Khamis, 24 Mac 2022

0 Kisah karut dipulau kawan kerana jenama beg

1. Beberapa tahun lepas masa anak aku baru masuk sekolah Darjah 1, kami beli je beg ada gambar kartun Frozen atau My Little Pony. Beg anak orang lain pun sama lebih kurang.

2. Takde jadi isu apa pun. Anak berkawan macam biasa, tak bertambah kawan, tak berkurang kawan pun disebabkan beg. Sekolah berjalan seperti biasa.

3. Untuk budak-budak kecik level tadika atau Darjah 1/2, aku tak rasa mereka kenal jenama mana yang marhaen jenama mana yang kayangan. Yang mereka teruja adalah beg-beg yang ada gambar watak kegemaran mereka, tak kira lah kalau beg tu dibeli di shopping mall atau pasar malam.

4. Bila dah naik darjah banyak sikit, masa tu beg Smiggle baru nak popular kat Malaysia. Beli la jugak walaupun tak ramai pun pakai kat sekolah. Masih ramai yang pakai beg watak kartun kegemaran.

5. Masih takde isu apa juga pun. Anak berkawan macam biasa, tak bertambah kawan, tak berkurang kawan disebabkan beg. Sekolah berjalan seperti biasa.

6. Bila budak-budak dah start Darjah 4/5/6, beg kartun dah tak ramai orang pakai, hatta beg Smiggle pun. Ramai yang pakai beg plain, atau yang ada sekadar corak-corak biasa, atau yang ada jenama seperti Fila walaupun sekadar Fila pasar malam.

7. Masuk sekolah menengah, sama je pakai beg warna simple plain, bercorak biasa, atau berjenama seperti Nike, Adidas dan Puma walaupun tak ori. Ada juga memilih beg yang ada artis kegemaran seperti BTS dan sebagainya.

8. Tak kira lah beg apa pakai, tak pernah lagi aku dengar ada budak tak berkawan sebab jenama beg. Biasanya budak-budak tak berkawan sebab jurang akademik, minat yang berbeza, perbezaan personaliti, tempat tinggal jauh antara satu sama lain, bermasam muka pasal berebut lelaki atau perempuan dan sebagainya.

9. Aku sendiri pun masa sekolah dulu, kalau ada kawan yang pakai barang branded sikit, takde pun dia sampai nak pulaukan kawan lain. Menunjuk mungkin ye, tapi takde la nak pulau. Dia pun bukannya ada ramai kawan yang setaraf sampai nak pulaukan orang. Ingat ni cerita drama TV ke?

10. Paling tidak, kita cuma terpengaruh dengan kawan kita lepas tu mintak mak ayah nak beli juga barang branded tu. Mak ayah sebab sayangkan anak, beli la jugak untuk penuhi permintaan anak. Sayang punya pasal, mak ayah pakai Bata takpe, asalkan anak dapat pakai Adidas.

11. Cuma itulah, yang ada perangai membanding-bandingkan jenama dan harta material adalah golongan dewasa macam kita, golongan mak ayah, yang suka bandingkan anak kita dengan anak orang lain, kereta kita dengan kereta orang lain, rumah kita dengan rumah jiran dan sebagainya. Kalau anak bila membesar nanti terikut dengan perangai kita, ia tidak lain tidak bukan adalah hasil dari didikan kita jua.

12. Kesimpulannya, kisah-kisah viral yang berlegar pasal anak kecik baru masuk sekolah sedih kena pulau sebab takde beg Smigle adalah sangat tak logik, dan ia hanyalah sekadar kisah rekaan yang diulang-ulang setiap tahun demi meraih perhatian kerana kat bawah post tu nanti nak letak link jual produk. Lagipun, orang kita kan memang mudah simpati dan suka dengan cerita sedih. Sebab tu ada orang boleh cari makan hanya dengan berbekalkan kisah sedih.

 Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kisah cerita karut mengarut tak masuk kalau dipulau kawan rakan sekolah beg sekolah smiggle mak tak mampu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.