Khamis, 16 April 2015

16 Mahu nasihat pasangan tak perlu orang lain tahu

Agama itu nasihat, yang dinasihatkan untuk diri sendiri. Memang sedap bila tunding jari kata orang lain yang salah. Paling seronok bila dapat "tag" suami suruh baca artikel "10 Cara Suami Patut Buat" dan "tag" isteri suruh baca artikel "100 Cara Isteri Patut Buat".

Agama itu nasihat, maka nasihatilah diri agar sentiasa memberi manfaat pada orang lain. Nasihatilah diri agar sentiasa mengutamakan orang lain. Hidup berjiran, carilah jalan untuk tidak buat jiran terasa, andai kita adalah "jiran yang terasa" itu, carilah jalan untuk sabar, kerana itu lebih baik.


Carilah ilmu menjadi pasangan yang baik, bukan cari ilmu untuk "suruh" pasangan jadi baik. Carilah ilmu untuk jadi masyarakat yang baik, bukan cari "ilmu" untuk "suruh" masyarakat jadi baik. Jangan pernah merasa hebat bila melihat orang lain buat perkara yang kita "rasa" dia tak patut buat.

Kredit: Muhammad Faizal.

Yang ini memang selalu berlaku di media2 sosial. Seorang suami bila nampak artikel dan tips "Panduan isteri melayan suami dengan baik agar suami tak cari lain", terus tag nama isteri. Seorang isteri bila nampak video "Rahsia menjadi suami romantis agar isteri tidak curang", terus tag nama suami. Jumpa video "Teknik solekan mengubah wanita yang buruk menjadi cantik", tag nama isteri. Jumpa iklan "Tips untuk menguatkan tenaga batin", tag nama suami.


Seperti tulisan di atas, ya memang lebih baik andai kita sendiri yang sedar dan menasihati diri sendiri agar menjadi dan membuat yang lebih baik buat pasangan, keluarga dan orang2 lain di sekitar anda lalu dengan inisiatif sendiri mencari segala jenis panduan dan tips2 berguna untuk membahagiakan pasangan, tapi itu pun kalau diri kita sendiri yang nak sedarlah.

Walaupun aku lebih suka sesebuah pasangan menerima pasangan mereka seadanya dan kurang setuju jika kita mahu ubah pasangan mengikut acuan kita sampai jadi orang lain, namun bukanlah tak boleh langsung kita nak bagitau dan nasihat suami atau isteri kita untuk jadi apa yang kita mahu dan suka, tapi tak perlu lah tag nama dia atau post nasihat2 tu kat wall dia.

Hantar mesej peribadi sahajalah yang hanya korang berdua sahaja yang tahu. Ini bila kau tag atau post kat wall pasangan kau secara public, secara tak langsung seolah2 kau dah memalukan pasangan kau dan memberitahu orang lain akan kelemahan pasangan kau.

Semua orang akan beranggapan yang suami kau tak romantik dan lemah tenaga batin. Semua orang akan beranggapan yang kau tak puas dengan layanan isteri kau dan dia sebenarnya hodoh di mata kau.

Sama macam kau tag dan post kat wall FB jiran rumah sebelah kau artikel "Cara2 menjadi jiran yang baik", atau tag nama bapa anda, "Panduan menjadi bapa yang mithali." Elok2 baik terus bermasam muka.





tags: tips melayan suami isteri nasihat panduan cara teknik rahsia puas ranjang hubungan intim seks patut buat fb post wall tags

16 ulasan:

  1. 1mdb satu malai dah buat!

    -penjilat alnajibi

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1mdb satu malaysia dia bodohkan!

      -penjilat ahmadmaslanalbab

      Padam
  2. Expectations vs Reality noob....

    Kita semua nak kawin ngan princess/prince charming...

    Kita semua berangan yang kita ni sebenarnya protagonist...

    Padahal ade berapa billion orang lagi kat muka bumi ni yang pikir benda yang sama...
    Dengan impian masing2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila anjing mula menyalak...tak siapa tau maksudnya.

      Padam
  3. Ustaz saya cakap kalau sorg isteri tu dia puas seks, dia turut jer ape yg kita cakap dan selalu senyum pd kite. Pastu layan kite ngan baik n xmembebel. Masa buat seks, dia cakap kalau nak tahu orang perempuan tu puas ke tak, masa buat seks tu mata itam dia cam selalu tengok ke atas. Pastu dia layan kite ngan baik sgt lepas wat seks.

    Dia kata kalu orang perempuan dia xpuas, dia jadi xpatuh n xhormat pada suami. Selalu melawan. Kalu selalu melawan, muka masam, xpatuh, dia cakap tu sebenarnya org perempuan dia nak seks. Sbb org perempuan dia jenis xcakap. Dia kata kita la kena tahu. Selalu org yg dah nikah gaduh2 pn sbb ni la. Org prmpn dia nak seks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. meletakkan perempuan di bawah kaki dia. mungkin bini kau biasa kot? bukan semua perempuan suka dengan seks.

      Padam
    3. Anon 1.35 mesti ostat yg kau maksudkan tu ostat kazeem kan? Kalau dah jodoh..

      Padam
    4. Ye ke? Kalu stakat die gune cth sendiri yg ade kat rmh die je baik xyah ckp lebey smpai nk generalize smue pmpuan pun mcm bini binu die je. Die ckp tu berdasarkn dari result sosial experiment yg dia buat dgn bini binu die ke? Cth la, yg no.1 ngn no.2 die kasi servis stakat nak x nak je, janji cukup syarat adil je (konon), pstu yg no.3 ngn no.4 die kasi servis kaw2 pnyer. Xpn, kowt die nk bg result xjd age biased sgt, yg no.1 ngn no.3 die buat so-so je, yg no.2 ngn no.4 lak die kasi servis power. Hahaha! Xde kje lahai lebai2 nieh! Hahaha!

      Padam
  4. Konsep utama, nak ubah sesuatu sistem, kita perlu ubah diri sendiri dahulu, bukan nak nasihat ubah org lain. Kalau sentiasa mengharap ubah org lain, most probably sgt slow perubahan atau tiada perubahan lansung, sbb xde self starter utk berubah.

    BalasPadam
  5. skrg ni terbalik pulak. nak nasihat dekat public. nasihat sbb nak suruh org nampak kita baguss.. macam macam lahh kannn

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.