Rabu, 2 Julai 2014

23 Punca ranking universiti tempatan semakin menurun

Kejatuhan Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini di mana tiada universiti tempatan masuk dalam senarai 100 terbaik.

Lima universiti yang masuk dalam senarai 10 universiti Asia terbaik adalah – Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. India meningkat kedudukannya apabila 10 daripada institusinya masuk dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun lalu.

Universiti tempatan gagal mendapatkan tempat dalam ranking 100 terbaik Asia
Negara timur tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.

Thailand turut berjaya, “tetapi tiada tempat bagi Malaysia”, yang dianggap oleh Times Higher Education sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi besar.

Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.

Bacaan selanjutnya di MalaysianInsider.
Sumber

Berikut adalah kriteria yang digunakan bagi menentukan pemarkahan bagi ranking ini. Tahun lepas Universiti Kebangsaan Malalaysia (UKM) berada di kedudukan ke-87.


Di atas adalah ranking yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education. Di bawah pula adalah ranking universiti terbaik Asia bagi tahun 2014 yang dikeluarkan oleh pihak Quacquarelli Symonds (QS), di mana terdapat 5 universiti tempatan yang mendapat ranking di bawah 100 iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Dan UM mendapat ranking 32 sebenarnya adalah ranking yang paling tinggi yang pernah mereka dapat dalam tempoh 6 tahun.


Kriteria yang digunakan bagi menentukan pemarkahan bagi ranking ini adalah Academic Reputation, Employer Reputation, Faculty Student, Citations per Paper, International Faculty, International Students, Papers per Faculty, Inbound Exchange dan Outbound Exchange. Kebanyakan universiti tempatan mendapat markah yang agak tinggi untuk kriteria2 kecuali pada kriteria Citations per Paper dan Papers per Faculty.

So ada dua pengeluar ranking untuk universiti ini, satu The Times Higher Education, satu lagi QS. Satu ranking, tiada 1 pun universiti dari Malaysia dalam top 100, manakala satu lagi ranking ada 5 universiti dari Malaysia dalam top 100. So mana satu yang betul? Dua2 pun betul berdasarkan kriteria dan cara permarkahan yang berbeza.

Sumber

Cuma apabila aku terbaca di Berita Semasa membuat persoalan adakah punca kejatuhan ranking universiti2 di Malaysia adalah disebabkan oleh Tekanan Politik, pada pendapat dan pandangan aku, ranking2 universiti tempatan ni semakin menurun bukanlah disebabkan tekanan politik sangat pun malah ia bukanlah faktor utama dan terbesar yang menyumbang kepada kejatuhan ranking ini.

Pada aku, ia lebih kepada mutu dan kualiti pembelajaran serta penyelidikan oleh pensyarah dan mahasiswa itu sendiri. Cuba cakap, apa benda yang telah dihasilkan oleh universiti2 kita yang betul2 boleh membanggakan sehingga ke peringkat antarabangsa? Tiada, atau terlalu sedikit. Kebanyakan kajian dan penyelidikan di universiti2 lebih bersifat syok sendiri. Hasilnya ada tetapi jarang diketengah, diaplikasi, diguna dan dimanfaatkan dalam masyarakat dan kehidupan seharian. Last2 yang kita gunakan semuanya hasil kajian dan ciptaan orang luar.

Ramai pelajar2 yang genius, bijak dan cemerlang dalam SPM, berlumba2 kita hantar mereka untuk belajar ke universiti di luar negara. Apabila mereka berjaya di sana, rating universiti tempat mereka belajar yang meningkat, bukan universiti di Malaysia. Kebanyakan mahasiswa kita pula belajar sekadar nak lulus periksa untuk mendapatkan kerja, bukan kerana benar2 minat dan passion terhadap ilmu dan kursus yang diambil itu, malah kadang2 belajar pun nak tak nak je sebab ambil kursus yang tidak diminati hanya masa tulis kat borang UPU dia mintak je apa2 kursus asalkan dapat masuk universiti.


Kerja kursus dan assignment pula ramai yang copy paste sahaja dari internet atau senior. Projek akhir pun upah orang lain yang buatkan, jangan kata untuk degree, peringkat Master dan PhD pun ada, terutama pegawai kerajaan yang sambung belajar Master dan PhD yang ditanggung kerajaan. Lagi nak mengharap universiti kita dapat mencipta sesuatu yang baru dan menakjubkan selain pecah rekod cipta logo guna dodol dan donut?

No wonderlah ranking universiti di malaysia susah nak meningkat, bak kata orang bijak, naik turun ranking universiti itu perkara biasa. Sedang universiti di luar sana terus menerus meningkatkan mutu dan kualiti mereka, mentaliti kita masih di takuk lama.




tags: ranking rank rating universiti tempatan university asia 2014 world dunia global times higher education qs quacquarelli symonds score criteria kriteria pemarkahan tekanan politik tangan ghaib professor um universiti malaya dipaksa letak jawatan fakulti demokrasi kementerian pengajian tinggi

23 ulasan:

  1. Yang QS tu ranking asia,mmg ada banyak universiti malaysia top 100.Dunia punye langsung xde bawah 100.tp qs tu ade malaysia punya universiti masuk ranking top 100 dunia, tp kena tengok subjek. Contohnya chemical engineering UM ngan USM top 100 dunia. Chemical Engineering USM x pernah keluar lagi Top 100 Dunia dan pencapaian terbaek Chemical Engineering USM ialah ranking ke 38 dunia tahun 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud ko kita nak duk takuk lama smpi bila2? mcm tu? xde langsung nak usaha bertmbh maju?

      Padam
    2. semua tu xpenting... yg pntg adalah korg berterima kasih kpd umno sbb dh menyediakan tmpt utk korang belajar... kalau tidak jgn harap la korg nak belajar kt universiti & kerja la jd buruh kasar

      Padam
    3. hahah..anon 3.03 sarcasm

      Padam
    4. Tanpa nama yang atas sekali, aku cuma bagitau fakta harap maklum

      Padam
  2. sistem NA1K perlu diperkenalkan untuk memajukan sistem gred pelajaran malays1a seriusly

    BalasPadam
  3. pahang university no10...

    BalasPadam
  4. ranking xpntg.. umno dh buat universiti utk korg dpt kerja dah cukup bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..kau jgn la sokong melebih-lebih..dah nmpak macam kau sarcasm la pulak. ke ko memang nak kutuk umno?

      serius..dah sampai level sukar untuk dipercayai apa yang kau tulis..macam kau cuba perli umno je.

      Padam
    2. kepala hotak kau perli umno.. apa yg aku ckp mmg betul, korg je yg buta hati pergi sokong cina dapig lahanat. dhla umno buat universiti, bg lg pinjaman ptptn, itu pun macai fuckatan tak nak bagai... mmg dasar melayu boyan kacang lupakan kulit!!!

      Padam
    3. Hahahaha..kalau kau serius dengan apa yang kau cakap tu..aku pun tak tau nak kata apa lagi..cuma kesian je la kat kau.

      Padam
  5. belajar pandai-pandai.jgn tau masuk U nak dating saje. Hidup zaman U memang best. Tp ingat,matlamat utama tu untuk belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buka dating je.. beromen pun boleh..

      Padam
    2. boleh..boleh jahanammm

      Padam
  6. kita ada pulak macai umno yang setiap entry dia nak post pasal betapa bersyukurnya dia kat umno. Bosan la. Rela lagi aku baca org cerdik punya komen..rozana pun rozana lahhhh

    BalasPadam
  7. Tak rasa pun campur tangan politik menjejaskan ranking universiti macam cakap noob, masalah dalaman mmg ada tapi adakah ia menjejaskan pelajar? Kami mahasiswa pun tak ambil pusing sangat dengan pengurusan universiti kerana tiada kaitan dengan kami pun

    sendangkan persatuan mahasisiwa di universiti saya pun tak ambil tahu sangat, apakah lagi dengan isu dan masalah orang atas yang bukan berkenaan dengan kami pun. Noob, masa di Uni dulu, adakah masalah pengurusan universiti dan persatuan mahasisiwa menjejaskan gred dan pointer noob? mesti tidak bukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu black bladerz, tak pernah ambil peduli pun hal politik masa kat universiti dulu. lagi artikel pasal cerita2 universiti yang pernah aku tulis boleh baca seperti berikut:

      - Golongan mahasiswa yang takde adab
      - Cara2 mengundi di pilihan raya kampus
      - Kategori mahasiswa Universiti yang loser
      - Golongan mahasiswa paling mudah dipengaruhi

      Padam
  8. nak buat research malas, tau buat benda-benda membazir- terbesar & terpanjang sahaja

    BalasPadam
  9. orang luar buat universiti sbb nak lahirkan graduan yang bersifat inventor dan pioneer, kita sini plak nak kejar pointer dan dapat kerja jawatan besar je.

    BalasPadam
  10. Haha..peling penting masuk U mana pun cari kerje yg paling kritikal. Cari U yg senang nak mintak kerje lepas Grad. Tp sy akui menggredan U ni byk kpd pecapaian Pasca Siswazah (Master, PHD) n research yg dibuat, temasuk bilangan pelajar asing yg menuntut di situ. Pasal campur tangan politik pun sama spt pendidikan sekolah rendah menengah.


    Yg saya tau, ramai org cina Malaysia sanggup hantar anak ke NUS singapore berbanding hantar ke Uni kat Malaysia, sbb xde klas n mcm hantar anak kat Harvard/Oxford Asia Version.

    BalasPadam
  11. Masih terlalu berorientasikan peperiksaan.

    Para pelajarnya juga kurang berkualiti dan mungkin boleh dikatakan tidak layak untuk belajar di universiti. Akibatnya ramai yang ditendang keluar.

    Seharusnya bilangan universiti dikurangkan untuk menjaga kualiti pelajar dan tenaga pengajar dan juga hasil keluaran universiti tersebut.

    BalasPadam
  12. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.