Selasa, 28 April 2015

19 Balas hujahnya bukan menyerang peribadinya

Satu sebab aku memilih untuk mengasingkan personaliti peribadi aku dengan personaliti di alam maya ini adalah kerana orang Malaysia ni terlalu ramai sangat yang kurang matang, dungu, bebal, pendek akal dan mempunyai mentaliti low class yang apabila dia berbincang, berhujah dan berdebat, ketika dia sudah tiada hujah, idea atau mati akal, dia akan mengalih topik dan membuat serangan peribadi, korek latar belakang, stalk profile Facebook dan tag kawan2 dia untuk mengutuk dan memburuk2kan orang yang bertentangan pendapat dan tidak sehaluan dengannya.


Setiap orang ada pandangan dan pendapat sendiri dalam pelbagai hal. Sebab tu kita ada otak, otak yang boleh memberi kita keupayaan untuk berfikir sendiri akan bermacam2 perkara. Maka sebab itu perdebatan dan perbezaan pendapat sering terjadi.

Namun jika kita tidak bersetuju dengan pandangan dan pendapat orang lain, kita seharusnya mempunyai hujah untuk menyerang dan membalas hujah mereka secara rasional dan berhemah, bukannya dengan menyerang keperibadian dan karakter orang tersebut macam budak2, malah menilai pandangan orang tersebut berdasarkan keperibadian dan perwatakan orang tersebut yang dipanggil Ad Hominem.


Contoh hujah berbentuk Ad Hominen:
  1. Jibam orang jahat.
  2. Jibam orang Malaysia.
  3. Maka orang Malaysia jahat.
Contoh lain:
  1. Azli mengatakan GST banyak kelemahan.
  2. Azli tidak belajar tinggi dan miskin.
  3. Oleh itu GST banyak kebaikan.

Sumber gambar

PERSONAL ATTACK ≠ ARGUMENT

Kat media sosial seperti Facebook, banyak dah aku tengok rakyat malaysia sekarang ni memang tak reti nak bagi komen dengan berhemah. Bila tak suka dengan pendapat orang lain, habis profile FB diselongkarnya. Bila ada orang bagi pendapat pasal kebaikan GST, dia bukan nak balas hujah pasal GST, sebaliknya ambik gambar orang tu dari FB dia pastu post kat ruangan komen, tulis "Inilah macai bodoh yang suka GST" pastu ajak orang lain kutuk ramai2.

Tak cukup dengan tu, masuk dalam profile dia post komen yang memalukan kat wall dia "Patut la bodoh, muka hodoh badan gemuk memang sesuai jadi macai la".  Post pula kat gambar keluarga "Kesian anak2 kau dapat bapak bodoh", pergi pula kat profile FB isteri dia, post pula komen "Kenapa suami kau ni bodoh sangat, suruh dia makan kismis minda". 

Apabila seseorang memberi pandangan seperti contoh "Perempuan itu cantik", jika kita mempunyai pandangan berbeza maka kita haruslah membalasnya dengan hujah seperti "Aku pula rasa dia taklah cantik sangat, mungkin nampak cantik kerana pakai mekap."

Tapi orang Malaysia ini cara dia balas hujah adalah dengan menggunakan pembunuhan karakter seperti:
"Kau ni buta ke? Macam tu kau cakap cantik?"
"Bodoh apa macam tu cantik."
"Dia tu tak la cantik sangat, tapi kau lagi buruk."
"Oi korang semua, kawan aku ni cakap perempuan tu cantik. Rendah betul taste dia."


Aku sendiri walaupun hanya guna gambar profile watak Patrick, itu pun ada yang dijadikan bahan untuk mengutuk karakter aku seperti "Kau ni bodoh betul la. Harap tak jadi macam Patrick tu." tanpa dapat memberi sebarang hujah balas yang lebih kritis dan baik. Aku juga pernah kena tuduh macam2 malah pernah sampai ke tahap ugutan bunuh.

Mengikut logik mereka, makian, cacian, cercaan, hinaan, kata2 kesat, tuduhan, ugutan dan memalukan orang yang berbeza pandangan itu adalah sejenis hujah. That's why aku lebih suka berhujah bukan dengan menggunakan identiti sebenar, sebab ramai orang Malaysia ni tahap kematangan dan mentaliti mereka sangat rendah walaupun ada yang umur dah peringkat warga emas, dan aku tak mahu kehidupan nyata aku dirosakkan oleh orang2 low class macam ni.




tags: balas hujah debat serang peribadi personal attack argument ad hominen logical fallacies stalk stalker fb facebook kutuk hina maci caci cerca ugut tuduh fitnah loser melayu low class mentaliti

19 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  2. "mengata dulang, paku serpih"...ni set-set syaitan bertopengkan manusia...

    BalasPadam
  3. profile picture pun boleh jadi modal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak fahamlah!!

      Padam
    2. Noob Anak Anjing K-Poop28 April 2015 pada 2:28 PTG

      Ayam Afrika kata whay you are represents you...so apa masalah? kau orang punya pakar psikologi pun cakap macam tu? salah ke?

      Padam
    3. Aku pun pernah terkena gak dlm FB sampai satu tahap aku block terus orang tu dlm FB.

      FB aku pakai gambar anime dan depa suka serang orang yang pakai profile pic yang pelik2 daripada berbahas, pasal berbahas bukan budaya kita katanya.

      Padam
  4. Dah la malas buat homework utk terima sesuatu isu..pas2 malas gak nak balas statement balik...just buat cara short cut attack peribadi seseorang. Kalau gaya mcm ni kebanyakan penduduk malaysia...susah nak maju dari segi mentaliti.

    Kalau dlm diri letak ego yg tinggi, akan buat apa sahaja utk menangkan cara..kalau niat baik nak debat secara ilmiah n dpt new information yg buatkan diri kita more knowledgable n betulkn fakta yg salah sebelum ni...benda2 mcm ni xkan terjadi. Tp org kita lebih suka troll org dr bincang secara baik...sbb troll dpt LIKE!!! kalau balas komen mcm tunjuk pandai, x dpt LIKE sgt.

    Rosak2

    BalasPadam
  5. Btul noob.. serangan peribadi slalu blaku sbb xda point n fakta nak ckp.. itula selalu blaku kt menteri kite smpai ke org bwhan. Ckp mcm taaiii****.

    BalasPadam
  6. Pandangan aku, hampir 80 juta rakyat Malaysia bertindak demikian. Tak guna kita layan pun.

    Padan la dgn status Negara Dunia Ketiga dan juga Negara Islam. Memang hampeh lah kalo mana-mana negara dapat gelaran begini. Pandai macam keldai, bodoh macam kambing. Langsung satu sen pun xder manfaat kepadà manusia lain.

    Rasanya nak juma fenomena perubahan pemikiran, hampir mustahil. Khalas. Laksana tikus baiki labu.

    BalasPadam
  7. Hahaha..80 juta?

    BalasPadam
  8. Itu jalan singkat nak menang perdebatan, dalam erti kata lain orang macam ni sebenarnya tak bersedia dan tak rela untuk kalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku prnah brdebat permasalahan fiqh dgn seseorg yg dianggap ustaz,mngaji kitab dn di kagumi org lain...apabila dia tak dapat lawan hujah aku...akhirnya dia prtikaikn pakaian aku yg tak ikut sunah..tak brkopiah,tak brjubah..last2 aku pulak di tuduh wahabi...
      akhir kata dia suruh aku belajar lagi...aku jawab "memang saya masih belajar lagi,abg ni dah abis belajar ke semua bab2 agama?
      Dia diam..dan blah

      Padam
    2. sampai ke ustaz merebaknya..dasyat.

      Padam
  9. Banyak sangat dah ad hominem dalam masyarakat kita ni, tambahan lagi bila rancaknya media sosial berkembang macam sekarang ni.
    Tak pasti sama ada nak berhujah logik itu susah, ataupun sememangnya kita yang bebal tak boleh nak behujah langsung.

    BalasPadam
  10. Aku de member camtu. Memang lahanat perangai.bile kite tgh serius bincang dlm group kat opis pasal projek..tetibe dia " wei...tu kening tu jgn la kerut sngt..hahaha..ketat giler muke"...time kite tgh jumpe client..dia tetibe " ye la tu..puan jgn percaya mamat ni..akan ikan ni..hahaha". Memang giler la..tak matang sungguh. Isunye jadi sbb dulu aku penah debat dgn dia dlm meeting. Aku mintak dia buka laman web sekian2 utk check fakta yg dia bagi tu sbb aku check lain. Dia malu sbb dlm meeting.tu yg di balas tak abis2 tu..hmmm

    BalasPadam
  11. saya setuju dgn admin blog ni.. org skrg bila dah tak dapat kerjakan secara berhujah... diakan ke hal peribadi pula..apalah.. baik diam tengok.. dan nilai sendiri...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.