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019
- Skim Rent To Own: Jaminan 30% atau 3 Bilion untuk pembelian rumah pertama yang bernilai kurang RM500,000
- Skim Perumahan Belia BSN dilanjutkan mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021
- Skim Perumahan Belia menawarkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah
- RM100 juta untuk baikpulih rumah berstrata kos rendah dan sederhana
- RM10 juta untuk membaikpulih PPR
- RM15 untuk Inisiatif Bandar Selamat
Kesihatan, mySalam dan Peka B40
- Mulai 1 Januari mySalam dipanjangkan kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sedia ada dan layak untuk individu berumur sehingga 65 tahun
- Bagi mySalam, individu berpendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu akan menerima pembayaran sebanyak RM4000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari maksimum 14 hari
- Peka B40 diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas
- 1.6 bilion untuk bina hospital baru & naik taraf hospital sedia ada
- RM 59 Juta untuk menambah bilangan ambulans NGO
- RM 31 juta untuk sistem rekod perubatan secara elektronik
- RM5 juta untuk klinik bergerak di kawasan luar bandar
- Insentif Kesuburan sehingga RM10 ribu setiap individu
- RM 6,000 pelepasan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan
- RM735 juta peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah
- Sekolah Kebangsaan – RM300 juta
- Sekolah Cina – RM50 juta
- Sekolah India – RM50 juta
- MRSM – RM50 juta
- Sekolah Agama – RM50 juta
- Mubaligh – RM50 juta
- Tahfiz – RM50 juta
- Sekolah Agama Rakyat Persendirian – RM25 juta
- Sekolah Pondok – RM25 juta
- Sekolah Persendirian Cina – RM15 juta
- RM23 juta untuk kemudahan mesra OKU di sekolah
- Pembangunan untuk program TVET diperuntukkan sebanyak RM 5.9 bilion
- ILKA dibenarkan menggunakan lebihan hasil untuk perbelanjaan menaiktaraf peralatan dan melantik pengajar industri
- Tawaran kursus ijazah untuk pelatih lepasan Kolej Vokasional
- RM 50 juta untuk pusat pembangunan kemahiran negeri
- RM 30 juta untuk menyediakan latihan TVET kepada 3,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah
- KWSP memperluas skop pengeluaran untuk membiayai sijil kursus
- RM 20 juta matching grant untuk golongan dewasa dapatkan kursus IR 4.0
- RM1.3 bilion diperuntukkan untuk institusi pendidikan di bawah MARA dan RM2 bilion untuk membiayai pinjaman bagi 50,000 orang pelajar
Saraan Penjawat Awam
- Kadar bantuan sara hidup (COLA) ditingkatkan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana penjawat awam
- Penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai untuk penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
- Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok sebanyak RM100,000 ditawarkans secara percuma selama 2 tahun kepada peminjam baru kemudahan pinjaman perumahan lembaga pembiayaan perumahan sektor awam
- Faedah Ex-Gratia, bantuan kewangan yang diberikan kepada waris bagi penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000
- Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan
- RELA akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM 2 sejam mulai 1 Januari 2020
- Elaun khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM 200 sebulan
- Pemberian secara one-off sebanyak RM 500 untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia & Veteran Tentera
- Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) mendapat peruntukan sebanyak RM150 juta
- Kuarters PDRM pula mendapat peruntukan sebanyak RM 250 juta
- Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah manakala RM250 untuk pesara dan veteran tidak berpencen yang akan dibayar sebelum akhir tahun 2019
Ekonomi Digital
- Rakyat berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun akan menerima RM30 dalam e-wallet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama untuk merangsang penggunaan dompet nirtunai
- RM50 juta untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalanraya ke Pelabuhan Klang
- Harga jalur lebar dikurangkan sebanyak 49%
- RM21.6 billion untuk NFCP – National Fiberisation & Connectivity Plan
- RM250 juta untuk kawasan pedalaman Sabah Sarawak untuk infrastruktur internet
- Geran RM50 juta untuk pembangunan ekosistem 5G
- Matching Grant RM25 juta untuk projek perintis 5G
- Rm20 juta untuk E-Sukan
Perdagangan Dan Pelaburan
- Kadar Purata Pertumbuhan KDNK menurun dari 9.3% (tahun 1988 – 1997) ke 5.1% semenjak tahun 2000
- Peluang daripada Perang Perdagangan. FDI meningkat 97% kepada RM49.5 billion pada separuh pertama 2019
- InvestKL Malaysia akan ditubuhkan sebagai Saluran Khas bagi menarik pelaburan dari China
- Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) yang dipengerusikan bersama oleh menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri ditubuhkan untuk mengatasi kelewatan dalam meluluskan pelaburan asing dan tempatan
- Kaji Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif Akta Cukai Pendapatan 1967 (dijangka siap 1 Januari 2020)
- Menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa sehingga RM1 billion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat Fortune 500 dan Global Unicorns
Keusahawanan
- RM10 Juta untuk Usahawan Industri Halal
- Matrade akan ada RM50 Juta untuk menggalakkan pemasaran tempatan
- Rm100 juta untuk skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil Cina
- RM20 juta oleh Tekun untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
- Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam untuk menggalak dan membangunkan ekosistem kewangan islam (merangka Blueprint Ekonomi Islam)
- Pengecualian dan potongan cukai dana patuh syariah & SRI dilanjutkan sehingga 2023
- Elaun Cukai Pelaburan Hijau – Pengecualian cukai pendapatan bagi perkhidmatan teknologi hijau akan dilanjutkan sehingga 2023
- Pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada 70% syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga suria
Pertanian/Agrikultur
- Nelayan dapat menikmati elaun sara hidup yang ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan pada tahun 2020
- Kempen Sayangi Sawitku bagi menentang kempen anti-sawit dari luar negara
- RM 200 juta untuk bantuan musim tengkujuh untuk pekebun getah, dan RM 100 juta untuk insentif pengeluaran getah
- RM 100 juta untuk bekalan air felda
- RM 70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka felda
- RM 738 juta untuk program penjanaan pendapatan kepada Risda dan Felcra
- Industri Tani akan menerima RM 4.9 bilion
- RM 150 juta untuk galakan integrasi penanaman cili, nenas, tembikai dan buluh
- RM 30 juta untuk penghasilan Padi Pulut Pulau Langkawi – memanfaatkan 1,200 petani
- Skim Baja Padi Kerajaan persekutuan & skim insentif pengeluaran padi RM 855 juta
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- RM 524 juta untuk sektor R&D Awam
- RM 30 juta matching grant R&D dan bertujuan meningkatkan nilai sawit
- RM 10 Juta untuk menubuhkan Agensi Pengurusan Penyelidikan
- Penubuhan pejabat Inovasi Sehenti sebagai usaha mengkomersialkan R&D bermula dengan Universiti Malaya
- Pendapatan harta Intelek mendapat pengecualian cukai sehingga 10 tahun
Pelancongan
- Taman Tema Antarabangsa – Pengecualain cukai 100% pendapatan untuk pelaburan baharu
Cendana ada dana RM 5 juta untuk seni - Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020
- RM 25 Juta untuk MHTC Malaysia – untuk mengukuhkan kedudukan malaysia sebagai lokasi baik untuk kesihatan
Pembangunan Inklusif
- Memperluaskan liputan infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar, terutamanya Sabah & sarawak
- RM 587 Juta projek bekalan air luar bandar, dan RM 470 juta untuk Sabah & Sarawak
- RM1 bilion untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak
- RM 25 juta untuk program Bank Makanan / Food Bank
- RM 20 juta untuk 5 pusat latihan berdikari baharu / program latihan down syndrom / taska OKU
- RM15 juta untuk Agensi Antidadah Kebangsaan
- RM 1.3 bilion peruntukan hal ehwal islam
- Menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM100 sebulan
- Bantuan khas one off RM 500 untuk setiap imam, bilal, tok siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir
- RM10 juta untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan untuk membangunkan pemahaman Maqasid Syariah
- RM299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan
- RM179 juta untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan SEA Hanoi 2021, dan pembangunan atlet paralimpik
- RM45 Juta untuk pembangunan Bola Sepak Negara
- RM10 juta pembangunan atlet wanita
- RM138 juta untuk Kelab Pemuda Belia (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan inisiatif sukarelawan
- RM 30 juta untuk jabatan alam sekitar dan jabatan kimia
- Bantuan Bencana RM 100 juta
- RM 48 juta untuk memulihara keaslian hutan dan biodiversiti. RM 10 juta untuk matching grant sektor swasta
- RM 15.6 bilion untuk kementerian pertahanan
- Meningkatkan mobiliti tentera Malaysia
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN) diperkenalkan mulai Januari 2021 untuk perniagaan/individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan
- Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan penambahan 5,000 rumah mampu milik dan lebih penglibatan kontraktor Bumiputera
- Program 3R – Repair, Replace, Restore untuk membaikpulih dan menyelenggara aset awam sebanyak RM 10.5 bilion
- Kempen Beli Barangan Malaysia diperkenalkan
- RM 1.3 bilion Projek Kerajaan khusus untuk kontraktor Bumiputera Gred 1 (G1)
- 100 kakitangan SPRM akan ditambah
- Ombudsman Malaysia bagi menggantikan biro pengaduan awam
- 11,500 CCTV akan dipasang di pintu masuk imigresen, dan pusat tahanan polis
Sumber: Permohonan.my.
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: siaran langsung live intipati ringkasan touch point belanjawan bajet 2020 lim guan eng menteri kewangan pembentangan
ummi tak sempat nak tengok belanjawan 2020.. tq update dekat sini..
BalasPadamTerbaik :D
BalasPadam- Ezbiz Online
- Carta Organisasi Syarikat
Terbaik :D
BalasPadam- Ezbiz Online
- Carta Organisasi Syarikat
- Contoh Nama Syarikat
Terbaikk :D
BalasPadam- Medical Equipment Suppliers in Malaysia
- Medical Equipment Supplier in Malaysia
- Medical Supply in Malaysia
- Drug Test Kit Urine
- Urine Drug Testing Kit
- Urine Drugs Test Kit
- Drug Urine Test Kit
- Kebaikan Bersukan dan Bersenam
- Kelebihan Bersenam
- Kebaikan Bersenam
- Visi Misi Dan Objektif Perniagaan
- Daftar Trademark Malaysia
- Objektif perniagaan
- House Cleaning Services
- Cleaning Service Office
- Professional Cleaning Services
- Thalia Baiduri
- Datin Thalia Baiduri
- Petanda bisnes kena bertukar dari enterprise ke sdn bhd
- Pendaftaran syarikat sdn bhd
- Sdn bhd vs Enterprise