Isnin, 13 September 2021

5 Zaman sekolah yang toksik dan judgemental

1. Al-kisahnya beberapa bulan yang lepas, batch sekolah menengah aku nak buat mini reunion tapi melalui video conference memandangkan tak boleh jumpa lepak ramai-ramai sebab PKP.

2. Tujuannya nak tanya-tanya khabar dan dapatkan update tentang kawan-kawan sama batch, mungkin ada yang dijangkiti KOBID-19, atau yang dalam kesusahan, atau ada yang dah pergi dan sebagainya.

Gambar hiasan

3. Aku bukanlah seorang penggemar reunion sebab banyak pengalaman aku di sekolah dulu bukanlah begitu menggembirakan, tapi untuk kali ini aku cuba join juga untuk mengikut perkembangan semasa mungkin ada rakan-rakan yang susah dan perlukan bantuan.

4. Yang join VC tu ada dalam 20 ke 30 orang. Sepanjang sesi VC tu, aku macam biasa jadi CCTV, tak cakap apa pun. Bukan aku seorang, tapi ramai juga yang jadi CCTV. Yang aktif bercakap mungkin 5 6 orang sahaja.

5. Walaupun dalam tu ada je beberapa orang yang aku tak berapa suka sebab pernah ada sejarah hitam dengan aku masa kat sekolah, tapi aku cuba untuk berlapang dada. Aku anggap dah lebih 20 tahun tak berjumpa, mungkin mereka pun dah berubah.

6. Bila dah lama sikit dan host pun buka ruang untuk yang lain bersuara, aku pun on mic dan saja nak bagi sepatah dua kata. Tapi baru aku nak membuka bicara, ada seseorang menyampuk, "Kau ni umur 40 pun masih katun2 lagi".

7. Ya, memang profile Google aku aku letak gambar aku versi kartun. Aku tak dapat cam siapa yang cakap tu, dan aku tahu dia sekadar nak bergurau (atau menganjing) aku, tapi aku like, what the hell? Terus aku terimbas kembali memori-memori kat sekolah yang dah lama aku lupa.

8. Aku masa kecik memang lain sikit dari budak lain. Mungkin sebab pada zaman 80/90-an tu, kat rumah aku antara yang dah ada komputer. Aku bukan lah dari keluarga orang kaya, tapi mungkin sebab bapaku minat komputer jadi dia beli komputer kat rumah.

9. Jadi waktu budak lain hiburan mereka hanya main guli, gasing, ceper, basikal dan sebagainya, aku dah terdedah awal pada komputer, permainan video, alat elektronik dan sebagainya.

10. Masa sekolah rendah aku duduk di kawasan pinggir bandar, tak ramai lagi orang terdedah dengan komputer. Jadi bila kat sekolah rendah, aku selalu lepak makmal komputer dan jadi rujukan kawan-kawan dan cikgu-cikgu.

11. Selain dari tu, masa sekolah rendah aku suka baca komik, tengok rancangan dari Jepun seperti anime dan Kesatria Baja Hitam, Ultraman dan Gaban, jadi semua benda-benda tu menjadi influence kepada minat aku. Masa tu tiada siapa nak judge aku sebab kebanyakan kawan-kawan sekolah rendah juga minat benda sama.  

12. UPSR aku agak cemerlang, aku ditawar masuk sekolah menengah berasrama penuh. Pelajarnya rata-rata datang dari seluruh pelusuk negara, dari utara, selatan, timur dan barat, dengan pelbagai latar belakang. Kat situ aku berkenalanlah dengan beberapa orang kawan yang end up mempunyai minat yang sama dengan aku.

13. Tapi aku tak tahu kenapa, ada sekumpulan budak lain yang melihat kami ni sebagai joke. Hanya kerana kami minat komik, suka lukis kartun, suka main game, suka benda-benda elektronik, kami selalu jadi sasaran untuk dipermainkan dan make fun.

14. Aku ingat lagi masa form 1, aku dan kawan-kawan aku pernah cipta suis lampu automatik kat locker dengan hanya pakai mentol, wayar, bateri dan penyepit baju. Bila buka pintu locker, lampu akan terpasang secara automatik.

15. Kalau masa tu zaman sekarang, mungkin benda ni dah viral dan kami digelar genius. Tapi kat sekolah aku pada zaman 90-an tu, benda-benda macam ni dijadikan bahan untuk mock kami. Kami sering diejek, diperlekeh, dicemuh, dipersenda, dipandang rendah dan dipermain, hanya kerana kami buat sesuatu yang berbeza dari orang lain.

16. Ya, zaman sekolah aku dan geng aku antara golongan yang berbeza dari majoriti budak kat situ. Tatkala ramai budak masuk Persatuan Kadet, kami masih kekal dengan Pengakap, PBSM dan sebagainya. Masa ramai dah join main ragbi dan bola sepak, kami masih main kriket, bola keranjang, bola tampar dan sebagainya. Masa ramai dah mula hisap rokok, kami tak hisap.

17. Sepanjang aku di sekolah berasrama penuh, seingat aku, aku tak pernah kena buli secara fizikal, tapi lebih secara emosional, oleh rakan sebatch aku sendiri. Ada seorang dua kawan aku yang tak tahan dan berhenti sekolah, tapi aku berjaya survive sampai habis SPM.
 
18. Habis sekolah, aku masuk universiti, masuk alam pekerjaan dan bercampur dengan ramai orang yang lebih terbuka dan tidak judge orang, malah dapat juga berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama. Rupa-rupanya ramai juga orang sebaya aku yang minat komputer, minat komik, minat melukis, minat anime, minat main game dan sebagainya.

19. Jadi bila ada budak sekolah aku yang masih menyindir "Dah 40 pun masih kartun2 lagi?", aku ingat aku yang tak move on lagi, tapi rupa-rupanya dia lah yang tak move on.

20. Kita mungkin dah 20 tahun berpisah. Aku ada kehidupan sendiri, dia pun melalui kehidupan sendiri dalam tempoh yang begitu panjang, namun begitu tanggapan dia terhadap orang-orang yang dia pandang rendah masa zaman sekolah masih tetap sama.

21. Orang lain nak suka apa ke, minat apa ke, ada ke menyusahkan hidup kau orang? Ada kacau hidup siapa-siapa? Bila kau sindir dan perlekeh orang tu nak bagi nampak hebat dan gah ke di mata kawan-kawan yang lain?

22. Seriously, takde benda yang pelik pun dengan minat komputer, komik, kartun, anime, game dan sebagainya, malah ada orang menyara kehidupan mereka sehingga tua dengan benda-benda tu. Malah mungkin sekarang ini anak-anak kau juga minat benda-benda sama yang aku minat masa kecik dulu, benda yang pernah kau kutuk-kutuk satu masa dulu.

23. Kini aku faham, pengalaman hitam yang aku lalui di zaman sekolah berasrama dulu bukanlah kerana sekolah itu sendiri, tetapi adalah kerana aku berada dalam persekitaran yang toksik dan judgemental.

24. Jadi aku menyeru pada siapa-siapa yang diluar sana yang pernah meluka dan menyakiti hati kawan-kawan terutama masa zaman sekolah dulu, lapangkan hati dan mintalah maaf pada mereka, sebab pada pelaku benda ni mungkin nampak macam kecil, tapi ia sangat besar pada orang yang pernah menjadi mangsa.

25. Bak kata pepatah, kita bisa memaafkan tetapi tidak bisa melupakan.

Sekian.

 Baca artikel berkaitan: 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: zaman sekolah toksik jusgemental buli pembuli bully kena ejek kutuk perlekeh fizikal emosi emosional


5 ulasan:

  1. Sedih jugak kisah abang

    Nicname:Smilkookies a.k.a Buasir Otak Tv Fans

    BalasPadam
  2. Biasa la tu bro... aku pun kena je mcm tu... tapi dah sebab keje tempat mulut puaka... so depa makan la lauk tu... siap cop pehhh mulut mcm sial wooo...

    pe2 pun... terbaik bro dah wat video... dari zaman aku post dlm blog ang ni sampai ang wat video dah... anak2 aku mengila tgk video ang... bangga aku ckp nih member abah wat ni... hahahhahahha

    Blackberry (BB)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah blackberry long time no see. tulah dulu buasir otak org2 tua je kenal, sekarang budak2 pulak kenal. kalau budak2 baca post2 lama kat blog ni mesti terkejut haha

      Padam
    2. Dari aku bujang sampai dah beranak pinak follow ang... just bz keje... n keluar dari malaya... tu tetiba senyap terus dulu... lupa terus nak bgtau...

      Anak aku siap lawak la member abah ni... aku? ang x tau dulu topik2 dia semua berat2... hahahhahahha

      BB

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.