Jumaat, 10 April 2015

24 Usah mementingkan diri dalam mengerjakan ibadah

Sebagai seorang muslim, kita semua perlu mengerjakan ibadah terutama ibadah yang wajib. Namun, kita tidak bolehlah pentingkan diri sendiri dalam mengerjakan ibadah yang wajib. Kita perlu beribadah, begitu juga dengan muslim yang lain. Jangan kerana kita nak beribadah, ia telah mengganggu atau menyebabkan orang lain tidak dapat beribadah. Berikut adalah antara contoh2 orang yang mementingkan diri dalam beribadah:

Sumber gambar

1. Solat waktu Maghrib

Seperti yang semua muslim di Malaysia tahu yang waktu solat Maghrib di Malaysia waktunya sangat pendek, biasanya sejam lebih sikit sahaja. Dan surau2 yang disediakan di pasaraya, kompleks membeli belah, stesen minyak, R&R dan lain2 tempat awam biasanya tidak begitu besar tapi orang yang nak solat sangat ramai.

Oleh itu penting bagi orang yang nak solat di situ faham yang bukan mereka sahaja nak bersolat bahkan orang lain juga. Sebab tu kalau nak solat secara berjemaah kat situ, imam tak perlu baca surah yang panjang2 dan selepas selesai solat, tak perlu baca doa dan berzikir pun, semua sepatutnya terus bingkas bangun dan bagi peluang kepada orang lain yang tengah ramai menunggu di luar untuk solat pula.


2. Berwudhu'

Bila pergi nak solat di tempat awam, kadang2 kat situ air paip untuk berwudhu' terlalu kecil akibat kekurangan air di tangki dan hampir habis. Orang yang beratur nak ambik wudhu' sikit punya ramai, tapi masih nak ambil wudhu' sebanyak 3 kali bagi setiap basuhan. Bila sampai giliran kau, air dah habis, terpaksa la keluar cari debu untuk bertayammum atau pergi cari surau lain yang ada air.

Tahu tak untuk berwudhu' basuhan yang wajib hanya sekali sahaja, manakala mengulangi 3 kali basuhan tu hanya sunat? Bila dah masa2 terdesak macam tu, tak perlu la buat perkara yang sunat tu, ingatlah orang belakang juga. Bukan kita seorang sahaja nak beribadah, orang lain mahu beribadah juga.


3. Solat di masjid atau surau

Aku faham semua orang wajib bersolat dan kita semua sangat digalakkan untuk solat di masjid atau surau, tapi boleh tak jangan solat di tepi pintu masuk sehingga menghalang orang lain nak masuk ke dalam? Tahu tak anda dah membuatkan orang lain serba salah nak masuk dan nak melintas depan korang yang sedang bersolat? Apa salahnya cari tempat yang lebih sesuai untuk bersolat yang tidak mengganggu pergerakan orang lain, di bahagian saf hadapan, atau di belakang tiang, atau di tepi dinding depan.

Ini termasuk juga dengan bacaan yang terlalu kuat atau tidak menukar telefon bimbit anda ke silent mode sehingga mengganggu jemaah yang lain.


4. Solat Jumaat

Bila tiba waktu solat Jumaat, masjid yang selalunya lengang kebiasaannya akan penuh, dan jalan2 berdekatan sekitar 500m radius akan dilimpahi dengan kenderaan yang diletakkan di tepi2 jalan. Semua orang Islam lelaki mahu pergi ke masjid dan mahu mengerjakan ibadah solat Jumaat, namun janganlah kita mementingkan diri dengan meletakkan kereta di tengah2 jalan sehingga mengganggu dan menghalang orang lain yang turut mahu ke masjid hanya kerana anda tidak mahu berjalan jauh.

Malah kerana tidak mahu berjalan jauh ke masjid atau kerana sudah terlambat, mereka bukan sahaja buat double park malah triple park di bahu jalan, menyebabkan laluan untuk kenderaan daripada 3 lane menjadi 1 lane sahaja. Sudahlah menyusahkan orang lain yang nak datang ke masjid, selepas solat Jumaat pun dia keluar lambat untuk mengalihkan keretanya dari situ sehingga menyusahkan orang lain yang mahu keluar dari masjid.


5. Menunaikan Haji

Semua umat Islam harus menunaikan haji sekurang2nya sekali dalam hidup mereka. Ada orang kaya yang mampu mengerjakan haji berkali2, namun ada juga yang tidak berkemampuan walaupun sekali. Malah dengan pertambahan umat Islam di seluruh dunia, setiap negara mempunyai kuota umat Islam yang berpeluang ke Mekah untuk menunaikan haji pada setiap tahun, oleh itu giliran menunggu menjadi amat panjang dan lama sehingga memakan masa 40 50 tahun!

Oleh itu, jika anda sudah menunaikan haji dan mampu untuk pergi lagi setiap2 tahun, adalah lebih baik jika anda menaja orang lain dan beri peluang kepada orang lain terutama ahli keluarga terdekat dan fakir miskin untuk mengerjakan rukun Islam ke-5 itu. Malah dengan ini anda turut memberi peluang kepada orang lain yang telah lama menunggu giliran dan tidak mengganggu kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara. Jika anda masih lagi ingin sangat pergi ke Mekah, buatlah Umrah pada waktu lain.




tags: jangan pentingkan diri dalam mengerjakan ibadat ibadah selfish solat maghrib surau masjid pasaraya waktu pendek shopping mall complex stesyen minyak r&r gas station wudhu rukun wajib sunat 3 kali basuhan ganggu orang lain jemaah tunai mengerjakan haji islam jumaat

24 ulasan:

  1. setengah2 tu wuduk punya la lama..mcm nk membazir air pun ada..

    BalasPadam
  2. Best juga game castlevania ni, boss battle pn leh tahan.. huh? errr,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try castlevania symphony of the night untuk Playstation One

      Best giler

      Padam
    2. pe brg ps1 . gua main castlevania 2 ps3. skrg dah lawan dgn boss toymaker dah. superbb !!

      Padam
  3. yelah. betullah.
    part surau kecil dan di waktu maghrib tu.
    kadang, bukanlah takbagi orang nak solat sunat sekalipun.
    tapi yang beratur di luarnya ramai. sekali solat, 4 orang je boleh masuk.
    waktunya pendek pun.
    alahai.
    nak bising karang, makcik-makcik/nenek-nenek yang selalu begitu..
    berkuatlah hati ini.

    BalasPadam
  4. Ye la tu...kadang2 dah tahu air tak ada pun nak jugak wudhu 3 kali. Buat orang lain panas je takde air nak ambik wudhu lagi.

    BalasPadam
  5. Bab ibadah no 1. Bab2 lain hancus.. Begitu la selalunya pak2 lebai tahi ni... Islam is not a religion.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro, sebelum nk komen ,buka akal buka minda.. jgn guna kepala lutut untuk berfikir.. ty

      Padam
  6. Seorang muslim yg sejati lebih mementingkan kebajikan org lain berbanding diri mereka...walaupun possible boleh dipergunakan atau dipijak kepala balik. Sentiasa ingat, kita harapkan balasan Allah, bukan sanjungan manusia lain.

    Mcm entry sblum ni, bila dah penting diri sendiri, maka hilang sikap common sense.

    BalasPadam
  7. Itu sebab aku cukup menyampah orang berlagak alim geng serban lilit tebal ni....Islamnya hanya pada pakaian dan bersifat berlebih2 dalam ibadah...tak ingat org lain langsung! Mungkin berlumba2 ke syurga... Iman dan amal tebal, tapi miskin common sense & ihsan...Islam itu mudah -akurakyatbiasa-

    BalasPadam
  8. Betul bro,

    Solat yang sempurna mencegah drpd perbuatan keji dan mungkar.

    Tapi di Kelantan mereka amat perlukan hudud, kenapa ? Pernah dengar tak 31 lelaki ada pertalian darah termasuk bapa dan anak, gangbang 2 remaja perempuan umur 15 depan belakang sampai pengsan! Negeri lain tak berlaku bro sebab jaga solat.

    Jadi elok kita sokong sahaja perlaksanaan hudud di Kelantan Demi menjaga maruah orang Islam drpd dicemarkan puak pas.

    BalasPadam
  9. kalau Rasulallah saw ada pada masa ini tentu dia tegur perkara2 yg dibangkitkan. walau pun dia tak ada, sunnahnya masih ada tp sayang orang tak mendalami sunnah beliau, cthnya beliau menegur org yg bacaannya kuat dalam masjid hingga menggangu jemaah lain. wallahuaklam

    BalasPadam
  10. Salam 1rasuah,

    Bila jawatan tukang ajar diberi kepada orang tak cukup ajaran maka lahirlah sampah insan. Bayangkan mereka ini dulu kawan-kawan anda yang rendah intelek dan rendah akhlaknya tak dengar cakap guru dan ibu bapa tiba-tiba diberi degree di KU mana tah orang tak pernah dengar. Bila grad jadi beban kepada rakyat. Graduan pandai terpaksa berebut jawatan dengan mereka, pekerja am terpaksa diimport dari luar menambah jenayah. Jawatan mulia seperti guru diberi pula kepada penjenayah yang terkenal waktu di sekolah dulu tidak pernah naik pentas kecemerlangan dan rosak akhlak maka lahirlah sampah insan doktor cucuk sendiri dan perogol kanak-kanak.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak kata ko ni KEDEPAN..

      Padam
    2. Yeke? dgn moto kau yg kedepan ni.. Ko rasa ble survive ke dgn arus dunia moden ni?..Sory bro kedepan.. Brapa Byk lepasan2 spm stpm degree n master.. Byk ke X?saban tahun meningkat ke x? ko rasa competition Utk dorg2 ni mcmana..ini pasal surviving skills la bro.. Klau ko bijak mcmana pun Kalau ko Xde social skill..hampeh la jwbnya.. Ko tau X sal pa buruh kasar org asing Byk kt mesia ni..Sbb murah la samdol.. Ko nk pecahkan circle ni Bukan Setakat moto kedepan ko ni yg aq rasa mcm terbelakang..heh heh heh

      Padam
  11. Xpayahla nk belagak dgn angkuhnya bgi gelaran lebai tahi n belagak alim org yg beserban ke apa ke.. Cermin diri tu Dulu..da Cukup sempurna ke? Kalau nmpk tegurla..ckp baik2...Kalau Byk kritik hasad..Budaya ni ttp Akan beterusan.. Kuncinya kt sini..beranikan diri tegur..ditujukan buat pengomen yg mcm kurg akal. Ty.

    BalasPadam
  12. kita haram melintas depan org tgh solat. tapi kalu dia solat dkt pintu org nak kluar masuk memang kita boleh lintas

    -ustajah syeikh gugeliah

    BalasPadam
  13. Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!

    BalasPadam
  14. Baru je tadi mengalami pengalaman masa solat jumaat ni...
    Sorang ni dah laa datang lambat, bawa kereta plak tu.
    Parking nak depan2 pintu masjid, dah laa masa tu org tgh berpusu2 masuk masjid.
    Bila dlm masjid, terus nak ke saf depan.
    Dah habis solat, dia punya lepak lepas doa tu punya laa lama, siap borak2 lg dgn kenalan2 dlm masjid.
    Dia tak sedar langsung kereta dia tadi yg parking depan pintu masjid tu dah ganggu perjalanan kehidupan berapa ramai orang.

    Jenis macam ni mmg jenis tak fikir org lain langsung.
    Harao yg membaca ni tak tergolong dlm golongan itu :)

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau nk kisah apa dia Xde ke ada?

      Padam
    2. Sudah sudahlah.. Makin simpati tengok.

      Padam
    3. nama edeveddeerr di haram kan dari masuk blog ni. ko jgn nak menyebut nya lagi.

      Padam
    4. Satu tips, kat ruangan komen tu kalau boleh tak payah la nak kena approve2 komen, buangkan captcha yang mengarut2 tu buat susah orang nak baca tulisan tunggang langgang tu dan jangan delete2 komen orang melainkan komen yg dirasakan melanggar undang2. Bila kita dah mula buat blog kat dunia Internet, kita sepatutnya dah kena bersedia untuk menerima apa jua kritikan, troll, kutukan, cacian dan makian dari pembaca. Kalau kita tulis benda baik2 masakan orang nak mengutuk, tapi kalau kita pun dok mengutuk mengkritik orang dalam blog kita tapi dalam masa yang sama tak boleh terima kritikan daripada pembaca maksudnya itu blog syok sendiri.( DI Catat oleh Prince Of Noob pada 26 Jun 2012 http://buasirotak.blogspot.com/2012/06/apabila-blogger-masuk-paper.html)

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.