By Nazha Anua @ http://kartunster.blogspot.com/
Penjawat awam di Persekutuan dapat bonus raya setengah gaji atau minima RM500, orang gomen Selangor dan Perak dapat juga bonus, orang Felda pun dapat duit raya. Sesetengah syarikat swasta juga ada yang majikannya baik hati bagi bonus raya. Bila2 time orang gomen dapat bonus atau naik gaji, time tu lah ada peniaga2 ambik kesempatan naikkan harga barang.
Alang2 dah cerita pasal gomen, kesinambungan daripada isu turun harga kereta kat sini tempoh hari, ada sedikit isu panas pasal orang kerja gomen dengan orang kerja swasta. Dulu pun pernah panas sekali kat sini pasal isu kerajaan benarkan orang ada degree minta jawatan spm. So aku nak bukak balik topik antara keje gomen dan swasta, kenapa ramai orang nak kerja gomen berbanding kerja swasta, padahal kalau diikutkan keja gomen tak boleh nak buat duit pun, kenaikan gaji tahunan dah fix, kalau RM80 tu RM80 la sampai bila2 selagi tak naik pangkat. Elaun pun macam tu jugak la fix tak la bertambah2 pun.
Nak naik pangkat pun sikit punya susah, biarla kalau korang rajin dan excellent sekali pun, sebab nak kena ambik exam la, nak kena tunggu giliran sistem senioriti, nak kena tunggu kekosongan lagi, kalau open service macam PTD, PLV atau PTM tu mungkin cepat sikit nak naik, tapi kalau close service, samada nak kena tunggu orang atas kita tu berhenti atau mati baru ada peluang nak naik pangkat. Bonus toksah cerita la, nasib PM nak bagi dia bagi, kalau dia rasa tak nak bagi dia tak bagi, ikut musim. Kalau musim2 biasa je mungkin dapat la RM500 sorang, tapi kalau musim dah nak2 pilihanraya, boleh la nak dapat setengah bulan gaji. Nak dapat sebulan gaji tu susah sikit la. Tapi kenapa ramai juga memilih kerja gomen? Mungkinkah kerana:
- Ada kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
- Cuti tahunan yang banyak mengikut kelayakan
- Cuti bersalin pun banyak
- Rawatan percuma di klinik dan hospital kerajaan
- Boleh buat pinjaman perumahan
- Ada pencen bila dah bersara pada umur 55/58/60 tahun
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
- Kerja lebih free berbanding swasta dan lebih banyak masa boleh diluangkan bersama keluarga
So kalau kerja swasta biasanya pendapatan diperolehi melalui perniagaan yang dibuat samada jual produk, perkhidmatan dan lain2, so makin maju perniagaan makin banyaklah untung, makin banyak untung makin banyak la pekerja boleh hire, makin banyak gaji boleh bayar, makin banyak bonus boleh bagi. Tapi berbeza dengan gomen, main business gomen adalah berbentuk perkhidmatan kepada rakyat dan orang awam, justeru mereka tidak membuat apa2 transaksi perniagaan. Oleh itu pendapatan gomen ni diperolehi semata2 dari cukai orang ramai dan syarikat2, duti eksais import eksport, saman2 polis dan lain2, makanya pembayaran gaji dan bonus kepada kakitangan awam datang dari sumber2 tersebut.
Berapa sebenarnya pendapatan kerajaan kita sekarang? Banyak orang yang menuntut agar turunkan harga kereta, harga minyak, harga tol, harga makanan, bil api air, turun atau mansuhkan cukai itu ini dan lain2. Namun ada suara yang mengatakan sekiranya semua benda turun atau mansuh, maka pendapatan negara akan berkurang, justeru kemungkinan gaji penjawat2 tidak akan naik atau mungkin turun dan kerajaan tidak akan dapat nak bagi bonus kepada mereka. So disebalik tuntutan2 turun harga dan mansuh cukai ini, terdapat juga orang yang tidak bersetuju terutama daripada penjawat2 awam yang kebanyakannya mungkin mereka dalam dilema seperti nak luah mati bapak nak telan mati mak, sebagai rakyat juga mereka nak juga barang semua turun harga, namun di sudut kecil hati mereka mereka nak juga merasa gaji besar dan bonus seperti mana orang yang bekerja swasta.
So kalau ada dikalangan pembaca yang dikalangan penjawat awam atau swasta, mungkin boleh menjawab 2 persoalan ini.
- Anda prefer kerja di sektor awam atau swasta? Apakah faktor2 yang membuatkan anda nak sangat bekerja di sektor2 tersebut?
- Sejauh mana anda bersetuju dengan kenyataan di atas, sebagai penjawat awam, adakah anda setuju mengorbankan sedikit pendapatan dan bonus anda agar harga2 barang dan cukai dapat diturunkan, ataupun sebagai seorang kakitangan swasta, adakah anda setuju untuk hidup dengan harga barang dan cukai seperti sekarang agar kakitangan awam dapat menikmati sedikit bonus seperti anda?
tags: penjawat kakitangan pekerja awam gomen kerajaan government dapat bonus duit raya separuh setengah gaji minima rm500 negeri perak selangor peneroka felda imbuhan bulan ramadhan puasa sebelum hari raya aidilfitri 2012 kenapa bekerja sektor awam syarikat swasta berniaga perniagaan keuntungan hasil pendapatan cukai saman
swasta.hehe
BalasPadamkerajaan.hihi
Padamsuami keje swasta.. isteri keje la kerajaan.. bru adil kn..
Padamtak adil jugak.. isteri keje swasta sbg isteri nepal.. suami keje kerajaan.. baru adil..
Padamsalah
Padamlaki bini bukak McD
ok?
laki buka KFC.. McD..
Padambini bukak benda lain..
hmmmmm
BalasPadamgomen kot
kakkaaa
hsssssss
Padamwasta kuit
kikkiii
Marilah kita bersama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.
BalasPadamsendiri bikin.
BalasPadamsaya pilih snack plate,spicy.
BalasPadamGomen untuk wanita..trust me..swasta stressful for girls...
BalasPadamni la pemikiran2 sempit orang melayu. patut orang lelaki la meramaikan sektor2 awam. sekarang tengok PTD pun berlambak2 orang perempuan. kenapa ramai perempuan, sebab orang perempuan ramai yg result kat universiti dulu bagus2 dan 3.0 pointer lepas tu mintak gomen. orang lelaki ramai result tak bagus, lepas tu kalau yg bagus2 tu tak nak keje kat gomen, takde standard katanya, pastu konon2 kejela dgn swasta syarikat2 besar petronas ke shell ke hp ke.
Padamdahnnya korang tau apa kesan dia? ramai orang perempuan yang memegang jawatan2 tinggi di jabatan2 kerajaan dan hasilnya mcm korang tengok sekarang kat gomen. bukan nak memandang rendah pada perempuan tapi begitulah hakikatnya. last2 yg mentadbir badan2 kerajaan, yg buat dasar2 kerajaan semua org perempuan, ikut kepala otak org perempuan. korang rela ke orang perempuan yg mentadbir negara kita, buat dasar, piagam, target, kpi apa ke semua?
ye ke tanpa nama???
Padamperempuan dapat pointer bagus2 jadi dapat kerja kerajaan dan memagang jawatan tinggi..
lelaki pi mana? awat yang tak dapat pointer tinggi..PEmalas kot.masuk serenti kot.orang malas mana boleh pegang jawatan tinggi..
ye le.. ko pehal pompuan? ko pointer berapa dulu?ada org rajin tp xde rezeki nk dpt 3 pointer.. bukan semua yg dpt pointer 3 tu sbb rajin, ada sbb dah puas kena ehem2 dgn lecturer..better bukak balik diary korang masa belajar tgk betul ke dpt 3 pointer tu sbb usaha belajar..ada yg pakwe tolong watkan paper, alih2 xjadi kawin..bodo punya laki..
Padamntahnya... setakat ulat buku pandai teori tu bolehla. cuba praktikal sikit tengok camna? kat univ buat assignment pun mesti nak satu group dgn orang laki, lepas tu orang lelaki tu bodo la jadi balaci perempuan2 ni buat assignment sorang2 terutama kos2 engineering, IT, last2 yang pointer tinggi tu budak perempuan, cam shial. bila dah kerja perempuan2 ni la jadik bos, dah la cerewet, bossy, suka lepas tangan, tak backup anak buah, kedekut, mcm2 lagi la sbb rasa diri lebih hebat dari org lelaki cam haram
Padamko puas ati RULZA? cit podah punya pompuan nak kutuk2 org.. tak sedar diri... time susah bgantung dgn laki.. time senang, dia katanya kita pemalas, masuk pusat serenti..bangga boleh pegang jawatan tinggi.. perasan bagus la dia ni.. zack tu jaga nepal je gaji 3ribu..jawatan tinggi jugak tu..
Padamkesianlah kat kamu ni...camana nak jawat jawatan tinggi..bahasa tak mencerminkan diri tanpa nama begitu...
Padamsebenarnya malas nak jawab sejak tanpa nama balas yang first sekali..tapi sungguh, saya kesian ngan bahasa kamu ni...
yala kami ni pompuan bodoh..sian kat kami ni kan...dah takda dah yang berkualiti lam dunia ni..sian sungguh..
lelaki semua tererr..semua pandai..tu yang adik leh cakap camni..:)
good!!
cuba2lah semak balik apa yang dicakapkan tu betul ke idak..
kadang-kadang pandangan kita betul tapi taklah terkena pada semua orang..
Padamyang jahat..jahatlah tapi tak semua jahat..
yang buruk tu buruklah tapi tak semua pun buruk..
rasulullah cakapnya lemah lembut...marahka tak setujuka..cakapnya masih berlapik-lapik...
tanpa nama di atas mungkin org yg jd lelaki yg dikatakan sendiri..
Padamaku sbg perempuan amik engineering TAK PERNAH mempergunakan lelaki tuk wat keje aku mase kt U dulu.. pointer 3above setiap sem TANPA bantuan lelaki laa..skang keje swasta... dengan usaha sendiri..
jgn la menuduh2 yg bukan2... cuba la ubah persepsi positif dlm diri sendiri..
Yola tu RULZA.. baca balik apa yg kamu tulis? ada kamu cakap lemah lembut? kamu kata org lelaki malas la, masuk serenti la..pastu bila org ckp kat kamu semula, tahu pulak kamu suruh org ckp elok2.. siap suruh tiru Rasulullah lagi.. malulah wei.. cakap tak serupa bikin...banyak bising la lu minah.. duduk la kamu di tempat yg kamu banggakan tu..xkemana..
Padamlain kali cakap2 elok2 sudah..
mungkin ayat tu nadanya dibaca dengan marah..saya tulis dengan nada gurau supaya fikir balik apa yang ditulis...
Padamtapi memang realiti budak lelaki banyak masuk seranti bila dibuat statistik untuk kaji kenapa lelaki ramai tak ke universiti..
saya dulupun amik meki..pointer taklah hebat dan saya buat dengan usaha sendiri..memang ada pertolongan dr kawan2 tapi saya tidak ambil kesempatan..
alhamdulillah sedang cr peluang untuk buat Phd..master selesai dengan hadiah 2 orang anak ketika buat master by research...:)
laa, org tak sembang ngan pompuan bagus mcm ko.. org sembang ngan pompuan yg kata lelaki pemalas masuk serenti..kalo ko rasa diri ko bagus, just shut up!.. xde apa masalah pun lelaki ke pompuan bagus.. yg penting sesame masuk keje buat keje dpt gaji berniaga dsb. kalau tanpa nama di atas ckp tu memang pengalaman dia..memang dia bodo la tolong pompuan yg xjadi bini dia akhirnya..
Padammasuk serenti tu salah satu sebab dr banyak sebab yang lain..
Padamoklah tanpa nama peace no war..:)
tak semua perempuan teruk...:)
tak semua lelaki teruk..
Antara yang baik tentulah suami dan ayah saya..:)
bila membaca tak sama dgn berkata2... jadi ada sesetengah ayat tu nampak mcm menghina...tp niat sipenulis tidak la begitu... jadi pandai2 la kita sbg pengomen mengomen dgn agak tersusun agak tidak menjadi salah faham... biasanya pembaca ni butthurt..biasalah lelaki ada ego dia... sombong.. kena perli sikit dah marah... tp xtau jugak entah2 dia balas pun gurau2 tp gurau kasar...udah2 ler tu..dah nak berbuka dah pun ni..
Padamsaya ni takdelah bagus mana..banyak benda lagi kena belajar..tapi encik tanpa nama ni tulis cam semua perempuan teruk betoi..
PadamTerbaiklah RULZA!!!! clap clap clap.. mendamaikan suasana... I loike it.. walaupun ada betulnya apa yg ko cakap, tapi ko merendah diri, mengelak dari berpanjangan.... Tanpa Nama... hulurkan tangan, bersalam bermaafanlah..
PadamOpss... RULZA ni salah faham ni... Tanpa Nama yg atas tu bukan saya.. saya bagi ayat penenang je lepas RULZA ckp xsemua perempuan teruk...:) tak semua lelaki teruk...
Padamitu tanpa nama lain.. saya angkat bendera putih awal2..
3 orang Melayu tempe kok dah marah2 sich? xD kikikiikik
PadamMentaliti kampungan alias bermental tempe,Mendidik lembu dan ketam lebih senang dari mendidik Melayu bermental tempe.. Kasihan! pondan dan lembik sekali! kikikikikik :DD
dah2,jgn gaduh..semua org salah.semua bangang..xde yang btul n pandai..bulan pose,jgn gaduh2..klu boleh jgn la marah2 dan ikutkan sngt perasaan tu.
Padambapak kuno mentaliti..
PadamDalam banyak2 otak, saintis menilai otak org Melayu paling mahal. Kalau anda semua pandai belaka, kenapa mahal?
PadamBhai Noob...
BalasPadamMana lu hambek gambar plant Oil & Gas yang gua kerja tue... hehehe ... tak aci la maen rembat.... hahaha
Kalu gua.. antara kerja gomen ngan kerja swasta.... gua prefer jadi bapak ayam..... hahaha
Wah,untung manyak nak raya ni..lol
PadamBhai Nazha Anua...
PadamTue la pasai.. hahaha
time raya harga ayam naik... permintaan daging ayam tinggi.. tokey kelapa parut pun perut buncit dapat untung byk... ko ni kategori bapak ayam daging ke bapak ayam yg ngankang shj spt perempuan nepal isteri org tu?
Padamaku ex gomen
BalasPadambased on pengalaman aku katakan org gomen bertaklid keja utk bayar loan
walau bkn semua, tapi mostly 89% of them
memang ada yg baguih
tapi tak ramai
bila start niat keja gomen sebab nak buat loan
keja tu dah tak ada kemanisan, tak produktif, tak ada matlamat
buat keja pon muka monyok, muncung
p keja habuan nk menggedik dgn anak teruna/laki org
owh btw, sebagai seorang lelaki melayu terakhir yg agak minoriti kat opis aku dulu
aku seringkali menghadapi sexual harassment dari pada kakcik2 (ibu2 muda) yg berkeliaran di opis tersebut
rindu pulak zaman2 tu huhu
dulu ex-gomen? dulu masa gomen kontrak ke atau permanent? selamba je resign? memang tak kisah pun dengan benefit2 gomen tu ye?
Padamdulu permanent, tp tak sempat confirm
Padamresign tak sampai setaun
rezeki dtg dari Allah, bkn dr gomen
kalau belum confirm tu bukan permanent.. org tanya tak kisah ke benefit yg ditawarkan..bagila jawapan best sikit.. ni rezeki dtg dr Allah.. itu semua org tahu.. xsebut pun tau.. keje kerajaan pun rezeki dtg dr Allh.. sbb tu xleh kutuk sgt keje kerajaan... yg org nk tau xkisah ke benefit yg xbest kerajaan bagi tu?
PadamEmosional gile brader kat atas ni...xconfirm tu maksudnya xsampai 3 tahun lagi.. Xconfirm dan Permanent dua topik yang berbeza...belajar
PadamHidup swasta! wakakkaka... xD
BalasPadamOtak tepu kalau keje Gomen..cabaran memang banyak kerja dalam sektor swasta..tapi LUMAYAN Bah!
Orang yang kerja dengan Gomen adalah orang yang tak yakin dengan masa depan,sanggup pakai kabel,sanggup tunggu berbulan2 malah bertahun2 nak keje gomen punya pasal..sedih tengok coz memang ada sebilangan tu dah keje elok di sektor swasta gaji pun lumayan tapi sebab nak kerja senang dan "terjamin masa depan" kononnya..sanggup berhenti dan pergi kerja gomen..mentaliti tempe!
Sektor gomen adalah sektor pekerjaan tepu,klise dan tipikal bagi warga Melayu..Kerajaan seharusnya mengalakkan rakyat bekerja di sektor swasta tapi apa yg mereka buat?gula2kan lagi Umat2 Melayu bermental tempe ni..semalam TV9 buat survey kenapa NON-BUMI tak minat kerja Gomen..tahu apa dorang cakap?sektor gomen khas bagi umat Melayu bermental tempe nak cari kerja..Malu je dengar..sampai dorang cakap dorang tak akan ada peluang jika minta kerja di sektor gomen sebab dah dikuasai orang2 Melayu.cehhh..Umat Melayu tempe yang memalukan ^_^
aku keje gomen tapi aku masuk atas usehe aku dan aku langsong xde memane kabel pon...rezeki Allah..dulu aku keje swasta gaji macam ci sebab keje kat kilang ci..masuk gomen alhamdulillah gaji berganda2...klo ko cakap orang gomen fikiran tempe bagi penjelasan apesal ramai nak masuk gomen...gomen baru dapat bonus 1/2 bulan gaji pon korang da meroyan...
Padamlu ni kenapa zack? kesian aku tgk kau ni... mesti ko dulu mintak nak keje gomen tak dapat2 kan hatta jadik driver atau pekerja am pun tak dapat... sbb tu asyik kutuk orang gomen je... kesian
Padamorg gomen banyak yes man atau bertaqlid buta gak.
Padambermental tempe? mohon keluarkan link statement ini..
zack budak SPM yg berlagak bagus sbb jaga Nepal sepanjang hidup dia. Kahwin pun dgn Nepal, bosan giler.
PadamDia ingat hanya swasta je la keje tak otak tempe.. korang baca pemikiran dia pun dah tahu otak dia lebih tempe dari tempe2 busuk yg korang jumpa.. hahahahahaha..
3 orang Melayu tempe kok dah marah2 sich? xD kikikiikik
PadamMentaliti kampungan alias bermental tempe,Mendidik lembu dan ketam lebih senang dari mendidik Melayu bermental tempe.. Kasihan! pondan dan lembik sekali! kikikikikik :DD
salah landing lak! hihihihih :DD
Padamhahaha..tkut aku tgk si zack ni,anti bebenor dia dengan keje kat gomen ni.rilek zack..lau nak benci,sikit2 dah la..simpan dalam hati.lau nak tunjuk kebencian tu sngt,salurkan kebencian tu kat israel tu..
PadamBuat business jual kambing lagi bagus..ada untung...lalalala...*sambil berlalu pergi*
BalasPadamMohon komen juga persoalan kedua:
BalasPadamSebagai penjawat awam, adakah anda setuju mengorbankan sedikit pendapatan dan bonus anda agar harga2 barang dan cukai dapat diturunkan, ataupun sebagai seorang kakitangan swasta, adakah anda setuju untuk hidup dengan harga barang dan cukai seperti yang ada sekarang agar kakitangan awam dapat menikmati sedikit bonus seperti anda?
Pendapatan Kerajaan bukan sekadar dari hasil cukai semata2..Pendapatan terbesar Gomen datang dari hasil bumi contohnya Petroleum..selama ini pun Petronas yang duk bela Kerajaan Pusat..ditambah lagi dengan syarikat2 GLC yang lain yang menjadi sumber pendapatan Gomen.
PadamLihat,jika orang swasta sanggup berkorban pun dgn sistem cukai sekarang..barang tetap harga tinggi..tak kemana juga duit tu.
Aku pun tak setuju sangat dengan dasar2 dan manifesto yg dibuat PR contohnya nak rendahkan Harga Minyak kerana ia adalah cadangan tak munasabah..lebih kepada janji manis..jangan nak bandingkan dgn Brunei..Negara dia kecil dan Rakyat dia pun sedikit gila,simpanan minyak pula..perghhhh!!!memang lah boleh tampung rakyat dia,just kita hapuskanlah cukai2 tak munasabah macam cukai Kereta Nasional tu..kalau nak naikkan lagi cukai kereta import no hal bagi aku hihihiih..
P/S..mesti ada yang nak compare dgn venezuela dgn negara2 arab soal minyak ni..kamon lah..check dahulu deposit simpanan petroleum dorang macamna sebelum nak compare dengan deposit simpanan minyak kita..simpanan minyak kita pun terletak di kawasan pertikaian dgn negara lain..tak payah berangan lah nak minyak murah macam dulu2.
yup setuju,,,kalau PA x dapat bonus or nk kurangkan pendapatan sendiri pon harga barangan masih sama...ikotkan gaji PA ni masih lagi kecik..takkan nk kecikkan lagi..taraf hidop kat malaysia ni mengalahkan amerika layaknye..beze,gaji kat amerika sane tinggi jek sesuai dengan taraf hidup mereka...so kesimpulannye,,aku tak setuju gaji aku dikurangkan semata nk harga barangan rendah...macam gali lobang tutop lobang jek centula
PadamOrang yg komen janji manis PR tanpa melihat dari mana PR boleh hasilkan janji, itu org yang bodo sombong. PR bukan berjanji atas dasar simpanan minyak ke ape.. luangkan masa membaca baru komen.
PadamHabis tu PR berjanji atas dasar apa?atas dasar pendapatan Petronas? preettt!
PadamNak habiskan semua pendapatan petronas untuk kesenangan kita sekarang? anak cucu kita esok macamana pulak? otak ada ke tak ni? jangan pikir nak senang je.
Sorry la beb..orang yang jenis lembu politik je yang percaya dengan setiap kata2 setiap pemimpin politik mereka..yang nak defend orang melayu la,yang nak defend kepentingan kaum lain lah,yang nak defend kesamarataan setiap kaumlah lah! busyittt! dorang berjuang untuk perut sendiri je..mana ada berjuang untuk perut rakyat.
Lihat PR sekarang,apa yang dorang kutuk dan kata dekat BN dahulu pun dorang turut buat sekarang..penyambung legasi just berlainan logo dan ideologi sahaja.Nama pun Politik!
Aku paling benci manusia yang taksub politik! BODOH!
Zack, ko idolaku.
Padamko benci org taksub politik.. tp ko sendiri terlampau lebih2 dalam membenci... utk apa? sekadar memekak je... satu hasil pun takde.. org buat manifesto, bukan main tulis jer... ada ler dia punya sumber yg dia nampak apabila dia pula pegang kerajaan... bukan main semberono menulis.. soal dia nak perjuangkan perut sendiri ke ape, lantak dia la.. mcmlah diorg tu berada kat atas tu lama sangat.. anytime bleh tendang kalau rasa xpuas hati.. bukan takat melalak kat blog, tp xde membawa apa2 perubahan pd negara... duduk beku la kat kerusi jaga nepal ko tu..
PadamElakkanlah mengulas isu-isu politik sedangkan al-Qur'an dan as-Sunnah tidak pun dibaca mahupun dirujuk. Sebaliknya hanya sibuk menganalisa dengan berdalilkan kata-kata fulan dan fulan, surat-surat khabar, dan sumber-sumber yg fasiq lainnya. Konon mahu menyelamatkan negara, tetapi dirinya sendiri pun dalam bahaya kerana mendahulukan sumber-sumber fasiq berbanding wahyu.
Padamsalam,
BalasPadamSektor swasta,
1. Sketor awam di Malaysia adalah tertinggi di dunia. Menjadi trend negara maju dan mundur di dunia sekarang mengurangkan PA mereka tetapi Najib melawan arus menabah PA,
hairannya perkhidmatan yg diberikan tidak menggambarkan jumlah PA yg ramai, masih lembab dan lambat.
http://malaysiaflipflop.blogspot.com/2011/12/highest-ratio-of-civil-servants-in.html
2. Tidak membazir, dalam satu kajian knp PA banyak lepak dan curi tulang, kerana 1 kerja ada 7 pelaksana (1 jab, 7 kerani), di swatsa 7 kerja 1 org buat. Di pejabat kite hanya da 3 org utk operasi man power, head hunting dan maid service, dorg buat dari cuci tandas, admin dan managerial.
3. Terdedah kpd makan haram, bnyk PA kerap curi tulang, ponteng, datang lewat, atas sebab famili first, bisnes luar, lepak kantin.
4. Swasta duit sendiri, anda berdosa kpd bbrp org shaja, bos dan pelanggan, gomen duit rakyat, maka anda berdosa kpd seluruh rakyat Malaysia bila anda tidak perform kerana anda makan gaji duit mereka.
respon kpd persoalan kedua.
Kite bukan PA jdi tak tahu, tapi nk komen, PA akan cakap knp bila PA dpt bonus bising, bila swasta tidak,
SBB yg sama, kerana swasta duit mereka, gomen duit rakyat, setiap kali bonus duit rakyat keluar, maka rakyat akan hilang sesuatu sbb itu sektor swata naikkan harga bila PA dpt bonus, utk ambil balik duit mereka.
KLIK tawaran ke IPTA tapi tidak boleh pilih course
tak habis2 cakap duit rakyat duit rakyat... rakyat bayar cukai itu wajib, duduk la negara afrika mana pun. bila dah masuk ke kantung kerajaan, itu dah jadi duit kerajaan, pendapatan kerajaan. istilah2 duit rakyat tu hanya istilah2 politik yg dicipta dan digembar gemburkan oleh fuckatan yg hanya nak menunjukkan sikap rebel dan membawa budaya agar rakyat membenci kerajaan, polis, institusi raja dan penjawat awam amnya...
PadamIni salah sorang tak paham apa yg dimaksudkan duit rakyat. kejadahnya apa kalau kerajaan guna duit untuk tujuan peribadi..dari situ timbul duit rakyat.rakyat keje penat2 beri pada kerajaan utk kerajaan support rakyat semula...tak perlu nak fuckkan sesape dlm isu ni.. tolong hormati bulan yg mulia ini
Padambongok...duit rakyat la wei.....bongok,bongok,bongok...bodoh..bangang
Padamapa bukti kerajaan guna duit untuk tujuan peribadi? kalau dah dasar fuckatan tu fuckatan jugak. adakah buat pembangunan, bagi bantuan BR1M, bina kedai, klinik 1M itu tujuan peribadi? kalau semua nak claim duit rakyat, tak payah la buat pembangunan itu ini, kita semua duduk je dalam hutan, bina khemah pondok tak payah bayar cukai apa2.
Padamnak kata baghal, ni bulan ramadhan.. kalau tak tau apa2 toksah citer la.. rasuah itu peribadi, bermewah2 dgn cincin ntah hape, itu peribadi.. benda rahsia kerajaan apa kejadahnya nak tunjukkan kat blog ni.. bodo sungguh la ko ni..
Padamkah kah kah... ada juga spesis manusia kata BR1M tu duit kerajaan? kah kah kah.. budus tahap cipan.. abis duit kwsp pekerja swasta korang dah telan buat BR1M, pastu nak claim kerajaan bagi 500 satu keluarga selesai segala masalah... dgn org yg buat iklan bangang, yg tukang jadi anjing nak bela penzaliman pun 2kali bangang..
Padamhahahaha... ada jugak mintak bukti.. apa bukti pakatan membawa budaya membenci polis, raja dsb? ko xleh buktikan pun kan? sbb sumber internet.. tuhan ko internet..apa2 rujuk internet..bawak mahkamah, xleh pakai.. mcm tu jugak tuduhan kpd kerajaan..sbb kertas bukti xde, mmg la xleh nk dibuktikan..bila bukti pun bwh kuasa kerajaan, rakyat cuma menyatakan apa yg dia rasa.. kerajaan ada menjawab? xde pulak..selagi mereka xmenjawab, selagi tu la org anggap itu betul.. hahahaha.. siries shiiit bodo punya komen konon2 berada atas kebenaran tp duduk atas kebebalan..
PadamApa nak heran, tujuan kerja gomen hanya untuk RILEK2 dan SELAMAT (susah dipecat) sahaja,
Padam2. datang hanya nak buat satu benda saja, repair komputer atau photostate kertas atau tunggu telefon benda lain bukan bidang aku,
3. kompuetr tak rosak tiap2 hari so terpaksalah aku main internet bagi cukup masa,
kertas pun bukan selalu nak di photostate so tidurlah aku di stor,
begitu juga telefon, jam tunggu tak da org call, jam blah balik nak berniaga kat pasar malam atau uruskan restoren baru nak call bodoh punya pelanggan.
4. macam-mana dengan kebersihan siapa nak jaga, paip lampu pintu rosak siapa nak repair, susun fail, buat minit siapa nak buat,
5. maka UMNGOK pun bayar kepada APCO minta nasihat, maka APCO cakap, outsource saja benda2 tu dapat juga bisness kat kroni hihihi
sape2 yang cakap orang kerajaan makan duit rakyat tu, orang swasta pun sama jugak. kalau korang keje kat tnb duit korang datang semua dari hasil bayaran bil letrik, kalau keje kat tm duit korang datang dari hasil bayaran bil internet dan telefon... sape yang bayar? pelanggan... pelanggan tu bukan rakyat ke?
Padamawat bodo sangat cara ko berpikir.. duit rakyat yang dibayar cukai kpd kerajaan utk kerajaan menguruskan negara dan rakyat.. dan semua org wajib bayar cukai kerajaan bila pendapatan diparas gaji yg sepatutnya.
Padamyang tnb, tm tu semua pilihan.. malah itu perniagaan.. tm bagi khidmat tipon tenet, tnb supply elektrik... xpyh belit2 nk tegak hujah la.. ngok jugak nmpknya..
bila ko nk berbual dgn org yg xbleh bezakan antara kerajaan dgn swasta, maka ko telah sia2kan perbualan ko.. baik toksah layan org mcm tu..
Padam2-2 best
BalasPadam2-2 xbest
Padamdua-dua best.. gomen ada opsyen pencen/kwsp, swasta ada kwsp jer..
BalasPadamswasta pun ada yg guna skim pencen..cuma skim tu makin lama makin pupus di swasta..dua2 xbest..jadi kuli org...keje swasta diperah...keje kerajaan dikutuk kaw-kaw...
Padamtolong ayah bangunkan ladang kelapa sawit lagi best..xde sape nak marah.. keje pun jadi lebih semangat sbb hari2 nampak duit depan mata... ayah tegas tp baik hati...lagi bahagia..
haha,sma la dengan aku..bukak kedai runcit sendiri..rilek ja..ikut suka aku nak pi bila2..dah da pekerja 2 org jaga kedai,depa buleh jaga.aku pantau sat2 ja.xdak sapa nak mrh,nak mengarah..aku yang mrh org ada la.hahaha
Padamtakkan customer xpenah marah ko? ke pekerja ko yg jadi mangsa?
Padamklaw org keje gomen berkorban bgi harga barang turun then xdpt bonus maknanya org keje swasta bertambah untung ler..
BalasPadamtp kebanyakkan org akan try keje swasta dlu cari pengalaman then last2 keje gomen dpt pencen..cuti..keje xpening kepala..bla..bla..
p/s tu brdsrkn pengalaman sesetengah org ler..^_^
biasanya macam tulah.. keje swasta bagi kaya dulu... time muda2 cari duit giler2... nnt dah tua sikit, masuk kerajaan..amik skim pencen..boleh kebas duit kwsp..keje pun dh rilek..tinggal nak ingat tuhan jer..xperlu susah2 pikir byk pekara..biar org muda wat keje plak..
Padamdulu, sy mmg nk sgt keje gomen sbb sy nk jd cikgu.tp rezeki x memihak kpd sy.so sy join swasta.alhamdulillah, walaupun x dpt nk 'mengajar' dlm erti kata sbnr, tp sy bangga dpt 'mengajar dan share ilmu' bg semua penduduk malaysia melalui kerja2 penerbitan..
BalasPadamapa2 pn terletak pd niat kita..kita bekerja KERANA SIAPA? KRN LOAN?KRN PANGKAT? OR KRN ALLAH TAALA?
keje penerbitan xlife mengajar..xpasti adakah betul anak murid dpt kuasai ilmu yg diberi..dan xleh pantau prestasi setiap anak murid..anak murid plak xikut umur..lebih kpd ikut genre..jadi, ada baik buruknya..yg penting keje halal - cikgu suraya
Padambahasa tak macam cikgu suraya pun.. hahahaha..
Padambest apa kerja gomen ini bapak aku duk rumah tiap2 bulan dapat duit hehe
BalasPadamRasa akupun nak kerja gomen dah pencen duk ngankang je kat rumah
Duk rumah tiap2 bulan mauk duit dipanggil kerja ker wei...
Padamonn lajer ni bapak ko keje ape boleh duduk rumah tiap2 bulan dpt duit? najib keje kerajaan jugak, hari2 keluar rumah cari keje nak bantu rakyat dan dalam masa yg sama nak makan duit rakyat.. awat bapak ko keje duduk rumah tiap2 bulan dpt duit? pastu ko pulak nak mewarisi takhta bapak ko duduk rumah mengangkang jer mcm bini zack yang nepal tu... ko ni pompuan ke laki?
Padamsape ckp keje gomen x masyukk..? gaji mmg la kecik ikut payslip, tp duit tepi x abis mkn.. cthnyer korg pk sndiri la, kalau aku kasitau detail nnt ckp aku ni tuduh yg bkn2 plak. dulu aku keje company construction, buat projek bangunan. kerani JKR kat daerah tu kitaorg kasi kereta wira sebiji, utk pakai sampai habis projek. duit pun ade kasi jgk supaya sng nak berurusan. pengarah kat ctu kita kasi dia pakai pajero baru. hurm, cuba bygkan kat daerah tu ade brp byk projek yg sedang dijalankan. kalau setiap kontrektor kasi sratus sbulan pun dh brp byk tu kalau dicampur2kan, walhal keje kerani jek. keje dh la relax, kejap2 pegi minum, pkl 10 minum, pkl 12 lunch, pkl 3 minum lagik. kalau diikutkan gaji dengan kerja yg dilakukan, gomen lebih tinggi.
BalasPadamhahahaah.. cool shot...hanya mereka2 yg mendapat dan menjalankan projek dgn JKR/PBT/Majlis Daerah tahu... cuba kongsi lagi....
Padamtakdelah cool mana...itulah kelebihan keje kerajaan..
Padammohon report pada SPRM
Padamada lagi manusia yang percayakan SPRM? kalau kes kecik mcm tu bleh la nak pakai SPRM..yg tukang buat laporan pun sekali kena cekup sbb dia yg bagi pajero dan proton pada org kerajaan.
Padamwauuu..bestnye u,dpt makan rasuah..mesti Allah sayang sngt kat u.dah la keje mkn gaji buta..citer lak kat org yang u mkn duit cmtu..u ni pndai sangat.klu u yang pngkt kecik2 pun dah buat perkara cmtu,apatah lagi menteri2 tu kan,mst diorang lagi disayangi Allah.untungla korang,Allah sayang,keje mudah,duit bnyak.
Padamkenapa makan rasuh Allah sayang pulak? xpaham aku..
Padamkenapa la ada orang tak faham sindiran atau bahasa hipsternya sarcasm
Padamooo..menyindir ke? ingatkan betul ajaran sesat mana tadi.. bahaya sindir menyindir di bulan puasa ni..
PadamSapa nak beli Topup.~
BalasPadamko ada jual topup pahala ke? aku tengok blog ni banyak fuck2 ni mcm dh kering dosa pulak
Padamhaha..topup pahala ada,topup ayat maki2,ada (untuk sesape yg kehabisan ayat maki2),topup kebodohan (untuk sesape yang rse kebodohannya blum mencukupi lagi) dan topup kepandaian.setakat ni,topup pahala dan kepandaian masih lagi bnyak.yang lain2,laris dijual.
Padamdah dah jgn gaduh gaduh ekk..
BalasPadambg aku dua dua pun ada pr and cons la
aku pernahkeja gomen/and skang keja swasta
tp bonus tadenya merasa lebih dua bulan
harap maklum
apapun,bersyukur dgn rezeki yg allah beri
kalau tak bersyukur,terasa la sentiasa tak cukup ;)
xder unsur pegaduhan pun kat sini..takkan ada dua jenis pekerjaan je..kerajaan or swasta? kalau nk gaduh, gaduh sekali dgn org keje sendiri..dia xmenswastakn diri dia pun..
Padamprefer keje sendiri.....
BalasPadamkeje lebih, dapat income lebih..............
lebih lebih pulak dia ni
Padamhahaha..lebih belaka la jawabnya..
Padamorang suruh pilih kerja swasta ke gomen dia pilih benda lain pulak....hoi kalau prefer benda lain tak payahlah tulis kat sini. menyemak betullah
Padamtah nye serabai nye castello
Padamsalam semua..saya telah merasa keje swasta dan kerajaan..dulu keje swasta (dari backup sampai ke all star-kfc)..alhamdulilah sekarang keje kerajaan jadi guru pendidikan khas (mengajar kanak-kanak oku)..setiap bidang yang kita ceburi ada cabarannya..tanya pada diri apa matlamat kita sebab keje itu ibadah..ikut contoh cara rasulullah dan para sahabat bekerja..selamat berbuka :)
BalasPadamSekarang kerja kerajaan, sebab masuk kerajaan ialah mak yang suruh. Mungkin sebab pengalaman ayah kerja swasta susah nak hidup masa mula-mula kawin. Tapi sekarang dah ok. Cuma duit jela kena pandai simpan sebab xde pencen.
BalasPadamBaru jer kerja tapi kalau tengok kawan yang kerja swasta memang diorang gaji lebih banyak. Tapi kerja memang kaw-kaw banyak.
Sebaik-baiknya cari pendekatan yang balance kalau boleh, harga barang x naik byk, gaji gomen pun xde la sikit sangat banding ngan sektor lain. Kerajaan sekarang bertanggungjawab untuk kaji pendekatan yang paling baik. Dan kalau kita sebagai rakyat rasa diorang buat keputusan yang salah sedangkan memang ada jalan yang lebih bagus. Kita ada cara halal untuk ubah kerajaan, MENGUNDI!!!!
Gaji tinggi ke rendah xde masalah yang penting kerjaan sekarang jaga kebajikan rakyat, kalau gaji rendah tapi kerjaan pandai kawal harga bagi kemudahan semua kira bagus la tu...sebab rezeki tu memang Allah dah tentukan tapi tak bermakna kita tak perlu cari.
Bangun pagi solat, keluar cari duit halal, solat tak tinggal, senyum dan cuba elak buat sakit hati ngan orang lain..Insyallah selamat. Simple jer.
dulu aku keje swasta, tapi lepas nak kawin, aku berhenti dan cari keje baru. aku dapat takde la fully gomen, lebih kepada semi-gomen. nak kata prefer ke tak, sebenarnya lebih kepada keperluan semasa. suami aku gomen. so aku yg semi gomen ni ada benefits daripada panel hospital/klinik swasta, elaun rumah, kete, dan belajar. mmg benefits n elaun beza daripada gomen, termasuk bonus.
BalasPadamso nak kata pilihan mana, bagi aku, aku pilih mana yg boleh melengkapi keperluan kitorang suami isteri. gomen ni penting di usia tua, tapi swasta penting di usia muda. so saling memerlukanlah.
pernah keje swasta, tapi kuar keje sebelum matahari naik, balik lepas matahari tenggelam, aku akmo life cam tu, so resign :)
dulu aku keje swasta.. sekarang aku masih lagi keje swasta.. ntah kenapa aku xminat keje kerajaan walaupun terlalu mengiurkan apa yg diorg dpt... keje swasta xdela best mana pun.. nk lepak2 bual kosong tu jgn harap la.. kena marah dgn bos tu biasalah.. tp still xapply kerajaan.. kerajaan ni bagus kerja dia sbb kita yg tentukan hidup kita.. nk jadi bagus, baguslah jadinya.. tp ada pilihan utk jd xbagus...
PadamDua dua gomen atau swasta best. Yang penting keje ngan ikhlas. Tentu rezeki berkat.
BalasPadamsaya kerja swasta, umur 29, gaji dah dekat 8k. rasenye sama je kalau gomen atau swasta. cume swasta, kene buat simpanan awal utk hari tua.
BalasPadamkeje kerajaan xperlu simpan utk hari tua... sbb kerajaan dah tolong simpankan sbg pencen... kalo mati ditengah jalan, terus convert jadi pencen bagi anak bini sambung rezeki...
Padamsaya keje kerajaan, umur rahsia, gaji dah dekat 3k. rasanya sama je kalau gomen atau swasta. cuma kerajaan, kena joli duit tu dimasa muda sbb pencen dah ada. siap dapat ganjaran perkhidmatan tu lepas pencen.. banyak gak. pencen bulanan lagi. keje pun cuma jaga org lain buat keje je.
sy kerja swasta, umur 28, gaji dh dekat 7k. pd sy yg menggerakkan ekonomi negara adalah pekerja swasta. sekian
Padamsaye seorang student utm skudai kos mech. eng.sekarang tengah buat practical dkt construction project..pada pendapat sy ekonomi negara lbih penting.setiap pekerja perlu ikhlas dalam pekerjaannye.Di singapore,gaji seorang yg bekerja kerajaan lbeh tinggi drpd pekerja swasta,ini kerana kerajaan singapore amat cekap dalam pengurusan negara,dan bilangan pekerja kerajaan mereka tidak lah seramai pekerja kerajaan malaysia.di msia pula sebaliknye,kakitangan awam amat lah terlampau ramai tp service amatlah memalukan...pd pendapat sy,kerajaan malaysia perlu kurangkan bilangan pekerja kerajaan dan perlu menggalakkan rakyat malaysia bekerja sendiri dan perlu membasmi mentalitisubsidi yg terlampau menebal di kalangan org melayu.ayuh,sama2 kita berdiri atas kaki sendiri dan bersatu bangun utk membangunkan negara.
BalasPadambla la ko mat
Padamentahnya.baru praktikal dah sibuk nak kutuk-kutuk org gomen.kerja dulu baru boleh bising. pegi mampus la wei
Padammakan pn mintak duit mak bapak lg... senyap la bodoh!!!
Padamih ih ih...kesian ko kan student...tp stupid lg sket2....camni la...abehkan ko nye pelajaran dlu...then ko msuk keje ikut ape taraf yg ko ade...xpun keje le pencacai dlu ke ape ke...then stahun lps confirmation ko...bru mai komen balik....ms tu bru ko tau apa tu "kerja" waima gomen ato swasta.....dlm ms yg sma...rajin2 lah becampor dgn org yg lebih usia dr ko....buat comparison..
Padamaku x nafikan hujah ko ade betulnya...tp tu dlm buku...yg aku nk ko msuk ke alam pekerjaan sbnr...dan ko akn npk realitinya...siapa yg dijaga...siapa yg d tongsampahkan....
dan kita2 yg da keje ni...tabiat2 buruk camni harus d ubah...bru org muda ada smngt nk keje....lau deme bru msuk keje..kita dah ajar tabiat lma...haruslahhh.....(aku slu dgr org gomen semua style 'tua2' sbb mentor pun ajaq style 'tua2' je..) swasta pun x kecuali.....sama jek~~
ko student ek ?? wakakak~ aku doakan semoga ko selamat membayar habis hutang PTPTpu tu (klu hutang la)~
Padamkeje gomen: bgus sbb di tatang bagai minyak yg penuh...uruskan hal2 pentadbiran negeri/negara...dan yg paling penting...blacklist pun leh idup lg ^_^
BalasPadamswasta: uruskan kerancakan ekonomi negeri/negara...byk pilihkasih...nasib baik...takpe lah....dan yg PASTI..bad record..kalo blacklist....APTB...^_^
aku swasta..gji x beso...tp alhmdlh...syukur....^_^
isu minyak & politik ?? kita mungkin ada perbezaan pendapat~ rasanya tak perlu nak bertekak hari2 kot~ tak perlu nak label2 orang lain BODOH kot~ awak tak boleh FIKIR macam mana ORANG LAIN nak laksanakan tak bermaksud ORANG LAIN tak boleh laksanakan kata2 mereka~ peluang belum diberi, LAGAK sudah PASTI segalanya tak dapat dilaksanakan~
BalasPadamsebagai pekerja swasta + business sendiri~ rasanya tak kisah pun pasal harga barang cumanya apabila melihat golongan2 yang terpekik terlolong apabila MINYAK NAIK, HARGA BARANG NAIK~
"Namun ada suara yang mengatakan sekiranya semua benda turun atau mansuh, maka pendapatan negara akan berkurang"
silap tu, bukan masalah PENDAPATAN NEGARA, tapi KUASA MEMBELI RAKYAT~ bila harga minyak turun, harga barang keperluan akan turun~(klu tak turun pun boleh kasi turun, kerajaan pusat ada kuasa kawal harga barang keperluan)so, dengan pendapatan yang sama, boleh beli lebih banyak barang~ itu saja~
bg sy kerja kerajaan..bkn sebab duit pencen atau bonus tahunan, atau stabiliti, tp sbb mase..sy brkerja dgn swasta, mmg xde mse tuk diri sendiri, blk rumah still kne smbg kje, study pasal project, kne pikir nk planning lg..tp gaji ok jela..even kadang2 sabtu & ahad kne brkerja..tpi klu bkerja dgn kerajaan byk masa..weekend kompem x kje, boleh wat part time bisnes...so, spe yg kje kerajaan, xpyh pikir bonus2 ni...cbe try wat bisnes sendri kcik2..jual ikan pn ok..jnji masyuk..
BalasPadamPada aku isu ini tidak pernahkan selesai apabila masing-masing menunding jari kearah satu sama lain..pada yang kerja swasta tu mari lah ke blog aku kita tinjau alam gomen ni....................
BalasPadamhttp://manentertainment.blogspot.com/2012/08/isu-antara-kerajaan-dan-swasta-yang.html
bodoh la korang semua ni... mestila kerje kerajaan lagi bagus... dapat pakai duit rakyat dengan senang, rasuah sentiasa terhidang depan mata. aku ni pegawai kastam kat selangor (xyah tau kat kawasan mane) setakat 30ribu sebulan, senang lenang nak cari la. korang kerje kilang ade dapat macam tu? xde kan. muahahaha
BalasPadamDuit haram buat apa? lagi satu ko nak cakap ko keje kastam lah? muahahahha
Padamaku prefer swasta, more challenging. sbb after grad aku penah keje kontrak gomen sekejap then find out aku takleh masuk sangat ngan gaya kerja & gaya pemikiran diorg. percentage yg nak keje senang balik awal hidup terjamin lagi tinggi dari percentage yg nak memajukan diri sendiri and tak kisah susah payah.
BalasPadamdari segi benefit aku kurang kisah most probably sbb aku perempuan kot. on the other hand abg aku keje swasta tak dapat tanggung hidup nk kawen so dia masuk gomen senang buat loan. in the end depends la ape yg korg kejar.
Setuju dengan Puan.
Padamgov vs priv
BalasPadamsekarang nie ramai yang selalu dalam dilema pekerjaan sama ada gov atau priv(kerajaan vs swasta)…
senang aje jawapannya semuanya terpulang kepada anda
sekiranya anda jenis yang suka bekerja iaitu menyelesaikan masalah atau menyiapkan sgala kerja atau pendek kata rajin pilih lah swasta sebab swasta akan nilai KPI based on performance. kalo nak pilih swasta kena tengok jugak kalo nak benefit yang bagus kejelah swasta MNC (multinational company)terutamanya dari US & eropah semua benefit akan dapat malahan syer saham di beri lagi.tetapi kebanykan syrkt MNC di monopoli oleh sesuatu bangsa maka dengan itu anda perlu kekuatan dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dari mereka supaya mereka akan refer anda.Mereka rajin tetapi menggunakan solution yang panjang so kesimpulannya anda perlu berfikiran short & sharp. Dalam swasta pun ada bodek tetapi kalu bodek x de product x menjdai langsung sebab kpi based on performance……kalo nak keje swasta keje la bhgn yang depan jawatannya ada tulis engineer….insyaAllah cerah masa depan dari anak hingga cucu……kalo pilot masa muda je…
Sekiranya anda ingin bekerja dalam keadaan yang rilek dan sekali sekala sibuk pilih lah kerajaan dan untuk naik pangkat amik je exam walaupun lulus x semestinya anda akan naik terus tetapi bila dah sampai seru baru lah naik (bila senior naik pangkat or mati or berhenti barulah junior boleh naik pangkat) untuk SKT omputih panggil KPI, markahnya bergantung kepada bos anda so pepandai la bodek…..org yang bodek pasti dapat tinggi. dalam kerajaan nie kalo kerja pastikan kedatangan pagi tu penting kerja pa yang anda buat x penting yang penting kedatangan. buat ke x buat cukup bulan masuk gaji. sebab dalam gov nie keje HR semuanya ada dalam fail meja semua jawatan sebab semua sibuk nak tengok kedatangan pagi yang pasti semua nak sampai sebelum bos sampai kalu bole nak parking sebelah bos biar bos nampak keretanya….. tapi yang datang awal la selalunya x buat keje… masuk kul 8 kul 7 dah sampai opis…. yang datang lambat nie selalunya sampai kul 7:50…kalo lambat pun 8.05 or 8.10……tapi mereka nie la yang buat keje… kalo nak keje jugak gov pilih la jawatan PTD pegawai Tadbir Diplomatik insyaAllah cerah masa depan anak hingga cucu…
lagi satu kalo nak kaya jadi la ahli perniagaan, kontraktor atau ahli politik…… kalo berdasarkan kesesuaian negara kita kalo nak kaya jadi tiga tu….. insyaAllah satu keturunan akan hidup senang………
banyak lagi boleh diulas tapi x larat…..ulasan di atas mesti akan ada org gov @ swasta yang akan marah mohon maaf sekiranya menyinggung…. ini lah kenyataan…..
Kualiti adalah punca kebanyakan Bumiputera tidak banyak berada dalam sektor swasta, kata penganalisis ekonomi, serta menegaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) bahawa Bumiputera tidak diberi peluang adalah menyimpang.
BalasPadamPenganalisis ekonomi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Putrajaya sewajarnya menumpukan kepada aspek meningkatkan kualiti Bumiputera dan membuang sikap kebergantungan kepada bantuan kerajaan semata-mata.
"Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya Bumiputera, di manakah hasilnya?
"Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?" kata Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui.
Lim berkata, sektor swasta bukan tidak memberi peluang kepada Bumiputera, tetapi faktor seperti kemampuan pekerja dan kualiti yang akan dihasilkan sering tidak dapat memenuhi kehendak majikan.
"Saya lihat mereka yang banyak mengganggur ini, salah satu sebabnya adalah mereka tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti," katanya.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata sektor swasta mementingkan meritokrasi bukan menutup peluang kepada Bumiputera seperti yang dikatakan oleh menteri tersebut.
"Sektor swasta lebih fokus kepada meritokrasi, ini adalah kebiasaan yang berlaku.
"Persoalannya di sini bukan menutup peluang tetapi adakah wujudnya diskriminasi," kata Yeah yang tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan sektor swasta menutup peluang.
Yeah berkata, Putrajaya perlu mengambil langkah yang lebih proaktif terutama dengan memastikan keseimbangan kaum dalam sektor perkhidmatan terlebih dahulu sebelum menyalahkan sektor swasta sebagai punca Bumiputera masih ketinggalan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.
"Kerajaan perlu lebih prihatin dalam menawarkan peluang bagi sektor perkhidmatan supaya ia lebih menarik.
"Perlu wujudkan kepelbagaian etnik dalam tenaga kerjanya, apabila ia wujud barulah ia dapat memberi hasil terbaik kepada negara, bukan hanya kepada Bumiputera," katanya.
Sehingga Mei 2013, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mendedahkan jumlah penjawat awam yang majoritinya Bumiputera adalah seramai 1.42 juta orang.
Dalam wawancara bersama akhbar The Edge yang disiarkan pada Isnin, Abdul Wahid mempertahankan agenda memperkasakan Bumiputera dengan menyalahkan pihak swasta dan mengatakan ramai pihak tersalah tafsir terhadap program pemerkasaan Bumiputera itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pelan pemerkasaan ekonomi Bumiputera, baru-baru ini. Gambar fail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pelan pemerkasaan ekonomi Bumiputera, baru-baru ini. Gambar fail.
Abdul Wahid juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpatah balik daripada Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkannya pada 2010.
"Apa yang saya cuba katakan ialah wujud banyak peluang dalam sektor swasta tetapi malangnya banyak ahli perniagaan Bumiputera dan profesional merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dalam sektor swasta. Sebagai contoh, hanya sebilangan kecil Bumiputera di peringkat pengurusan atasan," katanya.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking (Maybank) Berhad itu, program pemerkasaan Bumiputera bertujuan memberikan peluang yang seimbang meliputi semua jenis perniagaan.
"Ini bagi memastikan Bumiputera mendapat peluang yang adil," katanya.
Baru-baru ini Najib melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.
Namun, pakar ekonomi terkenal Prof Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff menegaskan bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu. – 2 Oktober, 2013.