Sabtu, 25 Januari 2020

1 Belasungkawa: Dayang Deno sahabat seni

Innalillahiwainnailaihirojiun
Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afihi wa'fuanha.

Dukacita dimaklumkan, Dayang Deno telah kembali kepada Maha Pencipta pada hari ini.

Beliau merupakan seorang blogger, pengkarya seni doodle dan kartun yang diuji dengan penyakit SLE/Lupus sejak umurnya 12 tahun lagi. Malah tahun lepas beliau diuji lagi dengan kebakaran besar rumah keluarganya.


Beliau juga merupakan salah seorang rakan pengkarya kami yang pernah menyumbangkan sentuhan seninya dalam page FB kami serta buku BO:TK jilid 1 hingga 4. Kehilangan beliau amat dirasai oleh kami.

Sepanjang penglibatannya dengan BO:TK, saya pernah berjumpanya 2 kali sahaja, selain itu hanya berkomunikasi melalui PM sahaja.

Walaupun beliau kecil, tetapi saya kenal beliau sebagai seorang pejuang yang hatinya kuat dan semangatnya besar. Namun hari ini, beliau pergi meninggalkan kita.

Berehatlah kawan. Semoga dikau tenang di sana.

Mohon rakan-rakan sekalian mendoakan semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkannya, memuliakan kematiannya dan melapangkan kuburnya.

Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Amin.




1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.