Jumaat, 28 Mei 2021

0 Sistem online gagal apabila capaian terlalu banyak

1. Sistem tempahan vaksin yang dibuka baru-baru ini mendapat rungutan dan kecaman dari orang ramai berikutan kesukaran dan kegagalan mereka untuk membuat tempahan pada tempoh yang ditetapkan.

2. Memandangkan aku juga orang IT, aku cuma ulas mengenai sistem tersebut sahaja. Kalau bab lain tentang kenapa kena ambik vaksin, kenapa vaksin AZ ni nak kena berebut, kenapa tak buat first come first serve, kenapa ada orang dapat dulu, kenapa bekalan vaksin sikit dan sebagainya, ramai dah para ilmuwan dan doktor ulas.

3. Benda macam ni sebenarnya biasa sangat berlaku apabila sesebuah sistem tidak bersedia untuk menerima jumlah trafik yang datang begitu banyak dalam suatu masa. Sebagai contoh, bila kerajaan umumkan ada bantuan sekian sekian boleh mohon kat laman web sekian sekian. Beberapa ketika lepas pengumuman tu mesti laman web tersebut jem. Atau bila ada syarikat cakap kami ada buat jualan mega diskaun sehingga 99% untuk pembelian di website kami, atau pun kerajaan cakap peperiksaan SPM akan diadakan secara online, confirm jem terus website tu.

4. Ada banyak faktor yang menjadi punca kepada kegagalan sistem ini terutama apabila capaian atau akses ke sistem tersebut terlalu banyak, antaranya rekabentuk sistem itu sendiri yang terlalu kompleks dan berat, kapasiti server seperti CPU, RAM dan storan yang tidak mencukupi, bandwitdth rangkaian yang tidak mencukupi dan sebagainya.

5. Analogi mudahnya macam macam ni. Ada wakil rakyat cakap nak bagi petrol percuma, sila datang ke stesen minyak sekian sekian pada pukul sekian sekian. Stesen minyak tu pula kecik, jalan pun besar tu je, pengusaha stesen minyak pula tak diberitahu tentang program tu, kaunter pulak bukak 1 je, tapi yang datang beribu-ribu orang luar dari kebiasaan. Jadi kau rasa macam mana? Confirmlah sesak teruk stesen minyak tu, silap-silap ramai yang datang tak dapat pun isi minyak sebab minyak dah habis.

6. Maka berkemungkinan besar punca masalah ini kurang persediaan. Sebelum sesebuah sistem dilancarkan atau go-live, sepatutnya macam-macam pengujian yang perlu dibuat untuk menguji ketahanan dan prestasi sistem tersebut. Katakan jangkaan orang yang akan masuk ke sistem tersebut pada waktu ia dibuka adalah 100,000 orang per saat, jadi kena uji dulu sistem tersebut berdasarkan jangkaan tersebut.

7. Andai kata lepas melakukan pengujian prestasi, sistem tersebut memang tidak dapat menampung trafik yang banyak atas sebab-sebab tertentu, tindakan penambahbaikan perlu dilakukan seperti baiki coding ke, tambah server ke, tingkatkan kapasiti server ke, naikkan bandwitch rangkaian ke dan sebagainya.

8. Namun kalau ada kekangan untuk upgrade semua benda tu, strategi lain haruslah dilakukan untuk mengelakkan sistem diserbu orang ramai dengan serentak. Yelah, katakan dalam 1 satu ada 100,000 orang cuba tekan butang submit untuk menempah slot pada tarikh yang sama, jadi perbezaan 1 milisaat pun boleh jadi penentu siapa yang akhirnya berjaya dapat slot tu.  

9. Jadi strategi lain yang mungkin boleh dilakukan sebagai contoh, buka sistem tempahan secara berperingkat mengikut negeri ke macam orang negeri A boleh tempah pukul 12, orang negeri B tempah pukul 1, orang negeri C tempah pukul 2, atau mungkin asingkan website tu mengikut negeri seperti negeri A masuk website tempahvaksin1[dot]com, negeri B masuk website tempahvaksin2[dot]com dan sebagainya, atau mungkin boleh buat integrasi tempahan dalam sistem sedia ada seperti dalam aplikasi MySejahtera, atau... entahlah, biar diorang fikir sendiri lah.

10. Yalah, bukan kita yang dibayar juta-juta untuk bangunkan sistem tu. Yang kami tahu kami nak guna je tanpa sebarang masalah. Kalau ada masalah, macam biasalah, korang kena tahan maki je lah.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sistem tempahan vaksin astrazeneca az slow lembab hang ramai orang capai akses


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.