Jumaat, 27 Julai 2012

28 Bila umat Islam semakin pupus

Hari2 Jumaat ni kita berbicara sedikit mengenai permasalahan agama yang semakin meruncing. Negara apa yang paling ramai orang Islam? Arab Saudi? Mesir? Iraq? Iran? Salah... negara jiran kita Indonesia. Walau Indonesia secara rasminya bukan negara Islam, tapi terdapat lebih kurang 200 juta penduduk Indonesia yang berugama Islam. Namun kini suatu krisis besar telah melanda Indonesia iaitu dianggarkan seramai 2 juta orang Islam murtad dan convert ke agama Kristian setiap tahun.


Kalau sekarang orang Indon masih boleh berbangga dan megah kerana mempunyai umat Islam paling ramai di dunia, namun jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara Kristian dengan Islam sebagai agama minoriti.


Nak baca dengan lebih lanjut boleh baca kat sini atau tengok video kat kempen Save Maryam bawah ni.


Orang kita dengan Indon kalau ikut sejarah dan susur galur lebih kurang sama je sebenarnya, dan apa yang berlaku di Indon sekarang ada juga berlaku di Malaysia, cuma bezanya negara kita dah meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia dan undang2 negara kita dah menjamin orang2 Islam di Malaysia. Di Indonesia undang2 Islam sangat rapuh, orang Islam boleh berkahwin campur dengan orang bukan Islam tanpa perlu convert, agama2 lain bebas diamal dan disebarkan sehingga kat TV terdapat saluran khas untuk agama Kristian, malah tiada undang2 khusus yang melarang umat Islam dari menukar agama lain secara terang2an.


Kat Malaysia kita beruntung kerana semua hak2 agama Islam dah dijaga dan terpelihara dalam undang2, yang tinggal cuma pelaksanaan undang2 hudud sahaja. Memang tak dinafikan ada juga kes orang Islam murtad secara senyap2 tapi mengikut undang2 mereka masih Islam dan tidak boleh mengisytiharkan diri untuk keluar dari Islam. Malah agama lain juga tidak boleh disebarkan sewenang2nya kepada umat Islam. Tapi aku pelik juga bila ada terbaca berita terdapat permohonan murtad yang diluluskan, bukan ke tak boleh? Tak pasti samada hanya melibatkan saudara baru yang baru convert agama Islam dan kembali ke agama asal atau orang melayu Islam yang memang Islam sejak kecil, sebab dalam perlembagaan orang Melayu tu juga adalah orang Islam seperti yang dah aku tulis kat sini.


Cuma kalau difikir balik kenapa ramai orang yang keluar dari Islam dan memeluk agama lain terutama agama Kristian? Adakah salah orang2 Kristian dan paderi2 gereja yang cuba menarik mereka dengan mendekati mereka, mengambil berat dan menghulurkan bantuan ketika ada orang Islam yang dalam kesusahan dan memerlukan sesuatu untuk mengisi kekosongan diri mereka, adakah salah boyfriend atau girlfriend mereka yang beragama lain yang mengajak mereka untuk convert ke agama mereka, adakah salah ibu bapa mereka, atau adakah salah sistem pendidikan agama Islam di sekolah2, salah pusat dan lembaga zakat, salah orang2 Islam yang selalu pentingkan diri, bergaduh dan bertelagah sesama sendiri, tak peduli hal orang lain, tak ambik kisah saudara seagama yang sedang dalam kesusahan hatta jiran sebelah rumah sekalipun atau lain2?


Benda yang berlaku di Indon tu memperlihatkan bagaimana pendekatan gereja2 Kristian cuba mendekati orang2 Islam yang susah dan menawarkan bantuan sama sahaja seperti yang dah lama berlaku di Malaysia. Cuma kat Malaysia ni mana2 melayu yang murtad tu tak berani nak declare secara terbuka kerana undang2 di Malaysia tidak membenarkan orang Melayu convert agama lain dan juga takut akan kritikan masyarakat, cuma terdapat beberapa melayu yang terang2an mengaku murtad antaranya seperti yang paling glamer Azlina Jailani a.k.a Lina Joy, Aishah Bokhari, Zara Shafruddin yang kahwin dengan Nick Rudd anak Perdana Menteri Australia, beberapa budak2 remaja melayu yang mengaku murtad di Facebook seperti Tajul Azri dan si Syahir Edward Martin Jesus yang nak bunuh diri sebab kena tinggal awek kat sini serta lain2. Berbeza dengan Indon, orang Indon yang murtad tanpa rasa bersalah boleh mengisytiharkan diri mereka murtad secara terang2an kerana undang2 mereka membenarkannya.

Walau orang Indon selalu maki dan mengutuk orang Malaysia, tapi bila perkara yang melibatkan ugama kita ni mungkin ada sesuatu yang kita dapat bantu atau sumbangkan agar kesucian Islam itu terjamin di negara mereka dan juga negara kita. Juga apa lagi perkara yang boleh diperbaiki di negara kita agar orang Islam sendiri berminat dengan Islam dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar agar dapat mengurangkan kadar murtad serta menarik juga minat non-muslim kepada Islam. Harap2 jangan sampai satu hari nanti kat Malaysia pun terpaksa membuat kempen Save Maryam sebab ramai sangat dah murtad. So what say U?


tags: kempen campaign save maryam #savemaryam indonesia indon indo negara paling ramai muslim umat orang islam 200 juta isu kes murtad 2 juta million setahun every year leave islam convert kristian christian melayu lina joy azlina jailani nur aishah bokhari zara shafruddin kahwin nick rudd anak perdana menteri australia gereja dumc bantuan perempuan tudung tajul azri syahir edward martin jesus bunuh diri facebook konspirasi hassan ali selamatkan akidah pupus

28 ulasan:

  1. Kata2 aku...umat islam sudah mendekati titik2 kesahihan Kata2 Nabi lebih kurang 1500 tahun dahulu soal kemusnahan umat islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btoi..kita umat akhir zaman,bencana alam makin truk,yahudi berkuasa,negara arab bergolak,manusia sibuk kumpul harta kekayaan,islam hnya pada nama..tp kehidupan x ubah seperti kafir..langgah arak,pi berhibur kat club..seks bebas.

      syurga tu perkara balasan paling indah yang Allah sediakan,jadi nak dapat syurga,mmg perit cabaran,dugaan kat dunia ni.manusia hnyut,tu la jadi bila bertuhankan harta kekayaan.dunia ni idup sat ja..kat akhirat tu yg smpi bila2.biaq pi la aku x kaya,x mewah,x bebas bersosial..daripada aku perabih duit pi dicso,judi,minum arak.tgn aku kena api sikit pun aku dah menjerit sakit,luka sampi ayaq bisa kuaq..apatah lagi kena cmpak dalam api kat neraka tu..tobat,aku xmau

      Padam
  2. marilah kita menambah amalan di bulan mulia ini.

    BalasPadam
  3. peranan masing2 dalam bab ini , kerjasama pon takdak satu sama lain , payah juga.. hmm

    di mana ISLAM IMAN IHSAN kita ? :(

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. yang selalu kata malingsia ni memang orang indon kristian la ni.

      Padam
    2. haha..mst sah la yang ni indon kristian..lau asal kristian xpe ag,ni tkut jenis yang murtad je

      Padam
    3. nama dah didik budi..
      tapi perangai...

      Padam
    4. yg korg gi percaya tu kenapa... tu budak sengaja mahu panaskan blog

      Padam
  5. Salam Jumaat..

    Acapkali kita gaduh pasal bola, budaya dan sempadan dan sebagainya..
    so, marilah kita malaysia indonesia dan islam serata dunia bersatu dibawah kesatuan ISLAM..mesej ini, mesti disebarkan..mungkin mesej ni boleh jadi starting kepada kesatuan islam..who know?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nazha anua,dari dulu ag..ramai dah org yang berpendapat,indonesia dan malaysia boleh disatukan dengan agama islam.tp hasilnya,xde perubahan.reaksi indon tetap sme kat malaysia.sebab pe?sbb,tgk sendiri negara diorang.malaysia de rasuah dalam politik,indon ag la berganda2..rusuhan kita paling ganas pun- bersih...rusuhan diorang siap bakar bangunan,bakar stesen keretapi,tahap sosial negara kita meningkat..agama islam sering terancam..tp kita cuba pertahankan,indon lak..bebas cmtu je nak kuar dari islam.Maknanye kat sini,kita payah nak jadikan islam tu sebagai pengukuh ukhwah antara kita ngn indonesia.sbb islam itu sendiri bukan apa yang menjadi keutamaan di sana.senang citer,wat xtau je la.ag baik tlg sedare kita kat palestin..bagi sumbangan untuk diorng,yang mmg sah2 sdre kita yang sibuk pertahankan agama.

      Padam
    2. Setuju dengan Tanpa Nama 27 Julai 2012 1:49 PTG...terbaik ^_^

      Padam
  6. umat islam perlu bersatu hati...

    BalasPadam
  7. en noob, apa dah jadi dgn budak martin yg nk bunuh diri sbb awek tu? dia dah bunuh diri ke? dah sebulan lebih dah ni dari tarikh yg dia bagitau...

    BalasPadam
  8. perbalahan syiah vs sunni yang tak habis2 mungkin akan menjauhkan orang bukan islam untuk mendekati islam. and I find this worrying.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perbalahan islam umno vs islam pas yang tak habis2 mungkin akan menjauhkan orang bukan islam untuk mendekati islam. and I find this worrying.

      Padam
  9. Macam kebetulan je entry kau ni Noob. Baru semalam aku buat entry pasal orang non-Muslim convert ke Muslim, tapi bukan benda ilmiah pun. Luahan hati je.

    BalasPadam
  10. untuk pencerahan semua http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2012/07/the-murtad-wars.html

    BalasPadam
  11. tak mustahil Malaysia pulak jadi mcm dorg. isshhh..takotner!

    BalasPadam
    Balasan
    1. btoi tu,harap2 la xjadi.awak pun kena maintain la jugak..patuh kat Allah..tu pki tudung tu dah nmpk cntik sngt dah.Truskan.(mata dok prati betol2,cmey jugak..subhanallah,bulan posa ni ya Allah..kuatkan la imanku...cobaan).

      Padam
  12. dunia dah nak hampir ke penghujungnye.. same-samelah kite.....

    BalasPadam
  13. bawak geng2 tabligh orang malaysia. kita bawak ke indon. 4 tahun, 1 tahun, 3 bulan, 30 hari duduk berdakwah kat sana. ini idea dari akulah....

    BalasPadam
  14. Perkara sebegini mmg sudah tidak dpt dielakkan lg Bro smua krn perkara ini bkn stakat berlaku di Indonesia dan Malaysia sja tp percayalah bahawa perkara ini berlaku pada semua negara-negara atau lbh tepat lg kpd umat islam serata dunia.. percayalah dan ketahuilah bahawa Rasulullah SAW prnah berucap pd sahabat-sahabat baginda berkenaan perkara2 yg bakal berlaku pada zaman sahabat baginda, pada zaman setelah zaman sahabat baginda dan zaman zaman kini dan perkara ramainya umat yang keluar dr islam ini pn ada disebutkan...

    disini aku nk kongsi skit ucapan Rasulullah yang bakal berlaku di akhir zaman ini sbg penanda KIAMAT SUDAH DEKAT.....

    1. Islam akan asing sebagaimana permulaan munculnya
    2. Kehancuran Kaabah
    3. Keinginan seseorang untuk mati
    4. Ramainya orang yang keluar dari Islam
    5. Ketiadaan Imam untuk Solat Jemaah
    6. Solat Tanpa Keimanan
    7. Berpindahnya penduduk Madinah
    8. Haji tidak dikerjakan lagi
    9. Terhapusnya Syariat Allah dari muka bumi
    10. Manusia bersetubuh umpama keldai
    11. Banyaknya kematian

    Itu antara sedikit sebanyak ucapan Rasulullah yg semakin menjadi kenyataan yg mana dpt aku kumpulkan dan setelah beberapa perkara ini terjadi maka kita semakin hampir kepada KIAMAT....berikut ialah tanda-tanda kiamat:
    a. Keluarnya asap
    b. Keluarnya Dajjal
    c. Keluarnya binatang
    d. Terbitnya Matahari dari Arah Barat
    e. Turunnya Isa Ibn Maryam (Nabi Isa)
    f. Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj
    g. Terjadi tiga kali Gerhana
    h. Api yang keluar dari Wilayah Yaman.

    RENUNG2KANLAH DAN SELAMAT BERAMAL........

    BalasPadam
  15. orang Kristian dan penganut agama lain akan sentiasa menarik org spt org Islam masuk agama mereka. tapi tak bolehlah nak salahkan mereka sbg punca ramai umat Islam murtad. yg bijak pandai agama pun asik berbalah sesama Muslim, mengkafirkan orang yg tak sefahaman dgn mereka dan menakut-nakutkan saudara Muslim yang lain dgn pelbagai fahaman sehingga pemikiran jadi sempit dan terhad kepada soal2 yang remeh dan melupakan persoalan utama. membuat undang2 yg menghalang Muslim murtad tidak menyelesaikan apa2 malah ini bertentangan dgn firman Allah.

    pendakwah Islam hendaklah mengubah cara mereka berdakwah. siapa nak dekat dengan pendakwah jika berbaju kepam dan berbau hapak? dah tu pandang org pun macam nak makan. bila bercerita asik2 mengharamkan itu ini; seperti menggambarkan Islam ni nak haramkan segala benda.

    nak berdakwah kena berilmu; bukan takat tau hukum hakam aje. cara penyampaian, taktik mendekati khalayak, penampilan diri, cara bercakap dan mendengar, isu semasa masyarakat dll mesti ambil tau dan gunakan dalam dakwah. kurang2 kita ambil cara dakwah Kristian; menekankan kasih sayang dan kemaafan. saya kira tema dakwah begini lebih dekat dgn jiwa manusia. Allah bukan takat bercerita tentang seksa neraka, tapi juga sifat Allah yg maha mengampun dan maha pengasih.

    penyampaian dakwah mestilah mempunyai info yg tepat. caranya merujuk kepada al-Quran sebagai sumber utama. Arahan Allah mesti ketengahkan dulu sebelum perkara lain.

    banyak salah faham Islam yg berlaku hari ini kerana salah penganut itu sendiri. mereka memutarbelitkan fakta dan mengakui pendapat sesetengah org sebagai ajaran Islam untuk kepentingan diri. al-Quran dituduh sebagai dokumen yg tak lengkap dan sukar difahami serta memerlukan tafsiran org2 tertentu. jadi tak hairan umat Islam murtad atau tak peduli ajaran Islam secara pukal; pesanan Allah dihalang oleh mereka yg mengaku beriman kpd Allah.

    bijak pandai agama yg konon menjaga kesucian Islam, sila berhenti kafirkan saudara seagama anda dan muhasabah cara anda berdakwah selama ini; berkesan ke tidak. jgn dakwah syok sendiri.

    yg kita2 ni, jgn berharap ustaz/ ustazah/ cikgu saja yg mengajarkan kita agama saja. kecik2 dulu bolehlah diajar, dah tua bangka takkan tak reti cari ilmu sendiri? banyakkan membaca dari pelbagai sumber. gunakan akal waras. fikirkan relevan Islam dalam hidup anda. Islam adalah cara hidup yg sesuai dgn fitrah manusia. jgn terima bulat2 apa yg diajar. iman tak boleh dipaksa; ini bergantung kepada individu.

    BalasPadam
  16. saja nak up kan entry ni di Latest Comments.

    insaf insaf. hidup ini pasti akan bertemu penghujung, kiamat pasti akan tiba.

    dah2 jgn gado2, mari kite hidup aman damai menjalankan cara hidup islam yg sbnar.

    BalasPadam
  17. dunia nak kiamat dah, tingal tanda kiamat besar jew nak muncul..

    BalasPadam
  18. suara kebenaran akan berbicara sendiri..

    BalasPadam
  19. do you know why people left Islam? Kenapa depa pi Kristian? sebenarnya pasal ustaz-ustaz yang taruk ajaran Kristian dalam agama Islam...kau baca Bible kau nampak habis semua tahyul dongengan Bible ada dalam hadith nabi...terpulang kau nak kata aku anti hadith ka apa...aku biasa...tapi kau tau tak citer pasal Nabi Isa turun dari langit, sangkakala ditiup, Imam Mahdi tu semua tahyul dongengan Paderi John yang meracau tulis Revelation dalam Bible...kalau kau tanya aku kenapa ramai orang Islam jadi Kristian? sebab depa terpengaruh dengan ustaz lakhanat (maaf) nih! Apa beza lagi agama Islam dengan Kristian kalau kita percaya juga Nabi Isa turun dari langit dan membunuh babi? he he!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.