Setiap ahli dalam kumpulan mengaktifkan kekuatan nilai Kuasa Pasukan dengan masing-masing "melakukan bahagian mereka":
- Mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.
- Ahli yang setia kepada pasukan, kumpulan atau masyarakat mereka.
- Menyedari akan keperluan dan peranannya untuk orang lain.
- Semua orang mempunyai sumbangan yang perlu dilakukan.
Namun jika kumpulan ini tiada kuasa kumpulan, dengan masing-masing gagal mengetahui peranan dan tanggungjawab, tidak mahu menerima arahan ketua, sukar memberikan kerjasama, keras kepala, tidak mahu membantu orang lain, mementingkan diri, rasa iri hati, hanya buat hal sendiri dan bekerja secara silo tanpa mempedulikan ahli kumpulan yang lain, maka kewujudan kumpulan ini adalah suatu yang sia-sia dan kegagalan dari mula lagi.
Adakah kita sanggup menjadi beban kepada pasukan kita dan mengheret pasukan kita ke arah kegagalan? Adakah kita ingin menjadi punca akan kegagalan pasukan kita? Adakah kita menjadi biawak hidup dalam pasukan sedangkan ahli pasukan yang lain yang terpaksa menanggung tugas dan peranan yang kita abaikan dalam kumpulan? Sebab itu pentingnya Kuasa Kumpulan dan Sokongan Kumpulan.
Kuasa kumpulan adalah apabila setiap ahli sentiasa mengingati sesama sendiri secara konsisten untuk mencapai matlamat setiap ahli agar tercapainya Matlamat Kumpulan. Dengan kuasa Team Support, setiap ahli perlu menyokong orang lain secara rela hati agar melaksanakan tugas mereka dengan baik dan memastikan tiada ahli yang menjadi beban kepada ahli kumpulan yang lain.
Setiap ahli kumpulan dalam sebuah pasukan ada masanya mereka memerlukan Sokongan daripada ahli kumpulan yang lain.
Sebuah pasukan juga perlu mempunyai kuasa Semangat Berpasukan atau teamwork dengan setiap ahli memahami peranan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta mempunyai kuasa Pemikiran Berpasukan yakni berfikiran kreatif dan bersatu padu untuk menuju ke arah suatu matlamat.
Siri Motivasi Peningkatan Diri:
- Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda
- Berubah menjadi insan yang Luar Biasa
- Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat
- Menghadapi Cabaran dengan tenaga positif
- Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan
- Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental
- Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan
- Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga
- Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa
tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng jadi ahli pasukan yang hebat kerjasama berkumpulan teamwork team power kuasa being a great team member
Ahmad maslan
BalasPadamAhmad maslan
BalasPadamHasan malek
BalasPadamoh aku nak kena cari team juga lah ni
BalasPadamPsychic ciplak
BalasPadamAhmad maslan
BalasPadam