Ahad, 5 Januari 2020

0 Perjalanan channel Youtube Buasir Otak TV

1. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya pada hari ini channel Youtube Buasir Otak TV berjaya mencapai target 1K Subscribers dan 4,000 watch hours untuk melayakkan channel mendapat monetization selepas 4 bulan lebih dari ia mula ditubuhkan pada 25 Ogos 2019.


2. Aku ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada semua orang yang sudi support channel ini sejak ia ditubuhkan. Sehingga setakat hari ini, sudah 54 video telah diupload di channel Buasir Otak TV. Fokus channel ini lebih kepada animasi lucu dan juga video komik.


3. Sedikit analisa tentang channel ini, majoriti audien yang menonton video aku adalah golongan young adult dan middle age yang berumur 25-34 tahun (41.5%) dan 35-44 (37.0%). Dan agak mengejutkan, orang perempuan lebih banyak menonton (54.8%) berbanding lelaki (45.2%). Tak sangka juga ramai orang perempuan suka tonton cerita lawak-lawak merepek huhu.


4. Ada juga orang terutama Youtuber pemula macam aku bertanyakan tips macam mana nak dapatkan ramai Subscribers dan Views kat Youtube, tapi sejujurnya benda ni tiada satu cara sahaja. Cara aku mungkin tak berkesan pada orang lain, dan cara orang lain mungkin tak berkesan pada aku. Benda ini sangat subjektif, bergantung pada usaha, jenis kandungan, dan juga nasib.

5. Tapi kalau nak cerita cara aku, sebenarnya aku agak bernasib baik sebab walaupun aku baru mula buat channel Youtube, tapi jenama Buasir Otak dah lama aku mula, jadi untuk permulaan aku boleh dapatkan audien dengan promotekan channel Youtube di blog, FB aku, Facebook page BOTK dan juga Instagram.

6. Aku juga sebelum ada channel Buasir Otak TV, aku dah ada channel Prince Noob yang dah mempunyai puluhan ribu Subscriber dan jutaan Views tapi dah kena tarik kelayakan monetization sebab "Reused Content" yakni gunakan content orang lain. Walaupun aku dah tak boleh buat duit dengan channel lama aku, tapi aku boleh promote channel baru aku di channel lama aku.

7. Seterusnya adalah kandungan. Untuk permulaan, cuba buat banyak content yang menarik yang dirasakan orang akan berminat nak tonton, buat genre yang tak ramai lagi orang buat dan juga berdurasi pendek.

8. Sebagai channel baru, tak ramai orang yang kenal pun channel kita lagi, jadi kalau awal-awal dah buat video 5-20 minit, siapa peduli nak tengok? Buat dulu video pendek-pendek dalam 1-5 minit supaya tak ambil masa lama para audien baru untuk tonton. Kalau dah popular nanti, buatlah video 30 minit pun mesti peminat sanggup tengok.

9. Genre pula cuba cari yang niche, yang tak ramai lagi orang buat tapi ada pasaran audien yang luas. Macam aku sendiri, aku cuba fokus pada animasi memandangkan belum banyak channel animasi di Malaysia, dan masukkan sketsa lucu memandangkan sketsa lucu ni siapa-siapa pun boleh tonton tanpa mengira minat dan hobi seseorang.

10. Boleh nak buat genre yang dah ramai orang buat seperti review filem/makanan/lagu, gaming, travel vlog, memancing, permotoran, unboxing gajet, cover lagu, ASMR makanan, cara memasak dan sebagainya, tapi sebagai pendatang baru kita kena usaha lebih untuk jadikan content kita berbeza dengan yang lain sehingga boleh membuatkan orang lain tertarik dengan content kita.

11. Yelah, nak buat content sendiri ni bukannya mudah, banyak ambil masa dan tenaga kita nak rekod video lagi, nak edit lagi, nak promote lagi, tapi kalau lama-lama tak ramai orang tonton video kita dan kita masih tak dapat hasil seperti yang kita harapkan, silap-silap kita boleh give up dan putus asa.

12. Dan memandangkan sekarang ini Youtube dah letak syarat macam-macam, penting untuk kita buat content sendiri. Jangan ambil video orang lain dan upload kat channel kita, silap-silap hak kelayakan monetization kita akan ditarik balik atas sebab "Reused Content". Elakkan juga edit video orang, buat meme dan sebagainya sebab ia tetap akan dianggap "Reused Content". Kalau nak review video orang lain takpe lagi, tapi kalau boleh buat video sendiri, jangan ambil risiko guna video orang.

13. Tak dinafikan memang senang nak dapatkan Subscribers dan Views bila kita guna video orang lain terutama video yang dah popular, contohnya kita reupload video perlawanan bola sepak dari channel Astro Stadium, atau reupload video kompilasi Syahmi, Asif dan Yoe sebab mereka memang popular, tapi percayalah, cara ini takkan kekal lama malah menambahkan lagi risiko untuk channel korang kena ban.

14. Kalau korang buat cara tu, korang sebenarnya bukanlah Youtuber pun sebaliknya hanya orang yang upload video orang lain. Orang takkan kenal korang dan channel korang. Orang hanya pergi kat channel korang sebab nak tengok video orang lain yang korang upload tu je pun. Jadi bila channel korang kena ban dan korang pun post status kat Youtube minta tolong, orang tak peduli pun malah siap orang kecam, "Kau ni siapa? Bila masa aku Subscribe channel kau ni?". Ya, aku pernah kena dulu sebab tu aku tahu.

15. Dan kalau korang pandai cakap atau tulis dalam Bahasa Inggeris, aku sarankan korang buat content dalam Bahasa Inggeris yang topiknya bertaraf antarabangsa. Sebab kalau content korang dalam BM, sasaran audien korang cuma 33 juta. Kalau buat content dalam Bahasa Indonesia, sasaran audien korang meningkat ke 264 juta. Kalau buat content dalam BI, sasaran audien korang satu dunia mencecah 7.7 billion.

16. Kalau Youtuber popular peringkat Malaysia tu memang dah ramai dan tak perlu perkenalkan lagi, tapi sebenarnya ada beberapa Youtuber Malaysia yang popular peringkat antarabangsa tapi kita tak tahu sangat pun, antaranya CartoonHooligans yang membuat content animasi Superhero (2.73 juta Subs / 629 juta total views), Gumbui Guy yang membuat content animasi menggunakan game Minecraft (164 ribu Subs / 25 juta total viewes) dan sebagainya.

17. Promosi juga sangat penting masa awal-awal nak buat Youtube supaya dapat lebih ramai audien. Seperti mana kita jual produk perlukan promosi, begitu juga channel Youtube kita. Jadi rajinkan diri promote channel dan video di group-group Youtube Malaysia di FB, IG, Whatsapp, blog dan mana-mana medium yang kita ada.

18. Teknik Sub4Sub untuk awal-awal bolehlah buat tapi sikit-sikit je jangan kerap sangat. Dan kalau nak buat teknik ni, jangan paksa orang atau spam link sahaja. Cuba tulis cakap elok-elok, bagi kata-kata semangat dulu, buat kawan, bina network dan sebagainya, barulah orang nak bantu pun senang hati. Ini main paksa-paksa lepas tu spam link, orang nak bantu pun rasa menyampah.

19. Video pula kalau nak dapat banyak Views, cuba buat video yang topiknya berkaitan isu semasa yang sedang hangat atau topik yang sedang viral, seperti contoh macam sekarang ni boleh buat video tentang isu Menteri Pendidikan letak jawatan, atau review drama Kampung People yang tengah meletup.

20. Tajuk dan thumbnail juga memainkan peranan penting. Tajuk tu letak tajuk yang menarik yang ada keyword apa yang tengah trending yang ramai orang cari sekarang ni. Nak tahu apa yang trending, boleh check je kat Google Trends, Youtube Trending atau kat hashtag yang tengah trending kat Twitter. Gambar thumbnail pun letak gambar yang menarik, clickbait pun takpe tapi jangan over sangat.

21. Dan yang penting, banyakkan content dulu sebab mana tahu, dari puluhan dan ratusan video yang kita buat, tiba-tiba bernasib baik ada satu video tersangkut dan popular. Macam aku sendiri, tiba-tiba video "Animasi lagu Hutang" meletup sampai sekarang ni dah 200 ribu views. Aku pun tak tahu macam mana boleh meletup, tapi tengok dari analytics ia disebabkan orang buat carian "lagu hutang" dan video tu keluar kat mukasurat pertama hasi carian. Bila satu video dah meletup, insya Allah video-video lain akan menyusul sedikit demi sedikit setelah Youtube recommend channel dan video kita pada orang lain.

22. Jadi itu sahajalah tips Youtube yang boleh aku berikan. Aku ni pun taklah power pun, masih baru pun lagi baru nak berjinak-jinak dalam bidang Youtube. Ramai lagi Youtuber-youtuber luar sana yang jauh lebih hebat dan dah lama hebat pun, cuma aku sekadar nak kongsikan sedikit pengalaman dan perjalanan aku sebagai Youtuber pemula kepada Youtuber pemula yang lain.

Sekian. Semoga korang semua juga berjaya dan sukses.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak perjalanan pengalaman youtube youtuber pemula beginner tips panduan tutorial cara teknik dapat naikkan tingkatkan subscribers views like sub4sub view4view s4s v4v

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.