Isnin, 21 Mac 2022

1 Sekali jadi pembuli akan terus jadi pembuli

1. Sejak minggu lepas tiba-tiba banyak notification dan friend request masuk. Rupa-rupanya post lama aku tahun 2019 naik balik post tentang Sisi gelap sekolah berasrama.

2. Mungkin sebab sekolah dah nak buka, ada anak-anak dapat tawaran masuk sekolah asrama jadi ramai ibu bapa nak cari maklumat tentang realiti kehidupan dan baik buruk sekolah asrama, lalu mereka terjumpa lah post lama aku tu.

3. Atau mungkin juga ada ibu bapa nak cari lebih banyak maklumat tentang sekolah berasrama selepas viral pendedahan dari saudara Faizal Rahman tentang kes amang seksual yang berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh integrasi.

4. Namun, apa yang diceritakan dalam post lama saya itu, hanyalah pengalaman saya pada ketika itu yang berlakunya kira-kira hampir 30 tahun lepas. Zaman sekarang dan zaman dahulu tak sama, sekarang mungkin lebih baik.

5. Jika ada murid yang dapat tawaran masuk sekolah asrama terutama SBP atau MRSM, ibu bapa boleh nilai sendiri tahap kesesuaian anak kerana mereka lebih kenal anak mereka sendiri.

6. Jika ibu bapa rasa anak boleh adapt dengan suasana kehidupan berasrama, hantar sahaja. Jika rasa anak tak boleh sesuaikan diri, tak perlu hantar dan masukkan sahaja ke sekolah harian biasa.

7. Dari sudut pendidikan, sekolah kerajaan mana-mana pun sama sahaja kerana pendidikan itu percuma dan silibusnya sama sahaja. Yang penting sejauh mana kesedaran anak-anak itu sendiri mahu belajar demi mencapai cita-cita mereka.

8. Cuma satu sahaja pesanan aku, tak kisah lah anak masuk sekolah asrama atau harian biasa, ingatkan mereka masa setiap supaya anak jangan jadi pembuli dan jagalah hubungan baik dengan semua orang.

9. Zaman aku dulu terlalu ramai pembuli enabler. Bila ada orang kena buli, orang yang dibuli itu lah yang dipersalahkan, dikatanya lembik, manja dan sebagainya, sedangkan si pembuli sering diagung dan dipertahankan.

10. Malah kalau ada kes buli pun, selagi takde cedera teruk masuk hospital atau melibatkan kematian, banyak pihak seboleh-boleh cuba tutup kes tersebut atas alasan nak jaga nama baik sekolah atau nak jaga masa depan pembuli.

11. Ibu bapa mangsa buli pun banyak yang tidak menyebelahi anak. Mereka anggap hal kecik je biasa lah kena buli-buli kat sekolah, tu semua nak mendidik anak jadi lebih kuat dan sebagainya.

12. Last-last mangsa buli juga yang dipersalahkan. Last-last mangsa buli juga yang terpaksa pindah sekolah sebab tak tahan kena buli, sedangkan pembuli masih disimpan di sekolah.

13. Kesan mentaliti buli enabler ini, ramai pembuli yang "Once a bully, always a bully". Tak dinafikan ada pembuli yang akhirnya berubah tapi tak ramai, sebab mereka tak pernah anggap buli ini suatu kesalahan dan tak pernah menyesali perbuatan mereka. Mereka rasa taraf diri mereka sentiasa lebih di atas dari orang lain.

14. Disebabkan itu, walaupun selepas 10, 20 tahun pun, bila mereka terjumpa semula mangsa-mangsa buli mereka, biarlah masing-masing dah move on dan ada kehidupan sendiri, si pembuli akan terus rasa dia lebih atas dari mangsa buli mereka dan rasa diri masih eligible untuk terus memperlekeh dan memandang rendah bekas mangsa buli tersebut.

15. Tambahan lagi mereka akan terus membawa budaya buli yang mereka perkasakan di zaman sekolah, diulang pula sewaktu zaman universiti, alam pekerjaan, dalam rumahtangga, atas jalan raya, di kawasan kejiranan, di media sosial dan sebagainya, tanpa sedikit rasa sesal dan bersalah.

16. Tiada manusia yang layak dibuli, dan tiada seorang manusia pun yang ada hak untuk buli orang lain. Ibu bapa tolonglah ambil lah tahu kecenderungan anak di sekolah.

17. Jika anak ada kecenderungan jadi pembuli, perbetulkan. Jangan sampai berlaku kes besar sampai anak kena hukum masuk sekolah juvana atau penjara barulah nak menyesal.

18. Ingatkan anak-anak bahawa takde point pun nak buli-buli orang ni. Kadang kat sekolah kita rasa kita layak buli orang sebab ada perbezaan umur 2 3 tahun je pun. Malah kita lahir setahun awal pun rasa kita ni dah besar sangat boleh buli orang yang lahir setahun lambat.

19. Padahal bila dah habis zaman sekolah, beza umur tu dah tak membawa makna apa pun. Malahan beza umur 10 20 tahun pun dah tak rasa apa. Ada kala kau yang umur 50 tahun kena patuh cakap bos kau yang umur 30 tahun. Ada kala kau yang umur 40 kena patuh dengan cakap pelanggan yang umur 20 tahun.

20. Dan jika anak ada kecenderungan untuk jadi mangsa buli, ambil tahu, tolong mereka dan dapatkan bantuan. Ibu bapa kena fight untuk hak anak mereka dari dibuli. Jika dibiarkan, ia pasti akan memberi kesan pada psikologi mereka sehingga bertahun-tahun lamanya.

Sekian.

 Baca juga artikel berkaitan: 

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: budaya buli sukar pupus semakin berleluasa kes pukul mrsm viral video gambar mentaliti ibu bapa keluarga pembuli mental fizikal enabler anak



1 ulasan:

  1. Tak semestinya pembuli tu akan jadi pembuli sampai bila-bila. Kalau dia "bertemu dengan ruasnya" dia akan berubah. Dunia ini hancur bukan sebab ramainya orang jahat, tapi ada ramai orang baik tapi tidak mencegahnya!.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.