Selasa, 14 Januari 2020

1 Main game sahaja boleh jana pendapatan lumayan?

(Game streamer, Youtuber, Instagrammer, Facebooker, TikTokers, Smulers, penyanyi, pemuzik, penulis, pelukis dan yang sewaktu dengannya harus baca)

1. Pernah dilaporkan dalam berita seorang suri rumah menjana pendapatan sehingga RM18,000 hanya dengan bermain game PUBG. Maka ramailah orang muda terutama anak-anak kita yang muda remaja nak aktif main game sebab nak jadi macam dia. Ada juga yang mula malas belajar atau bekerja dengan memberi alasan main game pun boleh buat duit.

2. Tak dinafikan kita memang boleh buat duit dengan game, sama seperti kita boleh buat game melalui Facebook, Instagram, Youtube, TikTok dan pelbagai lagi platform, namun ia bukanlah untuk semua orang dan tidak semudah itu.


3. Seperti contoh orang yang boleh buat duit game ni biasanya ada 2 kategori, pertama atlet atau pemain game profesional di mana kerjanya berlatih bermain game dan sertai pelbagai pertandingan dan kejohanan game dan e-sports. Nak jadi pemain game profesional bukan mudah, dari 1 juta orang yang main suatu game kat Malaysia, kau kena jadi antara 100 yang terbaik. Bermakna kau kena lebih handal dari 999,900 orang yang main game yang sama.

4. Kategori kedua, jadi game streamer. Jadi game streamer ni kau tak perlu hebat atau handal pun, sebaliknya kau kena ada ciri-ciri, perwatakan dan personaliti yang menarik. Kau ada wajah yang cantik, atau mungkin petah bercakap, atau banyak pengetahuan pasal game tu, atau kau kelakar dan sebagainya. Senang cerita, kau ada satu aura yang membuatkan orang berminat nak tengok kau main game.

5. Untuk kategori yang kedua, kau sebenarnya bukan dapat duit kerana kau main game semata-mata, tetapi kerana kau dah berjaya menjadi seorang yang popular, dah jadi selebriti Internet. Bila kau dah berjaya capai tahap selebriti, ramai orang akan tengok video kau main game, iklan akan keluar kat video kau, kau akan dapat sponsor, para peniaga akan bayar kau untuk promote produk dia dalam video kau dan sebagainya.

6. Nak jadi selebriti Internet ini bukan game sahaja tapi melalui pelbagai platform lagi. Orang yang popular di Facebook boleh cari duit melalui Facebook. Instafamous yang ramai followers boleh cari duit di Instagram. Pengguna TikTok yang popular boleh cari duit melalui TikTok. Pengguna Smule yang suara sedap lepas dah popular boleh mula cari duit dari nyanyian. Pelukis komik popular boleh cari duit melalui Webtoons. Selebriti Internet yang popular ini juga boleh jadi Youtuber dan buat duit pula melalui Youtube.

7. Jadi kata kuncinya di sini, kau bukanlah dapat duit kerana platform Internet dan media sosial apa yang kau guna, sebaliknya kau boleh buat duit bila kau dah menjadi popular sebagai selebriti Internet, tak kira platform apa kau guna.

8. Jadi macam mana nak jadi selebriti Internet? Bukan mudah. Kalau benda ni mudah, dah berjuta-juta pengguna FB, IG, Youtube dan sebagainya jadi popular dan boleh buat duit. Berbalik pada point kat atas tadi, kau kena ada satu aura yang membuatkan orang boleh tertarik nak follow kau, tengok gambar dan video kau, dengar nyanyian kau, ambil tahu apa yang kau buat, baca penulisan kau kat FB, beli buku kau dan sebagainya. Itu yang ramai orang cuba buat tapi akhirnya tak menjadi sebab tiada aura tu.

9. Macam mana nak dapat aura tu? Benda ni takde formula. Kadang-kadang dengan usaha, kadang-kadang dengan nasib. Kalau korang ditakdirkan takde rupa yang kacak dan cantik, mungkin korang boleh cuba usaha tarik audien melalui ilmu pengetahuan yang korang ada, atau dengan content yang berkualiti, dengan bakat lawak jenaka kau, atau dengan suara kau yang merdu, atau dengan gubahan lagu yang kau cipta sendiri dan sebagainya.

10. Memandangkan aku dah berkecimpung dalam bidang Youtube, jadi aku bagi satu contoh dari Youtube juga. Kalau korang selalu layan Youtube channel ML Studios, kat situ ada ramai speaker yang rajin hantar video. Dalam banyak-banyak speaker tu, ada orang dapat banyak views, ada orang dapat sikit views. Kadang-kadang video yang dapat views banyak sebab tajuknya menarik, kadang-kadang sebab speaker dia cun, kadang-kadang sebab personaliti dan aura speaker tu sendiri.

11. Jadi korang rasa siapa yang paling tinggi auranya dekat ML Studios tu? Ya, tak lain dan tak bukan, abang Botak yang selalu ulas pasal bola sepak. Orang suka tengok video dia sebab cara dia ulas suatu topik bola tu sedap. Disebabkan dia bawak banyak views kat ML Studios, mungkin bayaran yang diterima lebih banyak berbanding speaker yang lain. Cerita pasal Youtube, berapa banyak ratio antara orang yang berjaya popular dengan orang yang mencuba tapi akhirnya kecundang? 1:1000? 1:10000 mungkin?

13. Contoh lain adalah guru. Kat Malaysia ada beratus ribu guru, tapi bukan semua guru popular dan dikenali ramai. Antara yang popular adalah cikgu Fadli Salleh yang mempunyai lebih dari 300K followers di FB. Ramai orang follow dia atas kegigihan beliau menulis pandangan, kritikan dan perkara ilmiah berkaitan isu pendidikan serta juga kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya.

14. Ramai orang suka memancing. Ramai orang cuba buat channel Youtube pasal memancing, tapi dalam ramai-ramai kaki pancing yang buat Youtube, ada beberapa orang je yang popular seperti bro Sazali Adam Bahar dan Sahili Hassan kerana personaliti mereka yang menarik dan disenangi ramai. Orang suka tonton video dia bukan sekadar kerana hobi memancing tetapi kerana aura yang mereka miliki.

15. Yang sebenarnya kau buatlah apa pun, main game ke, main IG ke, memancing ke, buat video Youtube ke, tapi kalau kau nak cari pendapatan melalui hobi dan Internet, selain dari pekerjaan tetap atau bisnes kau, nak tak nak kau KENA USAHA MEMPOPULARKAN DIRI dan JADI SELEBRITI INTERNET. Matematiknya mudah, dengan meningkatnya POPULARITI, MARKET pun meningkat, lalu PEMBAYARAN pun meningkat, akhir sekali PENDAPATAN pun meningkat.

16. Jadi kalau ada orang sembang kata main game, jadi Youtuber, main Instagram, FB, TikTok, Smule, jadi penulis artikel online, pelukis komik online dan sebagainya pun boleh kaya, suruh dia jadi popular dan dapatkan lambakan peminat dan followers dulu baru sembang. Ini kalau setakat main game sambil baring atas katil, rank pun Bronze, stream malas buat, nak bercakap pun malu, buat stream viewers pun 2 orang, mana maunya nak jana pendapatan RM18K.

Sekadar pandangan.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: surirumah suri rumah kaya pendapatan 5 angka rm18 ribu main game pubg stream streamer youtuber instafamous facebook smule tiktok

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.