Khamis, 31 Mac 2022

0 Apabila tingkah laku toksik diterima masyarakat

1. Dalam isu pensyarah viral, ramai yang tak nampak the bigger issue. Ia bukan tentang laptop, atau pelajar tu, atau B40, yang tu semua sebagai perencah sahaja, yang paling penting adalah, adakah kita boleh terima toxic behaviour seperti insult, degrading dan humiliation di kalangan warga pendidik?

2. Aku tak pernah percaya dengan kaedah insult, degrading dan humiliation untuk mendidik orang. Marah itu biasa, tapi bukan dengan makian, cercaan, celaan, hinaan, sindiran, kata-kata kesat dan nista. Bukan setakat mendidik, tapi dalam apa jua hubungan sesama insan, sama ada antara ibubapa dengan anak, pendidik dengan murid, bos dengan pekerja bawahan, pelanggan dengan penjual, orang lebih tua dengan orang lebih muda dan sebagainya.


3. Berapa ramai yang pernah mengalami pengalaman abusive seperti ini? Yang diherdik, dihina, dimaki, dicerca, dicela oleh ibu bapa dan pendidik mereka sendiri? Yang mengatakan kita ini akan gagal dalam hidup, tiada masa depan, aku benci kau, kepala hotak kau, bodoh macam lembu dan sebagainya, sehingga ia meninggalkan titik hitam dalam hidup kita sepanjang hayat?

4. Kita sebagai manusia, malahan dalam Islam juga disuruh kita agar menjaga lisan dan tutur kata kita. Sebab tu bila viral kes seperti Kak Long 7E dan polis bantuan bermulut longkang memaki hamun orang, ramai yang kecam sikap tersebut kerana tidak menggambarkan akhlak dan adab yang baik dari sudut moral manusia dan juga agama.

5. Namun apabila warga pendidik yang melakukannya, ramai pula yang mempertahankan. Adakah warga pendidik ada lesen besar untuk bersikap sedemikian? Bukankah warga pendidiklah yang harus memberi teladan yang baik kepada anak murid mereka? Jika satu hari anak didik kita bermulut longkang pada orang lain, kerana dia mencontohi sifat gurunya, adakah ia suatu yang kita boleh banggakan?

6. Budaya mulut longkang ni suatu yang dah lama dinormalisasikan dalam masyarakat kita. Dari kecil sampai besar kita dah selalu hadapi benda ni, dari waktu kita belajar sehinggalah kita di alam pekerjaan. Malah kita selalu disuruh pula untuk membiasakan diri dan bersabar dengan kata-kata yang mengguris perasaan dan emosi kita.

7. Aku sendiri pernah bekerja di bawah bos yang boleh aku cakap mulut macam sial. Makian dan celaan dah seperti zikir harian. Anak buah selalu kena dengan dia. Kau buat kerja bagus ke, kau buat kerja tak bagus ke, ada je point dia nak cela orang. Hobi dia mungkin.


8. Paling aku ingat satu hari dia panggil aku masuk bilik mesyuarat yang dia hadiri sebab dia cakap Wifi slow. Aku pun masuk dan pergi kat dia, tiba-tiba dia herdik aku "You get out now!" di depan orang ramai. Aku terpinga-pinga. Apa salah aku? Dia yang panggil aku, lepas tu dia humiliate aku depan orang ramai. Aku datang semata-mata untuk dimaki ke? Untuk dia tayangkan abusive power dia depan orang lain ke?

9. Ada sekali member ofis aku pernah kena maki, dan dia speak up cuba pertahankan diri. Tapi apa respon bos tu? "Kau siapa nak lawan aku? Aku bos kau! Apa kau boleh buat? Orang macam kau bila-bila aku boleh tukar cari pekerja lain." Begitu angkuhnya seorang yang bernama manusia. Tapi aku kagum dengan member aku, sekurang-kurangnya dia berani melawan.

10. Malah sedikit belas ihsan pun takde dalam diri. Bila ada orang datang lambat atau terpaksa ambil cuti atas masalah-masalah tertentu seperti anak tak sihat, hujan lebat, jalan sesak, kenderaan rosak dan sebagainya, ada je keluar dari mulut longkang dia kata-kata sindiran yang sangat menyakitkan hati. Datang kerja setiap hari langsung tak happy dan sangat stressful. Kalau boleh mesti mengelak dari hadap muka dia.

11. Pernah juga kami suarakan isu ni pada HR department. Guess what? Mereka kata mereka tak boleh buat apa sebab dia bos lama kat situ, suruh kami bersabar, ini semua ujian, ambil yang positif, bla bla bla some bullshit toxic positivity crap. Aik, dia yang bermasalah, dia yang membuatkan hari-hari kami jadi miserable, kami pula yang disuruh bersabar? Sebab tu kat department kami kadar turnover sangat tinggi, ramai orang keluar masuk. Semua berhenti sebab tak tahan dengan perangai bos.

12. Sampai lah akhirnya bos tu bersara. Tiada siapa kat department kami datang kat majlis persaraan dia. You will never be missed. Bos baru yang gantikan dia pun walaupun tegas tapi sangat best, baik, humble, memahami dan berperikemanusiaan. Semua orang datang kerja dengan happy dan tidak stress. Semua orang bermotivasi untuk bekerja. Environment kerja pun jadi aman dan harmoni. Kadar turnover pun rendah. HR tak perlu pening-pening kepala asyik nak kena cari staff baru.

13. Jadi sebenarnya, semua hal boleh diselesaikan kalau kita fix masalah yang sebenar. Dalam hal ni, masalah yang sebenar adalah aura negatif yang dibawa oleh bos tu. Jadi kalau HR tegur bos tersebut minta dia untuk ubah sikapnya, mungkin dah lama masalah tu selesai. Tapi disebabkan ramai yang menjadi enabler kepada toxic berhavior dan juga ramai yang ada toxic positivity, mereka cuba fix masalah tersebut kat mangsa yang mana takkan selesaikan isu sebenar pun.

14. Ini aku cerita hal yang berlaku kat tempat kerja aku, tapi ia juga turut berlaku di tempat lain. Contohnya bila ada ibu bapa yang toxic dan abusive selalu maki dan berkata kesat pada anak. Babi sial tu dah macam ungkapan biasa. Apabila anak adukan pada pakcik makcik, pakcik makcik suruh dia bersabar dan tahan, kena terima sahaja sebab tu ibu bapa dia. Why not pakcik makcik tolong tegurkan ibu bapa dia untuk perbaiki sikap?

15. Bila ada pendidik toxic yang kuat maki dan berkata kesat pada pelajar, bila pelajar laporkan pada pihak pentadbiran, pelajar itu pula disuruh bersabar dan tahan sebab itu adalah guru dia. Lepas tu pelajar itu juga dipersalahkan kerana menjadi punca kepada behaviour gurunya. Why not pentadbiran tegur dan ambil tindakan pada pendidik tersebut agar perbaiki sikapnya?

16. Bila orang yang toxic ini yang ubah sikap, everybody happy. Tapi kalau orang lain yang kena tahan dengan sikap dia, semua orang hurtful, semua orang having a bad day, semua orang having a miserable life. Kecuali anak emas pada toxic person ni lah.

17. Aku harap kita semua mengambil iktibar dari apa yang aku cuba sampaikan ni. Tak kisah lah kau ni ibu bapa, anak, warga pendidik, budak sekolah, sahabat, jiran tetangga, majikan, pekerja, pelanggan, penjual, peniaga, usahawan, pegawai penguasa, artis, selebriti, agamawan, ahli politik, menteri, darjat tinggi ke rendah ke, tolong jangan jadi toxic person yang bermulut longkang yang sering bawa aura negatif pada orang lain.

18. Tolong janganlah juga kita menjadi enabler pada sikap toxic. Toxic is toxic, tak kisah la darjat, pangkat atau status kau setinggi mana, tiada orang berhak bersikap toxic pada orang lain. Kau tak suka orang bersikap buruk kat kau, dan juga ahli keluarga kau, tapi kenapa kau OK bila orang lain yang menjadi mangsa?

19. Dan bila ada orang mengadu tentang sikap toxic orang lain, tak perlu label dia lembik dan lemah emosi, kerana hakikatnya dia lah orang yang berani sebab dia berani untuk speak up. Yang lembik itu kau, sebab kau lebih rela terima sahaja semua makian, carian, hinaan dari pertahankan diri kau, malah sekadar melihat dan membiarkan sahaja orang lain menerima nasib yang sama. Dan ya, benda itu bukan suatu kebanggaan pun yang kau boleh brag kat orang lain.

20. Akhir kata, respect each other and please, fix the right problem, bukan suruh orang lain endure the problem. Adakalanya kita tidak perlukan pujian, simpati atau wang ringgit dari orang lain. Apa yang kita perlu hanyalah understanding and a little human touch.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: lecturer pensyarah mulut puaka marah maki hina pelajar student takde tiada laptop notebook komputer google meet golongan b40 tingkah laku toksik toxic behaviour bos boss cikgu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.