Ahad, 12 Disember 2021

0 Pembuli terlahir dari mentaliti jahil ibu bapa

1. Bila berlakunya kes buli di sekolah atau asrama, siapakah yang sebenarnya harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan?

2. Berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) telah mendefinisikan kanak-kanak dalam seksyen 2 sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun.

3. Maka orang yang harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan bukannya cikgu, bukannya warden, tapi ibu bapa/penjaga mereka.

4. Memang ibu bapa takkan dapat bersama anak-anak 24 jam sehari, tapi telah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga, mendidik, mengawal, membentuk keperibadian dan memberi panduan agar anak-anak berada di landasan yang benar.

5. Kadang-kadang budak-budak ni tak tahu apa yang mereka buat itu adalah salah, apa yang mereka buat itu adalah buli, kalau mereka tidak pernah diajar atau dilarang dari kecil.

6. Walaupun negara kita pernah berlaku banyak kes-kes buli malah ada di antaranya yang berakhir dengan kematian, budak-budak ni takkan belajar dari kes tu sebab mereka mungkin tak tahu pun benda tu pernah berlaku. Yang tahu hanya golongan dewasa macam kita.

7. Seperti contoh kes buli yang menggemparkan negara 10 tahun lepas, budak Tingkatan 1 pada hari ini takkan tahu pun pasal kes tu kalau kita tak beritahu mereka sebab benda tu berlaku pada zaman mereka masih kecil atau belum lahir.

8. Sama macam kalau kau tanya budak sekolah sekarang kenal tak band Linkin Park, aku jamin mungkin 95% takkan kenal walaupun mereka sangat terkenal pada zaman kita 20 tahun lepas.

9. Jadi benda pasal buli, akhlak/adab/moral yang buruk, hal yang salah, benda-benda ni perlu diperingatkan dan disemat selalu ke dalam otak anak-anak. Benda ni tak boleh nak harapkan mereka tahu sendiri atau belajar dari sejarah lampau, sebab mereka takkan tahu.

10. Kalau tahu anak buat benda salah, tegur. Nasihat pada mereka tentang benda yang betul dan salah. Beritahu kesan dan akibat atas perbuatan tersebut. Bagi solusi untuk atasi sikap buruk mereka.

11. Sebelum hantar anak masuk asrama, selalu ingatkan mereka jangan buli orang, jangan pukul orang, jangan pau duit orang, jangan suruh orang basuhkan baju, jangan fly pagar, jangan hisap rokok, hatta anak kau dah Tingkatan 5 pun.

12. Beritahu mereka kesan dan akibat kalau mereka kantoi melakukan kesalahan tersebut. Mungkin akan dibuang sekolah, masuk sekolah juvana, gelap masa depan dan sebagainya. Bagi mereka perasaan takut untuk melakukan kesalahan.

13. Ini tidak, kadang-kadang sikap acuh tak acuh dan endah tak endah ibu bapa sendiri yang menyebabkan anak semakin rasa diri hebat, besar kepala, acah kuat, beria, hilang perasaan empati dan bersifat narsisistik.

14. Ya lah, sejak anak kecil lagi bila dia nakal, bergaduh, cakap kata kesat, mencarut sana sini, kacau orang solat, baling batu kat kucing, curi mainan jiran sebelah, lepak tak tentu arah, berkawan dengan budak-budak nakal lain dan sebagainya, ibu bapa rasa benda tu comel dan cakap "ala biasa lah budak-budak".

15. Malah ramai yang anak mereka waktu kecil pukul anak orang lain atau maki orang dewasa, bila orang tegur, ibu bapa mereka pula yang pertahankan kenakalan anak mereka cakap, "alah biasa la budak-budak, tak payah la ambik hati sangat". Anak dia yang nakal, kita pula yang disuruh jangan ambil hati.

16. Maka bila anak-anak ini buat salah tapi mereka tidak pernah ditegur dan diperbetulkan oleh ibu bapa mereka, malah ibu bapa pula membenar dan mempertahankan perbuatan salah mereka, mereka takkan rasa apa yang mereka buat itu salah.

17. Lalu itu lah yang berlakunya di sekolah/asrama kes buli, kes curi, kes gaduh, kes kurang ajar pada guru, sebab mereka takkan rasa apa yang mereka buat tu salah kerana tidak dididik sebegitu oleh ibu bapa mereka dari kecil. Bila dah buat kesalahan besar baru nak dihukum, semuanya dah terlambat.

18. Kesimpulannya, semua masalah besar yang berlaku pada hari ini semuanya bermula dengan mindset jahil ibu bapa/penjaga "Ala, biasalah tu budak-budak".

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: budaya buli sukar pupus semakin berleluasa kes pukul mrsm viral video gambar mentaliti ibu bapa keluarga pembuli terlahir asal usul
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.